Anda di halaman 1dari 5

93

1
st
International Conference on Mobil Learning, Applications, and Services (mobilcase2012)


AbstrakPembangunan dan kemajuan teknologi mobil yang
berkembang pesat setelah teknologi mobil ini diterapkan dalam
sistem pendidikan di Malaysia telah memberi peluang untuk
pelajar bermotivasi dalam mempelajari semua bidang secara
mendalam dengan menggunakan teknologi pembelajaran mobil
atau m-pembelajaran. Seperti yang telah dijangkakan, telefon
bimbit pintar berteraskan pelantar Android, iOS dan
BlackBerry OS telah menjadi alat komunikasi yang amat
diperlukan bagi kebanyakan orang, terutama sekali pelajar.
Lambakan aplikasi-aplikasi pendidikan yang menyokong m-
pembelajaran mendorong pelajar atau guru menggunakannya
dengan sebaik mungkin. Guru perlu mengambil peluang untuk
menggunakan pelbagai aplikasi m-pembelajaran percuma yang
mudah didapati dan mudah diakses sebagai persediaan untuk
menyokong pengajaran mereka. Aplikasi-aplikasi m-
pembelajaran boleh meningkatkan minat dan motivasi pelajar
sekali gus mempengaruhi pelajar untuk terlibat secara langsung
dalam proses pembelajaran. Tujuan kajian ini adalah untuk
membuat analisis literatur berkenaan penggunaan The Unified
Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) untuk
meningkatkan kefahaman kita terhadap penerimaan
m-pembelajaran khususnya dalam penggunaan aplikasi
pendidikan di kalangan pelajar. Berdasarkan dapatan kajian
tinjauan ini, satu kerangka kerja model pembelajaran yang
interaktif direka bentuk untuk menyokong proses P & P di
antara pelajar dan guru demi memperoleh satu pengalaman
pembelajaran yang menarik dan bermakna.
Terma IndeksM-pembelajaran, Teknologi Mobil, UTAUT

I. PENGENALAN
T
eknologi mudah alih yang berkembang dengan pesat sejak
beberapa tahun dahulu telah memberi peluang sepenuhnya
kepada pelajar untuk bermotivasi setelah pembelajaran mobil
atau m-pembelajaran diterapkan dalam sistem pendidikan di
Malaysia. M-pembelajaran bermaksud pembelajaran yang
dipertingkatkan dengan penggunaan alat mudah alih dan
komunikasi mudah alih yang boleh berlaku di mana-mana dan



Manuscript received September 10, 2012. Analisa Hamdan, Rosseni
Din, Sit i Zuraida Abdul Manaf are with UKM, Malaysia (e-mail
analisa.hamdan@gmail.com).

pada bila-bila masa sahaja, dan mengambil kesempatan ke atas
peluang pembelajaran yang ditawarkan oleh teknologi mudah
alih [1][2].

M-pembelajaran juga boleh ditafsirkan sebagai satu corak
e-pembelajaran yang menyampaikan kandungan pendidikan
dan bahan-bahan sokongan pembelajaran melalui alat
komunikasi tanpa wayar [3]. Dengan wujudnya peranti-peranti
mudah alih popular seperti telefon bimbit pintar, iPad, iPod,
Tablet PC, dan alat Bantuan Digital Peribadi (PDA) yang
digunakan oleh pelajar dan guru di dalam kelas, m-
pembelajaran kini mendapat sambutan yang hangat dalam
kalangan penyelidik di institusi pendidikan melalui kajian-
kajian berkenaan m-pembelajaran. Jika dibandingkan dengan
komputer riba, iPad, tablet pc, dan telefon pintar mempunyai
permukaan skrin yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana
sahaja [7][19]. Oleh itu, penggunaan peranti mudah alih yang
kecil lebih menggalakkan persekitaran m-pembelajaran dalam
kalangan pelajar terutama sekali di institusi pengajian tinggi.
Seperti yang telah dijangkakan, telefon bimbit berteraskan
pelantar Android telah menjadi alat komunikasi yang amat
diperlukan bagi kebanyakan orang, terutama sekali pelajar [4].
Aplikasi Android adalah satu sumber terbuka bagi sistem
operasi telefon bimbit yang disokong oleh Google
Corporation, sebuah syarikat enjin carian terkemuka dunia.
Justeru, guru perlu mengambil peluang untuk menggunakan
pelbagai aplikasi Android percuma yang mudah didapati dan
mudah diakses sebagai persediaan untuk menyokong
pengajaran mereka. Aplikasi-aplikasi Android boleh
meningkatkan minat dan motivasi pelajar dan mempengaruhi
pelajar untuk terlibat secara langsung dalam proses
pembelajaran [5]. Sebagai contoh, kanak-kanak pra sekolah
juga telah didedahkan dengan m-pembelajaran dan
penggunaan peranti mudah alih serta aplikasi pendidikan yang
bersesuaian dengan tahap umur mereka (Rajah 1).

