Anda di halaman 1dari 13

TEMA 6.

CABARAN MASA DEPAN


a. Menjana pembangunan negara
- Politik
- Ekonomi
- Sosial
b. Menangani cabaran globalisasi
- Hubungan serantau dan dunia
- Saingan serantau dan dunia
c. Mengekalkan dan meningkatkan pengiktirafan dunia terhadap negara
- Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pelbagai bidang


TEMA 6: MENJANA PEMBANGUNAN
NEGARA


Pembangunan negara haruslah seimbang dari aspek politik, ekonomi dan sosial.
RMK-9 merupakan pemacu Misi Nasional yang akan meneruskan dasar dan perancangan kerajaan
dalam membentuk sesebuah negara yang maju ekonominya, seimbang pembangunan sosial dan
politik serta melahirkan rakyat yang mempunyai minda kelas pertama.
Pembangunan ekonomi penting dalam menjana pembangunan negara. Pengenalan kepada sistem
ekonomi ala komputer seperti K-ekonomi, bandar ekonomi dan pembangunan modal insan
merupakan antara usaha yang telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.
Konteks sosial merupakan inti pati penting dalam mewujudkan kesejahteraan dan kestabilan negara
dalam menjana pembangunan negara. Penggubalan Dasar Sosial Negara jelas mempamerkan
kesungguhan kerajaan dalam menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di bawah satu
bumbung sekali gus mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari aspek sosial,
ekonomi dan teknologi.
Rakyat yang cinta akan negara dan sentiasa proaktif merupakan sumber penting dalam
menentukan kejayaan dan hala tuju sesebuah negara. Justeru, kita mestilah sentiasa bersedia
dalam membangunkan dan mempertahankan negara daripada serangan ancaman.
Pembangunan golongan belia yang berkualiti dan memantapkan pertubuhan belia telah diberi
penekanan utama dalam RMK-9 kerana mereka adalah pewaris negara pada masa depan.
Penguasaan kemahiran ICT akan melahirkan rakyat yang berteknologi dalam menghadapi cabaran
masa depan dan pembangunan negara. Kemahiran dan kepakaran ICT rakyat sesebuah negara
merupakan elemen yang akan menentukan tahap kemajuan pembangunan dalam negara tersebut


FAKTOR-FAKTOR YANG MENJANA PEMBANGUNAN NEGARA

Kerjasama dan perpaduan antara kaum.
Perkembangan ICT dan komunikasi.
Rancangan dan dasar kerajaan.
Kestabilan politik.

MENANGANI CABARAN GLOBALISASI

Globalisasi atau dunia tanpa sempadan menjadikan dunia semakin kecil akibat kemajuan teknologi dan penyebaran
maklumat. Pemodenan dalam sistem pengangkutan dan media massa mermpercepatkan dan memudahkan pergerakan
komoditi dan manusia serta penyebaran maklumat secara meluas dalam jangka masa yang singkat.
Era globalisasi moden menuntut tenaga buruh yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi dan
komunikasi. Melalui proses globalisasi, Malaysia semakin disepadukan dengan ekonomi dunia. Contoh dengan
memperkenalkan e-banking, e-dagang.
Globalisasi turut mempengaruhi imbangan pembayaran dan nila mata wang sesebuah negara berdasarkan pandangan
dan keadaan pasaran sedunia
Kesan globalisasi kepada Malaysia ialah ekonomi negara akan menjadi pesat dan meningkat, pasaran ekonomi terbuka,
mempercepatkan dan memperluaskan urus niaga serta meningkatkan produktiviti.
Cabaran globalisasi sentiasa mengheret setiap negara dengan pelbagai masalah yang memberi kesan dalaman dan
luaran pada negara tersebut. Hubungan dengan dunia luar dapat menangani cabaran globalisasi.
Hubungan serantau bermaksud kerjasama perdagangan yang melibatkan beberapa negara yang terletak dalam rantau
yang sama. Contohnya, kerjasama antara negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia
Malaysia-Singapura (IMS-GT)
Hubungan dunia pula bermaksud kerjasama perdagangan melibatkan pelbagai negara di dunia. Contohnya, kerjasama
dengan PBB.OIC,EC dan G7.
Malaysia juga memberi keutamaan kepada pembangunan ekonomi dan teknologi maklumat. Kehadiran syarikat-syarikat
multinasional seperti PETRONAS dan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa (MISC) menjadikan syarikat Malaysia yang
bertaraf dunia.
Kestabilan politik menentukan pembangunan ekonomi sesebuah negara. Justeru, ancaman dalaman negara seperti
rusuhan, demontrasi, letupan bom atau rasuah boleh mengancam perkembangan ekonomi negara.

FAEDAH PENUBUHAN LEMBAH BIOTEKNOLOGI

MALAYSIA SEBAGAI PUSAT KECEMERLANGAN PELBAGAI BIDANG

Untuk merealisasikan Wawasan 2020 ini, seluruh warga Malaysia harus melipatgandakan usaha dan
bekerjasama bagi membangunkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pelbagai bidang seperti
dalam bidang pendidikan, perubatan, sains dan teknologi, pertanian dan kemudahan infrastruktur yang
bertaraf dunia.

PUSAT KECEMERLANGAN : PERUBATAN
Institut Jantung Negara (IJN) institut kesihatan terbaik dunia .
Penemuan bioubatan genetic.
Pusat kecemerlangan bertaraf dunia dalam bidang pembedahan endoskopik pediatrik.
PUSAT KECEMERLANGAN : PENDIDIKAN

Institusi pendidikan awam dan swasta yang bertaraf dunia seperti UPM,USM, Segi
College, Inti College dan lain-lain.
Akademi PILOT Malaysia kursus juruterbang.
Program pertukaran pelajar

PUSAT KECEMELANGAN: KEMUDAHAN
INFRASTRUKTUR, PRASARANA

Mercu tanda negara seperti Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Lapangan Terbang Antarabangsa .
Jambatan Pulau Pinang.
Bandar-bandar satelit seperti Cyberjaya.
PUSAT KECEMERLANGAN:
PERTANIAN

Kejayaan bidang bioproses dalam membangunkan bahan biodegradasi seperti bioplastik.
Pengeluar dan pengeksport kelapa sawit terbesar dunia.
PORIM- Penghasilan biodiesel daripada kelapa sawit.
PUSAT KECEMERLANGAN : SAINS DAN
TEKNOLOGI

Pusat Analisis dan Teknologi Gen (CGAT)
Aeeoangkasa (kajian sains angkasa)


PUSAT KECEMERLANGAN DALAM BIDANG TERTENTU

Bahasa- Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sains Pusat Sains Negara, Planetarium, Petrosains, MINT, MIMOS
Perubatan- Institut Jantung Negara(IJN)
Pertanian- FELDA, FELCRA, MARDI, RISDA,MPOB
Politik- Pusat Sumber Parlimen Malaysia.
Sosial- Institut Sosial Malaysia, Institut Integriti Nasional.
Industri automotif- PROTON.

USAHA MENINGKATKAN STATUS NEGARA SEBAGAI PUSAT
KECEMERLANGAN PELBAGAI BIDANG

Pelbagai usaha telah dilakukan bagi meningkatkan status Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan pelbagai bidang. Antara usaha-usaha tersebut ialah:
Meningkatkan perkhidmatan dan kepakaran di pusat-pusat perubatan atau
kesihatan sama ada kerajaan ataupun swasta.
Mewujudkan sistem pendidikan yang berprestij dengan meningkatkan kualiti
dan taraf sistem pendidikan negara.
Melahirkan lebih ramai graduan dan golongan professional dalam pelbagai
bidang seperti pendidikan, aeroangkasa, perubatan, robotic, bioteknologi dan
lain-lain bagi meningkatkan produktiviti ke arah mencapai tahap yang lebih
kompetitif di peringkat domestic dan global.
Memajukan sector pertanian dalam negara.
Meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti Jambatan Pulau Pinang, lebuh
raya bertaraf antara bangsa, lapangan terbang antara bangsa, bandar-bandar
satelit iaitu Cyberjaya .
Membina bangunan sebagai lambing dan mercu tanda kemajuan negara
seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Menara
KLCC.

Anda mungkin juga menyukai