Anda di halaman 1dari 15

1

BAB 1
PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN
Sistem pendidikan di Malaysia adalah tulang belakang pembangunan Negara. Melalui
pendidikan, setiap individu berpeluang meningkatkan kualiti hidup, menjadi ahli masyarakat
yang Berjaya serta aktif menyumbang kepada pembangunan Negara. Sejak lebih 55 tahun,
peningkatan yang ketara berlaku dan dari masa ke semasa, penambahbaikan dirangka dan
dilaksana dalam mencapai wawasan 2020. Pada dasarnya, pendidikan di negara kita adalah
satu usaha yang berterusan dalam mengembangkan potensi individu ke arah kecemerlangan
akademik disamping mempelbagaikan kemahiran secara menyeluruh dan bersepadu.
Hasrat kerajaan Malaysia adalah untuk melahirkan generasi yang berketerampilan dan berdaya
saing di peringkat global. Namun persaingan yang semakin sengit menuntut usaha gigih semua
pihak terlibat dalam pendidikan agar kita tidak ketinggalan dengan keperluan semasa yang
sentiasa berubah. Untuk merealisasikannya, pendidikan adalah aspek terpenting yang perlu
diambil kira dan dilaksanakan sebagai strategi jangka panjang. Walaupun pencapaian
pendidikan Negara kita jauh lebih baik berbanding 55 tahun dahulu, tetapi wujud tanda tanda
bahawa Malaysia masih di belakang pada tahap hasil pembelajaran pelajar khususnya. Untuk
mencapai kecemerlangan pendidikan, pencapaian akademik menjadi salah satu petunjuk sama
ada sesebuah sekolah berada di tahap yang memberangsangkan.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Pendidikan di peringkat rendah adalah titik tolak permulaan usaha dalam mencapai hasrat
kerajaan Malaysia kerana pada peringkat inilah berlaku pembinaan dan perkembangan asas
akademik murid. Walaubagaimanapun, hakikat individu yang mempunyai latarbelakang dan
personaliti berbeza beza antara satu sama lain menyukarkan para pendidik untuk merancang
strategi pembelajaran yang lebih berkesan dan bersifat menyeluruh.
2

Untuk mencapai hasil pembelajaran yang berkesan, komitmen adalah sangat penting. Skinner &
Belmont (1993) menyatakan pelajar yang mempunyai komitmen tinggi akan menunjukkan
penglibatan yang berterusan dalam aktiviti pembelajaran dan emosi yang positif. Pelajar akan
memberikan tumpuan dan usaha yang bersungguh sungguh dalam pelaksanaan tugasan yang
diberi dan memaparkan emosi yang positif termasuk kesungguhan, optimis, rasa ingin tahu dan
minat. Sebaliknya, pelajar yang kurang komitmen adalah sangat pasif, tidak berusaha
bersungguh sungguh dan mudah berputus asa apabila berhadapan dengan cabaran. Mereka
juga mudah merasa bosan, tertekan, risau dan mungkin marah dengan kehadiran mereka di
dalam bilik darjah dan boleh memberontak terhadap guru dan rakan sekelas.
Dalam kajian ini, dua aspek diberi fokus iaitu motivasi dan komitmen belajar. Aspek motivasi
melibatkan motivasi ekstrinsik. Komitmen belajar pula dilihat dari elemen kognitif, emosi dan
tingkah laku, (Skinner & Belmont, 1993).

