Anda di halaman 1dari 14

1) tingkah laku prososial 5.

6 AKTI VI TI PEMBELAJ ARAN


a) Apakah kelakuan prososial? Berikan contoh.
Kelakuan prososial merupakan kelakuan yang memanfaatkan orang lain seperti
berkongsi, empati, altruisma, membantu dan sebagainya. Misalnya, memberikan tempat
duduk kepada seorang perempuan yang mengandung, orang tua dan individu yang
kurang upaya semasa di dalam pengangkutan awam merupakan suatu demonstrasi
kelakuan prihatin dan membantu orang lain.

b) Bincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelakuan prososial.
1)Mengambil Perspektif Kanak-kanak kecil cenderung mempunyai hanya satu
perspektif i.e. perspektif mereka sendiri (egosentrik) dan dengan itu tidak dapat melihat
daripada sudut pandang orang lain..
2)Empati adalah keupayaan untuk menyelami emosi orang lain. Kanak-kanak yang
dapat merasa perasaan takut, sedih atau keseorangan orang lain.
3)Perasaan Tanggungjawab Kanak-kanak akan mempamirkan kelakuan prososial
apabila mereka berasa bertanggungjawab terhadap orang yang memerlukan.
4)Perasaan Berkompetensi Kanak-kanak akan membantu apabila mereka berasa
bahawa mereka mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk membantu orang yang
memerlukan.
5) Mood
b) teori Kohlberg 5.5 AKTI VI TI PEMBELAJ ARAN
a) Bagaimanakah pertimbangan moral harus dipupuk menurut Kohlberg?
melibatkan diri dalam perbincangan dan debat dengan orang lain, di mana mereka
akan dapati pandangan mereka dipersoal dan dicabar, dan dengan itu bermotivasi
untuk mengeluarkan pendirian yang baru, yang lebih lengkap.
mengambil peranan,peluang untuk mempertimbangkan pandangan orang lain.

b) Bincangkan peranan sekolah dalam perkembangan pertimbangan moral kanak-
kanak.
Kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh persekitaran dan iklim yang disediakan oleh
sekolah. Dengan itu, ia dapat dilihat sebagai sebahagiannya tanggungjawab sekolah
untuk mendidik kanak-kanak tentang moraliti.
Kanak-kanak secara nalurinya tahu untuk menghormati dan mendengar kata
orang yang berkuasa. Guru mewakili suatu pihak berkuasa orang dewasa yang
penting dalam kehidupan kanak-kanak dan dengan itu berupaya untuk memberikan
tanggapan yang penting di mata pelajar.
Dalam beberapa keadaan, kanak-kanak meluangkan lebih masa dengan guru
berbanding ibubapa mereka sendiri dan ini memberikan guru banyak peluang
untuk mendidik pelajar bukan sahaja dalam subjek akademik tetapi juga dalam
sahsiah dan nilai moral.
Dengan memasukkan pendidikan moral sahsiah ke dalam sekolah dapat membantu
mengurangkan berbagai statistik yang merisaukan berkaitan dengan salah guna
dadah, jenayah dan gangguan emosi dalam kalangan remaja.

c) J elaskan beberapa kritikan terhadap teori Kohlberg
Adakah pertimbangan moral semestinya membawa kepada kelakuan moral? Teori
Kohlberg berkaitan dengan pemikiran moral, tetapi terdapat perbezaan yang besar
antara mengetahui apa yang seseorang itu patut buat berbanding tindakan sebenar
seseorang.
Adakah keadilan itu satu-satunya aspek pertimbangan moral yang kita harus
pertimbangkan? Pengkritik telah menunjukkan bahawa teori Kohlberg tentang
perkembangan moral terlalu menekankan konsep keadilan semasa membuat pilihan
moral. Faktor-faktor seperti ehsan, prihatin dan lain-lain perasaan interpersonal
mungkin memainkan peranan yang penting dalam pertimbangan moral.
Teori Kohlberg terlalu menekankan gagasan pemikiran barat. Budaya individualistik
menekankan hak peribadi manakala budaya kolektivis menekankan pentingnya
masyarakat dan komuniti. Budaya timur mungkin mempunyai pandangan moral
yang berbeza yang tidak diambil kira oleh teori Kohlberg.

c) peranan ibu bapa
1. Mmberi mkn.pakaian dan tempat perlindungan.
2. Mmupuk anakanak dan mmbntu mnjadi ahli dewasa yg penuh dlm budaya mrk
spt :a) Mmberi pdedahan social atau budaya secara positif.
b)Myediakn stimulasi utk bljr.
c) Mndedahkn anak-anak kpd pnyelesaian mslh.
d) Mbntu anak-anak mncapai ksedaran fonemik. ( Juel)

Apakah yang menyebabkan tekanan dalam kalangan kanak-kanak dalam keluarga
yang telah bercerai? Bab 9(9.6b ms 12) (4 markah)
Perubahan: Salah satu kebimbangan anak-anak adalah perubahan. Dengan perceraian,
perubahan akan berlaku dalam kebanyakan tanggungjawab keluarga. Anak-anak mungkin
terpaksa menyesuaikan diri dengan jadual dan rutin yang baru. Mereka tidak lagi
mempunyai kontak dengan beberapa orang kawan dan ahli keluarga luas (seperti datuk
nenek dan sepupu).

