Anda di halaman 1dari 20

Isu Palestin Beberapa Petunjuk ke arah menentukan pendirian yang dituntut oleh syarak Prof Madya Dr Hafidzi Mohd

d Noor
Pengarah PACE (Palestine Centre of Excellence) Ahli Lembaga Pengarah Aqsa Syarif Untuk Seminar Baitul Maqdis Anjuran Persatuan Ulama Malaysia 7 8 Ogos 2010

Hotel De Palma, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor Pendahuluan Konflik yang melanda Palestin tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda. Walaupun isu penjajahan Palestin oleh regim zionis dan pembentukan negara Yahudi Israel ke atas wilayah yang diduduki sudah berlanjutan selama hampir enam dekad, namun isu ini terus menjadi tumpuan dunia dan agenda utama umat Islam. Berlalunya masa tidak menenggelamkan isu ini, malah ia sentiasa mendapat perhatian utama forum-forum antarabangsa seperti NAM, OIC, Liga Arab dan Bangsa-bangsa Bersatu, meskipun sekadar mengutarakan resolusiresolusi mandul dalam berhadapan dengan kebiadaban rejim zionis Israel yang sentiasa didokong oleh kuasa besar Amerika Syarikat. Senario ini sebenarnya menggambarkan kebenaran hadis Rasulullah SAW mengenai perjuangan umat Islam di bumi Palestin. Hadis itu membawa pengajaran bahawa ada pejuang di kalangan umat Islam yang akan meneruskan perjuangan tanpa henti dan mereka ini langsung tidak bolih dijejaskan dengan tindakan musuh. Apabila ditanya oleh sahabat di manakah pejuang-pejung ini, di jawab oleh Rasulullah SAW, di Baitul Maqdis dan di sekitarnya. Kesabaran dan

ketegasan para pejuang Palestin dalam mempertahankan tanah air mereka, bumi suci umat Islam dan masjid al-Aqsa adalah testimoni kepada kebenaran hadis tersebut. Meskipun mereka kini hampir bersendirian dalam menghadapi kebiadapan zionis dan kepungan antarabangsa yang didalangi oleh Amerika, mereka langsung tidak berganjak dari prinsip perjuangan dan pendirian mereka. Yang menjadi persoalan besar kini ialah sikap dan pendirian umat Islam yang seringkali tidak konsisten dan adakalanya menggadaikan prinsip dalam hal menentukan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin demi membebaskan tanah air, menebus hak dan maruah umat Islam seluruhnya. Tidak ada kata sepakat di antara negara-negara Islam dalam menangani perkembangan konflik Palestin. Sebaliknya apa yang berlaku ialah terdapat negara-negara Islam yang mengambil pendirian tertentu berdasarkan kepada kepentingan politik, ekonomi dan dasar luar yang tunduk kepada tekanan Amerika. Maka tidak hairanlah terdapatnya negara-negara Islam yang mengikat perjanjian damai dengan Israel serta mengadakan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan rejim zionis. Kertas kerja ini akan menghuraikan secara objektif beberapa dasar yang perlu dirujuk dalam menentukan pendirian supaya tidak bercanggah dengan tuntutan syara. Ianya juga bertujuan untuk membantu para fuqaha dan ulama dalam merumuskan satu keputusan yang jitu untuk menyelaraskan pendirian negara, pemimpin dan masyarakat Islam secara keseluruhan dalam menangani isu perjuangan pembebasan Palestin dan Baitul Maqdis.

Dasar dan rujukan asas

1. Sudut Keislaman Baitul Maqdis mempunyai kedudukan yang khusus di dalam Islam. Status bumi suci (muqaddas) Baitul Maqdis ditegaskan oleh Al-Quran. Di antara dalilnya ialah

dari surah al-Isra ayat 1 di mana al-Quran membuat rujukan kepada masjid alAqsa yang diberkati di sekitarnya dalam merakamkan peristiwa Israk dan Mikraj. ( ayat 1 surah al-Isra' ): Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat

Bumi al-Quds juga merupakan bumi para anbiya di mana sebegitu ramai nabi dan rasul diutuskan di sana dan kawasan sekitar. Dalam hubungan kemuliaan Baitul Maqdis dan peristiwa yang telah berlaku dan bakal berlaku diungkapkan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taymiyah seperti berikut: "Di sana ada bukit Thur. Di bukit itulah Allah berbicara dengan Nabi Musa -Alaihissalam-. Bukit itulah yang Allah bersumpah dengannya dalam surah At-Thur dan dalam surah At-Tin. Di sana ada Al-Masjidil Aqsha. Di sana tempat diutusnya para Nabi, tempat hijrahnya Nabi Ibrahim. Ke sanalah batas akhir Isra'nya Nabi kita, dan awal mi'raj beliau. Di sanalah kekuasaan beliau dan tiang kuat Agamanya dan Kitabnya. Di sanalah tempat At-Tha-ifah Al-Manshurah (Golongan yang ditolong) dari ummat beliau. Di sanalah tempat padang Mahsyar dan tempat kembali, sebagaimana Makkah sebagai tempat awal kehidupan. Jadi Makkah sebagai Ummul Qura, dan Syam sebagai tempat dikumpulkannya seluruh manusia. Agama ini pertama muncul di Makkah hingga ia berkembang dan menjadi kuat, sampai Imam Mahdi berkuasa di Syam. Makkah adalah awal, Syam yang terakhir, dalam ciptaan dan keputusan, dalam kalimatkalimat kauniyah dan diniyah, dan di sanalah tempat At-Tha-ifah AlManshurah, hingga dunia kiamat

