Anda di halaman 1dari 22

KOD ETIKA KEGURUAN

DI MALAYSIA
THAEVAKUMARI A/P
ANNDY
NUR AIN BINTI AB SHUKOR
PENGENALAN
Kod etika keguruan sama seperti profesion yang
lainseperti kejuruteraan, perubatan dan guaman
yang jugamempunyai kod etikanya.
Seseorang guru perlu mematuhi kod etika
demimenjaga imej, maruah, status, akhlak dan
keperibadianseseorang guru.
Di Malaysia, Tatasusila Profesyen Keguruan
yangdigariskan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysiamerupakan garis panduan untuk setiap
guru menjagaimej profesionnya.Kod Etika
Keguruan
Kami guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama
pendidikan ialah berusaha menuju ke arahpembentukan
warganegara yang berilmu, taatsetia, bertanggungjawab
dan berkebolehan, menyedaribetapa pentingnya usaha
menuju ke arah kebenarandan ke arah pencapaian hasrat
yang gemilang, dan yangpercaya kepada demokrasi,
kebebasan perseorangandan prinsip-prinsip rukunegara.
Dengan menyedari betapa besarnya
tanggungjawabmembimbing anak muda untuk mencapai
kemajuansepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami
menerimaTatasusila berikut sebagai panduan
untukmembolehkan kami menyempurnakan profesion kami
ketaraf kesusilaan yang setinggi-tingginya :
TANGGUNGJAWAB TERHADAP MURID
Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan
muridkami daripada hal-hal lain.
Bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa
mengirafaktor-faktorjasmani, mental, emosi,
politik,ekonomi,sosial, keturunanatau agama.
Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit
mengenai muridkecuali kepada mereka yang
berhak mengetahuinya.
Membimbing atau mengajar seseorang murid
dalam darjahsendiri atau dalam matapelajaran
yang diajar tanpasebarang bayaran.
Menunjukkan suatu cara berpakaian,
peraturan dan tingkahlaku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada murid.
Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas
melaluipengajian, penyelidikan, lawatan dan
menghadiri kursusikhtisas, persidangan,
mesyuarat atau seminar supayapengajaran
kami mencapai mutu setinggi-tingginya.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU
BAPA
Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap
anak-anakmereka.
Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama
yang erat diantara institusi pendidikan dengan rumah
tangga.
Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu
bapamengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak
merekasebagai sulit dan tidak akan mebocorkannya kepada
sesiapa kecualikepada mereka yang berhak mengetahuinya.
Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan
anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang
diterima daripadaibu bapa secara teliti dan bijasana.
Mengelakkan diri daripada atau dipengaruhi
oleh kedudukan sosialdan ekonomi ibu bapa
murid.
Mengelakkan diri daripada mengeluarkan
kata-kata atau melakukansesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaan murid terhadap
ibubapa atau penjaga mereka.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP
MASYARAKAT DAN NEGARA

Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran
yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat,
negara atau yang bertentangan dengan Rukun Negara.
Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap murid yang
bolehmembantu dan membimbing mereka untuk menjadi
warganegarayang taat setia, bertanggungjawab, berguna,
menghormati orang tuadan menghormati perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama.
Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan
memenuhisegala tanggungjawab sebagai seorang
warganegara dan sentiasasanggup mengambil bahagian
dalam sebarang kegiatan masyarakat.
Menggalakkan kerjasama dan persefahaman
antara guru denganibu bapa serta institusi
pendidikan dengan masyarakat.
Memberi sumbangan untuk meninggikan
kehidupan moral, kebudayaan
dankecendekiawanan masyarakat.
Berpegang kepada tingkah laku yangsopan
yang diterima oleh masyarakat dan menjalani
kehidupankami sehari-hari dengan baik.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN
SEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN
Mengelakkan diri daripada membuat sebarang
kenyataan atau ulasanyang boleh mencemarkan nama
baik seseorang guru dihadapanmurid atau ibu bapa,
atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkanmaruah
seseorang guru.
Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh
menjejaskankecekapan kami sebagai guru.
Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan
tanggungjawabkami dengan rajin dan bersungguh-
sungguh dan melaksanakannyasejajar dengan
kemajuan ikhtisas dan sosial.
Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat
kami terutamanyamereka yang baru
menceburkan diri dalam profesion perguruan.
Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak
mencemarkan nama baikprofesion perguruan.
Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
KOD ETIKA
KEGURUAN DI INDIA
Fungsi utama pendidikan adalah untuk membentuk dan
meningkatkan kemahiran, mendapatkan ilmu pengetahuan
dan melahirkan kesedaran terhadap sejarah dan warisan
negara.

