Anda di halaman 1dari 30

Nilai Murni

Amalan Baik
Faedah
Pengajaran
NILAI MURNI
Baik hati
Berdikari
Hemah tinggi
Hormat-menghormati
Kasih sayang
Keadilan
Kebebasan
Keberanian
Kebersihan fizikal dan mental
Kerajinan
Kejujuran
Kerjasama
Kesederhanaan
Kesyukuran
Patriotisme
Rasional
Semangat bermasyarakat
BERDIKARI
Berupaya bertindak sendiri - Sanggup dan boleh melakukan
sesuatu tanpa mengharapkan orang lain.
Yakin pada diri sendiri - Percaya kepada kebolehan diri sendiri
dan sanggup mencuba.
HEMAH TINGGI
Kesopanan - Berbudi bahasa dan beradab dalam
pergaulan.
Mengakui kesalahan sendiri - Sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta
sanggup menerima nasihat.
Ramah mesra - Sedia bergaul mesra dengan semua orang.
HORMAT-MENGHORMATI
Hormat kepada :
Ibu bapa - memuliakan dan mentaati ibu bapa
Ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan
pemimpin - menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut
dengan memberi layanan yang baik.
Institusi kerajaan dan Negara - Menerima dan hormat kepada kerajaan
serta lambang-lambang kebesaran negeri.
Kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan - Menghormati
kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia.
Patuh kepada undang-undang negara - Mematuhi undang-undang yang
telah ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu
berada
Patuh kepada ketepatan masa - Menepati waktu dan menggunakan
masa dengan berfaedah.

KASIH SAYANG
Sayang diri sendiri dan orang lain - Menyayangi diri sendiri dan orang
lain
Sayang akan alam sekitar - Memelihara dan memulihara
kehidupan flora dan fauna untuk
kesejahteraan hidup
KEADILAN
Adil - Membuat pertimbangan secara objektif, menyeluruh dan
bersesuaian .
Saksama - Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan
sama ada dalam memberikan ganjaran atau hukuman.
KEBEBASAN
Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan
undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti,
masyarakat, negara dan agama
KEBERANIAN
Berani mencuba Berani melakukan sesuartu perkara yang baru dan
mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain
dengan mengambil risiko yang akan dihadapi.
Berani kerana benar - Berani mempertahankan sesuatu yang diakui
kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang
nyata.
KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL
Kebersihan diri - Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap
individu untuk hidup sihat.
Kebersihan persekitaran - Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan
bebas daripada kekotoran dan pencemaran.
Kebersihan mental - Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu
diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya
dengan orang lain.
KEJUJURAN
Amanah - Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas
yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan
dan keyakinan orang lain.
Bercakap benar - Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok
tambah atau berselindung.
Ikhlas - Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa
mengharapkan balasan.
KERAJINAN
Daya usaha - Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif,
kreatif dan enovatif untuk menghasilkan sesuatu
yang berkualiti.
Dedikasi - Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga
untuk perkara yang berfaedah.
KERJASAMA
Gotong-royong - Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan
sukarela
Toleransi - Bertolak ansur serta dapat mengawal diri untuk
mengelakkan berlakunya perselisihan.
Perpaduan - Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat
keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa.
KESEDERHANAAN
Pertuturan dan perlakuan yang sederhana
- Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui
batas serta menyinggung perasaan atau
menimbulkan kemarahan orang lain.
Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan
orang lain
- Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya
memuaskan diri sendiri dan orang lain
KESYUKURAN
Berterima kasih - Melahirkan perasaan untuk menunjukkan
pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu
jasa, sumbangan dan pemberian
PATRIOTISME
Semangat cintakan negara - Mempunyai semangat yang tinggi untuk
menjaga keselamatan, nama baik negara
RASIONAL
Membuat pertimbangan - Berupaya mengambil kira baik buruknya
sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.
SEMANGAT BERMASYARAKAT
Bermuafakat - Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam
sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama
Kejiranan - Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan
bekerjasama dengan jiran tetangga.
Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat
Menyedari masalah masyarakat dan sedia berusaha
menyelesaikannya
BAHAGIAN C
LANGKAH 1
Baca arahan dan petikan yang diberi dengan teliti
1. Tulis lima nilai murni yang kamu boleh dapati daripada petikan
di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50
patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak melebihi daripada
50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan.
Bahagian C
[Masa dicadangkan : 20 minit]
[ 20 markah ]
LANGKAH MENJAWAB BAHAGIAN C
Baca arahan dan petikan yang diberi dengan teliti.
Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat yang menunjukkan
amalan baik, nilai murni , faedah atau pengajaran.
Tulis semula nilai murni / amalan baik serta memberi huraian
ayat yang terdapat di dalam petikan.
Semak semula dengan teliti untuk memastikan tiada
kesalahan ejaan, tanda baca, struktur ayat dan imbuhan yang
digunakan.
Tulis pengajaran atau rumusan tentang petikan.
LANGKAH 2
Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat yang
menunjukkan amalan baik , nilai muni , faedah atau
pengajaran.
Apabila balik dari sekolah, Liza mengeluarkan buku-buku
barunya dari beg. Kakaknya berkata, Biar kak tolong kamu balut
buku-buku kamu itu. Liza menjawab, Terima kasih, kak. Biar saya
sendiri yang membalut buku-buku ini.


