Anda di halaman 1dari 7

‫احلمدهلل القائل‬

          

           

‫ اللهم صل وسلم وابرك‬.‫أشهد أن ال الو إال هللا وحده الشريك لو وأن دمحما عبده ورسولو‬
،‫ إتقوا هللا‬،!‫ فيا أيها املسلمون‬،‫ أما بعد‬.‫على سيدان دمحم وعلى ألو وأصحابو أمجعني‬
.‫ فقد فاز املتقون‬،‫أوصيكم وإايى بتقوى هللا‬
:‫ أييها الذين أمنوا اتقوا هللا حق تقاتو وال متوتون إال وأنتم مسلمون‬:‫قال هللا تعاىل‬

Sidang Jumaat yang di Rahmati Alllah,

Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-
Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk
memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah
jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (al Isra’ : 1)

Palestin merupakan bumi yang telah dimuliakan oleh Allah dengan peristiwa Isra’ Mi’raj. Palestin
terletak di bahagian Barat Daya Syam dan berdekatan dengan persisiran Laut Meditteranien di Asia
Barat. Palestin juga merupakan penghubung antara Asia dan Afrika sepertimana keistimewaannya
yang dekat dengan Eropah. Sempadan utaranya bertemu Lubnan, timur lautnya Syria, timurnya
Jordan dan selatannya Mesir. Keluasan Palestin yang diiktiraf mencecah 27 ribu km persegi.

Sedikit berkenaan sejarah pertembungan antara rakyat Palestin dan Yahudi Zionis, Palestin
dahulunya tertakluk di bawah pemerintahan Turki Uthmaniyyah yang juga menguasai keseluruhan
wilayah Timur Tengah selama hampir 400 tahun.

Pada abad ke-19, orang-orang Yahudi telah ditindas di Eropah menyebabkan mereka berhijrah ke
Palestin. Mereka mula bersatu dan hidup bersama dengan penduduk arab serta mendapat
perlindungan untuk mengamalkan agama mereka iaitu bermula pada 20 April 1799, seramai 5000
orang yahudi masuk untuk berlindung di Palestin. Namun, apabila kolonialisme Eropah menakluki
hampir seluruh dunia, lahirlah gerakan Zionisme, iaitu sebuah gerakan politik yang mendakwa
bahawa menurut Old Testament dan New Testament, semua orang Yahudi mempunyai hak ekslusif
ke atas Palestin.

Ibarat melepaskan anjing yang tersepit, setelah bangsa Arab Palestin membantu golongan Yahudi
dengan menjadikan Palestin sebagai tempat perlindungan, wujud gerakan Zionisme yang
mempercayai dan memperjuangkan Old Testament dan New Testament bahawa semua orang
Yahudi mempunyai hak eksklusif ke atas Palestin disebabkan Masjid Al-Aqsa dibina diatas tapak
ibadat mereka yakni Haykal Sulaiman. Gerakan ini kemudiaanya giat untuk melobi kuasa-kuasa besar
dunia pada ketika itu iaitu Britain, Perancis dan Amerika. Pada Ogos 1897, suatu persidangan
antarabangsa zionis telah berjaya di adakan di Switzeland dan di bawah pimpinan Tudor Heartz telah
membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah kerajaan Yahudi berasaskan latar
belakang keagamaan dan keturunan kaum Yahudi. Penubuhan Zionis Antarabangsa ini bersepakat
untuk mendapatkan tanah Palestin dengan apa cara sekalipun melalui tipu muslihat dan kezaliman.
Usaha gerakan Zionis melobi kuasa besar dunia ini membuahkan hasil melalui Pengisytiharan Balfour
pada 2 November 1719 menyaksikan Setiausaha Luar Negara Britain, Lord Balfour mengumumkan
sokongan bersepadu kerajaan Britain kepada pembentukan sebuah negara kebangsaan bagi orang
Yahudi di Palestin.

