Anda di halaman 1dari 7

LITERASI BAHASA WAJ 3104

1

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Definisi membaca
Menurut kamus Dewan edisi Empat, baca ditakrifkan sebagai memerhatikan isi sesuatu
yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Robert Lado
(1964) menyatakan membaca sebagai mengungkap pola-pola bahasa daripada bentuk tulisannya
manakala Steinberg (1982) mendefinisikan proses membaca sebagai satu bentuk komunikasi
dan tujuannya adalah memberikan maklumat melalui bentuk-bentuk bertulis. Menurut Zulkifley
Hamid (1994) pula, beliau menyatakan membaca sebagai proses pembaca mengenal lambang-
lambang tulisan, menterjemahkannya kepada bentuk bunyi yang dilambangkan dan mendapatkan
makna bagi bentuk tulisan tesebut.
Marohaini Yusoff (1989) pula telah merumuskan proses membaca sebagai perlakuan
yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Terdapat dua komponen kemahiran utama yang
dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam
perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca. Perlakuan membaca adalah perlakuan
yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang
dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam
perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.
Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman selain pengecaman
dan penyebutan perkataan-perkataan. Maksudnya, untuk menjadi pembaca yang berkesan,
seseorang itu tidak perlu dapat menyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu
makna perkataan-perkataan yang dibacanya.
Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa yang
dibaca. Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, dan pengalaman lalu
yang akan mempengaruhi apa yang akan dibacanya. Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat
susun atur tugasan seperti berikut:
a) Mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat.
b) Mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna.
c) Menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia
ada di kepala.
d) Mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan, dan ayat sehingga menjadi sebuah
idea yang lengkap.
e) Mencuba menghuraikan idea kepada orang lain.
LITERASI BAHASA WAJ 3104

2

Mengikut Solah (1981) dan Abdul Aziz (1993) kefahaman dalam bidang bahasa dikaitkan
dengan dua kemahiran berbahasa sahaja iaitu mendengar dan membaca. Ini adalah berdasarkan
kepada kepekaan pendengar dan pembaca iaitu ketika melakukan aktiviti mendengar dan
membaca, masing-masing menggunakan deria pendengaran dan deria penglihatan untuk
memahami apa yang didengar dan apa yang dibaca. Oleh itu, kemahiran mendengar dan
kemahiran membaca mempunyai persamaan dari aspek kefahaman bahasa.
Kesimpulannya, membaca adalah satu proses yang kompleks yang mana sesuatu isi atau
maklumat yang bermakna disampaikan melalui lambang-lambang bertulis. Hal ini kerana proses
membaca terdiri daripada gabungan beberapa proses yang kompleks, iaitu proses sensori,
proses pengamatan, proses bahasa, dan proses kognitif. Setiap proses memainkan peranan
penting dalam proses membaca secara keseluruhan.

1.2 Tahap-tahap Membaca
Tahap 1
Membaca perkataan demi perkataan, dan pembacaan tidak dapat menunjukkan kanak-
kanak faham apa yang dibacanya. Terlalu banyak fokus kepada pengejaan sesuatu perkataan.

Tahap 2
Pembacaan kanak-kanak tersangkut-sangkut, membaca dua atau tiga kumpulan
perkataan.Banyak kali berhenti di tempat yang tidak sepatutnya berhenti, membunyikan huruf
semasa mengeja, menyebut abjad atau perkataan berulang-ulang, dan kurang intonasi dan
ekspresi semasa membaca.

Tahap 3
Membaca dengan perlahan dalam dua atau tiga perkataan dalam satu frasa, intonasinya
tersekat-sekat kerana berhenti untuk mengeja dan mengulang perkataan. Kelajuan yang
sederhana tetapi penyebutan yang tidak tepat dan juga intonasi yang tidak sesuai. Tiada ekspresi
yang ditunjukkan semasa membaca.

Tahap 4
Membaca frasa yang panjang dengan lancar dan bermakna. Mengunakan jeda yang betul serta
membaca dengan ekspresi dan mempunyai intonasi yang baik.

LITERASI BAHASA WAJ 3104

3

1.3 Kaedah-kaedah Membaca

Kaedah Fonetik
Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah melalui kaedah fonetik. Kaedah ini ialah membaca
dengan memperkenalkan bunyi secara sistematik dan amat sesuai diajarkan kepada kanak-
kanak. Kaedah ini juga telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca.
Otak manusia membaca dengan membunyikan huruf-hruf yang dilihat kepada bunyi-bunyi lalu
otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membunyikan huruf tersebut.
Langkah utama kaedah ini ialah kanak-kanak perlu tahu bunyi huruf dari segi bentuk, rupa dan
cara tulis huruf tersebut, dan seterusnya mereka dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan
bunyi yang berkaitan. Kaedah ini dapat membantu kanak-kanak menyebut perkataan dengan
betul.