Liza merupakan anak yang suka menolong ibu dan ahli
keluarganya yang lain. Liza selalu menolong ibunya mencuci
pinggan mangkuk, melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga
membantu ayahnya mencuci kereta.



Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik tidurnya
supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga
kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong dan dia
sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya.

Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama
membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat
pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok
bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal
mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.
Apabila balik dari sekolah, Liza mengeluarkan buku-buku
barunya dari beg. Kakaknya berkata, Biar kak tolong kamu balut
buku-buku kamu itu. Liza menjawab, Terima kasih, kak. Biar saya
sendiri yang membalut buku-buku ini.


Liza merupakan anak yang suka menolong ibu dan ahli
keluarganya yang lain. Liza selalu menolong ibunya mencuci
pinggan mangkuk, melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga
membantu ayahnya mencuci kereta.



Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik tidurnya
supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga
kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong dan dia
sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya.
Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama
membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat
pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok
bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal
mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.
kerajinan
berdikari
tolong-menolong
K
e
b
e
r
s
i
h
a
n

f
i
z
i
k
a
l

berdisiplin
bekerjasama
LANGKAH 3
Liza mengeluarkan buku-buku barunya dari beg
(kerajinan)
Tulis semula nilai murni dengan memberi huraian
yang terdapat di dalam petikan
Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini
(berdikari)
suka menolong ibu. membantu ayahnya mencuci
kereta (tolong-menolong)

Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong
(Kebersihan fizikal)
dia akan mengemas bilik tidurnya (berdisiplin)
Liza dan keluarganya selalu bersama-sama
membersihkan rumah
(bekerjasama)
Nilai murni yang pertama adalah ____________________________
___________________________________________________________.
Seterusnya, kita _____________________________________________
___________________________________________________________
Di samping itu, kita _________________________________________
___________________________________________________________
Selain itu, kita _______________________________________________
___________________________________________________________
Akhir sekali, kita _____________________________________________
___________________________________________________________

MENULIS RUMUSAN
Nilai murni + Huraian
Nilai murni + Huraian
Nilai murni + Huraian
Nilai murni + Huraian
Nilai murni + Huraian
Nilai murni yang pertama adalah ___________________________
___________________________________________________________.
Seterusnya, kita ___________________________________________
___________________________________________________________
Selain itu, kita ______________________________________________
___________________________________________________________
Disamping itu, kita __________________________________________
___________________________________________________________
Akhir sekali, kita _____________________________________________

