Anda di halaman 1dari 20

HBML2203: PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

OLEH :AIMAN






FAKULTI PENDIDIKAN & BAHASA
JANUARI/2013
HBML 2203
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN BAHASA MELAYU


ISI KANDUNGAN

PERIHAL HALAMAN
SEKAPUR SIREH ii
PENGENALAN SEKOLAH BESTARI

1-4
OBJEKTIF PENULISAN/PENYELIDIKAN
DEFINISI KONSEP
HBML2203: PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
OLEH :AIMAN


PERBINCANGAN/HASIL PENYELIDIKAN SEKOLAH BESTARI
-KEFAHAMAN TENTANG KONSEP 5
-OBJEKTIF ,PERANAN,FUNGSI 6
-PEDAGOGI 7
-KEMAHIRAN 7
-HASILAN GUNA TENAGA YANG
DIHARAPKAN MELALUI ACUAN MALAYSIA
7
-CADANGAN 8

PENUTUP













Sekapur Sireh
Syukur Alhamdulillah ,kerana dengan izin Allah ,saya diberi kekuatan untuk
menyempurnakan tugas ini.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ahli keluarga saya yang telah
2ember galakan dan sokongan kepada saya.
HBML2203: PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
OLEH :AIMAN


Ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Manhita bt Hassan selaku
tutor saya kerana memberi bimbingan dan
petunjuk sepanjang tugasan ini disediakan.
Tidak lupa juga, rakan-rakan seperjuangan yang memberi kerjasama dan
nasihat secara langsung atau tidak langsung untuk saya menyiapkan tugasan ini.


SEKIAN ,TERIMA KASIH







PENGENALAN
1. Objektif dan Matlamat Kajian/Penyelidikan
Dalam program Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah pembestarian sekolah di negara ini ,
persediaan pengajaran dan pembelajaran merupakan perkara yang amat penting . Sasaran
utama merupakan guru yang menjadi sumber ilmu dan fasilitator untuk mendapatkan ilmu
yang bermanfaat . Manakala , pelajar merupakan pelanggan yang berkeperluan kepada ilmu
tersebut. Justeru , suatu penilaian harus dibuat untuk menilai sejauhmanakah guru tahu dan
bersedia ke arah pelaksanaan program Sekolah Bestari yang dirancang oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.
HBML2203: PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
OLEH :AIMAN


Dalam usaha untuk mewujudkan Sekolah Bestari , beberapa perubahan perlu
dilakukan.Perubahan ini tidak mungkin dapat diterima dengan mudah oleh sesiapapun apatah
lagi warga pendidikan yang sangat berkaitrapat dengannya. Dalam hal ini , sistem pengurusan
sekolah bakal mengalami perubahan terancang di mana satu sistem pengurusan secara
elektronik yang dapat mengawal segala aspek pengurusan sekolah.
Sistem pengurusan yang lebih berasaskan cara kerja manual dan terpisah akan berubah
kepada sistem pengurusan Sekolah Bestari dimana pengurusan adalah berasaskan teknologi
maklumat secara bersepadu bagi melicinkan proses kerja , kolaborasi antara agensi-agensi
pusat dengan pihak sekolah dan kemudahan komunikasi serta teknologi maklumat akan
membantu guru besar atau pengetua membuat keputusan secara pantas dan segera dengan
adanya kemudahan akses.
Mampukah semua perubahan ini diterima oleh sumber pendidikan?.Siapakah sumber
utama pendidikan? Tak lain tak bukan guru-guru di sekolah.
Secara ringkasnya guru-guru perlu memahami beberapa aspek utama perubahan perlu
dilakukan seperti :
1.Budaya pengajaran dan pembelajaran daripada cara yang tradisional kepada sistem
berteraskan ICT.
2.Pengurusan pentadbiran dan guru-guru perlu mengamalkan sistem pengurusan yang
profesional.
3.Sistem pentaksiran dan penilaian berubah daripada kaedah berpusat kepada kaedah
berterusan dan holistik,
4. Peningkatan prasarana ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran seperti peralatan ,
makmal komputer , tenaga kepakaran serta tenaga kerja yang mencukupi.
Sejauhmanakah pengetahuan , penerimaan serta persediaan guru-guru di Malaysia
terhadap program kementerian ini?.
Hal yang demikian membuka jalan saya untuk membuat tinjauan yang berbentuk soal
selidik di mana tujuannya untuk mendapatkan persepsi , kekangan dan mengukur persediaan
HBML2203: PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
OLEH :AIMAN


responden (guru) berhubung Program Sekolah Bestari.Ia juga dilakukan bagi mengukur
sejauhmana pengetahuan guru terhadap program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan ini.
Saya membataskan item item soal selidik kepada beberapa aspek seperti konsep ,objektif
,peranan ,fungsi ,pedagogi ,kemahiran dan hasil guna tenaga yang diharapkan mengikut
acuan Sekolah Bestari di Malaysia.
Menurut pandangan Hall , Hord dan Griffin ( 1980) menyatakan bahawa darjah
implementasi bagi perubahan dan inovasi adalah berbeza di sekolah-sekolah bergantung
kepada persekitaran dan keprihatinan pengetua dan guru besar di sekolah.
Justeru , kajian ini dijalankan di lima buah sekolah rendah dan menengah di daerah saya iaitu
Pontian.Secara generalisasinya lima buah sekolah ini mewakili kriteria semua sekolah di
kawasan-kawasan lain.Responden kajian saya pula terdiri daripada guru lelaki dan
perempuan dalam lingkungan usia 26 tahun hingga 45 tahun.
Kajian ini juga telah menggunakan satu borang soal selidik 5 mata skala likert yang telah
dibina berasaskan kajian saya daripada beberapa contoh borang soal selidik yang dikaji
.Borang soal selidik ini diedar kepada 30 orang guru yang dipilih daripada beberapa buah
sekolah di daerah Pontian.Data dikumpul dan dianalisis menggunakan graf dan penerangan.
Beberapa cadangan dan saranan saya ajukan bagi merungkai masalah guru untuk
merealisasikan program Kementerian Pelajaran ini.
Kriteria sekolah kajian :-
Nama Sekolah Kategori Bilangan Responden Jantina
SK Seri Sinaran
Chokoh
82030 , Serkat
Sekolah pedalaman
(SKM)
10 orang 6 perempuan
4 lelaki
SK Sungai Durian ,
82300 , Permas ,
Kukup
Sekolah gred A luar
landar
10 orang 3 lelaki
2 perempuan
SMK Seri Kukup ,
82300 , Kukup ,
Pontian
Sekolah menengah
gred A luar bandar
5 orang 5 lelaki
5 perempuan
HBML2203: PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
OLEH :AIMAN


SK Bandar Pontian
82000 , Pontian
Sekolah bandar 5 orang 5 lelaki
5 perempuan
Jumlah 35 orang Perempuan :19 orang
Lelaki : 17 orang


Objektif utama saya menerusi kajian ini ialah :
1. mengenalpasti kefahaman konsep , objektif , peranan dan fungsi Sekolah Bestari dalam
kalangan guru-guru di sekolah .
2. Mengukur penguasaan kemahiran guru-guru untuk menjalankan pedagogi menerusi konsep
Sekolah Bestari .
3.Mengukur keupayaan , kemahiran dan pengetahuan guru-guru dalam mengendali dan
mengaplikasi peralatan ICT mengikut konsep Sekolah Bestari.
4. Mengenal pasti kesediaan guru-guru dalam menyahut usaha kerajaan ke arah
pembangunan pendidikan yang cemerlang.
5.Mengkaji kekangan dan cabaran dalam proses pelaksanaan Sekolah Bestari
Kajian ini perlu dilakukan supaya setiap pihak yang terbabit dalam usaha ini dapat
melakukan penambahbaikan agar Program Sekolah Bestari ini tidak terhenti malah
diperluaskan lagi dari semasa ke semasa terutama ke sekolah-sekolah luar
bandar.Penyelidikan ini juga bertujuan mengukur kesediaan guru-guru terhadap pelaksanaan
Sekolah Bestari dalam pengurusan pembelajaran dan pengajaran serta pentadbiran di sekolah.
Budaya pengurusan pembelajaran dan pentadbiran di sekolah bestari adalah berbeza dengan
sekolah biasa. Guru harus bersedia dari segi kognitif , psikomotor dan efektif.Hal ini perlu
diberi perhatian yang optimum. Guru yang tidak mempunyai tahap kesediaan yang tinggi
kemungkinan akan mengganggu pelaksanaan sekolah bestari.
SEKOLAH BESTARI ; DEFINISI DAN KONSEP
Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor merupakan tonggak dan strategi
pembangunan bagi mencapai Wawasan 2020.MSC telah ditubuhkan pada 29 Ogos 1995 oleh
HBML2203: PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
OLEH :AIMAN


bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Koridor Raya
Multimedia ini dibina bagi merangsang dan sebagai pemangkin kepada proses penyelidikan
dan pembangunan atau R&D yang membina dan menyebar maklumat serta produk
berasaskan teknologi maklumat. Tujuh aplikasi utama koridor multimedia adalah seperti
rajah di bawah.








Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) , kementerian Pelajaran Malaysia
menyediakan enam teras strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 hingga
2010.








Rajah : 6 Strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 hingga 2010.
Aplikasi Perdana Koridor
Raya Multimedia
Kerajaan
Elektronik
Kad Pintar
Pelbagai Guna
Tele perubatan
Pusat penyelidikan
R & D
Jaringan Perkilangan
Seluruh Dunia
Pusat Pemasaran
Tanpa Sempadan
PELAN INDUK
PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN (PIPP)
2006-2010
MEMBANGUNKAN MODAL
INSAN
MEMBINA NEGARA BANGSA MERAPATKAN JURANG
PENDIDIKAN
MEMPERKASAKAN SEKOLAH
KEBANGSAAN
MELONJAKKAN
KECEMERLANGAN INSTITUSI
PENDIDIKAN
MEMARTABATKAN
PROFESION KEGURUAN
HBML2203: PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
OLEH :AIMAN


Oleh itu matlamatnya apabila menjelang tahun 2020 , negara ini akan menjadi sebuah negara
maju mengikut acuan tersendiri , iaitu mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi ,
politik , social , kerohanian serta kebudayaan.Pihak kementerian telah mengatur misi dan
strategi agar masyarakat Malaysia dapat menghadapi cabaran globalisasi dan memartabatkan
system pendidikan bertaraf dunia.Pelbgai perubahan dan pembahruan telah dilaksanakan
terutamanya dalam kurikulum.Antara pembahruan yang dilakukan dan dilaksanakan ialah
Sekolah Bestari.
Sekolah Bestari sebenarnya bukanlah mengenai teknologi semata-mata.Ramai yang
menyangka sekolah bestari adalah sebuah sekolah yang keseluruhannya berkomputer.
Sebenarnya penggunaan teknologi merupakan satu komponen sahaja.
Sekolah Bestari bukan untuk pelajar pintar atau sekolah di bandar besar semata-mata.Ia
bertujuan membantu semua peringkat pelajar mencapai tahap potensi maksimum dalam apa
bidang sekalipun.
Melalui konsep ini , guru dapat mengenal pasti potensi serta kelemahan pelajar mereka dan
merangka program khusus bagi mengatasi dari peringkat awal lagi. Ini bermakna guru dapat
menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih berkesan dan mengikut kebolehan
serta kemampua pelajar.
Guru bertanggungjawab mengawasi serta menilai perkambangan pelajar secara berterusan
bagi memastikan pelajar terbabit diberi pendedahan menyeluruh dalan semua aspek
pendidikan,Pelajar yang lebih pintar dan bersedia akan menduduki peperiksan awal dari
pelajar yang kurang pintar.Bagi pelajar yang agak lemah akan terus dibimbing oleh guru
sehingga mereka bersedia untuk menduduki peperikaaan.
Kamus Dewan Edisi Keempat , telah member maksud bestari sebagai pintar , segak , bijak ,
pantas serta berkelas tinggi. Manakala Kamus Oxford mendefinisikan bestari sebagai cerdik ,
pintar , tajam akal , kelihatan segar , bergaya serta menonjol dalam masyarakat.
Sekolah Bestari adalah institiut pelajaran dan pendidikan yang disusun secara sistematik yang
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran , serta pengurusan sekolah menggunakan
aplikasi dan jaringan teknologi maklumat. Sekolah ini juga merupakan institiut pengajian
yang mempunyai pengajaran dan pembelajaran yang sentiasa menguji dan mencabar minda
serta member ruang kepada pelajar berfikir secara kreatif dan lebih kritis.
HBML2203: PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
OLEH :AIMAN