1.3 PERNYATAAN MASALAH
Komitmen belajar dan pencapaian dalam peperiksaan bagi setiap individu adalah berbeza
antara satu sama lain. Menurut Rasidah Rashid (2007), perbezaan pencapaian yang berbeza
adalah disebabkan faktor faktor seperti latar belakang serta tahap potensi, gaya pembelajaran
dan motivasi pelajar. Crow & Crow (1983) turut melihat darjah pencapaian seseorang pelajar
dalam proses pembelajaran banyak dipengaruhi oleh sikap, minat dan motivasi yang
berterusan. Masalah komitmen belajar di kalangan murid sekolah rendah luar bandar khususnya
dapat dilihat melalui tingkah laku murid murid tersebut. Antara kesan yang ketara adalah
tidak menguasai kemahiran yang diajar oleh guru kerana lupa dan tidak mengulangkaji, tidak
menyiapkan kerja rumah dan ponteng sekolah. Disamping itu, pencapaian dalam peperiksaan
ataupun ujian bulanan juga adalah merupakan petunjuk kepada masalah komitmen belajar di
kalangan murid. Murid yang memperoleh pencapaian yang baik dalam peperiksaan ataupun
ujian bulanan mempunyai motivasi diri yang tinggi terhadap komitmen belajar mereka
manakala murid yang tidak mencapai keputusan baik dalam peperiksaan mempunyai motivasi
diri yang rendah terhadap komitmen belajar.
Pelbagai usaha dilaksanakan oleh pihak kerajaan ke arah meningkatkan pencapaian akademik
murid luar bandar, namun isu komitmen belajar dikalangan murid luar bandar masih lagi
3

menjadi cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dan pihak pengurusan sekolah. Masalah ini
turut mempengaruhi prestasi akademik sekolah. Dari perspektif guru pula, komitmen belajar
murid memerlukan peranan dan tindakan guru yang sewajarnya bagi memotivasikan dan
memberi rangsangan kepada murid. Proses pengajaran dan pembelajaran yang baik dan
menarik akan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan berkesan.
Terdapat banyak kajian berkaitan motivasi belajar. Antaranya adalah kajian terhadap tahap
motivasi dan hubungannya dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dan gerak kerja dalam kelas (Suhaimi Zakaria, 1991) dan Academic motivation of
students (Uwe wilkesmann et. al, 2012). Kajian tentang komitmen belajar pelajar juga ada
namun fokus yang berlainan. Kajian yang memfokus terhadap tahap pengaruh motivasi ke atas
komitmen belajar agak kurang. Kajian ini akan meneliti tahap pengaruh motivasi intrinsik dan
ekstrinsik terhadap komitmen belajar murid.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif kajian yang ingin dicapai adalah:
1. Mengetahui tahap komitmen belajar murid tahap 2 SK Lihak-Lihak semporna.
2. Mengenal pasti tahap motivasi murid tahap 2 SK Lihak-lihak sempornaa.
3. motivasi ekstrinsik dengan komitmen belajar murid tahap 2 SK Lihak-Lihak
Semporna.
4. Membandingkan perbezaan tahap motivasi terhadap komitmen belajar berdasarkan
pencapaian akademik murid SK Lihak-Lihak , semporna.





1.5 SOALAN KAJIAN
Persoalan kajian berikut diharap dapat menjawab objektif yang disediakan.
4

1. Sejauhmankah tahap komitmen belajar murid tahap dua SK Lihak-Lihak, semporna?
2. sejauhmanakah tahap motivasi murid tahap dua SK Lihak-Lihak, semporna?
3. Apakah pengaruh motivasi ekstrinsik dengan komitmen belajar murid tahap dua SK
Lihak-Lihak, semporna ?


1.6 KESIGNIFIKAN KAJIAN

Hasil kajian ini diharap dapat memberi pengetahuan dan panduan tentang maklumat motivasi
dan komitmen belajar murid sekolah rendah luar bandar kepada banyak pihak khususnya yang
terlibat dalam bidang pendidikan. Kajian ini adalah penting dan ia dapat memberi gambaran
komitmen belajar serta tahap motivasi yang dimiliki murid sekolah rendah khususnya di Daerah
Beluran.

1.6.1 Kepentingan kepada pengurusan sekolah
Kajian berupaya membantu mengenalpasti tahap motivasi murid pada peringkat awal.
Hasil kajian dapat dijadikan panduan bagi pihak pengurusan dalam merangka strategi
jangka panjang dan jangka pendek disamping merancang takwim program bersesuaian
mengikut keperluan pelajar terutama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Strategi pula adalah terarah kepada peningkatan komitmen belajar murid. Kem motivasi
pelajar seperti kem kecemerlangan akademik dapat dibentuk selaras dengan tahap
pencapaian akademik pelajar.
1.6.2 Kepentingan kepada Ibubapa murid/ PIBG
Walaupun guru adalah sangat berperanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
murid, tetapi ibubapa murid adalah insan yang paling dekat dengan mereka. Hasil kajian
ini nanti akan dapat memberi ibubapa gambaran situasi anak anak mereka terhadap
pembelajaran disekolah. Sebagai panduan, ibubapa dapat memainkan peranan dan
tanggungjawab mereka memotivasi anak anak dirumah dalam meningkatkan
komitmen belajar murid.

