Anda di halaman 1dari 11

INTERVENSI BERMAIN DAN BERCERITA

ADALAH ANTARA TERAPI KANAK-KANAK


YANG POPULAR. JELASKAN KELEBIHAN
INTERVENSI TERSEBUT.
NAMA AHLI KUMPULAN:
GO SHIAO MEI
KIING CHUI YING
POO SUE CHING
TERAPI CERITA
Suatu terapi atau teknik kaunseling yang berjaya
menarik minat kanak-kanak atau murid.

Kanak-kanak akan sentiasa bersedia untuk mengikut
episod cerita yang berterusan.

terapi bercerita merupakan pendekatan yang paling
berkesan untuk kaunseling kanak-kanak yang
mempunyai tingkah laku bermasalah.

Langkah atau teknik terapi bercerita ini amat penting
dalam bimbingan dan kaunseling kanak-kanak.
MATLAMAT
Membantu kanak mengenalpasti tahap kebimbangan
atau distress dengan mengenalpasti watak atau
situasi dalam cerita tersebut.

Membantu kanak-kanak mengenalpasti tema dan
emosi yang berkaitan yang berlaku dalam hidup
mereka. Contoh: kanak-kanak yang takut ditinggalkan
keseorangan, dengan menyedari perasaan ini, kanak-
kanak boleh menyediakan cara untuk menghadapi isu
yang amat ditakutinya.

Membantu kanak-kanak memikir atau meneroka
alternatif bagi menyelesaiakan masalahnya. Matlamat
boleh dicapai dengan menukar cerita supaya kanak-
kanak mendapat hasil yang berbagai.

Jalan cerita yang baik:
Cerita yang ringkas
Mudah difahami oleh kanak-kanak
Menarik
Menggunakan bahasa yang sesuai
Mempunyai nilai moral yang tinggi


SESI ATAU TERAPI BERCERITA
1. Guru perlu memulakan set induksi bercerita yang menarik,
sebelum meneruskan cerita itu. Hal ini bertujuan menarik
perhatian kanak-kanak dan menumpukan minat dan fokus yang
sepenuhnya kepada guru dan isi cerita.

2. Murid yang bermasalah kadang-kadang sukar untuk meluahkan
perasaan mereka secara terbuka kepada guru atau kaunselor.
Oleh itu, guru perlu mencari sumber yang berkaitan dalam
masalah yang sedang dihadapi atau pengalaman hidup yang
pernah dilalui oleh murid tersebut.

3. Berdasarkan sumber tersebut, guru perlu mereka dan mencipta
jalan cerita yang sesuai supaya berkaitan dan sesuai dengan
masalah yang dihadapi.



SESI ATAU TERAPI
BERCERITA (samb..)
4. Apabila murid mendengar cerita tersebut dia akan
terdorong untuk mendengar lantas meluahkan
perasaan atau masalah yang dihadapi secara tidak
langsung.

5. Malah, jika murid masih malu atau tiada keyakinan
untuk bercerita kepada kaunselor, guru perlulah
menyatakan pengakhiran cerita yang baik dan boleh
dijadikan panduan dan pengajaran kepada murid
tersebut. Hal ini supaya murid dapat membuat
keputusan atau menyelesaikan masalah
berpandukan penutup cerita yang disediakan oleh
guru.


KELEBIHAN
i. Menggambarkan keadaan emosi dalaman
bagi setiap watak
Cerita merangkumi pengalaman emosi. Mereka
memberi kanak-kanak perkataan yang diperlukan
untuk menyatakan perasaan dan konteks untuk
mereka memahami perasaan tersebut. Dengan
mendengar cerita, kanak-kanak menjadi lebih yakin,
kreatif dan cergas sewaktu menghadapi masalah
harian.
ii. Mengajar penyelesaian masalah melalui
cara yang kreatif
Kanak-kanak diajar mengatasi masalah harian
melalui atau menggunakan cara yang paling sesuai.

KELEBIHAN (samb)
iii. Mencerminkan keadaan insan secara universal
Melalui peristiwa yang distruktur secara emosi, cerita
memberi persepsi dalam emosi pendengar dan
pengalamannya, dan mengingatkan pendengar
walaupun wujud perbezaan antara satu sama lain,
semua manusia menghadapi rintangan hidup yang
sama.

iv. Menujukkan sebab dan akibat perjalanan
cerita
Pelbagai contoh manusia yang berjaya dan gagal
juga ditunjukkan. Kanak-kanak akan belajar nilai-nilai
positif.

KELEBIHAN (samb)
v. mendengar cerita dapat menyediakan
pengalaman hadapan.
Bercerita dengan teknik yang berkesan atau
melibatkan secara keseluruhan minda, deria dan
emosi pendengar, seakan-akan hidup sering dengan
dunia cerita itu. Kesannya, pendengar lebih bersedia
untuk menghadapi situasi yang serupa dalam
kehidupannya.
vi. murid juga dapat menambah keyakinan diri
untuk mengekspresikan perasaan dan idea
di mana pendekatan ini memerlukan
penglibatan murid secara aktif.
KELEBIHAN (samb)
vii. Merapatkan hubungan murid dan rakan-
rakan.
murid-murid akan berbincang dan berbual dengan
rakan-rakan tentang cerita tersebut. dengan ini
wujudlah suasana pembelajaran sosial yang sihat
dan positif dalam kalangan murid-murid.

viii.berkesan bagi menyemai kemahiran
berkomunikasi kepada kanak-kanak
Semasa proses penyampaian, sesi soal jawab
akan berlaku antara murid dengan guru.
Bibliography

Dr.Khoo, B. L. (2014). In Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak (pp.
140-159). Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Hafizuddin, M.. Terapi Bercerita. Diperolehi pada 8 Januari 2014 dari
http://www.scribd.com/doc/51096694/TERAPI-BERCERITA
Pengenalan Intervensi. Diperolehi pada 8 Januari 2014. dari
http://www.scribd.com/doc/52172733/PENGENALAN-INTERVENSI

Anda mungkin juga menyukai