Anda di halaman 1dari 4

http://kelabuasapart.blogspot.com/2012/12/nota-seni-halus-catan.

html
PENGENALAN ALIRAN SENI CATAN BARAT
DEFINISI CATAN

Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang di sapu ke atas
sesuatu permukaan.
Komponen alat dan media yang digunakan ialah cat seperti cat air, cat minyak dan cat
arkrilik. Kanvas, kertas, air, minyak linseed, turpentin dan sebagainya.Berus,pisau lukis
dan sebagainya.

SEJARAH SENI CATAN

Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba. Pada masa itu aktiviti catan hanya
menggambarkan kisah-kisah keagamaan. Media yang digunakan dalah seperti mozek dan
fresko.
Zaman Renaissance pada kurun ke-17 merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah
sehingga ke abad ke-18.Media yang digunakan ialah seperti cat minyak, air, tempera dan
fresko.
Pada kurun ke-19 dan 20, muncul beberapa aliran baru yang menentang pemikiran tradisi.


1. Karya Eugene Delacroix
Karya ini telah dihasilkan pada aliran Romantisme.
Berjodol Liberty Leading the People (1830).
Gaya karya distailisasikan seperti gaya gothik.
2. Karya Van Gogh

Karya ini dihasilkan pada Kurun ke-19.
Aliran Impressionisme.
Berjodol : Bedroom.
mempunyai garis-garis kasar dan warna yang terang.
Mencipta bentuk dan suasana yang dilihat.
3. Karya Warhol

Karya ini dihasilkan pada penghujung abad ke-20.
Aliran Pop Art.
Berjodol Marylin Monroe
Tema aliran ini berkisar kebudayaan semasa dan yang popular pada masa itu.
Gaya umpama poster untuk pengiklanan.

ALIRAN-ALIRAN SENI CATAN DI BARAT

1. Klasik
Aliran ini lahir pada zaman Renaissance iaitu zaman kelahiran semula.
Figura sebagai pemusatan tumpuan karya.
Penumpuan kepada kadar banding dan anatomi.
Menggunakan perspektif,ruang dan unsur seni.
Karya-karya mendapat perhatian daripada golongan bangsawan.
Hal benda yang dipaparkan banyak berkisar orang-orang bangsawan dan golongan kaya.
2. Barroque

Zaman ini dikenali sebagai zaman renaissance tinggi.
Barroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah.
Karya menumpukan kepada komposisi,aksi,warna dan cahaya.
Latar belakang karya berwarna gelap
Karya tertumpu kepada objek
3. Romanticisme
Istilah Romanticism telah wujud pada pertengahan abad ke-18.
Karya aliran ini adalah lebih kepada gambaran sesuatu keadaan yang berlaku
pada zaman itu.
Mesej karya tertumpu kepada kedamaian,keharmonian,kecintaan.
Hal benda karya tertumpu kepada ekspresi muka dan aktiviti figura
Gaya karya masih terpengaruh dengan gaya gothik iaitu gaya zaman klasik.
Penggunaan garisan luar yang terang.
Tema karya tertumpu kepada kisah kesengsaraan,kejatuhan gereja
dan pemerintahan beraja.
Warna yang digunakan ialah warna yang kusam,suram dam kelam.
Warna itu menggambarkan kesengsaraan,kezaliman yang berlaku pada zaman
itu.
4. Impressionisme
Aliran muncul pada abad ke-19.
Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat.
Warna tidak dicampur dengan hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas.
Warna bertindih-tindih.
Tidak melukid secara detail.
Mementingkan keserasian warna,cahaya serta watak-watak alam.
Mengutamakan suasana yang dilihat contohnya seperti pagi, petang ,malam.
Aliran ini condong kepada aliran naturalisme.
Palitan warna spontan tentang apa yang dilihat.
5. Post-Impressionisme
Realiti itu sentiasa baru dan tegas
Bukan meniru bentuk tetapi mencipta bentuk.
Bukan meniru kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam kehidupan.
Melukis imej-imej yang mempunyai struktur dan logik untuk mencapai kesatuan antara isi yang berkait
rapat.
Melukis sebagai pernyataan dan simbol diri.
Perspektif, bentuk dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang lain.
Warna terang dan gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis.
6. Ekspressionisme
Menolak ciri-ciri tradisi klasik
Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis.
Menolak peniruan alam dan menyingkir subjek dan objek.
Penggunaan warna yang dramatik
Tidak ada imej yang jelas.
Kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak menggunakan berus.
7. Kubisme
Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti.
Menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan.
Cuba menyelesaikan masalah 3 dimensi dalam 2 dimensi.
Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri.
Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar.
Warna yang bertenaga
8. Surelisme
Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah
sedar minda pelukis.
Terpengaruh dengan idea ahli falsafah Sigmund Frued.
Paparan Imej-imej bawah sedar dan alam khayalan.
Menyeramkan, sunyi dan tidak logik.
Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan sekan misteri.
Objek diletakkan pada tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantum.
9. Seni Pop
Berasaskan kepada persekiran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi kotaraya New York dan
London.
Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan populariti.
Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna.
Pelukis seni pop terkenal dengan panggilan New Realist.
Warna yang terang pada permukaan yang berbidang yanmg besar.
Konsep modern yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.




BAHAN CATAN

Cat Minyak

1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk tiub.
2. Bahan pengilat: minyak linsid, minyak poppy, atau minyak kacang untuk mencair atau
memekatkan cat.
3. Bahantara: turpentin.
4. Ciri-ciri : bersifat legap, licin, dan berkilat atau kasar dan berjalinan terpulang kepada
teknik yang digunakan

Cat Air

1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk kek atau tiub.
2. Pengilat: gam arab.
3. Bahantara: air
4. Ciri-ciri: bersifat lutsinar, boleh menimbulkan kesan legap jika disapu beberapa kali,
membolehkan kerja-kerja dilakukan dengan spontan.

Cat Poster

1. Pewarna dalam bentuk tiub atau botol.
2. Ciri-ciri: bersifat legap.
3. Bahantara: air.
4. Alat: berus pelabagai saiz jenis lembut atau keras.
5. Kertas katrij tebal atau licin.

Cat Akrilik

1. Pewarna ini dicampur dengan plastik cecair berwarna putih yang menjadi cerah apabila
kering
2. Diperkenalkan pada tahun 1940-an.
3. Cat sintetik ini cepat kering dan sesuai dengan teknik glazing, hard edge dan impasto
4. Bahantara: air, tidak akan melarut dalam air apabila kering
5. Teknik dan proses sama dengan catan cat minyak.

Cat Tempera

1. Pewarna dalam bentuk tiub atau serbuk
2. Pengilat: kuningg telur
3. Bahantara: air.
4. Ciri-ciri: lutsinar hampir lembut, sama seperti catan air di atas kertas. Akan memberi
kesan seperti catan cat minyak jika pada permukaan keras dan tebal.
5. Alatan : berus pelbagai saiz dan jenis lembut atau keras seta tempat pembancuh warna.
6. Ketas: kertas tebal, kain, kanvas, papan dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai