Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PERMAINAN TENIS

MINGGU : 2
TARIKH : 21.01.2014 (SELASA)
TAJUK : 1.0 PENGETAHUAN UMUM
1.3 PERALATAN
1.4 UKURAN PADANG



PERALATAN


RAKET TENIS
Pemain tenis yang ingin memiliki raket tenis akan memberi perhatian
kepada beberapa ciri yang terdapat pada raket.
Aspek pemilihan yang biasa diberi keutamaan ialah jenama, reka
bentuk, saiz, berat, bahan dan harga.
Tahap permainan pemain juga akan mempengaruhi pemilikan raket.
Biasanya pemain baru tidak beri perhatian utama mengenai perkara
pemilihan raket.
BOLA

Anda tidak boleh bermain dengan satu tin bola untuk selama-lamanya.
Tiga bijibola hanya boleh bertahan selam dua atau tida kali permainan jikalau
anda pemain baru atau pertengahan.
Selepas itu bola akan hilang tekanan, daya lantunan dan
menjadi botak.
Apabila ini berlaku gunakan bola tersebut untuk latihan sahaja.

PAKAIAN

Kebanyakan pemain yang serius akan berlatih dengan menggunakan
pakaian yang paling selesa.

Jangan abaikan prinsip pendidikan semasa bersukan kerana murid-murid
masa kini sangat terdedah dengan fesyen-fesyen sukan yang dipakai oleh
atlet ternama tanpa memikirkan kesesuaian dengan cara seorang pelajar.


KASUT
Dapat mengelakkan pemain mudah mendapat kecederaan kaki selain dapat
meningkatkan keyakinan anda untuk melakukan pergerakan semasa
bermain.

Lima faktor yang perlu diambil kira semasa membeli kasut tenis ialah
kos,ketahanan, keselesaan, berat dan rupa. Kasut berbeza dengan ketara
dari segiharga.





















UKURAN PADANG

Permukaan gelanggang tenis hendaklah rata dan bebas daripada sebarang
gangguan.
Ia boleh dalam bentuk gelanggang berumput atau diperuat daripada kayu,
simen atau parguay.
Ukukran gelanggang tenis adalah 23.77 meter (78 kaki) panjang dan 8.23
meter (27 kaki) lebar untuk perseorangan dan 10.98 meter untuk keseluruhan
gelanggang.
Semua garisan atau tanda didalamnya hendaklah jelas dan sebaik-baiknya
dengan garisan putih.



KESELAMATAN


Antara langkah- langkah keselamatan yang perlu diambil perhatian oleh guru
ialah:
Tahap kesihatan.
Memanaskan badan dan regangan
sebelum aktiviti serta melakukan
gerak kendur cooling down selepas
aktiviti;
Pakaian dan kasut yang sesuai
dengan aktiviti dan
Peralatan dan kemudahan yang
digunakan dalam keadaan baik
dan selamat.

Anda mungkin juga menyukai