Nilai-nilai pendidikan berfokus kepada semangat patriotik,
demokrasi, sekularisme, sosialism dan keamanan.

Kod etika ini adalah untuk digunakan oleh semua pendidik
di sekolah kerajaan, guru sementara, guru sekolah rendah
dan menengah di mana guru memainkan peranan utama
sebagai seorang pengurus dan penyelia.
KANDUNGAN UTAMA
Setiap murid mempunyai hak untuk mendapatkan
pendidikan yang berkualiti

Setiap murid mempunyai potensi dan bakat

Pendidikan terarah kepada perkembangan personaliti
murid secara holistik

Keperluan perkembangan dan pemahaman kepada
polisi, demokrasi, keadilan sosial dan sekularisme.
Keperluan mempromosikan konsep kepelbagaian
budaya dan konsep kenegaraan melalui pendidikan

Guru memainkan peranan utama dalam memenuhi
keperluan dan aspirasi masyarakat

Keperluan meningkatkan estim kendiri seseorang guru

Keperluan memartabatkan profesion keguruan yang
mempunyai kepakaran dalam bidang ilmu
pengetahuan, kemahiran khas dan dedikasi
Masyarakat akan menghormati profesion
keguruan berdasarkan kepada profesionalisme
seseorang guru

Keperluan refleksi kendiri dan disiplin diri
dalam kalangan komuniti guru
Tanggungjawab terhadap murid
Melayan semua murid dengan kasih sayang dan
prihatin
Menghormati dan adil kepada semua murid
tanpa mengira kasta, agama, jantina, status
ekonomi, kecacatan, bahasa dan perkembangan
moral.
Membantu perkembangan murid dari segi fizikal,
sosial, intelektual, emosi dan perkembangan
moral.
Menghormati hak asasi dan maruah murid dari
segala aspek kehidupan
Membuat perancangan dan usaha yang sistematik
dalam membantu mengembangkan potensi dan bakat
murid
Mengubahsuai pnp mengikut keperluan murid
Merahsiakan identiti dan maklumat murid dan hanya
memberikan maklumat kepada pihak lain sekiranya
perlu
Tidak melakukan gangguan seksual atau menimbulkan
ketakutan,trauma, gangguan mental dan emosi
terhadap murid.
Menjaga maruah dan martabat diri dan menjadi
teladan kepada murid

Tanggungjawab terhadap ibu bapa,
masyarakat dan negara
Menjalin hubungan yang baik dengan ibu bapa
dan penjaga atas dasar kepercayaan
Tidak melakukan sesuatu yang menjatuhkan
maruah ibu bapa/penjaga murid
Berusaha keras untuk mengembangkan
kepelbagaian budaya dalam kalangan murid
Memastikan negara sentiasa aman dan tidak
mengambil bahagian dalam aktiviti yang
menyebarkan perasaaan prejudis dalam kalangan
masyarakat yang pelbagai kaum, agama dan
kumpulan bahasa
Tanggungjawab terhadap profesian
keguruan dan rakan sejawat
Berusaha keras ke arah mengembangkan
profesional diri secara berterusan
Mencipta budaya yang merangsang
berkolaborasi dan sesi dialog antara rakan
sejawat
Melayan rakan sejawat secara hormat tanpa
menjatuhkan maruah mereka
Tidak melibatkan diri dalam tuition swasta
atau aktiviti mengajar di sektor swasta
Mengelakkan diri daripada menerima hadiah
atau ganjaran yang mampu menggugat atau
mempengaruhi keputusan dan tindakan
profesional
Mengelakkan diri daripada melanggar arahan
pihak berkuasa pendidikan
Mengelakkan diri daripada membuat kenyataan
palsu dan membuat fitnah terhadap rakan
sejawat terutamanya di hadapan murid, guru-
guru lain dan ibu bapa
Menghormati pendapat dan pendirian
profesional rakan sejawat

Merahsiakan maklumat dan identiti rakan
sejawat dan hanya mendedahkan jika perlu

Anda mungkin juga menyukai