Anda di halaman 1dari 7

HUKUM

SOLAT HAJAT

Oleh: Muhammad Abu Farouq al-Athari


PERTANYAAN:

Saya sering ditanya dan diminta berhujjah dengan dalil syara, apakah solat hajat
itu hukumnya sunnah (dituntut) atau bid'ah?

JAWAPAN:

Menurut para ulama hadis (muhaddis) bahawa semua hadis-hadis tentang solat
hajat adalah hadis dha'if (hadis lemah). Maka tidak boleh mengamalkan hadis
lemah walaupun banyak bilangannya.

Oleh itu mendirikan solat hajat hukumnya adalah bid'ah kerana menurut Imam
Bukhari rahimahullah (dan ramai imam-imam hadis yang lain) bahawa:

“Setiap rawi yang telah aku jelaskan tentang hadis solat hajat
padanya mungkarul hadis, maka tidak boleh diterima riwayatnya.” [1]

Antara hadis yang menjadi hujah pada mereka yang melakukan solat hajat ialah:

1
Lihat Mizanul l’tidal. jld. 1. Hlm. 6.
“Dari Abdullah bin Abi Auf, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah
sallallahu alaihi wa-sallam: Barangsiapa yang mempunyai hajat kepada Allah
atau kepada salah seorang dari Hani Adam (manusia), maka hendakIah ia
berwuduk serta menyempurnakan (membaguskan) wuduknya, kemudian soIat
hajat dua rakaat. Setelah selesai solat hajat hendaklah ia menyanjung Allah
dan berselawat kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam.
Kemudian membaca doa hajat:”
Menurut ulama hadis, hadis di atas ini sangat lemah (daif). la dikeluarkan oleh
Imam Tirmizi (1/477), oleh Imam Hakim (1/320) dan dikeluarkan juga oleh
imam-imam yang lain. Hadis di atas ini dari jalan Faaid bin Abdullahrahman
Abu al-Waruqa, dari Abdullah bin Abi Auf secara marfu'.

Imam Tirmizi dalam riwayatnya menjelaskan bahawa:

“Hadis ini gharib (asing), pada sanadnya ada perbincangan


(maqal) disebabkan Faaid bin Abdurrahman telah dilemahkan di
dalam hadisnya.”

Didapati sanad hadis ini sangat lemah kerana Faaid bin Abdurrahman telah
dilemahkan oleh ramai (sejumlah besar) ulama hadis (muhaddis). Di bawah ini
dibawakan penjelasan para ulama hadis tentang Faaid bin Abdurrahman Abdul
Waruqa':

1. Berkata Abdullah bin Ahmad dari bapanya (Imam Ahmad)


bahawa hadis ini termasuk "Matrukul hadis" orang yang ditinggalkan
(tidak boleh dipakai) hadisnya.
2. Berkata Imam Ibnu Ma'in: Dhaif dan bukan orang yang siqah (tidak
dipercayai).
3. Berkatra Imam Abu Daud: Tidak berguna (istilah bermakna
lemah/perawi lemah).
4. Berkata Imam Nasaii: Perawi yang tidak siqah atau matrukul hadis.
5. Berkata Imam Abu Hatim: Hadis-hadisnya dari Ibn Abi Aufa batil.
6. Berkata Imam al-Hakim: la meriwayatkan dari Ibnu Abi Aufa dan hadis-
hadisnya adalah maudu' (palsu).
7. Berkata Ibn Hibban: Mungkarul hadis (hadis mungkar).
8. Berkata Imam Bukhari: Mungkarul hadis. Dan menurut jarah Imam
Bukhari: “Setiap Rawi yang telah aku katakan padanya mungkarul hadis,
maka tidak boleh diterima riwayatnya.” [2]

Dengan keterangan ini jelaslah bahawa hadis tentang solat hajat sangat lemah
kerana telah dilemahkan oleh ramai para ahli (ulama) hadis. Maka melakukan
solat hajat adalah perbuatan bid'ah yang diada-adakan kerana tiada keterangan
dalil yang sahih yang membolehkannya.

Adapun pengganti solat hajat apabila ada keperluan atau hajat, ialah solat
istiharah sebagaimana yang terdapat dalam hadis-hadis yang sahih.

Antara yang memuatkan hadis solat hajat di dalam kitab mereka dan
melemahkannya ialah:

1. Imam al-Hakim. Lihat Al-Mustadrak 1/320.


2. Imam at-Tirmizi. Lihat Hadis no. 1/477.
3. Imam lbn Majah. Lihat Hadis no. 1348.
4. lbn Hajar. Lihat Kitab Tahzibut Tahzib 8/255
5. Imam An-Nawawi. Lihat Al-Azkar Hlm. 156.

2
Lihat Mizanul I’tidal. 1/6.
Selain hadis daif (lemah) yang telah dijelaskan, terdapat lagi hadis lemah untuk
membolehkan solat hajat yang dimuatkan oleh Syed Sabiq dalam kitabnya
"Fiqih Sunnah" yang dianggap oleh beliau hadis tersebut sebagai hadis sahih,
tetapi menurut al-lmam Nasiruddin al-AlBani rahimahullah bahawa hadis
tersebut terbukti hadis lemah. [3] Hadis yang dimaksudkan ialah:

“Dari Abi ad-Darda' radiallahu 'anhu berkata: Wahai sekalian


manusia! Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi
wa-sallam bersabda: Barang sesiapa yang berwuduk lalu ia sempurnakan
wuduknya, kemudian melakukan solat dua rakaat dengan sempurnanya,
nescaya Allah akan menunaikan segala hajatnya (apa sahaja yang diminta)
cepat atau lambat".

Hadis di atas ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad rahimahullah dalam


Musnadnya 6/442 - 443 dengan sanadnya yang lemah (dhaif). Di dalam
sanadnya terdapat seorang rawi yang majhul (tidak dikenal/tidak diketahui),
iaitu Maimun Abi Muhammad. [4]

3
Lihat penjelasan Al-Albani dalam kitabnya Tamamul Minnah. Hlm. 260.
4
Lihat Tamamul Minnah. Hlm. 260.
Dengan demikian, kenyataan Syed Sabiq bahawa sanad hadis ini sahih adalah
merupakan kesilapan dan tasaahul (perbuatan yang bermudah-mudah) dalam
mengambil hadis sebagai hujjah syara.

Dengan keterangan ini juga, diharap para ulama yang mengamalkan dan
membiarkan umat mengerjakan solat hajat ketika mereka ada keperluan, seperti
amalan di sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi apabila hampirnya
menghadapi peperiksaan akhir, persatuan-persatuan agama apabila ada
perayaan-perayaan tertentu, masjid-masjid dan surau-surau serta orang-orang
perseorangan apabila menyambut hari-hari yang dianggap sebagai kebesaran
Islam, maka mereka (terutamanya para ulama) perlu berhujjah dengan hujjah-
huijah dari syara untuk membolehkannya agar mereka tidak melakukan bid'ah
yang tercela iaitu bid'ah dhalalah.

Anda mungkin juga menyukai