Analisa Hamdan, Rosseni Din, Siti Zuraida Abdul Manaf, UKM, Malaysia
Penerimaan m-Pembelajaran dalam Sistem
Pendidikan di Malaysia melalui The Unified
Theory of Acceptance and Use of Technology
(UTAUT): Satu Analisis Literatur
94
1
st
International Conference on Mobil Learning, Applications, and Services (mobilcase2012)


Rajah 1 Kanak-kanak pra sekolah memanfaatkan teknologi m-
pembelajaran

Selain itu, pelantar lain seperti iOS (sebelum ini iPhone OS)
adalah sistem operasi mudah alih yang dibangunkan dan
diedarkan oleh Apple Inc. untuk iPhone, iPad, iPod Touch dan
Apple TV. Sehingga 12 Jun 2012, App Store Apple
mengandungi lebih daripada 650,000 aplikasi iOS, yang
secara kolektifnya telah dimuat turun lebih daripada 30 bilion
kali [8].
BlackBerry OS pula adalah sistem operasi telefon mudah
alih yang dibangunkan oleh Research In Motion (RIM) bagi
peranti telefon pintar BlackBerry. BlackBerry OS
menyediakan sistem berbilang kerja dan menyokong peranti
input khusus yang telah diterima pakai oleh RIM untuk
digunakan dalam telefon bimbit, terutamanya roda, bebola
jejak, dan yang terbaru adalah track pad dan skrin sentuh [23].
Ketiga-tiga pelantar tersebut menyediakan aplikasi-aplikasi
pembelajaran yang bersesuaian untuk kegunaan pelajar (rajah
2).


Rajah 2 Sistem operasi telefon bimbit pintar iOS Apple,
Android dan BlackBerryOS

Beberapa aplikasi Web 2.0 dan perisian pendidikan
percuma sama ada pelantar Android, iOS dan BlackBerry OS
yang sentiasa diakses oleh pelajar adalah Wikipedia,
YouTube, Facebook For Android, Dropbox, Google Search,
dan Whiteboard [24]. Blackboard Mobile Learn adalah sejenis
aplikasi pembelajaran yang dibangunkan oleh BlackBoard
yang menyokong persekitaran m-pembelajaran di mana
aktiviti seperti pengumuman, jadual bertugas, refleksi jurnal
dan blog, media audio dan video serta gred pencapaian pelajar
dipaparkan menerusi peranti mudah alih pelajar [22].
II. KELEBIHAN M-PEMBELAJARAN