Kehilangan I katan: Kanak-kanak menjadi terikat kepada ibubapa, abang, kakak dan
haiwan peliharaan. Tidak mengetahui banyak mana kontak dengan mana-mana
daripadanya boleh menyebabkan tekanan. Sebagai contoh, berpindah ke rumah yang
baru dan jauh daripada kepunyaan yang mereka sudah terbiasa juga dapat menimbulkan
tekanan.
Takut ditinggalkan: Kanak-kanak takut sekiranya mereka telah kehilangan salah satu
ibubapanya, mereka mungkin kehilangan yang kedua itu. Mereka mungkin menyalahkan
diri mereka, berasa tidak disayangi dan berasa tidak selamat. Mereka bimbang tentang
siapa yang akan menjaga mereka.
Permusuhan antara I bu dan Bapa:Pertelingkahan dan ketegangan antara ibubapa
mungkin membuatkan anakanak berasa bersalah, marah dan kesunyian. Untuk cuba
membuatkan anakanak menyebelahi mana-mana pihak atau membelakangi salah satu
daripada ibubapanya akan menimbulkan kekeliruan bagi anak-anak yang terperangkap di
tengah-tengah pergelutan antara orang dewasa. Mereka mereka harus membuat
keputusan sendiri!

d) teori Tulving - 4 pprosesan maklumat
e) penceraian
Apakah yang menyebabkan tekanan dalam kalangan kanak-kanak dalam keluarga
yang telah bercerai? Bab 9(9.6b ms 12) (4 markah)

Perubahan: Salah satu kebimbangan anak-anak adalah perubahan. Dengan perceraian,
perubahan akan berlaku dalam kebanyakan tanggungjawab keluarga. Anak-anak mungkin
terpaksa menyesuaikan diri dengan jadual dan rutin yang baru. Mereka tidak lagi
mempunyai kontak dengan beberapa orang kawan dan ahli keluarga luas (seperti datuk
nenek dan sepupu).

Kehilangan I katan: Kanak-kanak menjadi terikat kepada ibubapa, abang, kakak dan
haiwan peliharaan. Tidak mengetahui banyak mana kontak dengan mana-mana
daripadanya boleh menyebabkan tekanan. Sebagai contoh, berpindah ke rumah yang
baru dan jauh daripada kepunyaan yang mereka sudah terbiasa juga dapat menimbulkan
tekanan.

Takut ditinggalkan: Kanak-kanak takut sekiranya mereka telah kehilangan salah satu
ibubapanya, mereka mungkin kehilangan yang kedua itu. Mereka mungkin menyalahkan
diri mereka, berasa tidak disayangi dan berasa tidak selamat. Mereka bimbang tentang
siapa yang akan menjaga mereka.

Permusuhan antara I bu dan Bapa:Pertelingkahan dan ketegangan antara ibubapa
mungkin membuatkan anakanak berasa bersalah, marah dan kesunyian. Untuk cuba
membuatkan anakanak menyebelahi mana-mana pihak atau membelakangi salah satu
daripada ibubapanya akan menimbulkan kekeliruan bagi anak-anak yang terperangkap di
tengah-tengah pergelutan antara orang dewasa. Mereka mereka harus membuat
keputusan sendiri!
C) KENAPA SESETENGAH KANAK-KANAK TERKESAN OLEH PERCERAI AN
SEMENTARA YANG LAI N TI DAK?
J antinaBudak lelaki lebih berisiko berbanding budak perempuan, terutamanya
disebabkan si ibu selalunya diberikan hak penjagaan dan bukan bapa. Adalah sukar
kerana ibubapa yang sama jantina, si bapa, tidak lagi tinggal bersama di rumah.
Ketiadaan model peranan lelaki menjadikannya lebih sukar untuk budak lelaki untuk
menyesuaikan diri dengan perceraian.
UmurKanak-kanak yang lebih muda lebih berisiko dalam jangka pendek disebabkan
oleh kekeliruan yang menyelubungi perceraian itu dan kehilangan ibu atau bapa yang
tidak lagi tinggal bersama mereka. Kanak-kanak yang lebih muda kurang berupaya
memahami semua perubahan yang berlaku.