Pada 24 Julai 1922, pengisytiharan Balfour ini diterima oleh Liga Bangsa – Bangsa yang menyaksikan
kemasukan beramai – ramai kaum yahudi di Eropah ke Palestin. Semenjak itulah kekacauan ,
kekalutan dan peperangan mula berlaku di tanah Palestin. Sehubungan itu, Mimbar dengan ini
mengajak seluruh para jemaah untuk faham dan mengambil berat isu Palestin ini

Sidang Jumaat yang di Rahmati Alllah,

Palestin di muliakan dan disepakati oleh para Ulama sebagai kawasan syahid dan wajib dilindungi
serta dipertahankan oleh umat Islam. Sehubungan itu, mimbar dengan ini mengajak para jemaah
untuk kedudukan Palestin dan Masjid al-Aqsa menurut al-Quran dan Hadis, antaranya :

1. Pertama: kedudukan dan kemuliaan Masjid Al-Aqsa.


Masjid ini mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Islam kerana ia adalah tempat Isra’ dan
MI’raj junjungan kita Nabi Muhamad SAW sepertimana firman Allah SWT:

          

           

1. Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-
Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk
memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah
Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

2. Masjid Al-Aqsa ialah kiblat yang pertama bagi umat Islam. Kerana inilah kiblat pertama yang
ditujukan oleh nabi kita (SAW) dan para sahabat selama 17 bulan semasa mereka berada di Madinah.
Sehinggalah Allah SWT menurunkan ayat Al-Quran:
             

             

           

144. Kerap kali Kami melihat Engkau (Wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit,
maka Kami benarkan Engkau berpaling mengadap kiblat Yang Engkau sukai. oleh itu palingkanlah
mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka
hadapkanlah muka kamu ke arahnya. dan Sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang telah
diberikan kitab, mereka mengetahui Bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah Yang
benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang mereka lakukan.

3. Ganjaran solat di dalam masjd al-Aqsa bersamaan 500 kali solat di masjid lain. Sabda Rasulullah SAW:

،‫«الصالة يف املسجد احلرام مبائة ألف صالة والصالة يف مسجدي أبلف صالة‬
(‫والصالة يف بيت املقدس خبمسمائة صالة» (حديث حسن رواه الطرباين‬
Kelebihan solat di dalam Masjdil Haram bersamaan dengan 100,000 solat (di tempat lain) ,
dan solat di dalam masjidku ini (Masjid Madinah) bersamaan 1000 solat. Dan solat di masjid
Al-Aqsa bersamaan 500 solat

4. Ia salah satu daripada tiga masjid yang digalakkan untuk dikunjungi. Sepertimana sabda
Rasulullah SAW bersabda:

‫ واملسجد‬،‫ املسجد احلرام ومسجدي ىذا‬:‫ال تشد الرحال إال إىل ثالثة مساجد‬
‫األقصى‬
Tidak digalakan bermusafir kecuali kepada tiga buah masjid iaitu : Masjid Al-Haram, masjid
ku ini (Madinah) dan Masjid Al-Aqsa.
Malah, menurut riwayat yang lain pula, Abdullah ibn umar bertanya pada Rasulullah SAW
"Ya Rasulullah, terangkan kpd kami hukum menziarahi Baitul Maqdis. Jawab Rasulullah SAW,
"Ziarah dan solatlah di sana. Sekiranya tidak mungkin (ziarah dan solat) maka kirimkanlah
minyak untuk lampu-lampu (bagi menerangi masjid)." – Sahih Bukhari

Sidang Jumaat Yang diRahmati Allah sekalian.