Terdapat beberapa kelebihan m-pembelajaran bagi pelajar
iaitu menurut Saedah Siraj (2004), bahan pembelajaran boleh
di bawa ke mana-mana sahaja di mana secara tidak langsung
m-pembelajaran berjaya mengurangkan penggunaan dewan
kuliah, bilik tutorial dan sebagainya. Aktiviti pembelajaran
juga boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada waktu
lapang pelajar [18].
Selain itu, m-pembelajaran juga menggalakkan
pembelajaran sepanjang hayat di mana sesiapa sahaja boleh
menggunakan aplikasi m-pembelajaran dan tidak hanya
tertakluk kepada pelajar dan guru. Sebagai contoh, suri rumah
yang sedang menanti kepulangan anak-anak dari sekolah
boleh mengakses aplikasi m-pembelajaran yang diminati dan
seterusnya melakukan aktiviti pembelajaran [18][20].
Guru juga mendapat kebaikan hasil perlaksanaan m-
pembelajaran, iaitu boleh mengehadkan kehadiran guru ke
dalam kelas untuk mengajar, masa mengajar yang terhad boleh
diatasi dan kandungan pengajaran dan bilangan pelajar yang
sedikit juga boleh diatasi dengan menggalakkan m-
pembelajaran [18]. Sehubungan itu, kaedah pengajaran dan
pembelajaran perlu ditukar dan digabungkan dengan teknologi
mudah alih dalam persekitaran m-pembelajaran untuk menarik
minat generasi muda.
Untuk lebih memahami dengan lebih lanjut penerimaan m-
pembelajaran dalam kalangan pelajar, analisis literatur telah
dilaksanakan dan dipetakan Teori Bersepadu Penerimaan dan
Penggunaan Teknologi (UTAUT). Seterusnya, satu kerangka
kerja model m-pembelajaran direka bentuk untuk menyokong
proses P & P menarik dan bermakna.
III. PERNYATAAN MASALAH

Penerimaan terhadap m-pembelajaran oleh pelajar
ditentukan oleh beberapa faktor. Kesan potensi peranti mudah
alih terhadap pendidikan tinggi, kefahaman kita tentang isu-
isu penggunaan teknologi mudah alih untuk menyediakan
persekitaran m-pembelajaran, dan kesannya terhadap peluang-
peluang pembelajaran sepanjang hayat adalah tidak jelas dan
masih tidak berkembang [11]. Tambahan pula, pihak institusi
pendidikan tinggi dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu
memahami proses penerimaan teknologi untuk menjawab
soalan-soalan seperti: Mengapa seorang pelajar atau guru
memilih untuk menerima pakai dan menggunakan m-
pembelajaran manakala seorang lagi menentang? Apakah
penentu bagi penerimaan dan penggunaan m-pembelajaran?
Penerimaan teknologi dan teori difusi seperti UTAUT boleh
membantu menjawab soalan-soalan tersebut. Walau
bagaimanapun, model UTAUT tidak sepenuhnya menangani
konteks unik sistem maklumat mudah alih [14]. Percubaan
untuk mengaplikasikan maklumat model penerimaan untuk
menerangkan kegunaan pelajar dan niat untuk menggunakan
m-pembelajaran dan aplikasi-aplikasi m-pembelajaran adalah
terhad dan memerlukan siasatan lanjut dan terperinci untuk
menentukan sama ada model tersebut memerlukan
95
1
st
International Conference on Mobil Learning, Applications, and Services (mobilcase2012)

pengubahsuaian dalam mengetahui penerimaan teknologi
mudah alih [13]. Wang, Wu, dan Wang (2008) [14]
mengesyorkan agar penyelidikan dilakukan terhadap m-
pembelajaran termasuk tingkah laku penggunaan, semua
pemboleh ubah bebas UTAUT, penggunaan secara sukarela,
perceive playfulness, dan pembelajaran pengurusan kendiri.
Beberapa kajian terhadap penerimaan m-pembelajaran
dilaksanakan di Malaysia dan di luar negara tetapi kajian
penerimaan m-pembelajaran dalam sistem pendidikan di
Malaysia menggunakan model UTAUT adalah terhad.