Status soiioekonomiStandard kehidupan selalu berubah dengan ketara selepas
perceraian. Kurangnyawanng bmakna keperluan tidak dpt d pnuhi.
Sejauhmana anak itu diheret ke dalam konflik rumahtangga tersebut. Lebih byk anak
itu dibabitkan dalam konflik ibubapanya, lebih terkeliru, kecewa, marah, dan berkonflik
kesetiaan dia akan alami.
Hubungan dengan ibu dan bapa sebelum perceraian.
Keupayaan ibubapa untuk memisahkan peranan mereka sebagai ibubapa dan
pasangan. Pasangan yang akan berpisah tetapi tidak dapat membuat keputusan tentang
kebajikan anak-anak mereka dengan aman dan berunding tentang isu-isu berkaitan
dengan anak-anak mereka, meletakkan anak-anak mereka dalam risiko yang lebih besar
untuk menghadapi masalah.
Konflik terbuka yang berpanjangan antara pasangan. Lebih banyak konflik antara
ibubapa, lebih tinggi risiko bagi anak-anak mengalami kekacauan emosi.
Tanggapan kehilangan ibu/bapa yang tidak mendapat hak penjagaan. Melainkan
perhatian yang lebih diberikan oleh kedua-dua ibubapa untuk memupuk hubungan antara
ibu/bapa yang tidak mendapat hak penjagaan dengan anak tersebut, seorang
anak mungkin berasa kehilangan dan malahan terbuang
f) teori Skinner
Teori behaviourisma telah dikritik kerana sebab-sebab berikut:
yat dalam sebuah bahasa. Ianya hampir
mustahil bagi seorang kanak-kanak untuk belajar semua perkataan dan ayat tersebut
hanya melalui pengukuhan dan ajukan. Bagaimanakah anda menjelaskan seorang kanak-
kanak yang menutur suatu perkataan atau ayat yang berlainan (atau baharu) yang dia
tidak pernah dengar sebelum itu?
-kanak kecil membuat beberapa kesalahan bahasa semasa mereka bercakap.
Kesalahan tersebut tidak mungkin disebabkan ajukan kerana orang dewasa umumnya
menggunakan bahasa yang betul.
hi pembelajaran bahasa seorang kanak-
kanak yang tidak diambil kira.
g) pembawaan
a) Bagaimakah anda mentakrifkan pembawaan?
Pembawaan ialah Keupayaan yang kanak-kanak dianugerahkan sejak lahir yang
membolehkan mereka berinteraksi dengan dan bertindakbalas dengan orang,
tempat dan benda.

b)(i)J elaskan jenis pembawaan yang berbeza. (ms 10/6.7)
TIGA jenis pembawaan asas.
Kanak-kanak yang Mudah atau Fleksibel (40%)
umumnya tenang, gembira, tetap dalam tabiat tidur dan makannya, boleh
menyesuaikan diri, dan tidak mudah marah. Disebabkan gaya mereka yang
mudah, ibubapa perlu meluangkan masa yang khusus untuk bercakap tentang
kekecewaan dan kecil hati kanak-kanak itu kerana dia tidak akan memintanya.
Komunikasi yang disengajakan ini akan diperlukan untuk memperkukuhkan
hubungan anda dan mengetahui tentang apa yang anak itu sedang fikirkan dan
rasakan.

Kanak-kanak yang Susah, Aktif, atau Cerewet(10%)
selalunya cerewet, tidak tetap dalam tabiat makan dan tidurnya, takut dengan
orang dan situasi yang baru, mudah diganggu oleh bunyi bising dan kekalutan,
mudah tersentap, dan kaku dalam tindakbalasnya. Dengan memberikan ruang
untuk permainan yang lasak untuk menggunakan tenaga dan kekecewaan yang
tersimpan dengan kebebasan untuk mereka memilih akan menjadikan mereka
berjaya. Dengan menyediakan kanak-kanak ini untuk menghadapi perubahan
aktiviti dan menggunakan pertukaran haluan akan membantu kanak-kanak itu
dalam peralihan (perpindahan atau perubahan) daripada satu tempat kepada yang
lain.

Kanak-kanak yang Lambat Panas atau Berhati-hati (15%)
secara perbandingannya adalah kurang aktif dan cerewet, cenderung menyisihkan
diri atau bertindakbalas dengan negatif kepada situasi yang baru, tetapi
tindakbalas mereka dengan perlahan menjadi lebih positif dengan pendedahan
yang berterusan. Dengan tetap kepada suatu rutin dan kata-kata anda, beserta
dengan memberikan banyak masa untuk membentuk hubungan dalam situasi yang
baru, adalah perlu untuk membenarkan keberdikarian dibentuk.

b(ii)Adakah anda dapat mengenal pasti jenis pembawaan ini dalam bilik darjah?
Ya,kerana Kanak-kanak yang Mudah atau Fleksibel, umumnya tenang , gembira
dan dapat menyesuaikan diri diperlukan untuk memperkukuhkan hubungan dan
mengetahui tentang apa yang sedang difikirkan dan rasakan.
Manakala, Kanak-kanak yang Aktif atau Cerewet selalunya takut dengan orang dan
situasi yang baru, kaku dalam tindakbalasnya.Guru perlu menyediakan kanak-
kanak ini untuk menghadapi perubahan aktiviti dan menggunakan pertukaran
haluan akan membantu kanak-kanak itu dalam perubahan daripada satu tempat ke
tempat yang lain.
Bagi Kanak-kanak yang Lambat Panas secara perbandingannya adalah kurang
aktif dan cerewet, cenderung menyisihkan diri atau bertindakbalas dengan negatif
kepada situasi yang baru, tetapi tindakbalas mereka dengan perlahan menjadi lebih
positif dengan pendedahan yang berterusan. Guru perlu banyak masa untuk
membentuk hubungan dengan mereka untuk menyesuaikan diri dalam situasi yang
baru.

a) Bagaimanakah pembawaan memberi kesan kepada pengalaman di sekolah bagi
seorang kanak-kanak?
(Keogh, 2011) telah mengenal pasti dimensi dan faktor pembawaan yang memberi
kesan kepada kejayaan akademik kanak-kanak di sekolah. Yang paling penting
adalah orientasi tugas, yang berkait dengan dimensi pembawaan iaitu tahap
keaktifan, keboleh alihan perhatian, dan kecekalan.
Seorang kanak-kanak yang berpencapaian tinggi boleh memoderasi aktiviti fizikal
dengan bersesuaian, meminimakan gangguan dan menumpukan kepada tugasan,
dan cekal. Guru suka pelajar yang mempunyai ciri-ciri pembawaan seperti ini dan
mendapati mereka mudah diajar. Kanak-kanak yang mempunyai pembawaan yang
kurang positif selalunya dilihat oleh guru sebagai lebih rendah daripada segi
"keboleh ajaran", memerlukan lebih masa, pengurusan dan arahan guru.

