Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI JAMIL,

KM 17, PARIT JAMIL, 84150,


PARIT JAWA, JOHOR

KERTAS KERJA
KUIZ RAMADHAN SEMPENA PROGRAM IHYA RAMADHAN 2014
________________________________________________________________

1.0 PENDAHULUAN
Kehadiran Ramadhan seharusnya menjadi titik permulaan untuk pembinaan diri,
keluarga dan masyarakat agar lebih dekat dengan Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud:
Barangsiapa yang menghidupkan bulan Ramadhan dalam keadaan keimanan dan
penuh mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT, maka diampunkan dosa-dosanya
yang terdahulu.
Bagi menyambut seruan Rasulullah SAW tersebut, saya ingin menyatakan komitmen
untuk memberi peluang kepada warga SK Sri Jamil dengan merebut ganjaran yang
berlipat ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT dengan menjayakan IHYA
RAMADHAN SK SRI JAMIL 1435H/2014M dengan tema Rahmatmu dirindui,
KeampunanMu dicari, SyurgaMu dinikmati. Pengalaman yang ditimba melalui
Program Ihya Ramadhan 1434H ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuh
alam kedewasaan kelak. Adalah amat diharapkan supaya program ini dapat berjalan
lancar dan dapat membantu perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta mencapai
objektif-objektif yang telah dirancang.
2.0 MATLAMAT
Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Membudayakan penghayatan dalam ibadat berpuasa di bulan Ramadhan secara
amali dan praktikal
Menyemarakkan rasa cinta dan menjunjungntinggi ajaran Islam yang disarankan
oleh al-Quran
Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan Rasulullah
SAW.

3.0 OBJEKTIF
Pada akhir program ini, murid-murid akan dapat :
Menghidupkan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang tersusun bagi melahirkan
generasi muda Islam yang beriman, bertaqwa, berakhlak dan beramal soleh.
Meraih keberkatan dan fadhilat yang ada dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Mengimarahkan sekolah dengan aktiviti-aktiviti keagamaan, kemasyarakatan
dan berkebajikan
Merapatkan ukhuwah Islamiah di kalangan warga sekolah secara
keseluruhannya.

4.0 TEMPAT
Kantin sekolah

5.0 TARIKH DAN MASA
24 Ogos 2014, 7.30-8.30 pagi




6.0 AHLI JAWATAN KUASA
Penaung : Tn. Hj Yusof Bin Sipan
Penasihat : Ustaz Zahuri Bin Mamat
En. Zaharuddin
Pengerusi : Norfatihah Faezah Bt Halib
AJK : Huzaifah Bt Omar
Nor Liyana Bt Zaini

7.0 ANGGARAN BELANJAWAN


PERKARA

BUTIRAN

JUMLAH
BAHAN & PERALATAN

Sijil penyertaan

Hadiah





RM1.00 x 6 keping

RM 6 x 10






RM 6.00

RM 60.00



JUMLAH RM 66.00

8.0 PENUTUP

Majlis ini diharap dapat memberi kesan yang mendalam kepada murid-murid
dalammenghayati dan mengamalkan segala amalan yang wajib dilaksanakan dengan
sempurna dan disertai dengan amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kepada Allah
seterusnya untuk mencari keredhaanNya di dunia dan di akhirat. Insyaallah






Disediakan oleh,

______________________
(NORFATIHAH FAEZAH BT HALIB)
Setiausaha,
Guru Praktikum,
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Tun Hussein Onn,
Batu Pahat, Johor.


Disemak oleh,

________________________
(EN. ZAHARUDDIN)
Guru Penasihat Praktikum,
Sekolah Kebangsaan Sri Jamil,
Km 17, Parit Jamil, 84150,
Parit Jawa, Johor.



Diluluskan oleh,

________________________
(TN. HJ YUSOF BIN SIPAN)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sri Jamil,
Km 17, Parit Jamil, 84150,
Parit Jawa, Johor.

Anda mungkin juga menyukai