Anda di halaman 1dari 7

WAJ 3101

I PISMP PC ISL (M4)


Tugasan: Apakah kepentingan wujudnya interaksi positif dan negatif
antara pelbagai tamadun.
Pengenalan
- Proses interaksi bermula dengan proses pembudayaan yang
mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik.
- Melalui proses interaksi antara budaya, maka terbentuk interaksi peringkat
tamadun
- Perdagangan memainkan peranan yang penting dalam proses interaksi
antara tamadun.

Interaksi Tamadun India dan China
- Rekod sejarah China, berlaku melalui hubungan perdagangan seawal kurun
ke-2 S.M.
- Jalan Sutera yang menjadi laluan para pedagang - saluran interaksi
- Selain daripada barang dagangan, agama Buddha merupakan komoditi
terpenting yang dibawa ke China
- Pada kurun ke-2, telah berlaku pertembungan di antara tamadun Cina dan
tamadun India di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan.

Kesan:
1. Penyebaran Agama Buddha
- Dibawa masuk ke China kurun pertama masihi
- Maharaja hantar wakil ke India utk fahami & mendalami ajaran
- Disesuaikan dgn tradisi budaya masyarakat Cina; doktrin Daoisme &
Konfusianisme
- Sami dr China menetap di India & pelajari kitab Buddha (bahasa Sanskrit &
Pali)
- Berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi (Tripitaka)

2. Sains dan Teknologi
- Dari China - pembuatan kertas, tembikar, bahan letupan, percetakan &
kompas
- Perubatan Cina mendapat tempat dan diberi penghormatan yang tinggi di
India
- Dari India - teknologi India menghasilkan gula daripada tebu, 60 koleksi ilmu
WAJ 3101
I PISMP PC ISL (M4)
astronomi India telah diterjemah ke bahasa Cina ahli astronomi India pernah
berkhidmat di China sistem kalendar lunar Cina yang baru
- Karya perubatan India pula banyak diterjemah ke dalam bahasa Cina

3. Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian
- Ilmu fonetik Cina guna pengetahuan dan teknik ilmu fonetik Sanskrit -
dipelajari melalui ajaran Buddhisme
- Kitab Buddha juga telah membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan
kepada kesusasteraan Cina- perbendaharaan kata, tema, gaya dan genre.
- Seni muzik India alat muzik Cina yg berasal dari India :- pipa dan konghou


Interaksi Tamadun Melayu Tamadun India
- Bermula seawal abad ke-3 SM
- Bhn bertulis dari India - ada menyebut ttg Malayadvipa (Semenanjung
Melayu)
- Tujuan utama kedatangan para pedagang dari India ke Tanah Melayu - bagi
dapatkan emas
- Suvarnabhumi (tanah emas) gelaran diberi kpd Tanah Melayu

Kesan:
1. Penyebaran Agama
- Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan menjadi pegangan penduduk
tempatan yang sebelumnya berpegang kepada kepercayaan animisme.
- Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang pula merupakan tinggalan
pengaruh ajaran Hindu kerajaan Chola ketika menguasai Kedah.

2. Sistem Pemerintahan
- konsep Dewaraja (dlm bhs Sanskrit yang bermakna God King) - konsep
ketuhanan agama Hindu yg membesarkan keagungan dewa-dewi & dikaitkan
dgn kedudukan serta status Raja sbg jelmaan Tuhan
- Upacara pertabalan - bg mengekalkan status tinggi Raja
- Panca Persada yg spt Gunung Mahameru, memperlihatkan pengaruh
kosmologi Hindu-Buddha.

WAJ 3101
I PISMP PC ISL (M4)
3. Struktur Masyarakat
- Akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam masyarakat) terdapat
pemisahan jelas golongan atasan/ bangsawan yang dianggap lebih mulia dgn
golongan rakyat biasa.
- Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat feudal dalam
kehidupan masyarakat Melayu

4. Adat resam dan Budaya
- Kedatangan agama Hindu pengaruhi kehidupan seharian dan adat resam
masyarakat Melayu:- amalan jampi & mentera
- Amalan adat di kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut,
bertindik telinga, bersanding dan berinai, mencecah garam dan menjejak kaki
ke bumi bagi bayi,
- Masyarakat India Chittyan memperlihatkan persamaan dgn kebudayaan
Melayu