Perbezaaan sekolah masa dan kini dengan sekolah bestari amat jelas , khususnya daripada
segi gaya pembelajaran pelajar-pelajar dan gaya pengajaran guru-guru. Di sekolah masa kini
, gaya pembelajaran guru-guru berteras kepada hafalan dan pengetahuan. Sementara di
sekolah bestari , cara dan gaya pembelajaran berasaskan pelajaran secara bebas dan
kebergantungannya kepada teknologi iaitu tumpuan kepada maklumat , keupayaan berfikir ,
kreativiti , sikap penyayang dan prihatin serta literasi maklumat berbantukan teknologi.












Menurut Profesor Wan Mohd Zahid ( 1997 ) , sekolah bestari diwujudkan dengan ciri-ciri
berbeza dengan sekolah sedia ada masa kini.Antara kriteria sekolah bestari ialah :
1. Sekolah bestari dihubungkan dengan jaringan kawasan tempatan (LAN) yang
membenarkan perkongsian maklumat supaya mampu menggalakkan kerjasama antara
pelajar dengan guru bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran .
2. Sekolah ini berhubung melalui jarring kawasan luas ( WAN ) yang menyediakan
sumber-sumber melalui sistem atas talian ( online) bagi membolehkan guru-guru
dan pelajar mendapat maklumat dari kawasan tempat tinggal mereka.
3. Sekolah bestari diserasikan mengikut kperluan dan kehendak guru , pelajar dan
pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi.
4. Guru mempunyai peranan sebagai fasilitator yang bertanggungjawab menyediakan
situasi yang menggalakkan pembelajaran terarah kendiri secara berdikari


Gaya pembelajaran adalah berasaskan
kepada guru.
Tumpuan Hafalan
Tumpuan pengetahuan


Cara pembelajaran adalah berdasarkan
kepada pelajar.
Tumpuan kepada maklumat
Daya fikir dan kreativiti
Penyayang dan prihatin
Literasi Teknologi.

Sekolah Masa Kini Sekolah Bestari
HBML2203: PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
OLEH :AIMAN


5. Pentadbir berperanan sebagai pengurus yang afektif.
Selain itu , beberapa dasar dan matlamat kerajaan dalam meghasilkan masyarakat yang
berpendidikan tinggi , global dan berakhlak bukanlah suatu usaha mudah untuk dilaksanakan
dalam masa yang singkat. Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan dengan Sekolah
Bestari ialah:
1.Memastikan semua pelajar celik ICT
2. Menyelaraskan semua inisiatif di bawah Jawatankuasa Maklumat Pengkomputeran
Kementerian
3. Menilai semula setiap perisi kursus yang telah dihasilkan.
4.Mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam mata pelajaran ICT.
5.menggalakkan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti , kecemerlangan dan
afektif sistem pengurusan.
6. Menggalakkan perkongsian pintar dengan pihak luar Kementerian Pelajaran Malaysia .
Sebagaimana yang dinyatakan di atas , Sekolah Bestari acuan Malaysia bertujuan untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis , yang dapat mengembangkan potensi diri dan
member sumbangan ke arah kesejahteraan masyarakat dan negara. Logo Sekolah Bestari
menterjemahkan semua hasrat seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.


Rajah : Logo Sekolah Bestari





HBML2203: PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
OLEH :AIMAN





Ketua Pengarah Pelajaran , Tan Sri Alimuddin Mohd Dom (2009) berkata, Sekolah Bestari
adalah salah satu projek mega negara bagi menyahut cabaran Wawasan 2020 untuk
membangunkan sistem ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-Ekonomi supaya mampu
menghadapai persaingan dengan negara lain.
Di sini , dapat saya rumuskan bahawa Sekolah Bestari merupakan sekolah yang mempunyai
kecapaian prasarana teknologi maklumat yang lengkap , pengurusan pentadbiran yang
sistematik dan profesional , guru-guru yang berkemahiran , cekap , bijak , berintegriti , luhur
,penyayang , pembimbing yang baik , guru selaku motivator yang berwibawa dan
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat yang mampu melahirkan generasi yang
berpengetahuan , berinovasi dan dalam masa yang sama mempunyai rohani yang kukuh.