MENULIS RUMUSAN
Huraian
Huraian
Huraian
Huraian
Huraian
kerajinan
membuat kerja persekolahan yang diarahkan.
berdikari dalam membuat kerja sendiri
tanpa meminta bantuan orang lain
menolong dan membantu
ahli keluarga .dalam semua urusan
menjaga kebersihan fizikal
kesihatan terhadap diri kita sendiri .
dan mementingkan
bekerjasama membantu masalah keluarga kita .
LANGKAH 4
Tulis semula maklumat yang diperoleh dalam satu perenggan .
Nilai murni pertama adalah bertanggungjawab dan
rajin sebagai seorang pelajar. Seterusnya ,kita
berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Selain itu , kita menjaga kebersihan diri supaya
kemas , bersih dan rapi dalam menjaga kesihatan.Di
samping itu ,kita berdisiplin menguruskan diri sendiri.
Akhir sekali , kita bekerjasama dalam membantu
membuat kerja-kerja di rumah. Oleh itu, kita dapat
meringankan beban keluarga.
Ayat Pengajaran atau
Nilai
1. Ibu menghadiahkan adik sebuah basikal kerana
cemerlang dalam pelajaran
2. Pemandu itu telah disaman polis kerana memandu
kereta dengan tidak mempunyai lesen.
3. Nelayan-nelayan itu terpaksa berlindung di sebuah
pulau kerana angin bertiup kencang.
4. Rajendran membalut buku sendiri walaupun abang
hendak membantunya.
5.Murid-murid yang menyertai rombongan beratur
ketika menaiki bas.
6.Cikgu Rani memberi taklimat kepada murid-murid
yang menyertai rombongan.
7.Azie membersihkan meja makan selepas makan
tengah hari bersama-sama keluarga.
8.Devi membelikan makanan untuk Lim semasa rehat
kerana wang belanja Lim hilang di padang.
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan dalam
satu perenggan.
Tok Aki menjaga dan memelihara tiga orang cucunya setelah anak dan
menantunya meninggal dunia dalam kemalangan. Walaupun kehidupan Tok Aki
susah, dia tetap mahu menjaga cucunya.Tok Aki tidak mahu berpisah dengan
cucunya walaupun ada saudaranya yang hendak menjaga cucunya itu.Tok Aki
berazam akan menjaga cucunya sehingga ke akhir hayatnya walaupun
hidupnya susah.
Leman cucunya yang sulung selalu mengikutnya mencari petai dan jering
di hutan untuk dijual di pasar malam. Leman selalu mengikut Tok Aki pada
hujung minggu atau cuti sekolah. Tok Aki selalu berpesan agar jangan malas
seandainya hendak berjaya. Adik Leman iaitu Aishah pula memasak untuk
makan tengah hari ketika Leman dan Tok Aki masuk ke dalam hutan. Adiknya
yang bongsu iaitu Malik akan membersihkan halaman rumah . Tok Aki berasa
bangga kerana semua cucunya pandai membuat kerja dan tidak menyusahkan
dirinya.
Pada sebelah malam, Leman dan adik-adiknya akan mengulang kaji
pelajaran di ruang tamu .Walaupun hidup mereka susah namun mereka
berazam untuk berjaya.Setelah selesai mengulang kaji pelajaran, mereka akan
menyemak jadual dan mengemas buku-buku yang telah digunakan. Leman dan
adik-adiknya akan tidur awal untuk bangun awal esok hari.
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada
petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih
50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan.
Ani : Bagaimana keadaan kamu, Hakim?
Hakim : Beransur baik sekarang. Cuma kepala saya
agak pening dan tidak berselera untuk makan.
Ani : Awak mesti berehat,jangan turutkan hati.Awak mesti
makan kerana makanan di sini berkhasiat.
Kalau tak makan, bagaimana nak sihat?
Hakim : Terima kasih atas ingatan awak.
Ani : Eh, tentulah! Kitakan kawan baik, sudah tentu mesti
saling mengingati.
Hakim : Apa khabar kawan-kawan kita?
Ani : Oh, semuanya baik dan sihat! Mereka harap awak
segera sihat dan dapat bersekolah semula.
Hakim, kamu sakit apa sebenarnya?
Hakim : Ayah saya kata doktor memberitahunya
bahawa saya mengidap demam denggi.
Ani : Oh, begitu! Kita mesti membersihkan kawasan
rumah kita dan pastikan tiada air bertakung agar
nyamuk aedes tiada. Penyakit demam denggi berpunca
daripada nyamuk aedes.
Hakim : Betul tu, Ani. Semua pihak perlu bersama-
sama menjaga kebersihan persekitaran.
Ani : Baiklah, Hakim. Saya mohon diri dulu. Saya mesti
pulang awal kerana telah berjanji dengan ibu.
Awak boleh membaca yang saya bawa ini untuk
menghilangkan rasa bosan awak.
Hakim : Berhati- hati semasa pulang. Sampaikan salam saya
kepada kawan-kawan dan keluarga awak.
Jawapan Contoh
Antara pengajaran yang terdapat ialah
bertanggungjawab seperti menjaga anak yatim
piatu. Seterusnya, kita mestilah mempunyai sikap
kasih sayang seperti tidak mahu berpisah dengan
keluarga. Di samping itu, terdapat pengajaran
membantu orang lain seperti menolong orang
mencari rezeki. Selain itu, kita hendaklah menjaga
kebersihan seperti menyapu sampah di alaman
rumah.Akhir sekali, kita haruslah rajin dengan selalu
mengulang kaji pelajaran agar berjaya.
Ayat Pengajaran
1. Ayah menghukum Salwa tidak boleh keluar bermain
kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.
2. Lena dan Asmah berkongsi wang untuk membeli hadiah
buat Kumari sempena hari lahirnya.
3. Chong Wei berazam untuk menewaskan Lin Dan dalam
perlawanan akhir badminton itu.
4. Norhayati membersihkan meja makan selepas makan
tengah hari bersama-sama keluarganya.
5. Ayah mengingatkan Zainal agar memastikan tidak ada
air yang bertakung di halaman rumah.
6. Rajenderan menjerit kesakitan kerana terpijak paku di
belakang rumahnya semasa menyapu sampah.
7. Rosdi menangis melihat cenderamata pemberian abang
telah pecah kerana jatuh di atas lantai.
8. Pegawai polis telah menyaman pemandu itu kerana
melanggar lampu isyarat di simpang sekolah.
Latihan 1 : Nyatakan pengajaran atau nilai yang terdapat dalam ayat di bawah.