Baitul Maqdis juga menempatkan masjid al-Aqsa yang merupakan masjid ke tiga dan tanah suci ketiga umat Islam. Menurut sebuah hadis ia adalah mesjid yang kedua dibina selepas masjid al-Haram. Baitul-Maqdis di Palestin adalah merupakan masjid kedua yang dibina selepas Masjidil Haram di Mekah. Dalam sebuah hadis, Abu Zar berkata: Pada suatu hari aku bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai apakah masjid yang pertama sekali dibina dimuka bumi ini. Baginda menjawab Masjidil Haram;. Kemudian aku bertanya lagi ;kemudian, masjid apa..?; Baginda menjawab: Masjidil Aqsa;. Aku bertanya lagi: Berapakah jarak masa antara pembinaan kedua-dua masjid tersebut. Baginda Rasulullah menjawab: 40 tahun. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam. Al-Hazimi mengemukakan satu riwayat daripada al-Barra bin `Azib: . Daripada al-Barra bin `Azib bahawa perkara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. apabila sampai di Madinah ialah menemui datuk neneknya dari kalangan Ansar dan baginda bersembahyang mengadap ke arah Baitul Maqdis selama 16 bulan atau 17 bulan. Selepas itu barulah Allah SWT mensyariatkan umat Islam mengadap ke masjid al-Haram di Makkah Sesungguhnya Kami sering melihat mukamu mengadah ke langit, maka sesungguhnya Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. (al-Baqarah: 144)

Bersembahyang di masjid Al-Aqsa dan dua masjid di tanah suci umat Islam diberikan ganjaran pahala berlipat ganda. Solat di Masjidil Haram adalah sama dengan 100,000 kali solat (ditempat lain), dan solat di masjid ku (di Madinah) adalah sama dengan solat 1000 kali, dan solat di Baitul Maqdis adalah sama dengan 500 kali solat. (Riwayat at-Tabarani) Kedudukan Masjid al-Aqsa, masjid an-Nabawiy dan masjid al-Haram adalah lebih tinggi dari mesjid-mesjid lain sehingga dianjurkan untuk berziarah ke sana. Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam sabdanya : "Tidak sepatutnya (bersusah payah ) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid) kecuali (pergi) ketiga-tiga buah masjid (yang berikut) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." (Hadis Al-Bukhari) Berdasarkan kepada faktor status tanah suci, keberadaan masjid al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam di samping faktor kepentingan dari sudut sejarah di mana ia menjadi tempat para nabi dilahirkan, menjadi medan mereka menyampaikan risalah dan tempat persemadian mereka, maka kedudukan perjuangan pembebasan Palestin dari sudut tuntutan akidah Islam adalah sangat jelas. Ia merupakan kewajipan bagi seluruh umat Islam untuk berjuang bersamasama dengan rakyat Palestin untuk tujuan tersebut. Sokongan padu yang dituntut dari umat Islam bukan sekadar memberi sokongan malah mereka wajib menyatukan seluruh kekuatan dan menggembeling kekuatan di peringkat global ke arah pembebasan Palestin. Hadis-hadis Rasulullah SAW yang memberi petunjuk tentang hala tuju perjuangan ini jelas menunjukkan bahawa kemenangan akan memihak kepada umat Islam akhirnya. Rasulullah Shallallahu 'Alahi wa Sallam bersabda: "Akan senantiasa ada sekelompok dari ummatku yang memperjuangkan kebenaran, mereka mengalahkan lawan-lawan mereka. Mereka tidak digoyangkan oleh orang yang menyalahi mereka, melainkan mereka

mendapatkan penderitaan. Demikianlah keadaan mereka hingga datang pertolongan Allah, mereka tidak berubah. Para sahabat bertanya: Di mana mereka itu ya Rasullullah? Beliau menjawab: Mereka berada di Baitul Maqdis." (Musnad Imam Ahmad dari Abu Umamah R.A) Ini adalah isyarat jelas bahawa seluruh umat Islam dituntut untuk bersama menyusun strategi bagi mencipta kemenangan tersebut. Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata: "Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia! ", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)"- (Riwayat Bukhari dan Muslim).

2. Sudut kemanusiaan Konflik yang berlaku di Palestin adalah natijah dari satu bentuk kezaliman dan penindasan ke atas rakyat asal bumi Palestin. Tindakan pendatang-pendatang Yahudi yang merampas tanah air rakyat Palestin dan mengistiharkan negara Israel di atasnya adalah satu pelanggaran ke atas hak rakyat asal yang tidak dapat diterima oleh masyarakat antarabangsa1. Kempen-kempen keganasan yang dipelopori oleh gerombolan-grombolan bersenjata Yahudi menjelang

Pada tahun 1970, Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu secara rasmi dan khusus memperakui hak rakyat Palestin yang telah dirampas adalah unsur utama untuk mencapai keamanan yang tulen dan berkekalan di Asia Barat melalui Resolusi 2628 (XXV). Penegasan ini sekali lagi diulang oleh PBB pada tahun 1971 dan 1972. Pada tahun 1974, PBB memperakui hak rakyat Palestin yang tidak boleh dikhianati (inalienable rights) yang diungkapkan sebagai The right to self determination without external interference; the right to national independence and sovereignty; the inalienable right of the Palestinians to return to their homes (Hak untuk menentukan pemerintahan sendiri tanpa campur tangan asing; hak untuk mendapat kemerdekaan dan kedaulatan; dan hak mutlak rakyat Palestin untuk pulang ke kampung halaman mereka Lihat Current Status of the Question of Palestine. (dlm) The Question of Palestine. Kementerian Luar Malaysia dengan kerjasama Kementerian Penerangan Malaysia. 1983, hlm. 61 68.
1