IV. ANALISIS LITERATUR

Kajian salah sebuah projek m-pembelajaran [9] mendapati
bahawa telefon bimbit memainkan peranan yang penting
dalam kehidupan pelajar sebagai alat untuk berkomunikasi
dan telah berjaya menarik minat golongan muda. Stead (2004)
[10] menyatakan bahawa ramai yang telah tersalah anggap dan
beranggapan proses pembelajaran menggunakan telefon
bimbit adalah sama dengan menggunakan komputer peribadi
(hanya kerana saiz yang lebih kecil pada telefon bimbit), tetapi
penemuan projek m-pembelajaran menunjukkan bahawa
model pembelajaran yang berbeza diperlukan [7][10]. Batasan
teknologi di institusi pengajian dan kekurangan kawalan
terhadap waktu, jangka masa serta kaedah penggunaan m-
pembelajaran menjadi faktor penyebab model m-pembelajaran
yang bersesuaian diperlukan. Model FRAME yang
dibangunkan oleh Koole dan Ally (2006) menggariskan
hubungan di antara m-pembelajaran, keupayaan pembelajaran
manusia, dan interaksi sosial, tetapi ia juga menangani isu-isu
pedagogi kontemporari terhadap bebanan maklumat dan
pembelajaran kolaboratif [25]. Walau bagaimanapun, ciri-ciri
fizikal serta input dan output antara muka dipengaruhi
pemprosesan dalaman peranti mudah alih seperti keupayaan
storan, kuasa, kelajuan pemproses, dan kesesuaian. Peranti
mudah alih yang digunakan untuk tujuan m-pembelajaran oleh
sesuatu institusi berkemungkinan adalah berbeza dengan
institusi lain. Begitu juga dengan pelantar operasi yang
digunakan pada telefon bimbit pintar. Oleh itu, satu kerangka
model m-pembelajaran yang bersesuaian dengan semua jenis
peranti mudah alih dan pelantar operasi yang akan digunakan
perlu dibina untuk memperbaiki proses pembelajaran secara
keseluruhan.
Seterusnya, penerimaan pelajar terhadap m-pembelajaran di
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu dikaji bagi melihat
penerimaan pelajar dalam sistem pendidikan di Malaysia. Satu
kajian telah dilakukan dalam kalangan pelajar Universiti
Pendidikan Sultan Idris untuk mengkaji kesan persekitaran m-
pembelajaran yang menggunakan platform android dalam
proses pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan responden
menerima sistem interaktif, kebolehcapaian, dan kemudahan
sistem, tetapi mereka kecewa dengan gangguan disebabkan
oleh masalah sambungan internet [5]. Kemudahan
infrastruktur yang disediakan di IPT seperti sambungan
Internet, makmal komputer dan peranti mudah alih seperti
iPad perlu dipertingkatkan dan sentiasa diselenggarakan bagi
melaksanakan m-pembelajaran secara meluas dan
menyeluruh. Secara keseluruhan, m-pembelajaran boleh
dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia kerana ia
bersifat murah, tidak memerlukan kos yang tinggi dan
sesetengah aplikasi pembelajaran yang disediakan untuk
android ditawarkan secara percuma. Walau bagaimanapun,
penerimaan pelajar terhadap m-pembelajaran perlu dikaji
menggunakan model penerimaan yang bersesuaian supaya
kerangka model m-pembelajaran dapat direka bentuk.
Dapatan sebuah kajian empirikal berkenaan penerimaan
persekitaran pembelajaran maya menggunakan model UTAUT
menunjukkan jangkaan prestasi dan pengaruh sosial
mempunyai impak signifikan terhadap sikap pelajar dalam
menggunakan Moodle. Kajian ini menggunakan pendekatan
model persamaan struktur (SEM) untuk menguji model
UTAUT dan perhubungan hipotesis di antara gagasan
UTAUT. Implikasi kajian ini menunjukkan pereka bentuk
persekitaran m-pembelajaran perlu lebih peka dan bersedia
mereka bentuk aplikasi pembelajaran yang menarik dan
mudah guna. Paling penting persekitaran pembelajaran
haruslah selari dengan kemajuan teknologi Web 2.0 [21].
Bukan itu sahaja, menurut Donaldson [15] dalam kajian
penerimaan pelajar terhadap m-pembelajaran, seperti yang
ditunjukkan oleh kedua-dua Venkatesh et al [6], dan Wang, et
al [14], jangkaan prestasi didapati menjadi penentu yang kuat
bagi niat tingkah laku, dan jangkaan prestasi dan pengaruh
sosial didapati mempunyai signifikan yang positif. Keadaan
kemudahan juga didapati menjadi penentu yang signifikan
terhadap niat tingkah laku. Ini adalah berbeza dengan model
UTAUT di mana keadaan kemudahan telah dikenal pasti
sebagai penentu untuk penggunaan tingkah laku atau model
Wang et al., [14] yang tidak menggunakan keadaan
kemudahan dalam kajian beliau. Kajian terkini tentang
penerimaan pelajar terhadap m-pembelajaran telah
dilaksanakan di Saudi Arabia. Hasil kajian mendapati
jangkaan prestasi dan keadaan kemudahan mempunyai tahap
penerimaan yang tinggi [26]. Satu kesimpulan dapat dibuat
hasil analisis literatur ini di mana faktor galakan, halangan dan
pemilikan peranti mudah alih serta kemudahan akses
maklumat telah dikenal pasti menyumbang kepada
penggunaan m-pembelajaran dalam kalangan pelajar.
V. MODEL UTAUT

