Anda di halaman 1dari 6

PERSAINGAN

1. Persaingan ialah satu bentuk interaksi hubungan antara hidupan yang berlaku
antara haiwan dan tumbuhan untuk mendapatkan keperluan asas.
2. Persaingan berlaku kerana sumber yang terhad.
Persaingan Antara Haiwan.
1. Persaingan boleh berlaku antara haiwan yang sama spesies dan antara haiwan
yang berlainan spesies.
2. Faktor-faktor yang menyebabkan persaingan antara haiwan ialah:
a. Makanan
b. Air
c. Pasangan
d. tempat perlindungan
3. Haiwan bersaing untuk mendapatkan makanan dan air apabila sumber makanan
dan air terhad.
4. Persaingan untuk mendapatkan pasangan antara haiwan yang sama spesies.
Haiwan jantan perlu bersaing untuk mendapatkan pasangan semasa musim
mengawan.
5. Persaingan mendapatkan tempat perlindungan dan wilayah berlaku kerana haiwan
memerlukan tempat perlindungandan ruang untuk hidup.
6. Persaingan lebih kuat berlaku apabila bilangan haiwan bertambah dan sumber
menjadi semakin terhad.
7. Haiwan yang lebih kuat akan memenangi persaingan dan ia akan menguasai
sumber di suatu habitat.
8. Haiwan yang kalah akan tersingkir dari habitat itu.
Persaingan Antara Tumbuhan
1. Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan ahaya matahari! air! nutrien dan ruang.
2. Persaingan
menjadi lebih kuat/sengit
jika banyak tumbuhan
di suatu kawasan.
3. Kesan persaingan antara tumbuhan:
a. Tumbuhan akan berlumba untuk tumbuh tinggi bagi mendapatkan ahaya
matahari.
b. Tumbuhan yang gagal dalam persaingan akan terbantut.

Anda mungkin juga menyukai