6.7 AKTI VI TI PEMBELAJ ARAN
a) Bagaimakah anda mentakrifkan pembawaan?
Pembawaan ialah Keupayaan yang kanak-kanak dianugerahkan sejak lahir yang
membolehkan mereka berinteraksi dengan dan bertindakbalas dengan orang, tempat dan
benda.
Soalan 2
Apakah pembawaan? . Bab 6/6.7ms9 (10 markah)
Pembawaan ialah keupayaan yang kanak-kanak dianugerahkan sejak lahir yang
membolehkan mereka berinteraksi dan bertindakbalas dengan orang,tempat dan benda.

Bincangkan ciri-ciri atau sifat pembawaan yang dicadangkan oleh Kathy Oliver
yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak
Terdapat Sembilan Ciri atau Sifat Pembawaan
aktiviti,Keiramaan,pendekatan/penyisihan,kebolehsesuaian,keamatan,Angin,Kecekalan &
ketekunan,kebolehalihan perhatian dan ambang sensori.

Aktiviti Adakah kanak-kanak itu sentiasa bergerak dan membuat
sesuatu ATAU adakah dia mempunyai gaya yang lebih
santai?
Keiramaan Adakah kanak-kanak itu tetap tentang tabiat makan
dantidurnya ATAU agak tidak teratur?
Pendekatan/
penyisihan
Adakah kanak-kanak itu bersedia bertemu dengan orang
asing" ATAU cenderung menjadi menyisih diri daripada
orang atau benda yang baru?
Kebolehsuaian Bolehkah kanak-kanak itu menyesuaikan diri dengan
perubahan dalam rutin atau rancangan dengan mudah
ataukah dia menolak peralihan?
Keamatan Adakah kanak-kanak itu bertindakbalas dengan kalut
kepada situasi, samada positif ataupun negatif, ATAU
adakah kanak-kanak itu bertindakbalas dengan tenang dan
senyap?
Angin Adakah kanak-kanak itu selalu mengekspresi suatu
penampilan yang negatif ATAU adakah dia secara
umumnyaseorang yang positif? Adakah angin kanak-kanak
itu kerap berpindah ATAU adakah dia selalunya bersifat
tenang?
Kecekalan &
ketekunan
Adakah kanak-kanak itu mengaku kalah sebaik sahaja
masalah timbul dengan suatu tugasan ATAU adakah
kanakkanak itu terus mencuba? Dapatkah kanak-kanak itu
tekun dengan suatu aktiviti untuk suatu masa yang lama
ATAU
adakah mindanya cenderung merayau?
Kebolehalihan
Perhatian
Adakah kanak-kanak itu dialih perhatiannya dengan
mudahdaripada apa yang dia sedang lakukan ATAU
dapatkah kanakkanak itu menutup perkara luaran yang
mengalihkan perhatiannya dan teruskan dengan aktiviti
yang dilakukan
sekarang?
Ambang sensori Adakah kanak-kanak itu terganggu oleh stimuli luaran
sepertibunyi bising, lampu terang, atau tekstur makanan
ATAU Kebolehsesuaianadakah dia cenderung tidak
mengendahkannya?

h) teori Piaget
a) Bagaimanakah anda mengaplikasikan teori Piaget tentang pembelajaran dalam
bilik darjah?ms 14(3.3)
Persekitaran pembelajaran harus berorientasikan penemuan di mana kanakkanak
digalakkan untuk memulakan dan menyelesaikan aktiviti mereka sendiri.
Gunakan strategi pengajaran yang membuatkan kanak-kanak sedar tentang
konflik dan ketidak konsistenan dalam pemikiran mereka
Interaksi kanak-kanak dengan rakan sebaya adalah suatu sumber perkembangan
intelek yang penting: interaksi dengan rakan sebaya adalah penting untuk membantu
kanak-kanak berkembang secara intelek.
Persekitaran pembelajaran harus menggalakkan penemuan kendiri yang aktif:
permainan mewakili dengan baik semua ciri-ciri yang diperlukan dalam pengajaran
yang diilhamkan oleh Piaget.