Model Teori Bersepadu Penerimaan dan Penggunaan
Teknologi (UTAUT) telah dibina oleh Venkatesh et al 2003
[6] yang menekankan empat gagasan iaitu jangkaan prestasi,
jangkaan usaha, pengaruh sosial dan keadaan kemudahan dan
empat pemboleh ubah bersandar iaitu jantina, umur,
pengalaman dan penggunaan secara sukarela dikemukakan
untuk menjadi pengantara kepada empat gagasan utama
terhadap niat penggunaan dan tingkah laku [12]. Model
UTAUT adalah satu konsep yang penting kerana model ini
menggabungkan lapan teori utama dan telah diuji
menggunakan set data dunia sebenar yang besar. [17]. Lapan
96
1
st
International Conference on Mobil Learning, Applications, and Services (mobilcase2012)

teori utama yang dikaji semula dan disatukan adalah seperti
berikut: (1) Teori Tindakan Bersebab (TRA), (2) Model
Penerimaan Teknologi (TAM), (3) Model Motivasi (MM), (4)
Teori Tingkah Laku Terancang (TPB), (5) Gabungan Model
Penerimaan Teknologi dan Teori Tingkah Laku Terancang (C-
TAM-TPB), (6) Model Penggunaan PC (MPCU), (7) Teori
Difusi Inovasi (IDT), dan (8) Teori Kognitif Sosial (SCT) [6].
Rajah 3 memaparkan model penerimaan yang lebih lengkap
berbanding model yang lain iaitu Model UTAUT.



Rajah 3 Model UTAUT: Model penerimaan teknologi

A. Jangkaan Prestasi
Jangkaan prestasi (PE) adalah suatu tahap kepercayaan
pelajar bahawa menggunakan teknologi mudah alih membantu
mereka memperbaiki prestasi mereka [6]. Peranti mudah alih
seperti iPad, telefon bimbit pintar, tablet pc dan sebagainya
membolehkan pelajar untuk mengakses bahan-bahan
pembelajaran dan terus berhubung dengan guru dan rakan-
rakan. Pengenalan teknologi Web 2.0 telah membuka peluang
untuk kelas maya, perbincangan dalam talian dan memuat
turun bahan-bahan kursus serta aplikasi-aplikasi m-
pembelajaran dengan menggunakan sebarang peranti mudah
alih.

B. Jangkaan Usaha
Jangka usaha (EE) merujuk kepada mudah guna sesuatu
teknologi dengan efikasi kendiri [6]. Untuk menggunakan
sistem ini sepenuhnya, pelajar perlu mempercayai bahawa
sistem m-pembelajaran sepadan dengan keperluan dan nilai
mereka. Kajian-kajian lepas telah membuktikan kesan yang
signifikan mudah guna terhadap niat tingkah laku. Efikasi
kendiri adalah penentu yang berkuasa dan terus terhadap
tingkah laku individu pada penggunaan sebenar sistem atau
niat untuk menggunakan sistem [16].

C. Pengaruh Sosial
Pengaruh sosial (SI) adalah suatu tahap di mana seseorang
individu percaya orang yang penting bagi individu tersebut
harus menggunakan teknologi [12]. Pengaruh sosial adalah
penentu langsung bagi niat tingkah laku [6]. Dalam konteks
ini, pengaruh sosial ditakrifkan sebagai suatu tahap seseorang
pelajar percaya individu yang penting bagi pelajar tersebut
harus menggunakan peranti mudah alih.