1.6.3 Kepentingan kepada Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pendidikan
5

Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pendidikan adalah pihak yang bertanggungjawab
merangka program program ke sekolah sekolah. Hasil kajian ini penting dan diharap
dapat menyampaikan keperluan program dari perspektif sekolah. Seterusnya, pihak
berkenaan dapat membuat dan menyelaraskan rangka program yang bersesuaian.
1.6.4 Kepentingan kepada murid murid
Hasil kajian ini dapat membantu pelajar meningkatkan komitmen belajar mereka melalui
motivasi dalam diri murid. Kajian ini juga diharap dapat mendorong dan meningkatkan
lagi prestasi akademik murid dengan mengambil langkah yang strategik dalam
penyesuaian motivasi.

1.6.4 Kepentingan kepada penyelidik
Penyelidik memainkan peranan sebagai penggerak kepada kualiti pendidikan negara.
Banyak kajian telah dilaksanakan dan telah mengupayakan kualiti pendidikan negara
bertambah baik dari semasa ke semasa. Kajian ini dapat dijadikan rujukan kepada kajian
lanjutan berkaitan di masa akan datang.


1.7 BATASAN KAJIAN
Kajian ini terhad kepada skop yang lebih kecil iaitu mengkaji tahap hubungan motivasi dengan
komitmen belajar murid-murid sekolah rendah luar bandar. SK Lihak-Lihak, Semporna dipilih
kerana lokasinya diluar bandar. Responden kajian adalah terdiri daripada murid murid tahap
dua. Laporan hanya berasaskan situasi disekolah dan daerah tersebut sahaja disamping
ketepatan maklum balas responden melalui soal selidik yang diedarkan.

1.8 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
Kajian ini menerangkan tentang motivasi ekstrinsik dengan komitmen belajar murid sekolah
rendah luar bandar. Ia turut melihat tahap motivasi yang dimiliki oleh murid sekolah rendah
luar bandar di SK Lihak-Lihak semporna.
6



Kerangka konsep dalam Rajah 1 menunjukkan secara grafik hubungan motivasi dengan
komitmen belajar murid sekolah rendah luar bandar. Komitmen belajar murid dapat
dihubungkaitkan dengan motivasi ekstrinsik dengan matapelajaran, guru dan minat. Penyelidik
akan meninjau hubungkait kedua dua aspek melalui pandangan tokoh tokoh ilmuwan serta
melalui kajian yang dijalankan di Sk Lihak-Lihak Semporna.

1.9 DEFINISI OPERASIONAL KAJIAN
Beberapa konsep dan istilah digunakan dan dinyatakan dalam kajian ini. Definisi konsep dan
istilah berkenaan diterangkan untuk menjelaskan lagi penggunaannya dalam kajian ini.
1.9.1 Motivasi
Slavin (2006), mendefinisikan motivasi sebagai penggerak dalaman yang mendorong
seseorang untuk mencapai sesuatu. Motivasi adalah pengaruh daripada keperluan dan
keinginan terhadap pengamatan dan dorongan tingkahlaku.

KOMITMEN BELAJAR
Pemboleh ubah bebas
Mata pelajaran
guru
minat
EKSTRINSIK
MOTIVASI
RAJAH 1 : HUBUNGAN MOTIVASI DAN KOMITMEN BELAJAR
7

Zaaba & Zuraidah Hj Ismail (2004), walaupun kehadiran pelajar agak memuaskan
namun kehadiran secara fizikal tidak menjamin penglibatan secara mental. Pelajar
pelajar dilihat gagal mengambil peluang sepenuhnya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Lahey (2003), motivasi merujuk kepada suatu keadaan dalaman yang memberi arahan
ke dalam pemikiran manusia yang mana tingkahlaku didorong kepada tingkahlaku yang
bermatlamat.