b) Berikan contoh-contoh bagaimana anda telah menggunakan idea Piaget dalam
bilik darjah.
Dalam erti kata lain, persekitaran pembelajaran haruslah berasaskan tindakan. Guru-
guru boleh mengaplikasikan prinsip-prinsip Piaget dalam bilik darjah semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran pembelajaran harus menyokong kanak-kanak
memeroleh pengetahuan dengan bertindak terhadap persekitaran melalui
tindakannya.Contohnya:
i) Susun Atur Kurikulum
ii) Bahan Sokongan dan Alat Bantu Pengajaran
iii) Contoh-contoh Konkrit
iv) Isi Pelajaran
v) Mata Pelajaran Yang Pelbagai Suasana Sosial Murid

c) Senaraikan sumbangan Piaget kepada perkembangan kanak-kanak
Sumbangan Piaget kepada pendidikan dan khususnya perkembangan kanak-kanak
sangat penting seperti berikut:
Piaget telah menunjukkan kenapa proses kognitif; i.e. cara seorang kanakkanak
berfikir adalah penting dalam perkembangan.Yang lebih penting,dia telah menawarkan
beberapa kaedah yang dapat digunakan untuk mengkaji proses-proses tersebut.
Piaget memberikan suatu pandangan baru tentang kanak-kanak. Dia telah menekankan
konstruktivisme, suatu pandangan bahawa kanak-kanak merupakan peserta yang aktif
dalam perkembangan mereka sendiri. Kanak-kanak membina pemahaman yang
semakin canggih tentang dunia mereka sambil mereka membesar. Walau
bagaimanapun, ada ahli sains yang telah mengkritik teorinya kerana dia tidak
meletakkan dan menekankan peri pentingnya persekitaran sosio budaya [yang telah
ditekankan oleh Vygotsky . Misalnya, apabila kanak-kanak mula memahami dunianya,
interaksi dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan guru-guru memainkan peranan yang
penting.

i) perkembangan social
a) Apakah perkembangan sosial?
Perkembangan sosial adalah tentang mencipta suatu persekitaran yang membolehkan
kanak-kanak untuk menjadi cemerlang dan bukan sahaja terus hidup.

b) J elaskan bagaimana rupa perkembangan sosial dalam kalangan kanak-kanak pra-
sekolah.
Pada tahap perkembangan sosial pra-sekolah kanak-kanak belajar peranan jantina,
yang bermakna bahawa mereka belajar kelakuan yang biasanya diharapkan daripada
budak lelaki dan budak perempuan. Mereka juga menyedari tentang perbezaan fizikal
antara budak lelaki dan budak perempuan.Kanak-kanak pra-sekolah selalu bermain
dengan kawan sejantina, dan mula membentuk pertalian 'sahabat karib' dengan rakan
tertentu. Persahabatan, perhatian dan restu menjadi lebih penting kepada seorang
kanak-kanak pra-sekolah. Perkembangan sosial pada peringkat umur pra-sekolah
selalunya berkisar tentang mempelajari untuk berkongsi permainan. Perkembangan sosial
dalam pra-sekolah selalunya berkisar tentangpersahabatan antara hanya beberapa
orang. Kanak-kanak pada peringkat umur ini mula membina suatu rasa humor dan gelak
tawa menjadi suatu cara yang menyeronokkan untuk mengekspresi kegembiraan mereka.
8.2 AKTI VI TI PEMBELAJ ARAN
a) Senaraikan perbezaan antara konsep kendiri dan harga diri.
Konsep Kendiri Harga Diri
Perwakilan kognitif individu tentang
dirinya,isi & kandungan konsepsi diri.
Merujuk kepada penilaian khusus
bidang tentang diri.Ringkasnya,
pemahaman diri merupakan apa
seorang individu fahami sebagai
mewakili dirinya.

Harga diri, juga dikenali sebagai nilai
diri atau imej diri, merujuk kepada
pentaksiran menyeluruh tentang diri
sendiri.
Harga diri boleh diukur dengan
menggunakan ujian, melalui pemerhatian
dan memeringkatkan kelakuan kanak-
kanak dan remaja.

b) Bagaimanakah anda mengukur harga diri?
Harga diri boleh diukur dengan menggunakan ujian, melalui pemerhatian dan
memeringkatkan kelakuan kanak-kanak dan remaja.
Kanak-kanak dan remaja yang mempunyai harga diri yang rendah adalah
dimotivasikan oleh perasaan rendah diri yang memandu mereka untuk mencari
pengesahan tentang nilai daripada orang lain atau dengan berbuat sesuatu.

c) Apakah tanda kelakuan harga diri rendah?
Tanda atau I ndikator Harga Diri Rendah
Mengelakkan bertentangan mata semasa berbual
Menyalahkan diri, mengkritik diri, atau sentiasa memperkecilkan orang lain
melalui rasa bersalah, menyalahkan, malu atau mencari salah
Bermain sebagai mangsa, menyalahkan orang lain dan memberikan alasan bagi
kegagalan
Tidak menyediakan ruang yang selesa antara dirinya dan orang lain
Menggunakan mutu suara dan/atau tona yang tidak normalsamada terlalu kuat,
terlalu gopoh, terlalu mengarah, terlalu berlembut atau terlalu banyak meminta
maaf
Perlu menjadi betul, selalunya mendapat apa yang dihajati, atau tidak
mendengar kehendak atau pandangan orang lain
Bercakap menggunakan banyak patut, harus, sepatutnya, dan ya-tetapi.
Berkeras menjadi betul, perlukan persetujuan atau caranya diikuti sepanjang
masa, atau selalu leka dengan kehendak dan pandangan orang lain

d) Adakah anda mendapati tanda kelakuan harga diri rendah yang telah dikenal pasti
soalan (C) di dalam kelas anda?
Setuju kerana kebanyakan Kanak-kanak dan remaja yang mempunyai harga diri yang
rendah bermotivasikan perasaan rendah diri yang membuatkan mereka mencari
pengesahan tentang nilai diri daripada orang lain atau dengan berbuat sesuatu.

8.3 AKTI VI TI PEMBELAJ ARAN
a) Apakah faktor yang mempengaruhi harga diri?Cadangkan faktor lain yang
mungkin memberi kesan kepada harga diri.
Perubahan Hidup: Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa harga diri selalunya
berkurangan semasa perubahan hidup atau peralihan apabila seorang individu
memerlukan jangka waktu untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya.
Selalunya, ini biasanya berhubung dengan persekolahan dan pekerjaan.
Prestasi Akademik: Terdapat kebenaran bahawa individu dengan harga diri yang
tinggi cenderung menunjukkan inisiatif yang lebih tinggi; tetapi mereka mungkin
juga proaktif secara positif atau negatif. Dalam erti kata lain, mereka mungkin
lebih bermotivasi untuk berjaya di sekolah, atau lebih bermotivasi untuk
memberontak terhadap aktiviti ilmiah seluruhnya.
Penampilan Fizikal: Korelasi yang tinggi antara harga diri dan penampilan fizikal
adalah global, merentas semua budaya, dan juga berlaku sepanjang hayat
seseorang.
Restu Rakan Sebaya: Ini sangat penting dalam kalangan kanak-kanak
sekolah rendah atas dan sekolah menengah. Malah, korelasi antara restu rakan
sebaya dan harga diri seorang kanak-kanak belasan tahun menjadi lebih
penting apabila mereka mencapai alam remaja (Harter, 1999).
Sokongan Emosi: Harga diri seorang kanak-kanak adalah berdasarkan suatu
hubungan positif dengan ibubapa dan akhirnya guru. Pujian dan pengukuhan
positif sahaja tidak akan membuatkan kanak-kanak secara automatik berasa suka.
Memberikan mereka kasih sayang, belaian, dan kefahaman adalah penting juga.
Kanak-kanak yang bahagia dan yakin mungkin juga mengalami harga diri yang
rendah kerana mereka tidak berasa disayangi. Sama juga, kanak-kanak yang
disayangi dan dimanja di rumah. Dengan itu, suatu keseimbangan kedua-duanya
harus ada.
Kelakuan Guru: Guru memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi
harga diri kanak-kanak. Kanak-kanak meluangkan masa yang banyak di sekolah
dan terdedah kepada kelakuan guru. Guru akan memberikan impak yang positif
kepada harga diri kanak-kanak sekiranya mereka:
o Tidak memalukan kanak-kanak apabila mereka membuat kesalahan atau
mempunyai masalah memahami apa yang diajar
o Menjadikan diri mereka mudah didekati
o Mendapatkan kepercayaan

b) Apakah tanda-tanda harga diri rendah?ms 6-8

b(i) Cadangkan tanda-tanda lain harga diri yang rendah.
1). Mengejek dan mengkritik diri sendiri .
2). Merendah atau menjatuhkan maruah
3). Rasa bersalah dan keliru.
4). Manifestasi klinik
Individu mengalami kegelisahan dan kecemasan sehingga tekanan darah meningkat,
menimbulkan penyakit psikosomatis dan menyalahgunakan zat.
5). Tidak dapat memberi keputusan yang tepat
6). Gangguan berhubungan
Individu merasa tidak berguna menimbulkan perilaku menarik diri dari lingkungan,
kejam dan mengeksploitasi orang lain.
7). Menarik diri dari realiti individu yang mengalami kecemasan tingkat berat/panik
dapat menyebabkan gangguan asosiasi, halusinasi, cemburu dan curiga.
8). Merosakkan diri (tidak optimis).
Individu merasa tidak berguna dan pandangan hidup yang pesimis sehingga terdorong
untuk merosak atau mengakhiri hidupnya baik secara langsung ataupun tidak langsung.
9). Merosak orang lain dan persekitaran.