Baru – baru ini, kita dikejutkan oleh berita serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza pada 13 Jun
2014 menerusi operasi Operation Brothers Keeper yang dikatakan berpunca daripada insiden
kehilangan 3 remaja Yahudi di Hebron, Tebing Barat pada 12 Jun lalu sebagai punca peraksanaan
operasi ini. Selama 18, operasi Brothers Keeper hari telah menyebabkan lebih 13 orang rakyat
Palestin terkorban dan hampir 1000 orang tercedera. Niat jahat yahudi ini adalah bertujuan untuk
menggagalkan perdamaian antara golongan Fatah & Hamas. Serangan demi serangan terus
dilancarkan ke atas tanah Gaza sehingga telah menyebabkan lebih 2100 nyawa penduduk Palestin
terkorban yang kebanyakannya adalah terdiri daripada orang awam, tidak termasuk pelbagai lagi
kemusnahan yang berlaku seperti perumahan, harta benda, kemudahan awam, kecederaan dan
sebagainya menunjukkan betapa kejamnya tindakan rejim Yahudi Zionis ini. Tindakan rejim Zionis ini
telah mengundang kemarahan seluruh penduduk dunia ke atas Israel khususnya Malaysia. Solidariti
dunia ke atas Palestin menerusi demonstrasi seperti di London, New york, Kuala Lumpur, mendesak
agar kerajaan negara masing-masing mengkritik dan mengecam tindakan kejam Yahudi Zionis.
Malah, pelbagai usaha dilaksanakan untuk menghantar bantuan kepada penduduk Gaza seperti
usaha memboikot produk keluaran yahudi dan yang memberi sumbangan kepada Israel, bantuan
kewangan, kesihatan dan makanan. Walaupun cuma sekecil zarah usaha kita ini berbanding
perjuangan penduduk Palestin dan Briged al-Qassam, namun semoga usaha kita ini diterima dan
mendapat rahmat disisi Allah.

Mimbar dengan ini juga, menyeru seluruh para jemaah untuk mengucapkan setinggi-tinggi
kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana, pada 27 Ogos 2014, kita telah menerima berita gembira
daripada tanah Gaza, bahawa Israel telah mengundurkan tenteranya dari Semenanjung Gaza dan
genjatan senjata antara Yahudi Zionis dengan Hamas telah berjaya dicapai serta kemenangan
berpihak kepada penduduk Gaza berikutan kegagalan Israel untuk menakluki Gaza. Berita gembira
ini turut diraikan oleh seluruh penduduk dunia dan betapa besarnya rahmat Allah ke atas Gaza dan
penduduknya, Gaza kini dilimpahi oleh rezeki yang cukup banyak, nelayan gaza mula turun ke laut
dan mendapat hasil tangkapan yang lumayan, bantuan daripada Liga Arab untuk membantu
membangunkan semula Gaza serta nikmat yang sekelian lama telah hilang di Gaza iaitu kehidupan
yang kembali aman dan bebas daripada sebarang ancaman. Benarlah firman Allah SWT bahawa

         

7. Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk
mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Penduduk Palestin telah berjuang dan terkorban dalam mempertahankan agama Allah di Gaza, maka
pelbagai bentuk bantuan yang telah diberikan oleh Allah kepada penduduk Palestin sehinggakan
tidak tercapai dek akal bentuk bantuan yang disampaikan. Malah, Allah SWT juga menjanjikan akan
dikukuhkan lagi kedudukan umatnya. Maka, tidak mustahil, Palestin akan dikuasai oleh Umat Islam
semula. Insya Allah.

Para Jemaah yang dirahmati Allah S.W.T sekalian,

Sungguhpun kemenangan telah berpihak kepada Palestin pada peperangan kali ini, namun,
tanggungjawab kita selaku umat Islam untuk terus membantu penduduk Palestin janganlah kita
abaikan. Justeru, Mimbar pada hari ini menyeru agar kita terus memboikot produk dan keluaran
Yahudi mengikut kemampuan masing – masing dan teruskanlah menghantar doa kita kepada
penduduk Gaza. Teruskanlah memberi dana dan sumbangan kepada saluran yang dipercayai seperti
Aqsa al-Syarif dan Aman Palestin.

Anda mungkin juga menyukai