Anda di halaman 1dari 7

KANDUNGAN

Definisi era teknologi tinggi


- Elemen Video
- Elemen teks
- Elemen Audio
Integrasi mutimedia dalam pelbagai bidang
seni
- Multimedia dalam pendidikan
- Multimedia dalam bidang animasi


Definisi era teknologi tinggi
Menurut Turban et al.(2005), teknologi
maklumat merujuk kepada bahagian
teknologikal dalam sistem maklumat. Ia
meliputi perkakasan, pangkalan data, perisian,
rangkaian, dan peranti-peranti yang lain
1. Elemen Video
- Video merupakan rangkaian frame atau gambar
yang bergerak secara cepat. video juga dikenali
sebagai teknologi memproses isyarat elektronik
bagi menghasilkan gambar bergerak. Setiap
pergerakkan gambar perlu memproses sebanyak
24 frame bagi satu saat
2. Elemen teks
- Teks merupakan salah satu media utama yang
diperlukan dalam sesebuah perisian multimedia
sama ada sebagai menu utama, sistem navigasi
(navigation) ataupun bagi tujuan penyampaian
sesuatu isi kandungan perisian.

- Ia adalah jenis data paling asas serta
menggunakan ruang storan paling sedikit
berbanding dengan elemen-elemen multimedia
lain.
3. Elemen Audio
- Audio merupakan salah satu media yang sering
digunakan dalam sesuatu interaksi antara
komputer dengan pengguna. Elemen muzik, suara
latar dan kesan bunyi merupakan antara beberapa
contoh penggunaan audio yang boleh digunakan
dalam sesebuah aplikasi multimedia. Seperti juga
elemen multimedia yang lain, audio mampu
menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan,
menimbulkan suasana yang lebih menyerlah dan
menarik tumpuan terhadap apa yang ingin
disampaikan
Integrasi mutimedia dalam pelbagai
bidang seni
1. Multimedia dalam pendidikan banyak
membantu para pengajar dan pelajar dalam
memahami dan mendapat maklumat dengan
adanya bunyi, grafik dan lain-lain. sebagai
contoh, cuba perhatikan mana-mana buku teks
sekolah atau buku rujukan lain yang anda miliki,
tidak kira banyak mana warna yang digunakan,
buku tersebut masih lagi gagal mengatasi
kelebihan yang ditawarkan di dalam sesebuah
sistem multimedia.
2. MULTIMEDIA DALAM BIDANG ANIMASI.....
Animasi ini adalah paparan pantas dari susunan
imej-imej seni 2-D atau posisi model agar
menghasilkan ilusi gerakan. Animasi ini dihasilkan
dengan pelbagai cara. Kaedah persembahan
animasi yang paling laris ialah sebagai program
wayang gambar atau video, namun terdapat juga
cara-cara lain untuk mempersembahkan karya
animasi.

Anda mungkin juga menyukai