pengistiharan negara Haram Israel pada bulan Mei 1948 telah menyebabkan hampir 1 juta rakyat Palestin diusir keluar atau melarikan diri dari kampung halaman mereka. Rumah, kebun dan tanah mereka dirampas dan diambil alih oleh penduduk Yahudi yang tidak mempunyai sebarang hak dari segi undangundang untuk tinggal di sana. Sebaliknya pemilik-pemilik tanah yang sah terpaksa melarikan diri dan hidup di khemah-khemah pelarian di negara-negara yang bersempadan seperti Jordan, Syria, Lubnan dan di Jalur Gaza. Sehingga kini pelarian Palestin masih belum mendapat pembelaan dari masyarakat antarabangsa walaupun penderitaan dan penganiayaan yang berlaku ke atas mereka sudah menjangkau enam dekad. Resolusi 194 yang mengiktiraf hak pelarian Palestin untuk pulang seberapa segera selepas pengusiran pada tahun 1948 sedikitpun tidak diendahkan oleh Israel.2 Di samping itu nasib penduduk Arab yang kini menetap di wilayah yang dikuasai Israel di Tebing Barat tidak ubah seperti rejim Aparthied yang pernah diamalkan oleh Afrika Selatan, malah lebih buruk daripada itu. Seringkali rumah-rumah mereka dirobohkan tanah mereka dirampas dan merampas dokumen pengenalan diri untuk membuka jalan kepada pembinaan projek-projek perumahan bagi menempatkan pendatang Yahudi yang masih membanjiri Palestin dari negara-negara asing3. Tindakan regim zionis di Tebing Barat membina tembok-tembok apartheid di sepanjang sempadan barat wilayah Tebing Barat telah memisahkan rakyat Palestn dari keluarga mereka,
Krisis pelarian Arab mencapai tahap kritikal sehingga Perhimpunan PBB meluluskan ketetapan 194 (III) pada 11 Disember 1948 di mana the refugees wishing to return to their homes and live at peace with their neighbours should be permitted to do so at the earliest practicable date pelarian yang berhasrat untuk pulang ke kampong halaman mereka dan hidup secara aman bersama jiran-jiran mereka perlu diizinkan untuk berbuat demikian pada tarikh menasabah yang paling awal. Usaha untuk menguruskan kepulangan pelarian diserahkan kepada PCC Palestine Conciliation Commission Suruhanjaya Perdamaian Palestin. Sebagaimana yang dijangka regim zionis Israel langsung tidak mengambil endah tentang ketetapan PBB tersebut. Pendirian ini dirumuskan oleh Perdana Menteri Israel David Ben Gurion Israel cannot and will not accept return Arab refugees to Israeli territory Israel tidak bolih dan tidak akan menerima kepulangan pelarian Arab ke wilayah Israel. 3 Sejak tahun 2000, sebanyak 2,075 aduan diterima daripada penduduk Arab mengenai pencabulan hak, yang mana sebahagian besarnya melibatkan perobohan tempat kediaman dan rampasan dokumen pengenalan diri. Di samping itu, sebanyak 29 Institusi Arab di Baitul Maqdis telah ditutup oleh Israel. Lihat Daud Abdullah, Yasir Arafat is dead: But the dream lives on. Impact International, Vol. 35, Nos 1 & 2, Jan Feb. 2005, pg. 29.
2

menghalang

mereka

untuk

mengerjakan

kebun

mereka,

membataskan

perjalanan rakyat Palestin dan memisahkan Baitul Maqdis dari Tebing Barat. Meskipun Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan tembok tersebut adalah menyalahi undang-undang dan mencabul hak asasi rakyat Palestin dan dengan itu perlu dirobohkan, tidak juga dihiraukan oleh Israel.4 Di samping itu pengunduran Israel dari Jalur Gaza hanyalah bertujuan untuk menguatkan cengkaman Israel ke atas penduduk Palestin di Gaza. Setelah mengosongkan penempatan Yahudi di Gaza (dan memindahkan mereka ke Tebing Barat sebagai sebahagian dari projek mengyahudikan Baitul Maqdis),

Langkah Israel membina tembok Apartheid yang memisahkan penempatan-penempatan Yahudi di Baitul Maqdis Timur dan di sepanjang Tebing Barat yang bersempadan dengan Israel (sempadan wilayah yang diduduki pada tahun 1949) menghilangkan sebarang keraguan bahawa Israel akan terus menduduki Baitul Maqdis. Meskipun Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice (IJC)) memutuskan bahawa tembok pemisah yang dibina oleh Israel sebagai melanggar hak-hak rakyat Palestin dan dengan itu perlu dirobohkan, Israel sebagaimana selalu dijangka menolak keputusan tersebut sebagai tidak relevan. Israel cuba berdolak-dalih dengan mendakwa tembok yang dibina sebenarnya adalah pagar (fence) sementara dan bukannya tembok (wall). Namun, hakikatnya tembok itu membawa implikasi pendudukan kekal Israel ke atas 43% dari wilayah Tebing Barat dan meletakkan baki 57% lagi dalam daerah-daerah yang terpisah-pisah4. Untuk meyakinkan dunia tentang sikap perikemanusiaan dan belas kasihan, Israel menyediakan 41 pintu-pintu pertanian untuk rakyat Palestin mengakses ladang-ladang mereka. Hakikatnya tembok itu bukan sahaja memisahkan di antara keluarga rakyat Palestin, malah menyebabkan mereka kehilangan tanah pertanian mereka yang tidak lagi boleh diusahakan. Tembok itu memberi laluan kepada Israel untuk mengambil alih lebih banyak kawasan Arab yang dikepungnya. Keputusan Perhimpunan Agung PBB untuk meluluskan Resolusi A/ES-10/L.18/Rev.1 pada Julai 2004 menyediakan landasan untuk mengambil tindakan ke atas Israel, berdasarkan kepada keputusan ICJ seperti berikut: All States are under an obligation not to recognize the illegal situation resulting from the construction of the Wall and not to render aid or assistance in maintaining the situation created by such construction; all States Parties to the Fourth Geneva Convention Relative to the Protection of Civilian Persons in Time of War of 12 August 1949 have in addition the obligation, while respecting the United Nations Charter and international law, to ensure compliance by Israel with international humanitarian law as embodied in that Convention. (Semua negara adalah tertakluk di bawah tanggungjawab untuk tidak mengiktiraf situasi tidak sah natijah daripada pembinaan tembok (pemisah Israel) dan tidak memberi sebarang sumbangan kewangan dan bantuan untuk mengekalkan keadaan tersebut akibat daripada pembinaan tembok sedemikian; Semua negara anggota kepada Konvensyen Geneva ke Empat Berkaitan Perlindungan kepada Orang Awam pada Waktu Peperangan bertarikh 12 Ogos 1949 tambah lagi mempunyai tanggungjawab, sementara mengakui Peraturan PBB dan undang-undang antarabangsa, untuk memastikan Israel tunduk kepada undang-undang kemanusiaan sejagat seperti yang diperuntukkan oleh Konvensyen tersebut.)