D. Keadaan Kemudahan
Keadaan Kemudahan (FC) adalah suatu tahap di mana
seseorang individu percaya organisasi dan infrastruktur
teknikal wujud untuk menyokong penggunaan sebuah sistem
atau persekitaran m-pembelajaran [6]. Definisi ini diambil
daripada konsep tiga gagasan yang berbeza iaitu kawalan
tingkah laku dilihat (TPB/DTPB, C-TAM-TPB), kedaan
kemudahan (MPCU), dan kesesuaian (IDT) [6]. Keadaan
Kemudahan adalah faktor persekitaran yang membuat sesuatu
tindakan mudah [17].

E. Niat Tingkah Laku
Niat Tingkah Laku merujuk kepada niat yang terlalu kuat
terhadap penggunaan aplikasi dan teknologi m-pembelajaran
dalam proses pembelajaran pelajar [6]. Soal selidik yang
mewakili niat tingkah laku akan menunjukkan tempoh masa
niat sesuatu tingkah laku yang dirancang akan dilaksanakan.
Keadaan ini menunjukkan bahawa niat adalah kuat dan telah
dirancang dengan sebaik mungkin.

VI. PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
M-pembelajaran menyediakan peluang kepada generasi
baru dengan aktiviti pembelajaran dan komunikasi yang lebih
baik tanpa mengambil kira masa dan tempat. Kajian
menyeluruh setiap aspek tentang m-pembelajaran adalah perlu
kerana m-pembelajaran di Malaysia masih dalam peringkat
awal dan masih tidak dilaksanakan secara meluas. Dengan
menggunakan model UTAUT, penerimaan m-pembelajaran
dalam kalangan pelajar terutama sekali dalam sistem
pendidikan di Malaysia dapat dikenal pasti. Empat gagasan
utama UTAUT iaitu jangkaan prestasi, jangkaan usaha,
pengaruh sosial dan keadaan kemudahan menjadi penentu
terhadap niat tingkah laku seterusnya penggunaan tingkah laku
dapat dikenal pasti dengan kehadiran pemboleh ubah jantina,
umur, pengalaman dan penggunaan secara sukarela. Model
UTAUT adalah model yang berkuasa dan sesuai untuk
mengkaji penerimaan m-pembelajaran di kalangan pelajar
berbanding TAM. Justeru, satu kerangka model m-
pembelajaran berdasarkan literatur akan di reka bentuk
bersesuaian dengan peranti teknologi mudah alih yang
digunakan oleh pelajar dan menggunakan apa jua jenis
pelantar bagi menyokong persekitaran m-pembelajaran di
semua IPT di Malaysia.
RUJUKAN
[1] Cheung, S., Yuen, K., & Tsang, E. (2011). A study on the readiness of
mobile learning in open education. Paper presented at the IT in Medicine
and Education (ITME), 2011 International Symposium on.
[2] Chuang, K.-W.C. (2009). Mobile Technologies Enhance the E-
Learning Opportunity. American Journal of Business Education 2(9):
p. 49-53.
[3] Brown, H.T. (2005). Towards a model for MLearning, International
Journal on E-Learning, 4(3), 2005, p. 299-315.
[4] Shanmugapriya M. dan Tamilarasia, A. (2011). Designing an m-learning
application for ubiquitous learning environment in the android based
mobile devices using web services, Indian Journal of Computer Science
and Engineering (IJCSE), p. 22-30.
97
1
st
International Conference on Mobil Learning, Applications, and Services (mobilcase2012)