Stanberg (2001) Motivasi bererti dorongan atau keperluan yang memimpin kepada
sesuatu tindakan. Motivasi juga melibatkan sesuatu proses yang memberikan kuasa dan
arahan yang menggerakkan tingkah laku seseorang.

Baron (2001), menyatakan motivasi adalah secara dasarnya adalah satu proses dalam
pelbagai keperluan desakan biologikal terhadap tingkah laku yang dibentuk untuk
penuhi keperluan.

1.9.2 Motivasi Ekstrinsik

Decy & Ryan (2000), Motivasi ekstrinsik adalah hasil dari pencapaian, ganjaran dan
penilaian positif di kalangan orang lain.

Singer (1994) Faktor luaran atau motivasi ekstrinsik pula ialah motivasi yang datang dari
luar yang berbentuk seperti pemberian ganjaran, hadiah, hukuman, ugutan, arahan,
penghargaan dan pengiktirafan

1.9.3 Komitmen Belajar

Marcia et. Al (1993), komitmen adalah keteguhan pada suatu tujuan, nilai dan
kepercayaan yang ditunjukkan melalui aktiviti yang menyokongnya.

8

Pamela Espeland & Elizabeth Verdick (2005), komitmen adalah suatu janji terhadap diri
ataupun orang lain. Komitmen belajar adalah satu janji untuk melakukan yang terbaik di
sekolah, mempelajari perkara baru, menyiapkan kerja, beri perhatian kepada guru dan
membaca bukan kerana merasa harus tetapi kerana kemahuan sendiri.

Arthur S. Reber et. Al (2001) memberi definisi belajar dari dua konteks iaitu belajar
adalah proses memperoleh pengetahuan dan belajar adalah suatu perubahan
kemampuan bereaksi hasil daripada latihan dan pengukuhan.

Moh Surya (1997) menyatakan belajar didefinisikan sebagai satu proses yang dilakukan
oleh individu untuk memperoleh perubahan tingkah laku secara menyeluruh berasaskan
dari pengalaman individu itu sendiri melalui interaksi antara satu dengan lain.

Berdasarkan definisi definisi oleh para pengkaji terdahulu, komitmen belajar dapat
dirumuskan sebagai rasa keterikatan dan kesungguhan dalam proses memperoleh
pengetahuan dan perubahan tingkah laku.

1.9.4 Kognitif
Konsep kognitif berasal dari bahasa Latin iaitu cognosere yang bermaksud untuk
mengetahui. Nehlig (2010), menyatakan kognitif merujuk kepada kemampuan untuk
memproses informasi, menerapkan ilmu dan mengubah kecenderungan seseorang
individu.

Ahli ahli psikologi mempelopori Teori Kognitif seperti Kohler, Bruner, Gagne dan
Ausubel berpendapat bahawa istilah kognitif adalah merujuk kepada aktiviti aktiviti
mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep yang memberi
perhatian khusus kepada proses pemikiran individu.

1.9.5 Emosi

Menurut Daniel Goleman (1995), emosi adalah perkara yang berkaitan dengan kegiatan
atau fikiran, perasaan, nafsu, keadaan mental yang hebat dan meluap luap.
9


Chaplin (1989) merujuk emosi sebagai suatu keadaan yang terhasil dari perubahan
perubahan yang disedari dan bersifat dari dalaman individu.

Menurut Crow & Crow (1958), emosi adalah pengalaman yang bersifat afektif yang
terhasil daripada perubahan dan penyelarasan dalaman, mental dan fisiologi seseorang
dan seterusnya mempengaruhi tingkah laku.

1.9.6 Tingkah laku
Martin & Pear (1996), tingkah laku adalah aktiviti, aksi, perbuatan, bergerak balas dan
reaksi. Menurut mereka, tingkah laku adalah apa yang di cakap dan di lakukan oleh
seseorang individu.
Menurut Miltenberger (2001), tingkahlaku merujuk kepada apa yang seseorang individu
cakap dan katakan. Ia boleh diperhati dan diterangkan serta memberi kesan kepada
persekitaran.