Israel kini bebas untuk melakukan pencerobohan ke atas Gaza seperti yang sedang terjadi ekoran dari penangkapan seorang askar Yahudi oleh pejuangpejuang Islam di Gaza. Dunia mendapat gambaran bahawa Israel bertindak untuk menyelamatkan seorang askarnya yang ditahan sedangkan terdapat lebih 1,900 rakyat Palestin yang kini ditahan tanpa sebarang perbicaraan dan tidak diketahui nasib mereka samada hidup atau mati. Malah ada ratusan dari tahanan itu yang terdiri dari kanak-kanak, remaja di bawah umur dan wanita yang tidak mendapat sebarang liputan apatah lagi pembelaan. Berapa laporan menunjukkan bahawa tahanan Palestin menerima pelbagai bentuk penderaan fizikal dan mental tanpa adanya usaha pemantauan dari badan-badan antarabangsa yang memantau pencabulan hak asasi manusia.5 Jelas dari sudut kemanusiaan bahawa rakyat Palestin menjadi mangsa kekejaman regim zionis yang merampas dan menafikan hak mereka serta mengamalkan sistem aparthied yang melayani rakyat Palestin sebagai satu ras/bangsa kelas kedua yang ditindas.

3. Sudut Percaturan Politik antarabangsa yang didalangi kuasa besar Palestin dijajah melalui satu perancangan yang disusun di peringkat

antarabangsa. Kuasa-kuasa Eropah telah bersekongkol untuk menjatuhkan Khilafah Utsmaniyah dan menjajah wilayah-wilayah Islam di timur tengah dengan membangkitkan semangat kebangsaan Arab untuk memberontak ke atas penguasaan Turki. Perpecahan ini menyumbang kepada kekalahan Turki dalam

Israel melakukan pelbagai pencabulan ke atas hak asasi manusia dengan memenjarakan kanak-kanak dan wanita, menahan tanpa bicara dan melakukan penyeksaan fizikal dan mental sehingga menyebabkan kematian. Pusat tahanan Khiam (KDC) yang ditubuhkan pada tahun 1985 telah memenjarakan kira-kira 8,500 tahanan dengan pelbagai bentuk alat penyeksaan yang amat mengerikan. Lihat Israels Chamber of Horror: War crimes under Israeli occupation, Impact International Vol. 30, No. 12. Dec. 2000, pg. 9 13; Juga lihat Dan Ephron, Secrets of Unit 1391: Uncovering an Israeli jail that specializes in nightmare. Newsweek. June 28, 2004, pg. 22 23; Laporan mengenai penahanan dan penangkapan ke atas kanak-kanak boleh dirujuk dalam Daud Abdullah, The Other Abu Gharibs: Abuse without remorse or apology. Impact International. Vol. 34, No 6 & 7, June July, 2004, pg. 32 34.

perang dunia I dan menyebabkan wilayah Arab dikuasai oleh British dan Peranchis. Perjanjian Sykes-Picot pada tahun 1916 meletakkan Syria dan Lubnan di bawah penguasaan Peranchis dan Trans-Jordan (kini Jordan dan Iraq) di bawah penguasaan British. Liga Bangsa-bangsa (League of nations), sebuah Pertubuhan dunia yang dibentuk oleh kuasa barat yang menang dalam Perang Dunia I memberi mandat khas kepada British untuk mentadbir Palestin. Ini membuka jalan kepada orang-orang Yahudi untuk memasuki negara Palestin setelah Parlimen Britain menerima Deklarasi Balfour, hasil dari lobi Yahudi zionis setahun sebelum berakhirnya peperangan; iaitu sebaik sahaja tentera Britain menawan Baitul Maqdis.6 Kemenangan Britain dan Deklarasi Balfour adalah kemenangan awal bagi Pertubuhan zionis antarabangsa yang berhasrat untuk mendirikan negara Yahudi di atas wilayah Palestin.

Deklarasi Balfour ini sebenarnya ialah sepucuk surat yang dikemukakan oleh Author Balfour yang pada ketika itu merupakan 'foreign secretary' kerajaan Britain kepada Lord Rothschild seorang tokoh dan financier kepada gerakan Zionis. Surat tersebut ditulis setelah mendapat restu Perdana Menteri Britain, George Lloyd dan diluluskan oleh kabinet. Surat yang ditulis pada 2 hb November, 1917 itu adalah seperti berikut: "I have much pleasure in conveying to you, on behalf of His Majesty's Government, the following declaration of sympathy with Jewish zionist aspirations which has been submitted to and approved by the cabinate: His Majesty's Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of the existing non-jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country. I should be grateful if you would bring this declaration to the knowledge of the Zionist federation. Yours sincerely, Arthur Balfour. Saya merasa amat sukacita di dalam menyampaikan, bagi pihak Kerajaan (British), pernyataan simpati terhadap aspirasi yahudi zionis yang telah dikemukakan dan diluluskan oleh Kabinet. Kerajaan berpandangan menyokong pembentukan di Palestin sebuah negeri bagi penduduk Yahudi, dan akan berusaha sedaya mungkin untuk merealisasikan hasrat ini, dengan kefahaman tiada sesuatu dilakukan yang akan menjejas hak-hak sivil dan keagamaan masyarakat bukan Yahudi yang sedia ada di Palestin, atau hak dan status politik yang dinikmati oleh orang Yahudi di Negara lain. Saya amat berbesar hati jika deklarasi ini dibawa ke pengetahuan Pertubuhan zionis6 Yang benar Arthur Balfour

