Congkak Assingment1

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 12

Pengenalan

Seperti yang kita sedia maklum, permainan tradisional merupakan sejenis


permainan warisan nenek moyang kita dahulu. Terdapat pelbagai jenis
permainan tradisional yang popular di negara kita, dan setiap permainan
mempunyai nama dan corak permainan yang berbeza.
Permainan tradisional mengandungi banyak nilai, falsafah, dan unsur
Pendidikan yang tersirat dan perlu dihayati serta dipraktikan. Permainan
tradisional juga dapat menerapkan kemahiran sosial kapada setiap pemainnya.
Ini dapat dipraktikan melalui cara permainanya yang melibatkan dua orang dan
lebih.Ini secara tidak langsung dapat menggalakkan interaksi sosial, toleransi
serta semangat kerjasama di antara pemainnya.
Permainan tradisional juga di kenali sebagai permainan rakyat. Ada
diantara permainan ini yang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu
bapa dan datuk nenek kita sahaja. Akan tetapi, terdapat juga jenis permainan
tradisional yang masih kekal dimainkan oleh anakanak kita pada hari ini. Tidak
lain dan tidak bukan, ialah congkak.
Latar belakang permainan congkak.
!ongkak merupakan permainan rakyat yang sudah lama berkembang di
kawasan perkampungan melayu dan dipanggil dengan sebutan yang berbeza
beza. "i #alaysia dan beberapa daerah di $epulauan %iau, permainan congkak
masih di kenali sebangai congkak, di &ilipina di kenali sebagai sungka, di
Srilanka disebut cangka, manakala di daerahdaerah kepulauan jawa
menamakan permainan congkak ini dengan gelaran congklak. Terdapat
perbezaan nama dari segi tempat, namun corak dan konsep permainan masih
menggunakan tunjang dan prinsip yang sama.
Sebagai makluman, permainan congkak berasal dari Timur Tengah dan
tersebar di Asia Tenggara terutamanya kerajaan melayu #elaka. Ini terjadi
ekoran daripada dunia perdangan yang pesat membangun ketika itu. Permainan
ini berkembang pada masa kesultanan #elaka pada abad ke'(, di mana
permainan congkak ini hanya dimainkan di kalangan keluarga istana sahaja.
"alam sejarahnya, permainan congkak ini mula terkenal di daerah Tanjung
Pinang pada awal abad ke') sampai '* #asihi.
Pada awalnya, permainan congkak hanya dimainkan di kalangan kerabat
istana dan bangsawan. Selain kerabat istana, congkak juga dimainkan oleh
rakyat biasa juga tetapi terbatas kepada kepada kelompok sosial tertentu sahaja
seperti kelompok nelayan dan petani sahaja.
Permaina congkak ini merupakan permainan tradisional #elayu yang
menggunakan papan kayu yang berlobang atau lubang yang dibuat di atas
tanah. #anakala buahnya pula yang biasanya menggunakan biji getah, dan biji
guli sebagai bahan utama yang dipanggil sebagai biji congkak. Peralatan yang
digunakan untuk bermain congkak juga biasanya diperbuat daripada batang
pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. "isebelah hujungnya diukir bentuk
kapala pelbagai haiwan seperti burung manakala di bahagian badan papannya
pula diukir dengan pelbagai ukiran melayu. +ubang congkak adalah sebesar
,sm, manakala kedalamannya pula adalah sedalam )sm. Sekiranya permainan
congkak di mainkan di atas tanah, lubang haruslah digali dan kemudian
tempurung kelapa diletakkan supaya tangan tidak kotor terkena tanah. -arus
diingatkan, lubanglubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu
sama lain dan disebut sebagai kampung. Pada penghujung kampung tersebut,
terdapat sebuah lubang besar yang dalam dan dinamakan sebagai rumah.
.umlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak yang sering
digunakan adalah lima, tujuh, atau sembilan sebaris. #anakala kampung
kampung ini haruslah diisi dengan buah congkak mengikut jumlah bilangan yang
sama banyak.