1.10 RUMUSAN
Aspek yang paling penting dalam menentukan kejayaan dan pencapaian akademik cemerlang
adalah diri murid itu sendiri. Jika pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dalam kelas
berjaya tetapi tanpa komitmen belajar oleh murid, adalah sukar untuk menguasai kemahiran
yang diajar dengan baik. Pencapaian akademik murid luar bandar adalah berbeza dengan murid
di bandar. Oleh itu, melalui penyelidikan yang dijalankan dapat mengenalpasti hubungan
motivasi dengan komitmen belajar murid sekolah rendah luar bandar.





10






BAB 2
2.1 Pengenalan
Bahagian ini akan menghuraikan lebih lanjut teori teori yang berkaitan, motivasi, komitmen
belajar dan kajian kajian lepas yang dianggap berkaitan.
2.2 Perbincangan Isu
Komitmen belajar mempunyai daya pengaruh terhadap pencapaian akademik murid terutama
dari segi fungsi dan manfaatnya.
2.3 Teori
2.4 Kerangka Teoritikal Kajian
2.5 Rumusan






11









BAB 3
hfMETODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan
Metodologi kajian akan menerangkan dengan lebih terperinci cara atau kaedah penyelidikan
kajian dilaksanakan. Bahagian ini adalah penting dalam memastikan kajian yang dijalankan
adalah dengan sistem ataupun melalui proses yang tersusun dan betul. Pelaksanaan kajian
akan dijelaskan dengan menumpu kepada perkara perkara seperti reka bentuk kajian,
instrumen kajian, pengumpulan data, prosedur dan analisis data.

3.2 Reka bentuk Kajian
Abd. Majid Konting (1990), menyatakan reka bentuk kajian adalah merupakan teknik dan
kaedah tertentu untuk memperoleh maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah.
Ia merupakan keseluruhan rangka projek penyelidikan yang sekiranya direkabentuk dengan
tersusun dan berhati hati, maklumat yang diperolehi adalah sesuai dengan persoalan masalah
yang ingin diselesaikan.
12

Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dengan kaedah tinjauan iaitu menggunakan kaedah
temuramah kepada beberapa pelajar terpilih dan juga pemerhatian kepada setiap kelas tahap
dua di sekolah kebangsaan lihak-lihak semporna . Maklumat yang dikumpul diuji secara dapatan
untuk membuktikan motivasi ekstrinsik membantu dalam peningkatan komitmen belajar murid
murid tahap dua, SK Lihak-Lihak semporna.

3.3 Instrumen Kajian
3.3.1 Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kaedah
temubual kepada beberapa pelajar yang di pilih di kalangan murid tahun 4, tahun 5, dan
tahun 6. Murid di berikan soalan mudah mengenai minat dan kecenderungan mereka
datang ke sekolah dan tumpuan mereka di dalam bilik darjah, temubual ini di jalankan
secara tidak formal dan di luar bilik darjah supaya data yang di peroleh adalah tepat dan
sahih. Dokumen ini di semak bagi mendapatkan gambaran mengenai motivasi enstristik
dalam pencapaian murid.
3.3.2 instrumen kedua yang di gunakan adalah kaedah pemerhatian terhadap murid-murid
tahap dua sk lihak-lihak semporna, pemerhatian di jalankan pada setiap hari dengan rekod
kehadiran murid serta pencapaian peperiksaan pada setiap semester di kelas tahap dua sk.
Lihak-lihak. Patton (2002) menyatakan bahawa pemerhatian adalah penting dalam
mendapatkan pandangan menyeluruh mengenai pengalaman individu. Pemerhatian yang
dijalankan dapat mengumpul maklumat mengenai persekitaran di mana pengalaman
individu berkenaan berlaku. Adler dan Adler (1994) berpandangan bahawa jika
permerhatian digunakan sebahagian daripada data dalam sesuatu kajian, ianya merupakan
sumber validasi dalam metodologi yang dijalankan.