Perang Dunia ke II memberi alasan kepada lobi zionis untuk mempengaruhi pendapat umum masyarakat antarabangsa. Atas sebab-sebab kemanusiaan, dunia harus memberi pembelaan kepada bangsa Yahudi yang menjadi sasaran pembunuhan kejam rejim Nazi dalam apa yang disebut sebagai holocoust. Lobi Yahudi yang sangat kuat di Amerika Syarikat telah berjaya mempengaruhi Presiden Truman untuk mengizinkan 100,000 Yahudi Eropah memasuki Palestin. Keadaan ini telah mempertajam pergeseran yang telah lama berlaku di antara penduduk Arab yang asal dengan pendatang Yahudi. Britain yang tidak berupaya menangani kemelut yang diciptanya telah menyerahkan isu konflik Palestin-Yahudi kepada Bangsa-bangsa Bersatu. PBB bertindak membentuk satu jawatankuasa sementara yang diberi tugas untuk menyelesaikan pertikaian penduduk Arab dan Yahudi. Jawatankuasa ini UNSCOP telah mencadangkan pelan pembahagian partition ke atas wilayah Palestin di mana 55% wilayah diserahkan kepada penduduk Yahudi.7 PBB telah membentangkan cadangan ini kepada negara anggota dan diputuskan melalui undi. Lobi Yahudi sekali lagi bekerja keras untuk mendapat sokongan para perwakilan.Hasilnya 33 negara menyokong, 13 menentang dan 10 berkecuali. Kesimpulannya cadangan UNSCOP diterima dan Resolusi 181 diluluskan. Britain mengambil sikap lepas tangan dan keluar dari Baitul Maqdis pada 14 Mei 1948. Ini diikuti dengan pengistiharan negara haram Israel di atas wilayah Palestin yang diserahkan kepada pendatang Yahudi melalui resolusi 181. Dengan ini tercetuslah perang

Tujuh negara iaitu Canada, Czechoslovakia, Guatemala, Belanda, Peru, Sweden dan Uruguay mencadangkan supaya Palestin dipecahkan kepada negara Arab, negara Yahudi dan Baitul Maqdis diletakkan di bawah pentadbiran antarabangsa. British diberi kuasa untuk mentadbir wilayah mandate Palestin selama dua tahun tempoh interim di bawah pengawasan PBB dan membawa masuk 150,000 pendatang Yahudi ke negara Yahudi yang dicadangkan itu. Dalam cadangan majority majority report UNSCOP negara Palestin yang mempunyai keluasan 10,000 batu persegi akan dipecahkan kepada 4,300 batu persegi menjadi milik Arab dan selebihnya 5,700 batu persegi menjadi milik Yahudi. Sedangkan pendatang Yahudi ketika itu hanya memiliki 6 hingga 8% sahaja dari 20% tanah yang bolih diairi arable land. Negara Arab yang dicadangkan itu sebahagian besarnya merupakan kawasan yang tidak subur di bahagian tengah Palestin dan ke sebelah utara Galilee. Negara Yahudi meliputi kawasan yang subur dari selatan Acre ke selatan Jaffa dan kawasan padang pasir Negev. BaitulMaqdis dan Hebron masih lagi berada dalam negara Palestin yang dicadangkan. Bilangan penduduk Arab yang berada dalam negara Yahudi cadangan UNSCOP ialah seramai 497,000 orang, hampir menyamai bilangan penduduk Yahudi iaitu 498,000 orang

Arab-Israel yang pertama yang berkesudahan Israel menguasai 22% tambahan wilayah dengan mensisakan Tebing Barat dan Jalur Gaza. Sempadan negara Israel yang baru hasil dari pendudukan wilayah yang tidak termasuk dalam Resolusi 181 diiktiraf pula melalui persetujuan Rhodes armistice 1949. Perkembangan selanjutnya ialah pendudukan Israel ke atas Tebing Barat, Baitul Maqdis timur (termasuk masjid al-Aqsa), Jalur Gaza dan Tanah tinggi Golan Syria pada tahun 1967. PBB telah meluluskan Resolusi 242 yang mengistiharkan pendudukan Israel tidak sah dan perlu kembali ke sempadan pra-1967. Resolusi ini dan ratusan resolusi lain berkaitan wilayah yang diduduki pada tahun 1967 dan pendudukan Baitul Maqdis dan pengistiharannya sebagai ibu negara abadi Israel langsung tidak diendahkan. Kedegilan Israel yang langsung tidak menghiraukan kutukan masyarakat antarabangsa melalui PBB dan melanggar piagam PBB mengenai hak rakyat Palestin yang diusir dari tanah air mereka adalah berpunca dari Amerika Syarikat yang sentiasa mendukong tindakan rejim zionis. Kuasa veto yang ada ditangan AS seringkali diguna untuk menggagalkan keputusan penting yang dicapai oleh PBB jika ia dilihat menjejaskan kepentingan Israel. Kesimpulannya penjajahan Israel ke atas wilayah Palestin adalah dirancang oleh kuasa-kuasa barat yang bersekongkol dengan matlamat zionis. Rejim zionis Israel masih bertahan sehingga hari ini kerana dokongan kuasa besar khususnya Amerika Syarikat.