/ambar ' 0 congkak
lubang kecil1kampung2
lubang besar1rumah2
Cara Bermain Congkak.
Permainan congkak bertujuan menguji kecekapan pemain untuk
mendapatkan seberapa banyak buah yang dimiliki oleh pihak lawan.
$ebiasaannya, permainan congkak boleh dibahagikan kepada dua acara iaitu
secara perseorangan dan berpasukan. .umlah maksimum pemain bagi
permainan secara perseorangan adalah tidak terhad tetapi genap. #anakala
jumlah minimum mestilah dua orang. 3erikut adalah peraturan dan cara bermain
congkak secara terperinci0
'. !ongkak dimainkan di papan congkak yang berukuran panjang dan lebar
(4564 cm dengan ketebalan * cm. Ada juga jenis yang lain, seperti
bentuk papan yang mirip perahu kecil atau jenisjenis lain yang tidak
mengikut ukurannya. Akan tetapi, ianya masih menggunakan peraturan
permainan yang sama terutamanya jumlah lubang congkak.
6. +ubang congkak sebanyak '7 buah, iaitu 6 buah lubang rumah 8 induk
dan '9 buah lubang kampung. #anakala, buah congkak berjumlah 9,
buah untuk setiap pemain.
:. Setiap pemain memiliki ) buah lubang kampung dan ' buah lubang
rumah8 induk yang terletak di sebelah kiri pemain. +ubang yang boleh
diisi dengan buah congkak adalah lubang kampung dan masingmasing
diisi sebanyak ) buah.
9. Pemain terdiri daripada dua orang. #ereka akn duduk bertentengan
menghadap papan congkak.
(. Permainan dimulakan dengan mengambil semua buah dari manamana
lubang yang di hadapannya secara serentak.
7. #ereka akan memasukkan satu buah ke dalam setiap lubang kecuali
rumah pemain lawan.
). Pergerakan pemain mengikut pusingan jam.
*. 3uah yang diambil akan diisikan ke dalam sebuah rumah yag dilalui
termasuk ibu rumah sendiri.
,. Pemain tidak boleh meneruskan permainan apabila buah terakhir di dalam
tangan jatuh di dalam rumah kosong.
'4. .ika pemain berhenti di rumah kosong sendiri, pemain layak mengambil isi
rumah yang setentang dengannya dan dimasukkan ke dalam ibu rumah
sendiri sebagai ganjaran. Proses ini dinamakan menembak.
''. #enembak hanya boleh dilakukan sekiranya pemain selesai membuat
satu pusingan pertama ataupun lebih. Sekiranya berhenti di rumah
kosong lawan pemain tidak berhak menembak.
'6. Pemain yang mempunyai bilangan anak buah yang banyak dalam ibu
rumah dikira sebagai pemenang.
':. 3agi pusingan yang kedua pula, buah yang terkumpul dalam ibu rumah
diagihkan semula ke dalam rumah sendiri. %umah yang tidak cukup
buahnya dikira terbakar dan tidak boleh digunakan lagi dalam pusingan
itu.
'9. Pemain akan menutup lubang yang tidak dapat diisi dengan ) buah.
Pemain akan memasukkan semula lebihan buah ke dalam ibu rumah.
'(. Pemain yang tidak mempunyai rumah terbakar akan memulakan
permainan pusingan itu.
/ambar 6 0 Pertandingan congkak sedang berlangsung.
Faedah Pembelajaran dan Teori.
3elajar melalui bermain merupakan jalan alternatif kepada pendekatan
pengajaran di peringkat sekolah terutamanya peringkat sekolah rendah dan
kanakkanak. 3ermain dapat menyumbang kepada pelbagai aspek
perkembangan seseorang murid itu terutamanya dalam aspek pengembangan
daya kreatif, fizikal, bahasa, sosioemosi dan moral. Ini bertepatan dengan
konsep .;%I iaitu perkembangan berkaitan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek
seseorang kanakkanak itu.
