Anda di halaman 1dari 3

Mohamad Azim bin Mohamed

Refleksi Kerja Kursus


Mukadimahnya, bersyukur saya terhadap Allah S.W.T kerana dengan izinya
dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
dengan lancar dan berkesan. Kerja kursus ini merupakan kerja kursus berasaskan
ilmu atau KKBI yang wajib dilaksanakan oleh guru pelatih semester 2 ini. Namun
begitu berkat kesungguhan dan kecekalan dalam menyiapkan kerja kursus saya
berjaya menyiapkannya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Sebagai bakal
guru yang akan menjadi contoh dan teladan yang baik kepada masyarakat saya
telah berusaha dalam memantapkan kerja kursus pada kali ini. Tugasan yang
diamanahkan ini harus dilakukan secara individu dan secara kumpulan. Disinilah kita
akan mengenal erti sebuah kerjasama dalam kumpulan. Jika kerjasama ini tidak
dipupuk, maka segala perancangan dan perjalanan kerja kursus ini tidak dapat
dijalankan dengan jayanya.
Setelah berusaha, saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus yang telah
diamanahkan. Sepanjang masa penghasilan kerja kursus ini banyak yang telah saya
pelajari. Pelbagai pengalaman dan kenangan yang telah dilalui sepanjang membuat
kerja kursus ini seperti berjaga malam, bekerjasama dalam satu kumpulan pengajian
dan menaip hampir tujuh ribu patah perkataan. Tambahan lagi saya telah banyak
mempelajari tentang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini. Saya pada mulanya
memikirkan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini hanya direka secara tidak
sengaja sahaja, tetapi setelah kajian demi kajian dilakukan akhirnya saya menyedari
bahawa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan mempunyai cara-cara penghasilannya
tersendiri. Dalam proses menyiapkan tugasan ini, terlalu banyak pengajaran yang
dapat diambil untuk dijadikan pedoman dalam mengharungi hidup sebagai tenaga
pengajar tidak lama lagi, di samping menjadikan saya lebih matang daripada segi
pemikiran mental ini. Dalam kajian yang dijalankan ini, kita dapat lihat bahawa
Pendidikan Jasmani ini merupakan satu subjek yang sangat tinggi nilai keseniannya.
Oleh hal yang demikian,apabila saya mendapat peluang mendalami ilmu
tersebut, saya dan rakan yang lain bersyukur kerana tugasan pada kali ini banyak
mambantu dan memberikan inpu-input yang berguna dalam menempuhi proses
menjadi seorang guru yang berdedikasi dan berkaliber. Sewaktu dalam proses
tersebut, saya juga telah mengalami beberapa kesukaran seperti kesukaran
mengumpul maklumat tentang Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor yang
diperlukan. Semua kesukaran ini secara tidak langsung telah mematangkan diri saya
dan membuatkan saya menjadi lebih bersedia secara mental sebagai persediaan
awal untuk menjadi seorang guru. Semua aspek-aspek ini sememangnya
memberikan impak yang baik pada diri saya kerana pendedahan yang telah
diberikan. Pelbagai faedah yang dapat saya perolehi apabila saya telah menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya. Selain dari itu, tugasan ini turut mengajar diri saya
mengenali erti kecekalan dan tekun dalam mencari sumber rujukan.Saya sedar
bahawa dalam mencari ilmu sememangnya pelbagai halangan akan datang
menduga dan itulah yang saya hadapi dan pelajari semasa menyiapkan tugasan ini.

Selain itu, daripada buku-buku rujukan yang saya pinjam dari pusat sumber
Maktab Perguruan Kota Bharu, saya berjaya memperoleh madah dan ilmu daripada
internet.Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada pihak pentadbiran kerana
menyediakan perkhidmatan WIFI di setiap pelusuk kawasan maktab untuk
memudahkan saya lagi untuk mencari bahan-bahan rujukan.Perkhidmatan internet
juga amat penting kerana saya dapat mencampurkan pelbagai isi dan tidak hanya
bergantung kepada sumber buku-buku rujukan yang saya pinjam di pusat sumber.
Banyak juga di antara laman-laman web yang membantu saya mencari bahan dan
rujukan. Salah satunya ialah laman sesawang yang telah membantu saya
menyediakan bahan rencana Maka tidak hairanlah bahawa saya dapat menyiapkan
kerja kursus Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan ini dalam Pergerakan Lokomotor
dan Bukan Lokomotor terutamanya.Di samping, saya mencari bahan menggunakan
internet, saya juga dapat meningkatkan ilmu saya dalam bidang
pengkomputeran.Saya dapat memahirkan diri menggunakan peralatan moden ini
dengan lebih cekap lagi. Walaupun usaha mencari maklumat agak sukar dilakukan
akibat dari masalah WIFI tetapi dengan berkat kesungguhan dan kecekalan di dalam
hati, saya dapat mencari maklumat yang dikehendaki dalan penulisan tugasan saya.
Saya telah mempelajari sifat sabar dalam mencari sesuatu maklumat kerana bukan
semua maklumat yang kita cari itu akan dijumpai terus, tetapi memerlukan
kesabaran dan kesungguhan untuk mencarinya.
Tambahan pula, hasil daripada kolaborasi bersama pensyarah Pendidikan
Jasmani iaitu Encik Khairul Azman bin Khairul Anwar, saya dapat mengetahui cara-
cara dan langkah-langkah yang betul dalam menghasilkan tugasan kerja kursus
yang baik. Pelbagai kaedah ditunjuk dan diterangkan oleh agar setiap individu yang
membuat tugasan ini mencapai tahap yang mengikut piawaian. Saya sungguh
berpuas hati atas penerangan yang diberikan oleh beliau. Hal ini demikian sungguh
berkesan kerana saya dapat menjalankan proses menyiapkan kerja kursus dengan
lancar dan lebih berkesan. Rakan juga merupakan tunjang penting dalam
menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Rakan sekelas telah memberi banyak tunjuk
ajar kepada saya dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini dan mereka banyak
berkongsi idea yang baik bagi memudahkan setiap pengisian isi itu mempunyai
maklumat yang tepat dan padat. Selain itu juga melalui perbincangan yang telah
dibuat saya dan rakan-rakan telah dapat menyemai sikap ingin bekerjasama dan
saling membantu antara satu sama lain. Di samping itu, nilai murni ini telah
diterapkan apabila terdapatnya perbincangan dan lontaran idea serta pendapat
antara satu sama lain. Sikap berdaya saing yang positif wujud apabila pencarian
maklumat dilakukan secara individu dan dikumpulkan sekali agar tugasan ini dapat
disiapkan dengan baik dan sempurna.

Saya juga dapat menimba pengalaman baru daripada tugasan yang diberi.
Saya dapati bahawa terdapat kesinambungan antara gaya belajar dan juga corak
pembelajaran seharian. Tanpa pengetahuan yang tepat, sesuatu pembelajaran tidak
akan sempurna. Tuntasnya, secara keseluruhannya, tugasan ini membawa banyak
faedah kepada saya dalam pelbagai aspek dan menjadikan saya seorang yang lebih
peka dalam pembelajaran. Banyak lagi yang kita belum kaji dan selidik. Sesuatu
yang biasa bagi kita kalau dikaji mungkin akan jadi sesuatu yang baru bagi kita.
Sepanjang penghasilan kerja kursus ini banyak yang saya pelajari. Saya berharap
agar, apa yang saya dapat ini terus berada didalam ingatan dan seterusnya akan
diaplikasikan sepanjang kehidupan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.

Anda mungkin juga menyukai