4. Sudut Kepentingan Strategik Wilayah Palestin mempunyai kedudukan yang amat strategik berdasarkan faktafakta berikut: Akar umbi bagi tiga agama besar dunia (agama samawi Yahudi, Kristian dan Islam). Oleh itu ia merupakan focal point dalam peradaban Judeo-Kristian-

Islam. Bagi penganut/bangsa Yahudi, Palestin adalah warisan peninggalan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Bagi penganut agama Kristian pula Palestin adalah tanah suci mereka berdasarkan kepada tempat kelahiran Nabi Isa a.s. iaitu di Baitul Laham. Bagi umat Islam pula semua Nabi-nabi yang diutus adalah sebahagian dari tradisi Nubuwah yang berterusan sehingga Nabi Muhammad SAW. Maka ia bumi para anbiya dan bumi suci yang menempatkan al-Haram asSyarif Masjid al-Aqsa. Tumpuan kuasa-kuasa besar sepanjang sejarah. Kedudukan Palestin di antara timur dan barat menjadikan ia rebutan kuasa-kuasa besar yang pernah muncul dalam sejarah. Ini termasuklah Kerajaan Assyria dan Babylon, Rum dan Farsi. Kedudukan sebagai pusat tamaddun yang berkembang di timur tengah menjadikan ia tumpuan empayar yang pernah berkuasa. Sehingga kini Palestin menjadi tumpuan kuasa besar khususnya Amerika dengan menyokong regim zionis tajaan di atas wilayah Palestin. Palestin adalah tapak kepada gagasan Israel Raya. Israel berhasrat untuk mendirikan gagasan Israel raya yang menganjur dari Sungai Nil, Mesir ke Sungai Furat, Iraq. Dengan bertapaknya regim zionis di tengah-tengah Dunia Arab, Israel dan sekutunya Amerika berusaha untuk memecah belahkan negaranegara Islam di atas isu ini. Kerana itu wujud usaha-usaha diplomatik yang ditajakan oleh Amerika bagi mencipta satu situasi politik yang stabil dan selamat untuk kelangsungan negara Israel. Perjanjian damai dengan Mesir pada tahun 1978 dan Jordan pada tahun 1994 adalah di antara usaha-usaha sedemikian. Palestin boleh menyatukan umat Islam. Sebagaimana Israel menjadi duri dalam daging untuk memecahkan kesatuan umat Islam, begitulah sebaliknya perjuangan membebaskan Palestin bolih menjadi titik awal kepada penyatuan umat Islam. Jika umat Islam dan negara-negara Islam dalam disatukan di atas isu ini, seluruh kekuatan umat boleh digembeling ke arah pembebasan Baitul Maqdis. Ini adalah merupakan satu tujuan mulia yang boleh meruntuhkan semua

tembok-tembok yang menghalang kerjasama samada ideologi politik, sentimen kenegaraan dan sebarang bentuk perbalahan.

Perkembangan semasa Perjanjian Damai yang menggadaikan masa depan Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa. Kemenangan Hamas dalam pilihanraya umum Palestin pada bulan Februari 2006 mengejutkan Amerika Syarikat dan Israel. Mereka mengharapkan Fatah memenangi pilihanraya tersebut supaya agenda pendudukan kekal rejim Zionis ke atas wilayah Palestin dapat diteruskan melalui siri-siri rundingan yang telah dicapai sejak lebih satu dekad, dengan termeterainya Perjanjian Oslo pada tahun 1993. Hamas yang menang selesa mendapat mandat daripada rakyat Palestin untuk membentuk kerajaan dan mengetuai Pihak Berkuasa Palestin yang sebelum ini diterajui oleh Fatah. Amerika Syarikat melalui forum Kuartet Timur Tengah (empat kuasa dunia iaitu Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Rusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) mengugut Hamas supaya tunduk kepada tiga tuntutan iaitu; melucutkan senjata, mengiktiraf Israel, dan meneruskan rundingan damai dengan Israel. Bermula dengan Perjanjian Oslo dan persefahaman/rundingan yang menyusul ekoran daripadanya seperti Oslo I, Oslo II, Sharm el Sheikh I, Sharm el Sheikh II atau Persefahaman Wye, Sidang Kemuncak Taba dan Deklarasi Washington;

kesemuanya tidak memberikan apa-apa harapan kepada rakyat Palestin8. Melalui tekanan diplomatik dan desakan Amerika Syarikat, Pihak Berkuasa Palestin dipaksa untuk memperakui kewujudan negara haram Israel yang diisytiharkan pada tahun 1948, sekaligus melenyapkan tuntutan rakyat Palestin kepada 77% wilayahnya yang dirampas oleh rejim Zionis. Komitmen Israel untuk mencapai Persetujuan Status Muktamad (Final Status Agreemet) bagi menentukan sempadan Israel/Palestin yang kekal berdasarkan Resolusi PBB 242 dan 338 adalah pembohongan semata-mata. Ini adalah kerana Israel diberikan lampu hijau oleh Amerika Syarikat untuk menentukan sampai manakah sempadan negara Israel yang wajar untuk menjamin keselamatannya. Atas dasar ini, rejim Zionis membina tembok apartheid di dalam Tebing Barat kononnya untuk melindungi penempatan-penempatan haram Yahudi yang dibina di wilayah yang didudukinya pada tahun 1967. Tembok-tembok ini secara hakikatnya menyebabkan lebih 50% dari Tebing Barat berada di dalam wilayah Israel. Bagaimana pula dengan kedudukan Baitul Maqdis dan kota Al-Quds yang menempatkan Haram Al-Sharif dan Masjid Al-Aqsa? Sejak termeterainya

Secara ringkasnya, Perjanjian Oslo menetapkan pasukan tentera Israel berundur dari Semenanjung Gaza dan Tebing Barat dan memperakui hak rakyat Palestin ke atas pemerintahan sendiri di wilayah tersebut melalui pembentukan Pihak Berkuasa Palestin atau Palestine Authority (PNA). Pemerintahan sementara Palestin akan berlangsung selama lima tahun di mana dalam tempoh tersebut sebuah persetujuan kekal akan dirundingkan (bermula tidak lewat dari Mei 1996). Isu-isu utama seperti kedudukan Baitul Maqdis, pelarian, dan penempatan Yahudi sengaja tidak disinggung di dalam perjanjian tersebut dan akan diputuskan kemudian. Kerajaan sendiri sementara Palestin akan diperakui mengikut fasa perlaksanaan. Jericho dan Semenanjung Gaza akan dibahagikan kepada tiga zon seperti berikut : Kawasan A di bawah kuasa penuh Pihak Berkuasa Palestin. Kawasan B Kuasa awam Palestin dan kuasa tentera Israel. Kawasan C Kuasa penuh Israel. Bersama dengan Deklarasi ini (DOP), kedua-dua belah pihak menandatangani SuratSurat Saling Pengiktirafan (Letters of Mutual Recognition). Kerajaan Israel mengiktiraf PLO sebagai wakil yang sah bagi rakyat Palestin dan PLO mengiktiraf hak negara Israel untuk wujud dan menolak keganasan dan hasrat untuk memusnahkan Israel. Matlamat perundinganperundingan Palestin-Israel ialah membentuk sebuah pihak berkuasa Kerajaan Sementara Palestin, melalui Majlis yang dipilih untuk rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, untuk satu tempoh peralihan tidak melebihi lima tahun ke arah status muktamad berdasarkan Resolusi PBB 242 dan 338.