5. Bahasa
- Pengaruh bahasa Sanskit
- Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang
Tuwo (684 M), Batu Bersurat Kota Kapur (686 M) dan Batu Bersurat Karang
Berahi (692 M) buktikan pengaruh bhs Saskrit dlm bhs Melayu kuno yg
digunakan ketika itu
- Batu Bersurat Terengganu, selain drp perkataan Arab, turut ditemui 29
perkataan dari bahasa Sanskrit
Pengaruh Dari Bahasa Sanskrit(Perbandingan Bahasa Melayu Lama dan
Baru)
Bhakti = bakti
Bhumi = bumi
Dosa = dosa
Drohaka = derhaka
Maharddhika = merdeka
Prakara = perkara
Rupa = rupa
Samicra = mesra
Tathapi = tetapi
WAJ 3101
I PISMP PC ISL (M4)
Vela = bila

6. Kesusasteraan
- Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana & Mahabharata
Hikayat Seri Rama dpt inspirasi drp E.Ramayana
- Epik Mahabharata diberi wajah tempatan - Hikayat Pendawa Lima,
H.Pandawa, H.Panda Delima & H.Sang Boma
- Karya sastera Melayu tradisional pentingkan aspek kesenian, keromantisan,
keagungan raja-raja & menyelitkan unsur epik & mitos
- Turut diadaptasikan dlm wayang kulit

Interaksi Tamadun Melayu Tamadun Cina
- Rekod rasmi China bertarikh 638 M mencatatkan Kedah pernah jalin
hubungan diplomatik dgn China & para pedagang Kedah berdagang ke China
- Kedah - pusat perhentian utama bg sami Buddha dr China yg belayar
melalui Selat Melaka utk ke India sekitar tahun 250 M
- Zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan diplomatik dgn
China penting agar Melaka selamat dr ancaman musuh
- Laksamana Cheng Ho bawa perutusan pengiktirafan Parameswara sbg
pemerintah kjn Melaka oleh Maharaja China
- Maharaja China hantar puterinya, Hang Li Po utk dikahwinkan dgn Sultan
Mansur Syah.
- Kelompok yg berasal drp keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih
dikenali sebagai Baba dan Nyonya @ Peranakan
- Awal abad ke-19 - setelah kedatangan kuasa British & penubuhan Negeri-
negeri Selat, berlaku pertambahan bilangan orang Cina - golongan peniaga
yang berjaya dan dikenali sbg Cina Selat @Straits Chinese
Kesan:
1. Penyebaran Agama
- Islam di Tanah Melayu di peringkat awalnya dikatakan dtg dari Tanah Besar
China ekoran hbg perdagangan
- Islam yg dtg melalui para pedagang dr Canton dan Hainan pada kurun ke-9
dibuktikan dgn penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei
(1048), di Laren, Jawa (1082).

WAJ 3101
I PISMP PC ISL (M4)
2. Warisan Cina Peranakan
- Dikenali sebagai Baba dan Nyonya.
- Kebudayaan mereka turut mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu.
- Bahasa Melayu Baba byk mengandungi perkatan Hokkien
- Cara masakan dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan menjadi
kebiasaan bagi mereka makan guna tangan
- Pakaian kebaya dan kain sarong

3. Kebudayaan
- Pertukaran barangan sbg hadiah melalui misi diplomatik perkenalkan
pelbagai tekstil (kain) dari negara China seperti kain sutera dan kain kapas,
barangan porselin, tembikar dan logam, serta makanan seperti kicap, taugeh
dan tauhu.
- Adat memberi ang pau yang bermaksud sampul merah

4. Perubatan dan Teknologi
- Rawatan akupuntur dan herba bertujuan menseimbangkan yin dan yang
- Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi 1,000 jenis mengubat
penyakit seperti asma, anemia dan kanser.
- Teh Cina ataupun green tea
- Teknologi - perlombongan, pertanian dan pertukangan
- Teknologi baru seperti penghasilan barangan termasuklah gula, kertas, kain,
bahan letupan, lilin