Kaedah Abjad
Selain itu, Kaedah Abjad juga boleh digunakan mengajar kanak-kanak membaca. Kaedah ini juga
dikenali sebagai kedah huruf dan merupakan keadah yang tertua pernah dilakukan semenjak
Kerajaan Greek dan Rom. Kamaruddun Hj. Hussin (1998:257) menyatakan bahawa kaedah ini
memperkenalkan nama-nama huruf dan bunyi-bunyi huruf. Belajar kaedah ini sebenarnya
tertumpu kepada penghafalan abjad, pembentukan suku kata, dan aktiviti mengeja. Menghafal
abjad dalam konteks ini bertujuan untuk memudahkan proses pembentukan dan pengejaan murid
pada peringkat seterusnya

Kaedah Pandang Sebut
Kaedah Pandang Sebut juga merupakan salah cara belajar membaca yang berkesan. Kaedah ini
digunakan oleh guru dalam mengajar murid untuk membaca dengan cara murid tersebut melihat
dan menyebut sesutu bahan bacaan. Menurut Azwan Wan Chik (1993:184), kaedah ini dijadikan
asas untuk mengajar murid-murid dalam membaca kerana wadah ini memperkenalkan perkataan
kepada murid dan bukannya huruf atau suku kata.






LITERASI BAHASA WAJ 3104

4

2.0 HURAIAN KAEDAH PANDANG DAN SEBUT


Dalam pengajaran membaca terdapat tiga kaedah popular yang boleh digunakan oleh
guru iaitu kaedah fonetik, kaedah abjad dan kaedah pandang sebut. Mengikut konteks pada
masa kini, antara tiga kaedah tersebut kaedah pandang dan sebut merupakan antara kaedah
yang paling sesuai digunakan oleh guru dalam pengajaran membaca. Kaedah ini amat popular
dalam pengajaran bacaan dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Kaedah ini telah
diperkenalkan sekitar tahun 1648 oleh Samuel Worcester.
Kaedah ini melibatkan dua aktiviti, iaitu membunyikan perkataan atau suku kata
bardasarkan gambar dan menyembunyikan ayat berdasarkan gambaryang ada cerita. Aktiviti
yang dijalankan bertujuan membiasakan murid untuk mengecam perkataan atau ayat, tanpa
mengeja perkataan atau ayat tersebut. Melalui kaedah ini, murid akan dilatih bagaimana untuk
mengenali sesuatu perkataan atau ayat, tanpa mengejanya terlebih dahulu melalui latih tubi.
Melalui kaedah ini juga dapat memendekkan masa murid untuk mengeja perkataan dan masa
yang ada boleh digunakan untuk tujuan pemahaman apa jua yang dibaca.
Disebabkan itu, kaedah ini lebih praktikal kerana tumpuannya adalah kepada perkataan
dan ayat yang bermakna. Selain itu, pengajaran kaedah ini mengambil kira pengalaman sedia
ada murid supaya merekah mudah membuat telahan terhadap ayat atau perkataan yang dicam.
Menurut konsep kaedah ini, guru-guru perlu menunjukkan gambar terlebih dahulu
kemudian murid-murid akan menyebut perkataan dan ayat-ayat pendek yang ditulis pada kad
imbasan secara beramai-ramaidengan bimbingan guru. Langkah ini diikuti dengan membaca
bahan yang sama daripada buku teks. Murid hanya perlu mengecam gambar dan menyebut
perkataanberdasarkan gambar berkenaan. Setelah murid-murid menguasai perkataan, barulah
diperkenalkan kumpulan huruf yang membentuk perkataan.
Antara perkataan yang sesuai digunakan adalah perkataan yang senang dan mempunyai
suku kata yang mudah contohnya dadu. Mula-mula murid diperlihatkan gambar dadu. Kemudian
mereka dilatih menyebut dadu dan selepas menguasainya barulah murid-murid diperkenalkan
huruf yang membentuk perkataan dadu iaitu d+a+d+u = dadu. Perkataan diperkenalkan kepada
murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semas kad tersebut ditujukan kepada murid-
murid, mereka akan menyebut perkataan tersebut beberapa kali.
Menurut Zulkifley Hamid (1994), kaedah ini mengakibatkan murid-murid membaca seperti
Burung Nuri sedang berlagu terhadap bahan-bahan yang dihadapkan kepada murid. Mereka
LITERASI BAHASA WAJ 3104