Perjanjian Oslo, Deklarasi Prinsip yang ditawarkan oleh Presiden Clinton pada tahun 2001 dan Pelan Damai (Road Map) yang ditaja oleh Amerika Syarikat pada tahun 2003 langsung tidak menyentuh tentang kedudukan Baitul Maqdis9. Hakikatnya, Baitul Maqdis tidak akan dilepaskan oleh Israel kerana ia telah diisytiharkan di dalam Perlembagaannya sebagai ibu negara Israel yang abadi. Pada satu ketika, mereka bersedia untuk mengakui kedaulatan Palestin ke atas kota suci Al-Quds tetapi hanya pada bahagian permukaan Haram Al-Sharif, dan mereka menuntut kedaulatan pada Tembok Barat (Western Wall), kedaulatan di bahagian bawah (deeper soveriegnty) dan ke atas kawasan perumahan Yahudi yang dibina di atas tanah wakaf umat Islam yang dirampas10.
9

Meskipun Baitul Maqdis Timur akan menjadi ibu negara Palestin menurut cadangan Deklarasi Prinsip Clinton, namun Pihak Berkuasa Palestin tidak ada hak ke atas soal-soal keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang yang akan diserahkan kepada tentera asing! Bagaimana pula dengan pengisytiharan Israel ke atas Baitul Maqdis sebagai ibu negara abadi Israel pada tahun 1980?9 Pengisytiharan ini langsung tidak mengendahkan Resolusi 237 PBB yang menolak pendudukan Baitul Maqdis dan pengisytiharan Israel sebagai ibu negaranya; dan juga Resolusi 405 yang diterima pada tahun 1988 yang secara jelas memperakui Baitul Maqdis sebagai wilayah Palestin yang diduduki. Menurut gagasan Israel, Baitul Maqdis akhirnya akan dikuasai sepenuhnya. Hasrat Palestin untuk mendapatkan Baitul Maqdis Timur tidak mungkin menjadi kenyataan jika mereka terus meletakkan kepercayaan kepada Proses Damai dengan Israel. Adil Salahi, Jerusalem: International Legality. Negotiating the Non-negotiable. Impact International. Vol. 30, No.11. November 2000, pg 6 8.

Mengenai kedudukan Kota Lama dan Haram Al-Sharif yang menjadi fokus pertikaian di antara Yahudi Zionis dan Palestin. Meskipun Kota Lama yang keluasannya hanya kira-kira 1 km2 ditawarkan kepada Palestin dalam perundingan Camp David II, namun kedaulatan ke atasnya dibahagikan kepada dua jenis kedaulatan, iaitu kedaulatan permukaan (surface sovereignty) dan kedaulatan kedalaman (deeper sovereignty). Kedaulatan permukaan menjadi milik Palestin sedangkan kedaulatan kedalaman menjadi milik Israel. Dalam ertikata yang lain, semua struktur binaan yang berada di atas permukaan Haram Al-Sharif adalah milik Palestin sedang apa yang ada di bawah permukaan adalah milik Israel. Ini samalah dengan membahagikan sebuah bangunan kepada bumbung dan apa-apa yang ada di bawahnya. Sesungguhnya, niat sebenar Israel dengan mudah dapat dibaca kerana mereka ingin menguasai apa yang mereka dakwa sebagai tempel mount yang menjadi tapak kepada Haram Al-Sharif. Apabila kompleks Masjid Al-Aqsa dihapuskan, Palestin tidak mempunyai sebarang hak pun di sana. Di samping itu, Israel juga meletakkan tuntutan ke atas Tembok Tangisan (Wailing Wall) iaitu sebahagian daripada tembok sebelah barat Haram Al-Sharif. Israel sebenarnya tidak mempunyai sebarang hak ke atas apa yang mereka namakan sebagai Tembok Tangisan kerana ia adalah sebahagian daripada Tembok Al-Buraq (tempat Nabi Muhammad s.a.w. mengikat tunggangannya dalam peristiwa Isra dan Mikraj). Apabila berlaku rusuhan Tembok Buraq (The wailing walls riot) pada tahun 1929, Suruhanjaya yang dibentuk oleh Liga NegaraNegara (League of Nations), badan dunia yang mendahului PBB telah membuat penyiasatan ke atas kedudukan tembok tersebut pada tahun 1937 dan mengesahkan ia sebagai warisan yang dimiliki umat Islam. Israel juga menuntut kedaulatan ke atas kawasan Yahudi yang terletak di sebelah barat Haram Al-Sharif. Kawasan ini pada asalnya merupakan kawasan Arab, dan penempatan Yahudi

