Anda di halaman 1dari 3

KEPERLUAN MANUSIA

AIR
Manusia memerlukan air untuk mengawal suhu badan manusia.
MAKANAN
Manusia memerlukan makanan untuk
i. mendapatkan tenaga
ii. membesar
iii. mengekalkan sihat
iv. membaiki dan mengganti tisu / sel yang mati
UDARA
Manusia memerlukan udara untuk bernafas.
TEMPAT PERLINDUNGAN
Manusia memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi diri daripada bahaya
(haiwan liar, haiwan berbisa, haiwan buas), dan perubahan cuaca (hujan, panas, ribut,
sejuk),









KEPERLUAN HAIWAN
1. Haiwan juga memerlukan keperluan asas.
2. Seperti manusia, keperluan asas haiwan adalah:
Makanan
Air
Udara
tempat perlindungan
3. Makanan
Haiwan memerlukan makanan untuk
mendapatkan tenaga
membesar
mengekalkan sihat
membaiki dan mengganti tisu / sel yang mati
4. Sekiranya haiwan tidak mendapat makanan yang mencukupi, haiwan akan menjadi kurus,
lemah dan tidak dapat membesar dengan sempurna.
5. Haiwan akan mati sekiranya tidak mendapat makanan untuk sesuatu tempoh tertentu.
6. Air
Haiwan memerlukan air untuk :
mengekalkan suhu badan
mengangkut zat makanan ke seluruh badan
mengangkut bahan buangan keluar daripada badan
7. Udara

1. Haiwan memerlukan udara untuk bernafas.
2. Haiwan akan mati sekiranya tidak mendapat udara.

8. Tempat Perlindungan

Haiwan memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi mereka daripada:
Bahaya
sinaran Matahari
hujan
Haiwan berlainan mempunyai tempat perlindungan yang berlainan. Cthnya :
Lubang
Gua
Sarang

KEPERLUAN ASAS TUMBUHAN

Keperluan asas tumbuhan ialah air, udara dan cahaya matahari.
Tumbuhan memerlukan air, udara dan cahaya matahari untuk membuat makanan.
Tumbuhan hijau membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis
Tumbuhan juga memerlukan air untuk mengangkut makanan dan nutrien.
Tumbuhan memerlukan udara untuk bernafas dan membuat makanan.
Tumbuhan hijau menyerap cahaya matahari melalui daun-daunnya untuk membuat
makanan

Anda mungkin juga menyukai