3.4 Populasi Kajian
Azizi Yahaya et. al (2006) menyatakan bahawa populasi adalah satu set lengkap semua
kumpulan yang memenuhi spesifikasi. Populasi fokus dalam kajian ini adalah murid murid
tahap dua SK Lihak-lihak yang terletak di daerah semporna Sabah.
13


3.5 Sampel Kajian
Sampel adalah sebahagian daripada populasi tanpa mengambil kira sama ada ia dapat menjadi
wakil populasi atau sebaliknya (Azizi Yahaya et.al, 2006). Jumlah sampel dalam kajian ini adalah
dengan merujuk pada jadual Krejcie, R. V and Morgan D.W yang menunjukkan jumlah sampel
daripada populasi (Azizi Yahaya et. al, 2006). Jumlah sampel adalah seramai 76 orang daripada
97 populasi murid tahap dua SK Lihak-Lihak, semporna. Kaedah pemilihan sampel dilakukan
secara rawak dan melibatkan kedua dua jantina sebagai responden.

3.6 Lokasi Kajian
Lokasi kajian dijalankan di Sekolah Kebangsaan Lihak-Lihak di daerah semporna. Pemilihan
sekolah ini sebagai lokasi kajian adalah kerana kedudukannya dikategorikan sebagai terletak di
kawasan pedalaman. Ini bersesuaian dengan objektif kajian.

3.7 Pengumpulan Data
Data adalah bahan mentah untuk menghasilkan maklumat. Pengumpulan data melibatkan
proses merancang dan melaksanakan pengutipan data dengan menggunakan kaedah kaedah
tertentu untuk memperoleh data dan maklumat berkenaan tentang masalah yang dikaji (Abd.
Majid Konting, 2009). Data yang akan diproses kelak di peroleh daripada borang soal selidik
yang mengandungi item item motivasi berpandukan objektif kajian yang dijalankan.

3.8 Prosedur Kajian
Dalam melaksanakan kajian ini di SK Lihak-Lihak, semporna, penyelidik mendapat kebenaran
dari pihak pihak tertentu yang berkenaan untuk memastikan kelancaran kajian. Penyelidik
juga menemuramah beberapa pelajar yang di pilih secara rawak di waktu selepas kelas sendiri
borang soal selidik kepada murid yang dipilih secara rawak. Berikut adalah prosedur
pelaksanaan kajian ini.
14

1. Memohon kebenaran melaksanakan kajian penyelidikan.
2. Menjelaskan dengan terperinci objektif temuramah.
3. Memberikan masa yang cukup kepada responden untuk menjawab soalan.
4. Menyediakan surat kebenaran untuk menemuramah pelajar.
5. Menyediakan surat bagi kebenaran membuat pemantauan
6. Mengumpul Data untuk di analisis untuk mendapatkan maklumat.
7. Membuat rumusan kajian.

3.9 Penganalisisan Data
Untuk mendapatkan hasil penyelidikan, setiapa sesi temuramah di rekod untuk mendapatkan
sumber atau tahap keberkesanan motivasi enstristik kepada mereka, hasil rakaman akan di
dengar berulang kali bagi memastikan sumber yang di dapati adalah tepat
Hasil pemantauan juga di kumpul dari masa ke semasa iaitu pemantauan di buat 3 kali
dalam seminggu dan di rekod perubahan setiap kali pemantauan di buat, hasil daripada laporan
pemantauan ini akan di kumpul dan di rekod kan sebagai bahan bukti terhadap kajian kes yang
kami lakukakan


3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan
Kesahan dalam sesi temuramah akan di rekod kan dan di catatkan setiap ayat untuk
memastikan tidak terdapat keciciran maklumat di perolehi setiap isi penting akan
memperkuatkan lagi kajian kes yang di perolehi, selain itu hasil pemantauan juga akan di rekod
dan akan di analisis bagi mendapatkan sumber yang berkaitan dengan kajian kes yang di
lakukan ini.



15

3.11 Rumusan
Dalam bab ini, penyelidik telah menjelaskan metodologi kajian yang dilaksanakan secara
menyeluruh. Keputusan maklumat yang dikumpul dan dianalisis akan menjawab soalan kajian
dalam Bab 1.

Anda mungkin juga menyukai