Anda di halaman 1dari 19

BIMBINGAN & KAUNSELING

KANAK-KANAK
KONSEP, MATLAMAT
DAN PRINSIP
PERKHIDMATAN
AZMI BIN ABDUL HAMID
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
KONSEP ASAS
BIMBINGAN,
KAUNSELING DAN
PSIKOTERAPI
BIMBINGAN
Satu pola perkhidmatan yang merangkumi
orientasi, maklumat pendidikan, kerjaya, inventori,
kaunseling, penempatan dan aktiviti susulan.
~ McDaniel dan Shaftel, 1957 ~
Suatu proses yang membantu individu
memahami diri mereka dan dunia mereka.
~ Shertzer dan Stone, 1981 ~
Proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan
bersistem yang boleh membantu individu
melalui daya usahanya sendiri
~ D.W. Lefever ~
Sambungan
Proses memberi bantuan kepada murid
untuk memperkembangkan potensi
dirinya secara maksimum, membimbing ke arah
pemahaman,pengetahuan dan kemahiran
Bantuan yang diberikan kepada seseorang individu
untuk menentukan matlamat-matlamat jangka
pendek dan jangka panjang, merancang cara
bertindak, memperbaiki sikap dan tingkah laku dari
aspek yang dirasakan perlu oleh individu itu
~ Alice Crow, 1964 ~
KAUNSELING
Kaunseling ialah apa sahaja aktiviti yang beretika
yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha untuk
membantu klien menunjukkan tingkah laku yang
mendorong kepada penyelesaian masalah klien.
~ Krumboltz, 1965 ~
Kaunseling ialah penggunaan prosedur kaunseling
dan bidang lain yang berkaitan dengan sains
tingkah laku untuk membantu mempelajari
bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah,
membuat keputusan berkenaan dengan pemilihan
kerjaya, pertumbuhan kendiri, perkahwinan,
keluarga, atau perkara interpersonal lain.
~ Persatuan Kaunseling Amerika, 1980 ~
Sambungan

Kaunseling merujuk kepada perhubungan
profesional antara seorang kaunselor terlatih
dan klien. Perhubungan ini biasanya bersifat
person-to-person, walaupun kadang-kadang
melibatkan lebih dari dua orang. Perhubungan
ini dibentuk untuk membantu klien memahami
dan menyatakan pandangan mereka
tentang ruang hidupnya, dan mempelajari
mencapai matlamat pilihan kendiri melalui
pilihan yang bermakna dan bermaklumat
setelah menyelesaikan masalah yang bersifat
emosional dan interpersonal.
~ Burks dan Stefflre, 1979 ~

Sambungan

Kaunseling adalah satu perbincangan antara
seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang
individu atau kelompok kecil yang mengalami
kekeliruan dan memerlukan bantuan,
bersama-sama memikirkan dan meneliti beberapa
alternatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan
dan seterusnya melaksanakan
alternatif yang dipilih.
~ Zainal Abidin, 2002 ~

Sambungan
PSIKOTERAPI
Sejenis rawatan psikologi yang dijalankan oleh
pakar dalam bidang kejiwaan seperti
psikiatri
MATLAMAT
BIMBINGAN
DAN
KAUNSELING



Matlamat antara seorang klien dengan klien
adalah berbeza. Ianya bergantung kepada
perspektif yang dibincangkan. Kaunselor perlu
bantu klien mencapai matlamatnya.

Segalanya bergantung kepada pesetujuan
antara klien dengan kaunselor. Kedua-duanya
yang akan menentukan arah perbincangan
yang akan dilakukan.


BIMBINGAN

Matlamat bimbingan adalah memberi nasihat,
panduan, pengajaran dan pertolongan
kepada pelajar yang memerlukan.

Ia boleh dilakukan di dalam kumpulan, kelas,
surau, dewan dan seumpamanya. Hubungan boleh
sehala atau dua hala. Sesiapa sahaja boleh
memberikan bimbingan seperti guru, imam,
ibu bapa, rakan dan seumpamanya.



KAUNSELING

Mengatasi dan menangani kebuntuan fikiran
dan perasaan klien seperti masalah
pertumbuhan kendiri, peribadi, keluarga,
kewangan, hubungan interpersonal dan lain-lain.

Ia menggunakan pendekatan dan strategi
kaunseling. Dilakukan oleh kaunselor yang
mempunyai kemahiran, kelayakan dan bertauliah.




Secara Khusus Terdapat 5 Matlamat Kaunseling :

1. Memudahkan perubahan tingkah laku klien.
2. Meningkatkan keupayaan klien untuk
memulakan dan meneruskan perhubungan.
( Intepersonal communication )
3. Membantu keberkesanan klien mengurus diri
( coping )
4. Menggalakkan proses membuat keputusan.
5. Membantu perkembangan dan pencapaian
potensi klien.



PSIKOTERAPI

Pemulihan kekeliruan atau penyakit mental
yang berat seperti skizofrenia, psikotik, neurosis,
paranoid, psikoseksual dan seumpamanya. Klien
menghadapi masalah perubahan
pembentukan semula jiwa.

Dirawat secara psikoterapi dan ubat-ubatan di
bawah seliaan pakat psikiatri.

PRINSIP
PERKHIDMATAN
BIMBINGAN & KAUNSELING
Perkhidmatan adalah untuk semua pelajar
Matlamat perkhidmatan ialah membina sikap
Positif dan berdikari di kalangan pelajar
Perkhidmatan bimbingan dan pelajaran perlu
saling menyokong
Kepimpinan personalia perlu mantap dan berkesan
Perlu ada perkongsian tanggungjawab dengan
personalia lain, namun tanggungjawab utama
diletakkan di bahu kaunselor
Aktiviti bimbingan perlu berterusan
Mengendalikan data pelajar secara saintifik dan
profesional

Kaunselor perlu melaksanakan perkhidmatan
dengan cekap, profesional, beretika dan
menunjukkan personaliti yang berketrampilan

Sambungan

Anda mungkin juga menyukai