[5] Hafizul Fahri Hanafi dan Khairulanuar Samsudin. (2012). Mobile
Learning Environment System (MLES): The Case of Android-based
Learning Application on Undergraduates Learning. International
Journal of Advanced Computer Science and Applications, 3(3), 2012, p.
63-66.
[6] Venkatesh, V., Morris, M.G., Davis, F.D., dan Davis, G.B. (2003). User
Acceptance of Information Technology: Toward a Unified View, MIS
Quarterly, 27, 2003, p. 425-478.
[7] Adesope, O., Olubunmi, S., & McCracken, J. (2007). Implementing
mobile learning in developing countries: Prospects and challenges. In
Proceedings of world conference on educational multimedia,
hypermedia and telecommunications 2007, eds. C. Montgomerie and J.
Seale, p. 12491254. Chesapeake, VA: AACE.
[8] Apple WWDC 2012 Keynote Address At. http://www.apple.com/apple-
events/june-2012/
[9] M-Learning (2004). In. Barker, A., Krull, G. & Mallinso, B. (eds). A
Proposed Theoretical Model for M-pembelajaran Adoption in
Developing Countries. In mLearn2005, 2005.
[10] Stead, G. (2004). M-learning: small, engaging and at your leisure. The
Learning Citizen, no. 8, 2004, p.10-13.
[11] Kukulska-Hulme, A. (2007). Mobile usability in educational contexts:
What have we learnt? International Review of Research in Open and
Distance Learning, 8(2).
[12] Sumak, B., Polancic, G., & Hericko, M. (2010). An empirical study of
virtual learning environment adoption using UTAUT. Paper presented at
the 2010 Second International Conference on Mobil, Hybrid, and On-
Line Learning, Cancun.
[13] Pendersen, P. E., & Ling, R. (2003). Modifying adoption research for
mobil Internet service adoption: cross-disciplinary interactions. Paper
presented at the 36
th
Hawaii International Conference on System
Sciences, Big Island, HI.
[14] Wang, Y. S., Wu, M.-C., & Wang, H.-Y. (2008). Investigating the
determinants and age and gender differences in the acceptance of mobil
learning, British Journal of Educational Technology, 40(1), 2008, p. 92-
118.
[15] Donaldson, R .L. (2011). Student acceptance of Mobile Learning. 2011,
(Doctoral dissertation).
[16] Raman, M. & Jambulingam, M. (2012). Adoption of Mobile Technology
in a Learning Environment. International Conference on Emerging
Trends of Computer & Information Technology ( ICETCIT 2012 )
India, 2012.
[17] Im, I., Hong, S. & Kang, M. S. (2011). An international comparison of
technology adoption Testing the UTAUT model, Information &
Management, 48, 2011, p. 1-8.
[18] Saedah Siraj. (2004). Pembelajaran Mobil dalam kurikulum masa depan.
Masalah Pendidikan, 27, p. 128-142.
[19] Schlageter, G. (2006). E-learning in distance education Towards
supporting the mobil learner. Information Technology Based Higher
Education and Training, ITHET '06. 7th International Conference on.
[20] Abdullah, Muhammad Ridhuan Tony Lim & Siraj, Saedah. (2010). M-
learning for Future Curriculum: Prospect and Implementation,
International Journal of Multidisciplinary Thought, 1(2), p.1-11.
[21] Liu, Z., Zhao, G, Zheng, W. & Jin, J. (2008). The research and
exploration of Mobile-learning based on Web 2.0, 2008 International
Sysmposium on Knowledge Acquisition and Modeling.
[22] Bradford, P, Porciello, M., Balkon, N. & Backus, D. (2007). The
Blackboard Learning System: The be all and end all in educational
instruction? Journal of Educational Technology Systems, 35, p. 301-
314.
[23] Brown, J. (2009). Exploring Mobile Learning: Part One of the
mLearning Series. [Online], At.
http://in.blackberry.com/business/industry/education/WP_JudyBrown_P
art1Long_HighRes_MobilLearning.pdf
[24] Mockus, L., Dawson, H., Edel-Malizia, S., Shaffer, D., An, J.S. &
Swaggerty, A. (2011). The impact of Mobil access on Motivation:
Distance Education Student Perceptions. [Online]. At
http://learningdesign.psu.edu/research/MLRTWhitePaper.pdf
[25] Koole, M., Ally, M. (2006). Framework for the Rational Analysis of
Mobile Education (FRAME) Model: Revising the ABCs of Educational
Practices, Networking, Intl Conf.on Systems and Intl Conf. on Mobile
Communications and Learning Technologies, 2006.
[26] Nassoura, A. B. (2012). Student Acceptance of Mobile Learning for
Higher Education in Saudi Arabia. American Academic & Scholarly
Research Journal, 4(2), 2012, p. 1-6.

Anda mungkin juga menyukai