Anda di halaman 1dari 2

" HAti Dan PerasaaN "

April 5, 2011 at 1:17am


"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui
insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu
bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian
tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya
kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak
pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai
bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa
itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan
tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita
tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai
anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di
dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia
cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai
seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup
untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan
kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia
cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang
membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda
teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan
memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan
jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang
untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik,
percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk
memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda
bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya
menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik.
Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan
hidup mereka. Kebahagiaan terleta kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka,
mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh
menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula
dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan.
Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan
kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum.
Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan
orang sekeliling anda pula yang akan menangis....

By,
< GTO >

Anda mungkin juga menyukai