Anda di halaman 1dari 2

11 Suara syaitan

1-Al-Lahwi- menpromosikan lagu-lagu dan berita yang tidak memberi faedah di Akhirat
adalah termasuk suara syaitan yang sia-sia. Sila rujuk : Surah Luqman ayat 6 & 7.

2-Az-Zur- mereka yang sanggup menjadi saksi palsu adalah mereka yang menjadi syaitan
dan bersuara dengan suara yang tidak benar atau palsu. Sila rujuk Surah Al-Furqan ayat
72.

3-Al-Lahwi. Surah al-Qasas ayat 55 . Menerangkan kedudukan yang berbual kosong
adalah suara syaitan yang menyeru kepada kelailan.

4-Al-Batil- Nyanyian dan muzik adalah suara syaitan yang batil.

5-Al-Muka dan Tasdiyah- suara syaitan yang bersiul sambil bertepuk tangan seperti
yang dilakukan oleh arab jahiliah yang tawaf mengelilingi Kaabah dalam keadaan
telanjung, mulut mereka bersiul dan tangan mereka bertepuk.

6-Ruqyatl Zina- semua pusat hiburan yang menghidangkan seks dan maksiat adalah
merupakan suara syaitan yang menyeru kepada zina. semua yang memainkan peranan
untuk menghidupkan suasana zina adalah dihukum suara syaitan zina bermula dari lagu-
lagu yang didendangkan, artis, penari, muzik dan semua yang terlibat.

7-Quranu syaitan- suara sihir, syair, perasaan hasad, dendam, menipu, bomoh, ilmu
hitam,makanan yang tidak disebut nama Allah SWT, minuman yang memabukkan,
pasar-pasar, seruling, perempuan, tandas dan yang paling besar dan utama adalah syirik
kepada Allah SWT samada syirik secara zahir atau secara tidak disengajakan(khafi).
semua yang telah disebut dianggap sebagai Quran syaitan.

8-Soutul Ahmaq dan Sautl Fajir-suara mereka yang telah dirasuk dengan muzik atau
sanggup menjerit-jerit ketika menerima musibah sambil memukul dada dan mencakar
muka.

9-Soutul syaitan- muzik yang melalaikan adalah saranan yang paling baik ke arah
perbuatan maksiat.

10-Mazmurul syaitan- suara dua orang khadam yang pernah berkhidmat dengan Siti
Aisyah yang menyanyi dengan disertakan tiupan seruling, maka Rasulullah SAW
mengharamkan perbuatan tersebut.

11-As-sumud- adalah suara yang dinyanyikan oleh penduduk arab himyar apabila
membenci orang mukmin membaca Al-Quran lalu mereka akan menyanyikan suara
tersebut.

Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada
cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan
(dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang
pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan;
merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.(Surah Luqman . ayat
6 & 7)

Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya,
seoleh-oleh ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan
balasan azab yang tidak terperi sakitnya.

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-
tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung
dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri
daripadanya.(Surah Al-Furqan Ayat : 72)

Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya
sambil berkata: Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu; selamat tinggalah
kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil.(Surah Al-Qasas,
ayat 55.)

Anda mungkin juga menyukai