Permainan congkak merupakan salah satu permainan tradisional yang
mampu menggalakkan perkembangan .;%I seseorang kanakkanak itu. Ini
dapat diaplikasikan melalui perkembangan kognitif mereka, iaitu kesungguhan
mereka berfikir bagaimana untuk memenangi permainan dalam menewaskan
pihak lawan melalui pelbagai percubaan. 3elajar melalui pengalaman
sebelumnya secara langsung dan menggunakan kaedah cuba jaya, kanakkanak
akan sedaya upayanya merancang strategi baru untuk memenangi perlawanan
itu. Perihal ini sangat berkaitan dengan teori pembelajaran Thorndike, di mana
Thorndike menyatakan pembelajaran merupakan proses cuba ralat melalui
hukum latihan. Ini dimana, kanakkanak semasa bermain secara tidak langsung
akan menghubungkaitkan antara rangsangan dan gerak balas. Proses ini akan
bertambah kukuh lagi jika latihan dan pengukuhan diaplikasikan bersama
sekerap yang mungkin. #elalui permainan congkak ini juga, kanakkanak dapat
mengembangkan lagi daya kreatif dan memberi peluang daya cipta tanpa had
kepada mereka. Ini jelas dapat dihubungkaitkan melalui bermain seseorang
kanakkanak itu akan berfikir sekaligus mangaktifkan selsel neuron dalam otak
mereka. Proses ini akan menggalakkan lagi perkembangan jasmani seseorang
kanakkanak itu.
Permainan congkak ini juga turut membantu dari segi perkembangan
emosi kanakkanak itu. ;mosi akan terbentuk apabila belajar sambil bermain.
#ereka akan sentiasa mengawal emosi mereka semasa mereka bermain.
Selain itu, mereka juga akan mencapai kepuasan mereka dan dapat melepaskan
tekanan yang dihadapi mereka semasa bermain. Selain dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang santai tanpa paksaan, mereka juga berpeluang
meningkatkan keyakinan mereka. Ini dapat memberi dorongan dan moti<asi
kepada diri mereka. Aspek pembelajaran ini dapat diaplikasikan dengan hukum
kesediaan oleh Thorndike, di mana beliau berpendapat = Apabila seseorang
pelajar bersedia untuk belajar, maka pembelajarannya akan menghasilkan
kepuasan>. Selain itu, dengan bermain kanakkanak dapat menghasilkan emosi
negatif dan positif. ;mosi positif terhasil apabila perasaan gembira dan terhibur
mereka tercipta apabila mereka bertemu dengan rakanrakan sepermainan
mereka. $omunikasi dan pergaulan sudah tentu menyumbang kepada
penghasilan emosi itu tadi. $esan yang berlaku dalam proses belajar sambil
bermain ini juga turut mendatangkan perasaan sedih kepada mereka. Ini terjadi
apabila mereka dikalahkan oleh pihak lawan semasa perlawanan atau
permainan mereka berlangsung. Perasaan kecewa ini akan mencetuskan emosi
negatif. "alam keduadua situasi ini, impak yang diberikan adalah sama iaitu
mereka dapat mendidik diri mereka dengan cara mengawal segala tekanan
yang dihadapi mereka dalam memupuk keyakinan diri. -al ini amtlah berkait
dengan teori pelaziman Thorndike, di mana ikatan rangsangan dengan gerak
balas akan bertambah kukuh sekiranya indi<idu memperoleh kesan yang
memuaskan selepas gerak balas dihasilkan. Sebaliknya, gerak balas yang tidak
mendatangkan hasil yang berkesan akan menjadi lemah khasnya gerak balas
yang membawa kesan yang menyakitkan atau kurang seronok.
"alam prinsip .;%I, perkembangan intelek tidak harus dilupakan. Aspek
intelek dapat diaplikasikan melalui permainan congkak ini dengan melibatkan
proses pengiraan. Semasa bermain, kanakkanak akan megira guli yang akan
dimasukkan ke dalam kampung dan mengira guli yang berada di dalam rumah.
