Anda di halaman 1dari 10

INDIKATOR PENGUKOR

Pertumbuhan ekonomi ialah pembangunan ekonomi berbentuk fizikal seperti pertambahan keluaran barang dan perkhidmatan, pertambahan infrastruktur dan peningkatan pembangunan ekonomi lain. Ianya merupakan alat untuk mengukur prestasi pembangunan negara. Pertumbuhan ekonomi ialah peningkatan dalam kegiatan ekonomi yang menyebabkan pertambahan keluaran (KDNK benar) dalam sesebuah ekonomi.

KDNK benar ialah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara mengikut harga tetap pada tahun asas. Pengukur prestasi pembangunan ekonomi berbentuk fizikal misalnya pertambahan jumlah keluaran barang perkilangan, pembangunan infrastruktur, pembangunan jumlah sekolah dll.

Pertumbuhan ekonomi = [KDNK benar tahun baru KDNK benar tahun asal) / KDNK benar tahun asal] x 100% (cara pengukuran yang lebih sesuai kerana menunjukkan pertambahan output dalam negara berkenaan) atau Pertumbuhan ekonomi dihitung mengikut harga tetap pada tahun asas untuk mengelakkan pengaruh kesan inflasi.

Pembangunan ekonomi adalah suatu proses kenaikan pendapatan total dan pendapatan perkapita dengan memperhitungkan adanya pertambahan penduduk dan disertai dengan perubahan fundamental dalam struktur ekonomi suatu negara dan pemerataan pendapatan bagi penduduk suatu negara. Pembangunan ekonomi tak dapat lepas dari pertumbuhan ekonomi (economic growth); pembangunan ekonomi mendorong pertumbuhan ekonomi, dan sebaliknya, pertumbuhan ekonomi memperlancar proses pembangunan ekonomi.

http://robiah1969.blogspot.com/2011/02/formulamakroekonomi.html

INDIKATOR PEMBAGUNAN EKONOMI

Pembangunan selalunya menimbulkan impak yang positif atau negatif, maka diperlukan satu pengukur yang boleh dipercayai untuk mengukur kesan pembangunan terhadap negara. Indikator-indikator kunci pembangunan secara dasarnya dapat diklasifikasikan menjadi indikator ekonomi dan indikator sosial

ANTARA INDIKATOR EKONOMI IALAH


Keluaran negara kasar per kapita

Kelajuan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dan Pendapatan negara kasar (GNI) perkapita dengan pendekatan Purchasing Power Parity (PPP)

ANTARA INDIKATOR SOSIAL IALAH

Indeks Pembangunan Manusia (HDI) atau Human Development Index dan Indeks mutu hidup(PQLI) atau Physical Quality Life.

Anda mungkin juga menyukai