8.4 AKTI VI TI PEMBELAJ ARAN
a) Apakah kesannya sekiranya seorang bayi tidak mempercayai penjaganya?
Bayi yang melalui tahap ini dengan jaya akan belajar untuk mempercayai bahawa
keperluan asasnya akan dipenuhi dan akan juga membina suatu pandangan yang
optimis terhadap hidup. Sebaliknya, bayi yang tidak dapat melalui tahap ini dengan
jayanya akan mula tidak mempercayai orang lain dan berjaga-jaga dengan
persekitaranya. Ini mempengaruhi pandangan individu tentang samada dunianya
adalah suatu tempat yang menyokong dan mesra, atau suatu persekitaran yang tidak
memberikan ruang dan kasar.
b) Kenapakah kanak-kanak harus disokong untuk menjadi berdikari dalam membuat
benda-benda sendiri?
Kerana Laluan yang berjaya melalui tahap ini membawa kepada suatu rasa otonomi dan
rasa berkeinginan, dan juga mempunyai kawalan yang lebih baik terhadap pemikiran,
emosi dan kelakuan seseorang. Laluan yang tidak berjaya akan menyebabkan kanakkanak
meragui dirinya dan keupayaannya untuk mengikuti persekitarannya, dan
berpotensi membawa kepada perasaan malu tentang kekurangan mereka. Kanak-kanak
yang melalui tahap ini dengan jayanya lebih berkemungkinan mempunyai keyakinan diri
yang tinggi, dan akan boleh melalui persekolahan dengan jaya dan cemerlang dalam
hubungan mereka dengan rakan-rakan (Sternberg & Williams, 2002).
8.5 AKTI VI TI PEMBELAJ ARAN
a) Adakah anda berpendapat bahawa kita memberikan kanak-kanak 4-5 tahun cukup
peluang untuk membuat keputusan?
Kanak-kanak yang berjaya pada tahap ini mempunyai rasa bermatlamat dalam hidup.
Secara perbandingan, kanak-kanak yang tidak berjaya pada tahap ini akan mempunyai
rasa bersalah, bergelut dengan ketidaktentuan, dan akhirnya mengalami kesukaran
mengambil initiatif untuk mengawal hidup mereka sendiri. Di samping itu mereka
sentiasa membantu mereka memahami bahawa terdapat peraturan, garis panduan dan
batasan yang jelas yang mereka harus patuhi.
b) Kenapakah kanak-kanak harus disokong untuk berjaya dalam pelajaran mereka?
Salah satu cara untuk memastikan bahawa semua kanakkanak bergraduasi dengan
jayanya adalah dengan menyusun semua unit pembelajaran dalam suatu siri secara
progresif mengikut tahap kerumitan, dan memberikan ganjaran atau pujian kepada
kanak-kanak selepas setiap tahap selesai. Guru harus juga menggalakkan pelajar
membandingkan tahap prestasi mereka sekarang dengan yang terdahulu, dengan itu
menjadikan matlamat utama kanak-kanak itu bukanlah untuk bersaing dengan rakan
sekelasnya atau rakan sebayanya, tetapi sebaliknya mencapai tahap terbaik peribadi dan
memperbaiki diri mereka.
8.6 AKTI VI TI PEMBELAJ ARAN
a) Apakah yang remaja cuba lakukan pada tahap ini?
Pada tahap ini, remaja sedang memikirkan siapa diri mereka, apakah yang penting
kepada mereka dan apa yang tidak, apakah nilai yang mereka pegang, dimanakah
letaknya prinsip mereka, dan siapakah mereka akan jadi apabila dewasa nanti. Remaja
mempelopori berbagai aspek identiti mereka dan melewati tahap ini samada dengan
rasa identiti diri yang telah berkembang dengan sepenuhnya ataupun masih tidak pasti
tentang tanggapan tentang diri dan halatuju hidup.Bersetuju kerana remaja pada
peringkat ini Orang dewasa juga harus menyokong semasa waktu eksperimentasi ini,
sentiasa mengambil kedudukan tidak menghakimi semasa remaja mencari diri mereka.

b) Apakah kekhuatiran utama seorang dewasa yang muda?
Pada tahap ini, orang dewasa yang muda sama ada mula belajar bagaimana mengasihi
tanpa mementingkan diri dan bertolak ansur dalam hubungan, atau mereka gagal untuk
membuat hubungan dengan orang lain dengan suatu cara yang bermakna, menyebabkan
terputusnya hubungan. Keakraban yang diterangkan tidak semestinya
secara romantik ataupun terhad kepada seorang pasangan. Ia mungkin juga termasuk
hubungan yang akrab dan peribadi dengan orang lain, sama ada seorang sahabat karib
ataupun dengan ibubapanya.Bersetuju kerana Kejayaan pada tahap ini merujuk kepada
individu itu dapat belajar menyayangi tanpa mementingkan diri dan kegagalan pada
tahap ini menyebabkan ketidak upayaan untuk berhubung dan membuat komitmen
kepada orang lain, justeru membawa kepada pengasingan.

8.7 AKTI VI TI PEMBELAJ ARAN
a) Apakah kekhuatiran individu di tahap pertengahan dewasa?
Apabila individu memasuki pertengahan dewasa, kebanyakan sudah pun selesa dengan
pilihan gaya hidupnya. Pada tahap ini, orang dewasa sama ada membina suatu minat
dalam menyumbang kepada kebajikan generasi akan datang, atau mereka
merasa bahawa usaha mereka dan kejayaan mereka setakat ini mempunyai impak yang
kecil di masa hadapan.

