Anda di halaman 1dari 2

Doa pengasih ini baik diamalkan supaya mendapat kekasih yang dihajati.

Jika suka
seseorang itu berusahalah secara baik dan bukan secara paksaan seperti menggunakan
minyak pengasih, minyak cenuai dan lain-lain minyak yang dimentarakan dengan
menggunakan sihir.
Jika mengamalkan ayat-ayat suci Allah SWT akan mendapat berkat serta kasih sayang
yang tulin. Kasih sayang berpanjangan. Jika menggunakan ilmu pengasih yang
menggunakan sihir, selepas masanya, kekasih anda akan sedar dia disihirkan. Jauhkan
sihir kerana ia adalah syirik dan dosa besar. Tak bau syurga bila mati.
Banyak ilmu-ilmu pengasih diantara ilmu pengasih yang terbaik ialah Doa Pengasih
Nabi Yusuf. Untuk mengetahuan Doa Pengasih ini amat kuat sekali jika di amalkan
selalu selain ianya boleh membuat individu-individu yang berdepan dengan orang yang
selalu mengamal doa ini akan rasa kasihan dan amat sayang kepada orang tersebut.
Amalkan dua doa ini yang sebaik-baiknya kepada mereka yang berhajat
mendapat kekasih hati supaya dijadikan teman hidup.
Cara-caranya:
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih atau suami anda, bacalah kedua ayat
ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca
dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya
membaca di dalam hati. Dihembus perlahan kearah mukanya. Selain itu, agar dikasihi
masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

Anda mungkin juga menyukai