-al ini sudah pasti dapat meningkatkan lagi penguasaan khususnya dalam
subjek matematik di kalangan kanakkanak semasa mereka bermain. Sebelum
memulakan permainan, pemain congkak akan mengira terlebih dahulu biji guli
iaitu sebanyak 9, biji guli bagi setiap pemain. Semasa proses mengira guli ini
dilakukan secara tidak langsung pelajar akan mendapat kemahiran mengira. Ini
secara tidak langsung dapat mengembangkan lagi pemikiran logikal maematik
seseorang kanakkanak itu.
Perkembangan dari segi intelek ini amatlah bersangkutan dengan teori
pembelajaran 3runer. "i dalam teori ini, 3runer menyatakan yang pembelajaran
berlaku dalam tiga peringkat iaitu enaktif, ikonik, dan simbolik. 3agi
memudahkan pemahaman murid, amat penting bagi mereka menimba
pengalaman secara memegang dan memanipulasi objek maujud dan menyentuh
objek yang hidup. $anakkanak juga berkebolehan mengunakan bahan secara
grafik atau mental seperti membuat pengiraan mental. ?leh itu, amatlah terbukti
bermain sambil belajar ini dapat meningkatkan perkembangan intelek kanak
kanak itu.
Teknik permainan congkak juga turut dapat diaplikasikan dalam pelajaran
dalam pelajaran Pendidikan .asmani. Pemain congkak memerlukan kekuatan
otot tangan semasa memainkan permainan ini. Pelajar akan memasukkan biji
guli ke dalam lubang kecil dan lubang besar secara berulang kali.#elalui proses
berulang kali memasukkan biji guli ini secara tidak langsung akan dapat
menguatkan otot jari dan otot lengan iaitu bisep dan trisep.
Permainan congkak ini memerlukan pemainnya duduk secara bersimpuh
ataupun bersila. "uduk secara bersila dan bersimpuh ini sememangnya dapat
meregangkan otot kaki dan pinggang bersesuaian dengan pengajaran
Pendidikan jasmani yang memerlukan regangan otototot untuk kesihatan tubuh
badan manusia.
Penutup
$esimpulannya, belajar sambil bermain bukan sahaja menceriakan
suasana alam belajar bagi kanakkanak bahkan dapat membentuk sikap
peribadi pelajar tersebut. $anakkanak yang terdedah dalam permainan semasa
kecil biasanya mempunyai kekuatan , keyakinan diri dalam pembentukan emosi
mereka. $anakkanak perlu diberi kebebasan sepenuhnya secara terkawal
dalam memilih permainan yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka
agar mereka dapat berinteraksi dengan alam, rakan sebaya dan menyesuaikan
diri dalam pelbagai situasi.
Rujukan
#ok Song Sang 1644*20 Psikologi Pendidikan dan Pedagogi:Murid dan
Alam Belajar. Penerbitan #ultimedia Sdn. 3hd. 0 Puchong, Selangor.
@ani #enon 1644*2. Permainan, Lagu dan Puisi Kanak-kanak. PTS
Professional Publishing Sdn. 3hd. 0$uala +umpur.
www.pts.com.my
http088library.thinkAuest.org8coo'6(6&8aesthetics8games8congkak8htm
http088www. information.go<.bn8bdnewsletter8inde5.php
http088malaysiana.pnm.my84:84:4(congkak.htm
MAKTAB PERGURUAN ILMU KHAS
JALAN YAACOB LATIF,
93000 CHERAS,
KUALA LUMPUR
KERJA KURSUS PENDEK
BELAJAR SAMBL BERMAN
PERMANAN !RADS"NAL, LA!AR BELAKAN# DAN $ARA PERMANAN, %AEDA&
SER!A KA!ANN'A DEN#AN (JER) DAN KA!ANN'A DEN#AN !E"R PEMBELAJARAN
FATIMAH BITI AB! HA!I
" #$$%&'( '$ ()*'% +
,-MP-LA . -IT /
'.6 #ASA+A- P;@/+I-ATA@
MATA P0LA1ARA /
;"B :'4: 0 #B%I" "A@ A+A# 3;+A.A%
AMA P023ARAH /
;@. !-I@ #;I $;?@/

Anda mungkin juga menyukai