Pengenalan
Setiap tamadun yang muncul mempunyai sifat-sifat, pencapaian-
pencapaian serta keunikan yang tersendiri. Namun demikian ia tidak
WAJ 3101
I PISMP PC ISL (M4)
bermakna sesebuah tamadun itu tertutup dan tidak menerima pengaruh luar,
sebaliknya terdapat interaksi yang berlaku antara tamadun. Interaksi antara
tamadun ini berlaku di peringkat nilai, idea, institusi dan insan. la berlaku di
sepanjang sejarah. Interaksi ini melahirkan kesan-kesan positif dan negatif.
Interaksi antara tamadun berlaku melalui proses yang tertentu dan juga
dengan pelbagai cara yang berbeza. Interaksi antara tamadun ini terjadi
kerana wujudnya sifat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati
antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain. Sifat terbuka sesebuah
tamadun ini memberi peluang kepada berlakunya percambahan pemikiran
dan budaya serta memperkayakan lagi tamadun tersebut dalam pelbagai
aspek. Hal ini dapat mengelakkan sesebuah tamadun itu daripada menjadi
beku dan jumud yang akhirya boleh meruntuhkannya. Proses interaksi antara
tamadun berlaku disebabkan pelbagai faktor. Interaksi antara tamadun
memberikan dua kesan yang penting iaitu kesan positif dan kesan negatif.

Interaksi yang positif
Interaksi antara Tamadun India dengan Tamadun China telah
memberi kesan positif kepada kedua-dua tamadun. Agama Buddha
disebarkan ke negeri China melalui interaksi ini. Di samping itu
terdapat kemahiran-kemahiran lain yang diperkembangkan, contohnya
teknologi membuat gula daripada tebu dari India telah
diperkembangkan kepada orang-orang China. Bidang astronomi India
turut diperkembangkan di China oleh ahli-ahli astronomi India.
Beberapa perbendaharaan kata bahasa Pali dan Sanskrit turut
mempengaruhi kesusasteraan China. Kesan positif kepada Tamadun
India ialah berkembangnya teknologi membuat kertas, bahan letupan
dan pengunaan kompas dari Tamadun China ke dalam Tamadun India.
Interaksi antara Tamadun India dan China berlaku secara aman
melalui hubungan perdagangan dan keagamaan.

Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu turut
melahirkan kesan positif tetapi ia tidak melibatkan pemikiran dan
falsafah sebaliknya melibatkan kemahiran dan teknologi serta
kebendaan. Tamadun China membawa teknologi membuat gula dari
WAJ 3101
I PISMP PC ISL (M4)
tebu ke Kepulauan Melayu, contohnya di Jawa. Begitu juga kemahiran
dalam perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan logam.
Di samping itu terdapat juga beberapa jenis makanan masyarakat
China yang diperkenalkan kepada masyarakat Melayu seperti tauhu,
kicap, taugeh dan sebagainya. Interaksi antara Tamadun China
dengan Tamadun Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara aman
dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui
aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik, contohnya
kemuncak hubungan diplomatik negeri China dengan Kepulauan
Melayu ialah zaman Kesultanan Melaka. Manakala hubungan yang
bercorak konflik peperangan berlaku semasa pemerintahan Dinasti
Yuan / Monggol ( 1279 1368 Masihi ) yang pernah menyerang
Myanmar ( Komboja ) dan jawa pada abad abad ke-13 Masihi.
Interaksi yang negatif
Interaksi antara tamadun ini tidak sunyi dari timbulnya perbezaan.
Konflik ini pula dibesarkan dengan wujudnya elemen-elemen
perbezaan yang terlalu extreme untuk diterima oleh sesebuah tamadun.
Tambahan lagi jika wujudnya kepercayaan agama yang mempunyai
permusuhan sejak awal lagi memburukkan lagi hubungan antara
tamadun. Contohnya dalam hubungan antara Tamadun India dengan
Tamadun China juga kita dapat lihat wujudnya konflik terutama
semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam masyarakat
China semasa zaman pemerintahan Dinasti Han Timur. Kemasukan
agama tersebut telah mendapat tentangan cendiakawan
Konfusianisme yang amat berpengaruh dalam pentadbiran Dinasti Han.
Sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha dimusnahkan
untuk menghalang perkembangan agama tersebut.
Sumber:
http://www.dapat.net/MYMALAYSIA/Bab%202%20Interaksi%20Antara%2
0Tamadun.pdf

Anda mungkin juga menyukai