PERBINCANGAN DAN ANALISIS PENYELIDIKAN
Taburan guru yang saya pilih dalam sampel kajian ini terdiri daripada berlainan jantina ,
perbezaan tahap umur dan perbezaan tempat kerja.Selain itu , saya juga melihat dari sudut
pandang pengalaman seorang guru yang menjadi responden saya. Perbincangan dan hasil
kajian , saya paparkan dalam bentuk jadual dan ulasan mengikut 5 aspek penyelidikan saya
tentang Sekolah Bestari iaitu :
i.Aspek kefahaman tentang konsep Sekolah Bestari
ii.Aspek Kefahaman tentang objektif , peranan dan fungsi Sekolah Bestari
iii.Aspek Kefahaman dalam Pedagogi di Sekolah Bestari
iv.Aspek Kemahiran di Sekolah Bestari
HBML2203: PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
OLEH :AIMAN


v. Aspek Hasil Guna Tenaga melalui Sekolah Bestari acuan Malaysia.
Hasil kajian berskala tinggi ini saya rumuskan satu persatu mengikut populasi item yang
dikemukakan.

GRAF MENUNJUKKAN PERATUS SOALAN PRO DAN KONTRA YANG DIBINA
TENTANG PELAKSANAAN SEKOLAH BESTARI


Kajian Aspek (i) Kefahaman Konsep Sekolah Bestari
Item Skala
Sangat
Tidak
Setuju
Tidak
Setuju
Tidak
Pasti
Setuju Sangat
Setuju
Terdapat perbezaan ketara
antara matlamat, objektif dan
peranan Sekolah Bestari dengan
sekolah biasa.



0
2
4
6
8
10
12
Aspek 1 Aspek 2 Aspek 3 Aspek 4 Aspek 5
PRO
KONTRA
HBML2203: PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
OLEH :AIMAN


Saya faham pembangunan
individu di SB adalah meliputi
aspek intelektual , fizikal ,emosi
dan spiritual.

Sekolah Bestari berkait rapat
dengan keperluan negara untuk
mengeluarkan tenaga kerja yang
mampu berfikir dalam
persekitaran teknologi semasa

Usaha ke arah pembestarian
sekolah ini akan meningkatkan
penyertaan ibu bapa , masyarakat
dan sektor swasta.

Saya berusaha ke arah
pembestarian walaupun
mengajar di sekolah harian biasa

Saya faham bahawa guru di SB
bukan sahaja perlu menguasai
kemahiran ICT malah perlu bijak ,
berketerampilan ,mengamalkan
budaya ilmu , bersahsiah mulia
dan mempunyai kecerdasan
emosi dan sosial.


Konsep Sekolah Bestari ini meliputi kebijaksanaan dan keterampilan guru dari aspek kognitif
, sosial , psikomotor dan afektif yang tinggi.Begitu juga dengan matlamat melahirkan pelajar
yang holistik dan berupaya menggunakan minda dengan pintar dan saksama.Pembudayaan
ICT adalah sebahagian besar matlamat kementerian dalam penjenamaan generasi yang
intelektual dan berdayasaing di peringkat global.
Justeru , secara keseluruhannya hasil dapatan kajian menunjukkan tingkat kefahaman
terhadap konsep Sekolah Bestari ini oleh responden sangat tinggi dalam kalangan guru kini.
Ini dapat dibuktikan menerusi hasil kajian saya dalam item soalan (1, 2 ,5 dan 6 ) di mana
HBML2203: PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
OLEH :AIMAN


