Anda di halaman 1dari 10

PERTUMBUHAN EKONOMI DAN

PEMBANGUNAN EKONOMI
PERTUMBUHAN EKONOMI

 Pertumbuhan ekonomi didefinisikan sebagai proses peningkatan hasil


pendapatan per kapita dalam jangka masa panjang.
 Pertumbuhan ekonomi juga menekankan tiga aspek iaitu proses, peningkatan
hasil pendapatan per kapita dan dalam jangka yang panjang.
 Pertumbuhan ekonomi sering berkaitan dengan kenaikan output per kapita.
Dalam hal ini, terdapat dua aspek yang perlu diperhatikan, iaitu
 output GDP/ Gross Domestic Product
 jumlah penduduk.
 Pertumbuhan boleh meningkat apabila kenaikan output per kapita dalam
tempoh yang panjang.
PEMBANGUNAN EKONOMI
 Pembangunan ekonomi didefinisikan sebagai kestabilan peningkatan dalam
kesejahteraan masyarakat.
 Pembangunan ekonomi adalah konsep yang luas berbanding dengan
pertumbuhan ekonomi.
 Terdapat tiga ciri-ciri pembangunan ekonomi iaitu:
 Peningkatan pendapatan per kapita dan peningkatan GDP
 Penurunan kadar buta huruf.
 Penurunan kadar kemiskinan
 Pengurangan kadar pengangguran masyarakat.
Perbezaan antara Pertumbuhan Ekonomi
dan Pembangunan Ekonomi.
Perkara Pertumbuhan Ekonomi Pembangunan Ekonomi
maksud Pertumbuhan ekonomi merujuk Pembangunan ekonomi merujuk
kepada peningkatan hasil sebenar kepada perubahan yang meningkat
negara barangan dan terhadap sistem sosial iaitu
perkhidmatan atau pendapatan pendapatan, wang simpanan, dan
per kapita. pelaburan sepanjang perubahan
struktur ekonomi negara.

Faktor Pertumbuhan berkait dengan Pembangunan berkait kepada


peningkatan beransur-ansur dalam pertumbuhan modal manusia dan
satu kompenen Keluaran Dalam perubahan struktur yang
Negara Kasar iaitu penggunaan, menambahbaik kualiti hidup
belanjawan kerajaan, pelaburan masyarakat.
dan jaringan eksport.
Perkara Pertumbuhan Ekonomi Pembangunan Ekonomi
Pengukuran Pertumbuhan Ekonomi diukur Pengukuran kualitatif seperti
oleh faktor kuantitatif Indeks Pembangunan
seperti peningkatan Keluaran Manusia, Indek Berkaitan
Dalam Negara Kasar atau Jantina, Indek Kemiskinan
pendapatan per kapita. Manusia, kematian bayi,
kadar buta huruf yang sering
digunakan untuk mengukur
pembangunan ekonomi.
Impak/ Kesan Pertumbuhan Ekonomi Pembangunan ekonomi
membawa perubahan membawa perubahan
kuantitatif dalam ekonomi. kuantitatif dan juga kualitatif
dalam ekonomi.

Perkaitan Pertumbuhan ekonomi Pembangunan ekonomi


bertindak balas terhadap bertindak balas terhadap
pertumbuhan negara atau progress dalam kualiti hidup
pendapatan per kapita. dalam negara.
Apakah Kepentingan Pertumbuhan
Ekonomi?
 Meningkatkan Kadar Pendapatan.
Pertumbuhan ekonomi dapat membantu meningkatkan kadar pendapatan dengan
kaedah pengguna menggunakan lebih banyak barangan dan perkhidmatan dan menikmati
taraf hidup yang lebih baik.
 Pengurangan Kadar Pengangguran
Dengan peningkatan output dan pertumbuhan ekonomi yang positif, firma-firma
atau badan syarikat lebih membuka banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat serta
dapat mengurangkan kadar pengangguran.
 Peningkatan kemudahan asas.
peningkatan pertumbuhan ekonomi dapat membawa kepada kenaikan cukai dan
membolehkan kerajaan membelanjakan lebih kepada kemudahan awam seperti kesihatan
dan pendidikan. Hal ini dapat meningkatkan taraf hidup rakyat seperti meningkatkan
jangka hayat, meningkatkan kadar celik huruf dan lebih memahami isu sivik dan politik.
Apakah Kepentingan Pertumbuhan Ekonomi?
 Pelaburan
pertumbuhan ekonomi lebih cenderung kepada firma untuk melabur. Pelaburan yang
tinggi dapat meningkatkan skop pertumbuhan ekonomi masa hadapan dengan membina kitaran
pertumbuhan ekonomi/ pelaburan.
 Pembangunan ekonomi
Faktor yang paling besar untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi adalah pertumbuhan
ekonomi yang mampan. Pertumbuhan ekonomi dapat mengurangkan kemiskinan,
meningkatkan jangka hayat dan mampu meningkatkan kemakmuran ekonomi.
Apakah kepentingan pembangunan
ekonomi?
 Ketersediaan Produk Dan Perkhidmatan Yang Lebih Baik.
 Pembangunan ekonomi membantu meningkatkan kualiti produk dan
perkhidmatan dengan kadar harga barangan murah. Dengan kaedah ini, ia
dapat menghasilkan peningkatan pengeluaran kedua-dua pengguna dan
industry.
 Penambahbaikan Kemudahan Infrastruktur
 Pembangunan ekonomi dapat meningkatkan kemudahan infrastruktur
seperti komunikasi, pengangkutan, pergudangan, dan perbankan.
 Keseimbangan pertumbuhan ekonomi.
 Pembangunan ekonomi dapat seimbangkan pertumbuhan ekonomi antara
pertanian dan industry, pengguna barangan dan modal barangan, bandar dan
luar bandar.
Apakah kepentingan pembangunan
ekonomi?
 Peningkatan Pendapatan Negara
 Pembangunan ekonomi dapat meningkatkan pendapatan per kapita dimana
secara langsung dapat meningkatkan pendapatan negara. Bukan itu sahaja, ia
juga boleh mempertingkatkan tahap keberkesanan individu melalui kadar
upah optimum dan gaji.
 Meningkatkan peluang pekerjaan
 Pembangunan ekonomi boleh mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan
dalam sektor perbankan, pemasaran, perindustrian dan pembuatan.
Terima kasih..

Anda mungkin juga menyukai