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan dalam
satu perenggan.
Saudara,
Apa khabar saudara di sana? Saya harap saudara sihat dan sentiasa
ceria.
Tujuan saya mengirimkan warkah ini buat saudara adalah untuk
berkongsi kegembiraan tentang kejayaan saya yang mendapat keputusan
cemerlang dalam peperiksaan baru-baru ini.
Sesungguhnya saya berasa bersyukur dan gembira dengan kejayaan ini.
Namun jauh sekali untuk berasa bangga. Hal ini kerana kejayaan ini masih
terlalu awal untuk dijadikan pengukur bagi pencapaian dalam peperiksaan
UPSR nanti.
Kesempatan yang ada ini, ingin sekali saya merakamkan ucapan
penghargaan dan terima kasih kepada saudara. Hal ini kerana saudara telah
banyak memberikan perangsang dan dorongan kepada saya. Begitu juga
dengan kesudian saudara yang mengirimkan soalan-soalan sekolah saudara
untuk saya membuat latihan. Sebenarnya sikap gigih dan kecemerlangan
yang dicapai oleh saudara telah menjadi penyuntik kepada kejayaan ini.
Saya sentiasa berdoa agar kita sama-sama memperoleh keputusan
yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Semoga impian dan cita-cita kita
ini akan dimakbulkan Tuhan. Cukup untuk kali ini, sampaikan salam saya
untuk keluarga saudara di sana.
Jawapan Contoh:
Antara nilai yang ada ialah mengeratkan
persahabatan seperti menulis surat dan berkongsi
kejayaan. Seterusnya, sikap merendah diri dengan
tidak terlalu bangga atas kejayaan yang diperoleh. Di
samping itu, ialah menghargai pertolongan orang
lain dengan mengucapkan terima kasih. Selain itu,
kita mestilah rajin belajar seperti membuat latihan
sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Akhir
sekali, sikap baik hati dengan mendoakan kejayaan
orang lain.
Hadirin sekalian,
Amalan gotong-royong begitu penting diamalkan dalam
kehidupan kita. Antara aktiviti gotong-royong yang boleh
dijalankan adalah seperti membersihkan kawasan sekolah,
kawasan taman dan kawasan kampung atau taman
perumahan. Hal ini kerana amalan gotong-royong ini dapat
memudahkan kerja kita. Aktiviti gotong-royong ini dapat
dijalankan pada hujung minggu atau hari cuti agar dapat
melibatkan ramai orang.
Selain itu, kita boleh bersama-sama mencantikkan
kawasan sekolah agar kelihatan lebih ceria. Sekolah yang
cantik dan ceria akan dapat menarik minat murid-murid untuk
datang ke sekolah. Masyarakat setempat yang telah lama
tidak berjumpa, akan dapat bertemu apabila menyertai aktiviti
gotong-royong. Kerja yang dijalankan secara gotong-royong
juga akan menjadi lebih mudah dan dapat disiapkan dengan
segera.

Anggota masyarakat boleh mengamalkan semangat
tolong-menolong dalam menyiapkan kerja-kerja semasa
aktiviti gotong-royong. Apabila kita menyertai aktiviti
gotong- royong, masa kita terisi dengan perkara yang
berfaedah dan masa tidak terbuang begitu sahaja.
Kesimpulannya, amalan gotong-royong ini perlu
dipupuk dan dijadikan amalan hidup kita. Sekian sahaja
syarahan saya pada pagi ini, saya sudahi dengan ucapan
terima kasih.
Antara nilai yang ada ialah menjaga kebersihan
dengan bergotong-royong membersihkan kawasan
sekolah. Seterusnya, ialah sikap menghargai masa
dengan melakukan aktiviti gotong-royong pada
hujung minggu atau hari cuti. Di samping itu,
terdapat sikap sayangkan sekolah dengan
mencantikkan kawasan sekolah. Selain itu, sikap
bekerjasama seperti bergotong-royong
membersihkan kawasan sekolah. Akhir sekali, kita
dapat mengeratkan perhubungan dengan
menyertai aktiviti gotong-royong.

Anda mungkin juga menyukai