100 % menunjukkan semua responden memilih setuju dan sangat setuju bahawa semua
program pendidikan di negara ini bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan melalui
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjurus kepada penghasilan murid yang seimbang
dari segi jasmani ,emosi ,rohani ,intelek dan sosial.
Item 3 dan 4 dengan skala sangat tidak setuju dan setuju yang tinggi menunjukkan guru
faham bahawa Sekolah Bestari bukanlah untuk pelajar pintar dan untuk sekolah di kawasan
bandar sahaja. Justeru ,hasil kajian saya 100% responden menafikan pendapat tersebut.
bermakna responden mengetahui bahawa konsep Sekolah Bestari tidaklah hanya berkisar
kepada penggunaan teknologi terkini dalam pengurusan pengajaran dan
pembelajaran.Mereka mungkin faham bahawa SB juga menekankan kemahiran dan starategi
pengajaran yang sistematik.
Seramai 25 responden( 71% ) yakin dengan memilih skala liker 4 dan 5 mata bagi item 6
untuk menyokong usaha kerajaan menyusun atur sekolah bestari dengan konsep yang sedia
ada. Populasi guru lelaki sangat tinggi memilih sangat setuju mungkin kerana mereka lebih
suka mengendalikan pengurusan pengajaran dengan teknologi ICT yang lebih afektif untuk
pembelajaran murid. 10 responden (29%) lain setuju menerima konsep ini.Skala likert 4
mata menunjukkan guru masih boleh menerima konsep ini namun mereka adalah dalam
kalangan golongan guru senior dan sebahagian kecil adalah guru perempuan yang mungkin
kurang mahir mengendalikan teknologi ICT serta agak sukar mengubah tradisi pengajaran
yang sedia ada.
Kajian Aspek (ii ) Kefahaman terhadap objektif , peranan dan fungsi Sekolah Bestari
Hasil dapatan saya , populasi responden guru di sekolah menengah dan bandar agak tinggi
memilih skala setuju iaitu 13 responden (37%) daripada 35 dan 1 orang memilih sangat
setuju .Guru di kedua-dua jenis sekolah ini memilih skala bernilai 4 mungkin kerana guru
di sekolah yang ramai murid dan guru terdedah dengan informasi Sekolah Bestari.Terutama
dalam kalangan guru sekolah menengah.Oleh itu,mereka faham akan perbezaan antara sistem
sekolah bestari yang membentuk murid lebih kreatif dan inovatif mencari ilmu dan maklumat
di samping menjadikan mereka lebih gigih dan berdayasaing.
HBML2203: PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
OLEH :AIMAN


Skala 4 likert iaitu setuju juga dipilih oleh gabungan 12 responden ( 34 %) daripada
kalangan sekolah luar bandar dan pedalaman . Manakala 26 % iaitu 9 orang memilih tidak
pasti dan tidak setuju bagi item (i) .
Selain itu , kajian bagi soalan 2 ,3,4, dan 6 mendapat respon positif daripada guru terutama
guru yang berpengalaman ,populasi guru ini memilih setuju dan sangat setuju agak tinggi
iaitu dengan nilai min : pada item 2 , 3 ,4 dan 6 menunjukkan harapan yang besar
terhadap produk Sekolah Bestari .Mereka mungkin percaya dengan matalamat ini mampu
melahirkan murid yang seimbang dari segi fizikal dan mental .
Faktor pengurusan teknologi mungkin menjadi alasan responden sangat setuju dengan
matlamat di item 4 , bahawa semua masyarakat akan sama-sama terlibat melaksanakan
program ini.Ini termasuk pengetahuan mereka tentang syarikat pembekal komputer , peranan
ibu bapa dan respon masyarakat .
Pada soalan 5 pula agak rendah dengan min : dimana ramai yang tidak pasti bahawa
amalan mereka telah ke arah amalan Sekolah Bestari.Mungkin terdapat beberapa halangan
seperti kecapaian jalur lebar , peralatan yang tidak mencukupi ,penyelengaraan yang lemah,
kemahiran yang tidak mencukupi menjadikan responden memberi tindak balas tidak pasti
bagi item ini.Kajian menunjukkan populasi responden adalah dalam kalangan guru yang
berpengalaman lebih 15 tahun mengajar dan sebahagian mereka ialah guru perempuan.

Kajian Aspek (iii) Kefahaman Pedagogi di Sekolah Bestari
Populasi guru memilih skala 5 bagi soalan i , ii , iii.Manakala soalan iv mendapat respon
skala tidak pasti yang tinggi iaitu 33 daripada 35 orang memilih jawapan tidak pasti Ini
kerna mereka mungkin tidak didedahkan lagi dengan bentuk penilian di SB. 2 daripada
mereka setuju kerana mungkin responden ini ( 1 guru lelaki dan 1 guru perempuan) di
sekolah menengah telah diberi pendedahan tentang SB di institusi pengajian mereka sebelum
ini.
Kefahaman tentang komponen IT yang menjadi keutamaan di SB menyebabakan 90%
responden menyokong pendapat dalam item soalan viii. Kelangsungan daripada oalan no 8
itu mereka juga tahu bahawa sistem ini mempunyai kelemahan tersembunyi , dimana
HBML2203: PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
OLEH :AIMAN