b) Apakah kekhuatiran individu pada tahap lewat dewasa?
ADAKAH AKU TELAH MEMPUNYAI HIDUP YANG BERMAKNA? selalunya apabila
seseorang telah mengalami hidup, sama ada penuh kebahagiaan atau kepahitan.Ini
merujuk kepada suatu jangka waktu di mana seorang individu menilai tindakan mereka
sebelum itumereka mungkin berasa mempunyai integriti dengan hidup mereka yang
berwarna warni dan telah dilalui dengan corak yang penuh makna, atau berasa sedih
dengan kenangan peluang yang terlepas.
8.8 AKTI VI TI PEMBELAJ ARAN
a) Dengan menggunakan Senarai Semak Sifat Sosial,perhatikan kanak-kanak dalam
kelas anda.Rujuk Modul Ms:17 (8.4: J adual Senarai Semak Sifat Sosial)
B. SI FAT KEMAHI RAN SOSI AL
Kanak-kanak SELALUNYA:
1. Mendekati orang lain dengan positif
2. Mengekspresi kehendak dan keutamaan dengan jelas; memberikan sebab untuk
pendirian dan tindakannya
3. Menegaskan hak dan keperluannya sendiri dengan sesuai
4. Tidak mudah ditakutkan oleh pembuli
5. Mengekspresi kekecewaan dan kemarahan dengan berkesan dan tanpa menyakitkan
orang lain ataupun harta benda
6. Mendapatkan akses kepada kumpulan yang berpanjangan semasa bermain dan bekerja
7. Menyertai perbincangan berpanjangan tentang sesuatu subjek; memberikan
sumbangan yang relevan kepada aktiviti berpanjangan
8. Mengambil giliran dengan agak mudah
9. Menunjukkan minat terhadap orang lain; bertukar maklumat dengan dan mendapatkan
malklumat daripada orang lain dengan bersesuaian
10. Negotiates and compromises with others appropriately
11. Tidak mendapatkan perhatian terhadap dirinya dengan kadar yang tidak sesuai
12. Menerima dan menyenangi rakan dan orang dewasa daripada kumpulan etnik yang
lain daripada kumpulan etniknya sendiri.
13. Mendapatkan akses kepada kumpulan berpanjangan semasa bermain dan bekerja
14. Berinteraksi dengan tidak verbal dengan kanak-kanak lain dengan senyuman,
lambaian, anggukan, dll.

b) Adakah ia suatu alat pengukur perkembangan sosial yang berguna? Huraikan.
Ya.Kerana senarai semak yang dicadangkan ini digunakan sebagai suatu panduan
dalam kalangan guru dan ibubapa. Hasratnya bukannya untuk memberikan suatu
preskripsi untuk "kelakuan sosial yang betul", tetapi sebaliknya untuk membantu guru
memerhati, memahami, dan menyokong kanak-kanak sambil mereka berkembang
daripada segi kemahiran sosial. Sekiranya seorang kanak-kanak nampaknya sedang
berpencapaian lemah dalam kebanyakan item dalam senarai tersebut, orang dewasa
yang bertanggungjawab untuk penjagaannya dapat melaksanakan strategi yang akan
membantu kanak-kanak itu membina hubungan yang lebih memuaskan dengan kanak-
kanak lain .
8.9 AKTI VI TI PEMBELAJ ARAN
a) J ejak bagaimana kanak-kanak membentuk pemahaman tentang orang lain.
Pemahaman kanak-kanak tentang orang lain (contoh: inferens yang mereka buat tentang
kelakuan dan pandangan orang lain), berkait rapat dengan pemahaman kanak-kanak
tentang diri mereka.
1) Persepsi Orang
Di sini kita berminat untuk memahami bagaimana kanak-kanak melihat orang lain
yang disebut sebagai persepsi orang yang merujuk kepada cara kanak-kanak
menganggar atau mentaksir ciri-ciri orang yang mereka sudah terbiasa.
a) Memahami Keperibadian Orang Lain:
b) Memahami Etnik & Kelas Sosial

b) Cadangkan cara lain orang dewasa boleh campur tangan bagi meningkatkan
kemahiran penyelesaian masalah sosial kanak-kanak.

j) BAB 6:PERKEMBANGAN EMOSI
6.1 AKTI VI TI PEMBELAJ ARAN
a) Apakah suatu emosi? Bezakan antara kedua-dua jenis emosi?
Emosi merupakan perasaan yang sedar seperti kegembiraan, kesedihan, takut, benci
atau sepertinya yang dialami oleh seseorang. Terdapat dua jenis emosi: emosi asas dan
emosi kompleks
EMOSI ASAS EMOSI KOMPLEKS
Suatu perasaan yang subjektif (subjektif
kerana ia berbeza mengikut individu. Ia
selalunya dialami bersama perubahan
fisiologi tertentu seperti denyutan jantung
atau pernafasan yang lebih kencang, dan
Selalu ditunjukkan dengan jelas sebagai
suatu kelakuan seperti menangis atau
menggigil.
Perasaan berjaya (kerana jangkaan
seseorang telah dipenuhi) dan perasaan
gagal (apabila jangkaan seseorang tidak
dipenuhi).
Contoh emosi kompleks adalah bangga,
bersalah dan malu.
b) Apakah peranan adaptif emosi?
Perlunya emosi-emosi yang berlainan (jenis perasaan yang berbeza) kerana ia adalah
penting untuk komuniti spesies manusia dan beberapa pengkaji berhujah bahawa emosi
berguna kerana ia membantu kita untuk mengadaptasi kepada persekitaran kita.
c) Bagaimanakah kanak-kanak mengekspresi emosi mereka dengan wajah mereka?.
Ekspresi wajah merupakan suatu komponen emosi. Menurut Fox, Kimmerly & Schafer
(1991), apabila bayi dan orang dewasa senyum, mereka berasa gembira yang disertai
dengan suatu perubahan fisiologi. Semua kanak-kanak mempunyai ekspresi wajah yang
samabagi menunjukkan marah, sedih dan gembira . Secara kolektif, ekspresi wajah
mencerminkan keadaan emosi kanak-kanak kecil.

Anda mungkin juga menyukai