5

tidak dapat menyebut bunyi-bunyi bagi perkataan-perkataan baharu jika perkataan-perkataan itu
dihadapkan kepada mereka.
Kaedah pandang dan sebut menjadi pilihan utama dalam kaedah pengajaran membaca
kerana kaedah ini menjimatkan masa sebab teidak perlu belajar mengeja perkataan dahulu. Selai
itu murid juga berpeluang memahami maksud perkataan semasa menyebut contohnya gambar
ayam, murid dapat memahami maksud perkataan gambar yang disebutnya kerana ada perkaitan
dengan kehidupan sehariannya. Kaedah ini juga merupakan kaedah terpantas untuk mempelajari
kemahiran membaca kerana murid dapat memahami secara terus apa yang dipelajarinya.
Walaubagaimanapun kaedah ini ada buruknya juga dimana murid hanya pandai menyebut tetapi
tidak pandai mengeja, tetapi kemahiran mengeja itu boleh dibina selepas murid pandai membaca.
Selain itu murid juga gagal menyebut perkataan baru sebeb tiada pendedahan. Perbendaharaan
kata murid terbatas dan kaedah ini lebih sesuai untuk murid yang pandai sahaja.
Menurut Normah Abdullah, Mat Nor Hussin & Marzukhi Nyak Abdullah (1983), melalui
kaedah pandang sebut perkataan diperkenalkan kepada murid-murid dengan menggunakan kad-
kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu
beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu
belajar dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan. Zamri Mahamod &
Mohamed Amin Embi (2005), kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran
dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kamaruddin
Hj Husin (1988), kaedah ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya
ialah memandang dan menyebut.
Latihan menyebut perkataan harus dijalankan oleh guru. Latihan ini dijalankan dengan
meminta murid menyebut perkataan yang terdapat pada kad imbasan. Sambil menunjukkan kad
imbasan, mereka dikehendaki menyebut perkataan berkenaan bebreapa kali. Latihan
mencerakinkan perkataan menjadi suku kata juga merupakan pengajaran yang sesuai dalam
kaedah pandang dan sebut. Mencerakin bermaksud perbuatan untuk memisahkan atau
menceraikan sesuatu daripada unsur-unsur asalnya. Untuk latihan mencerakinkan perkataan
menjadi suku kata, guru harus membimbing murid-murid cara untuk memisahkan perkataan
kepada suku kata.
Latihan membina dan menyebut semula perkataan yang sama. Guru membimbing murid
menyebut semula perkataan yang telah dicerakin secara berulang-ulang dalam bantuk ayat
mudah.
Selain daripada itu, seni kata lagu juga merupakan latihan pengajaran yang sesuai dalam
kaedah pandang dan sebut ini. Guru boleh pilih satu irama muzik instrument yang mudah
LITERASI BAHASA WAJ 3104

6

daripada mana-mana lagu popular pada masa kini, kemudian guru nyanyi bersama murid-murid
dengan menggunakan beberapa perkataan bersuku kata yang disusun menjadi ayat. Pantun dan
bercerita juga merupakan merupakan kaedah yang sesuai digunakan dalam kaedah pandang
dan sebut ini kerana dalam bercerita guru harus mempamerkan gambar yang berkaitan dengan
cerita. Ini akan menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran membaca dengan berkesan.
Menurut Juriah Long (1994) perkataan diperkenalkan kepada murid-murid dengan
menggunakan bahan-bahan konkrit seperti boneka atau patung. Semasa boneka atau patung
ditunjukkan kepada murid-murid, mereka akan mengenal pasti bahan yang ditunjukkan. Begitu
juga dengan penggunaan kad imbasan yang dilengkapi dengan gambar dan suku kata. Murid
akan dapat mengenal gambar tersebut dan dapat mengingatnya dengan baik melalui
pengulangan dan latihan. Guru harus memastikan bahawa bahan yang ditunjuk itu adalah
sesuatu bahan yang dekat dengan persekitaran murid tersebut kerana kebanyakan mereka telah
mengetahui beberapa suku kata daripada persekitaran. Apabila telah dikenal pasti bahan
tersebut, mereka dibenarkan untuk menyebutnya beberapa kali supaya mereka dapat mengingat
apa yang dipandang oleh murid tersebut.

























LITERASI BAHASA WAJ 3104

7



3.0 RUMUSAN


Kemahiran membaca merupakan kemahiran bahasa yang datang lebih kemudian, iaitu
selepas kanak-kanak menguasai kemahiran lisan bahasa pertamanya. Kanak-kanak yang mula
belajar membaca telah pun menguasai sistem-sistem bahasa pertamanya sama ada aspek
fonologi, morfologi, sintaksis atau semantik/paragmatik. Ia sudah memiliki kosa kata yang perlu
untuk komunikasi lisan dalam kehidupan hariannya. Ini merupakan sebab kenapa kaedah
pandang dan sebut amatlah berkesan untuk digunakan bagi sesi pembelajaran dan pengajaran
serta pembinaan bahan bantu belajar sangatlah senang untuk dibuat. Guru boleh
memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya.
Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan dengan gambar dan murid belajar secara
pandang iaitu visual. Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali kerana ia
menggalakkan murid-murid untuk melihat bahan yang tertera dan menyebutnya. Ini membantu
seseorang murid di dalam kemahiran lisannya apabila dia berada di luar sekolah. Sekiranya
murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalakkan menggunakan kaedah fonik atau
bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar
menyebut perkataan tersebut.
Kaedah pandang dan sebut ini juga haruslah mempunyai pendekatan yang berkesan agar
kanak-kanak dapat memahaminya dengan lebih mendalam. Kanak-kanak zaman sekarang sudah
mengenali benda-benda serta ejaan yang senang di hafalnya dan yang sering didengarnya jadi
kita sebagai guru haruslah sentiasa berfikiran yang abstrak dan terancang untuk meninjau
dengan lebih mendalam kemampuan kanak-kanak tersebut. Ini akan lebih membantu seorang
guru itu sekiranya dia dapat membina bahan bantu belajar yang menarik dan senang untuk
seorang murid itu mengenali sesuatu benda tersebut.

Anda mungkin juga menyukai