Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN PROFESSIONAL:

PERNYATAAN PROFESIONAL
1.0 Apa yang diharapkan melalui praktikum ini
Untuk praktikum ini, saya akan mengajar selama hampir tiga bulan di Sekolah Kebangsaan
Sultan Idris II, sebuah sekolah gred A yang terletak di daerah Kuala Kangsar. Menerusi
praktikum ini saya berharap dapat menimba pengalaman mengenai kaedah pengajaran dan
pembelajaran secara langsung berkesan dan berkualiti dengan bimbingan pennsyarah dan guru
pembimbing
Untuk menyampai maksud itu saya berhasrat untuk menyiap-siagakan diri saya terutama dari
aspek persediaan mengajar sebagai salah satu tahap terpenting penting teknik pengajaran dan
pembelajaran yang berkualiti. Ini kerana sepanjang hampir enam bulan saya di IPM Kampus
Ipoh, saya telah didedahkan secara teori bagaimana satu pengajaran berkualiti adalah yang
mencerminkan pengetahuan, pemahaman dan penghargaan guru pelatih seperti saya terhadap
isi kandungan pelajaran.
Untuk memenuhi standard-standard ini saya akan berusaha untuk bersedia untuk mempelajari
teknik berkesan dalam mengajar dan akan cuba menunjukkan hubungan dalam pengajaran dan
pembelajaran menerusi praktik teori-teori pedagogi seperti berikut!
a !eadaan "u#udulu
Keadaan "#ujudulu$ atau dalam bahasa Inggerisnya "antecedents$ adalah satu keadaan
dimana seorang guru berusaha menyiapkan diri dengan keadaan-keadaan sedia ada yang
#ujud sebelum pengajaran dan pembelajaran yang mungkin mempunyai kaitan dengan
hasil pembelajaran. Saya akan cuba untuk menyelami latar belakang murid sebelum
pelajaran, contohnya bakat, pengalaman lepas, minat dan keinginan pelajar sebagai salah
satu beberapa keadaan #ujudulu yang saling berkaitan dan mampu mempengaruhi
pembelajaran. %ang saya harapkan ialah saya akan dapat merancang satu pelajaran
dengan baik akan menitikberatkan perkara-perkara seperti kehendak, minat, pengetahuan
lepas dan kemahiran serta &aktor-&aktor lain tentang pelajar-pelajar saya nanti.'leh itu saya
komited untuk menyediakan satu rancangan mengajar yang menggambarkan
pertimbangan rapi saya terhadap persekitaran bilik darjah, sumber-sumber pendidikan,
#aktu, tempat pengajaran dan lain-lain.
1
PERNYATAAN PROFESSIONAL:
$ Tindakan Yang %imak&udkan
Sepanjang praktikum, saya akan cuba mengalami sendiri satu keadaan suasana
pengajaran dan pembelajaran sebenar di dalam kelas yang diterangkan di dalam teori
pedagogi iaitu "transcations( atau siri-siri tindakan yang dimaksudkan. Apa yang saya jangka
akan berlaku ialah set-set tindakan ini timbul dalam pelbagai bentuk interaksi pelajar dan
guru dan pelajar-pelajar yang merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai
contoh yang boleh saya ramaikan ialah bentuk-bentuk interaksi yang timbul semasa
perbincangan dalam kelas, soal ja#ab, penyelesaian masalah dan pengurusan ujian.
Untuk mencapai maksud itu, saya juga akan berusaha untuk merancang pelajaran dengan
baik dengan memilih kaedah mengajar, bahan dan alat yang sesuai dengan keadaan
"#ujudulu$ terutamanya tentang pelajar-pelajar, pengurusan bilik darjah dan tujuan-tujuan
pelajaran. Saya juga akan berusaha untuk merancang isi kandungan pelajaran yang
disusun dengan baiknya untuk memudahkan pembelajaran disamping berterusan
melakukan re&leksi kendiri untuk penambahbaikan
' (a&il )Penga#aran dan Pem$ela#aranYang %imak&udkan
Akhir sekali, saya komited untuk mencapai hasil atau "outcome$ yang dimaksudkan sebagai
guru berkesan yang berjaya mendidik pelajar-pelajarnya. Menerusi praktikum ini saya
berharap akan berjaya dan dapat melatih diri untuk menjadi seorang guru yang
berkebolehan mencapai objekti& pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran yang
diajar disamping membentuk sikap kualiti dan berkemahiran yang perlu dicapai daripada
pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan didalam bilik darjah. 'leh itu
saya akan cuba berusaha untu merancangkan satu sessi pelajaran dengan baik dapat
menentukan tujuan pelajaran dengan jelas dan sesuai dengan keadaan "#ujudulu$ serta
tindakan yang dimaksudkan atau "transactions$ dengan pelajar-pelajar sepanjang sessi
praktikum ini berlangsung.
'leh itu saya amat berharap akan dapat menimba sebanyak mana pengetahuan dan
pengalaman dari bukan sahaja barisan pensyarah dan guru pembimbing saya malah dari
keseluruhan tenaga guru dan pentadbir sekolah di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II Kuala
Kangsar nanti. Insyallah.
2

Anda mungkin juga menyukai