10

Semua perjanjian itu juga tidak menyentuh tentang hak pelarian Palestin untuk pulang ke tanahair mereka meskipun ia dijamin oleh Resolusi PBB 194 dan juga Peraturan PBB (UN Charter). Pelan Damai hanya menyebut tentang kepulangan pelarian dari generasi pertama ke kawasan yang hampir dengan kediaman asal mereka. Cara mana kepulangan ini dikendalikan serta apa yang dianggap sebagai hampir dengan kediaman asal adalah tertakluk kepada tafsiran Israel. Ini bermakna kesemua usaha untuk mewujudkan perdamaian melalui tajaan Israel-Amerika Syarikat tidak lebih daripada satu perancangan licik untuk mengukuhkan penguasaan rejim Zionis ke atas wilayah Palestin yang diduduki. Perjanjian Oslo yang dimeterai pada tahun 1993 dan persefahamanpersefahaman yang menyusul dari tahun 1994 hingga 2001 juga tidak lebih daripada konspirasi untuk memerangkap PLO supaya tunduk kepada kehendak Israel. Mandat ke atas Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, serta pengisytiharan kemerdekaan Palestin yang dijanjikan kepada PLO hanyalah gula-gula bagi menutup hasrat Yahudi Zionis untuk mengukuhkan cengkamannya ke atas Baitul Maqdis dan wilayah yang didudukinya di Tebing Barat. Ternyata Perjanjian Oslo tidak membawa apa-apa makna kepada rakyat Palestin. Kelahiran negara Palestin yang ditunggu-tunggu, yang sepatutnya menjadi kenyataan pada tahun 1998 terus menjadi fatamorgana yang memperdaya. Atas alasan membendung intifadah, Israel dan sekutu rapatnya Amerika Syarikat terus menangguh-nangguh perlaksanaan Perjanjian Oslo. Satu dekad berlalu tanpa sebarang kemajuan. Selepas kegagalan Perjanjian Oslo, mereka menawarkan pula Pelan Damai dengan meletakkan jadual berfasa kepada
dibina di atas tanah wakaf umat Islam. Tidak ada sebidang tanahpun yang menjadi milik Israel atau Yahudi.

kemerdekaan negara Palestin pada tahun 2005. Sebaliknya yang berlaku ialah Israel membina tembok Apartheid bagi mengukuhkan penguasaannya ke atas kawasan-kawasan strategik yang didudukinya pada tahun 1967. Dengan adanya tembok pemisah dan penempatan-penempatan haram Yahudi di Baitul Maqdis Timur, kemungkinan Israel akan berundur dari Baitul Maqdis menjadi semakin tipis. Israel akan terus membina realiti-realiti baru di atas wilayah Palestin yang diduduki supaya jika mereka terpaksa tunduk kepada tekanan antarabangsa sekalipun dan bersetuju dengan kemerdekaan Palestin, ia tidak akan menjejaskan wawasan Israel untuk mengekalkan Baitul Maqdis Barat dan Timur sebagai bandaraya yang disatukan dan Baitul Maqdis sebagai ibu negara abadi Israel. Sebagai kesimpulan, mengiktiraf semua perjanjian yang telah dimeterai di antara Pihak Berkuasa Palestin dan Israel serta meneruskan rundingan hanya membawa maksud-maksud berikut : Sebanyak 77% daripada wilayah Palestin yang dirampas oleh Israel dalam tahun 1948 kini sah menjadi milik Israel apabila PLO yang dilantik mewakili rakyat Palestin (oleh Israel) mengakui Resolusi 181 dan mengiktiraf kewujudan Israel; Palestin akan kehilangan sekitar 50% lagi wilayah di Tebing Barat, iaitu 23% daripada negara Palestin yang asal dengan pembinaan tembok yang melingkari Baitul Maqdis Timur dan di sepanjang wilayah Israel yang terbentuk pada tahun 1949; Negara Palestin yang akan terbentuk dari proses damai tajaan IsraelAmerika Syarikat akan terdiri daripada tiga bahagian yang terpisah iaitu Semenanjung Gaza, Tebing Barat dan Baitul Maqdis Timur (dengan kedaulatan yang terbatas). Realitinya, Perjanjian Oslo dan persefahaman

yang menyusul menyaksikan kelahiran sebuah negara Palestin yang terpecah-pecah (cantonments); Semenanjung Gaza akan menjadi sebuah penjara besar yang terkepung dari semua arah, termasuk pesisiran pantai dan ruang udara yang dikuasai sepenuhnya oleh Israel; Baitul Maqdis kekal sebagai ibu negara abadi Israel. Meskipun Palestin mempunyai kedaulatan ke atas Haram Al-Sharif (kompleks Masjid AlAqsa), namun ia tidak membawa sebarang erti kepada umat Islam; Pelarian Palestin terpaksa melupakan hasrat mereka untuk pulang ke tanahair dan kampung halaman mereka. Israel bertegas tidak akan mengizinkan pelarian pulang, meskipun bersetuju untuk mencapai status muktamad perdamaian berdasarkan Resolusi PBB 242, 338 dan 194 (yang menegaskan hak pelarian Palestin untuk pulang). Sudah jelas, satu-satunya pilihan yang ada ialah meneruskan penentangan tanpa menggadaikan hak-hak rakyat Palestin. Pendirian Hamas untuk tidak meneruskan rundingan damai dengan Israel sedia dimaklumi. Ini adalah kerana perjanjian damai yang dicapai di antara kerajaan Palestin yang diterajui oleh Fatah sebelumnya dengan Israel tidak lebih daripada satu penipuan yang dirancang oleh Israel dan Amerika Syarikat. Walau apapun, seperti yang telah diikrarkan sejak dari pengasas-pengasas negara haram Yahudi seperti David Ben Gurion, Golda Meir dan Moshe Dayan, sehinggalah pemimpin terkini seperti Shimon Peres, Yitzhak Rabin, Ehud Barak, Benjamin Netanyahu dan Arial Sharon, Baitul Maqdis tetap akan dipertahankan oleh Israel kerana seperti slogan yang mereka selalu ulangi :

Tidak ada Israel tanpa Jerusalem (Baitul Maqdis) dan tidak ada Jerusalem tanpa Israel. (There is no Israel without Jerusalem and there is no Jerusalem without Israel.)

Kertas kerja disediakan oleh Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor


Pengarah PACE (Palestine Centre of Excellence) Untuk Seminar Baitul Maqdis Anjuran Persatuan Ulama Malaysia 7 8 Ogos 2010

Hotel De Palma, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor

Anda mungkin juga menyukai