mungkin pada pendapat mereka penggunaan teknologi dan bentuk komunikasi maya yang
berlebihan menyebabakan perhubungan fizikal antara guru dan murid akan semakin
lenyap.Justeru , seramai 30 responden bersetuju dan sangat setuju hakikat tersebut dan 5
responden memilih tidak setuju bagi item x. Mungkin mereka faham bahawa teknologi
bukanlah komponen utama di SB malah , guru sebagai fasilitator tetap menjadi pembimbing
dan pakar rujuk murid agar tidak tersasar. Hal ini ditunjukkan dengan amalan kemahran
Kecerdasan Pelbagai yang perlu diketahui oleh semua guru.100% responden menyokong
dengan memilih setuju dan sangat setuju pada item ix.
Kajian Aspek ( iv ) Kemahiran di Sekolah Bestari
Min dalam 10 soalan kemahiran di SB menunjukkan populasi yang tinggi pada penggunaan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat 24 responden memilih skala 4 dan 5 likert
bagi soalan i hingga vi .Manakala bagi soalan kemahiran penggunaan asas computer
menunjukkan populasi guru senior memberi respon tidak setuju pada soalam 7-9.Ini
mungkin kerana guru lama yang tidak terdedah pada computer semasa mula
berkerjaya.Justeru seramai 4 orang guru yang mempunyai pengalaman kerja lebih 20 tahun
memilih skala ini. Manakala 7 responden lain menyatakan ketidakpastian terhadap
penggunaan computer. Kewujudan masalah ini mungkin banyak dipengaruh oleh faktor umur
, kepentingan ICT dalam kerjaya guru dan kemudahan prasarana ICT yang tidak
menggalakkan terutama di kawasan luar bandar.Masalah ini termasuklah guru yang kurang
mahir , kurang berpengetahuan dan tidak mempunyai minat untuk melaksanakan program ini
di samping cabaran penggunaan peralatan ICT serta sumber kewangan yang terhad.
Namun respon guru di sekolah bandar , pekan dan sekolah menengah sangat tinggi
membuktikan mereka mula bersaing dan mengetahui kepentingan pengurusan sekolah hari ini
sangat memerlukan pengetahuan dan penggunaan komputer dan internet.Populasi ini besar
dalam kalangan guru-guru muda juga.

Kajian Aspek (v) Hasil Guna Tenaga Menerusi Sekolah Bestari Acuan Malaysia
Cabaran menghasilkan guna tenaga yang dimatlamatkan itu menuntut supaya negara
membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-Worker , celik dan mahir ICT ,
mampu bersaing pada peringkat tempatan dan global serta memiliki jati diri dan daya saing
HBML2203: PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
OLEH :AIMAN


yang tinggi.Ini bermaksud , sekolah dapat membudayakan ICT dalam pengurusan pengajaran
dan pembelajaran .Ini sekaligus akan melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran
untuk bersaing di era globalisasi serta bersedia menghadapi ekonomi berasaskan
pengetahuan.
Hasil kajian saya memperlihatkan respon positif tentang hasil guna tenaga menerusi SB ini.
Jika dilihat sejumlah 26 responden memilih setuju dan 7 memilih sangat setuju dan 2
orang memilih tidak pasti. Ini membuktikan bahawa dalam kalangan guru percaya dan akur
bahawa lambat atau cepat pelaksanaan SB ini di seluruh Malaysia , matlamat SB melahirkan
generasi yang berkemahiran tinggi dan bersahsiah murni sangat diharapkan untuk
memartabatkan generasi pembangun negara ini.







Cadangan:
Cadangan saya , dalam usaha untuk melaksanakan sekolah bestari ini, pihak yang terlibat
perlu terlebih dahulu mengenal pasti organisasi sasaran , sumber-sumber dan bahan yang
diperlukan mencukupi , jenis sumber yang dirasakan sangat bernilai dan kepada siapakah
sumber ini akan disalurkan bagi mencapai matlamat menyebarkan pelaksanaan sekolah
bestrai..



HBML2203: PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
OLEH :AIMAN
























HBML2203: PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
OLEH :AIMAN
























HBML2203: PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
OLEH :AIMAN

Anda mungkin juga menyukai