Anda di halaman 1dari 4

PERNYATAAN PROFESSIONAL:

PERNYATAAN PROFESIONAL
1.0 Apa yang diharapkan melalui praktikum ini

Untuk praktikum ini, saya akan mengajar selama hampir tiga bulan di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, sebuah sekolah gred A yang terletak di daerah Kuala Kangsar. Menerusi praktikum ini saya berharap dapat menimba pengalaman mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran secara langsung berkesan dan berkualiti dengan bimbingan pennsyarah dan guru pembimbing Untuk menyampai maksud itu saya berhasrat untuk menyiap-siagakan diri saya terutama dari aspek persediaan mengajar sebagai salah satu tahap terpenting penting teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Ini kerana sepanjang hampir enam bulan saya di IPGM Kampus Ipoh, saya telah didedahkan secara teori bagaimana satu pengajaran berkualiti adalah yang mencerminkan pengetahuan, pemahaman dan penghargaan guru pelatih seperti saya terhadap isi kandungan pelajaran. Untuk memenuhi standard-standard ini saya akan berusaha untuk bersedia untuk mempelajari teknik berkesan dalam mengajar dan akan cuba menunjukkan hubungan dalam pengajaran dan pembelajaran menerusi praktik teori-teori pedagogi seperti berikut:

a) Keadaan Wujudulu Keadaan wujudulu atau dalam bahasa Inggerisnya antecedents adalah satu keadaan dimana seorang guru berusaha menyiapkan diri dengan keadaan-keadaan sedia ada yang wujud sebelum pengajaran dan pembelajaran yang mungkin mempunyai kaitan dengan hasil pembelajaran. Saya akan cuba untuk menyelami latar belakang murid sebelum pelajaran, contohnya bakat, pengalaman lepas, minat dan keinginan pelajar sebagai salah satu beberapa keadaan wujudulu yang saling berkaitan dan mampu mempengaruhi pembelajaran. Yang saya harapkan ialah saya akan dapat merancang satu pelajaran dengan baik akan menitikberatkan perkara-perkara seperti kehendak, minat, pengetahuan lepas dan kemahiran serta faktor-faktor lain tentang pelajar-pelajar saya nanti.Oleh itu saya komited untuk menyediakan satu rancangan mengajar yang menggambarkan pertimbangan rapi saya terhadap persekitaran bilik darjah, sumber-sumber pendidikan, waktu, tempat pengajaran dan lain-lain.

PERNYATAAN PROFESSIONAL:

b) Tindakan Yang Dimaksudkan Sepanjang praktikum, saya akan cuba mengalami sendiri satu keadaan suasana pengajaran dan pembelajaran sebenar di dalam kelas yang diterangkan di dalam teori pedagogi iaitu transcations atau siri-siri tindakan yang dimaksudkan. Apa yang saya jangka akan berlaku ialah set-set tindakan ini timbul dalam pelbagai bentuk interaksi pelajar dan guru dan pelajar-pelajar yang merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh yang boleh saya ramaikan ujian. Untuk mencapai maksud itu, saya juga akan berusaha untuk merancang pelajaran dengan baik dengan memilih kaedah mengajar, bahan dan alat yang sesuai dengan keadaan wujudulu terutamanya tentang pelajar-pelajar, pengurusan bilik darjah dan tujuan-tujuan pelajaran. Saya juga akan berusaha untuk merancang isi kandungan pelajaran yang disusun dengan baiknya untuk memudahkan pembelajaran disamping berterusan melakukan refleksi kendiri untuk penambahbaikan c) Hasil (Pengajaran dan Pembelajaran)Yang Dimaksudkan Akhir sekali, saya komited untuk mencapai hasil atau outcome yang dimaksudkan sebagai guru berkesan yang berjaya mendidik pelajar-pelajarnya. Menerusi praktikum ini saya berharap akan berjaya dan dapat melatih diri untuk menjadi seorang guru yang berkebolehan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran yang diajar disamping membentuk sikap kualiti dan berkemahiran yang perlu dicapai daripada pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan didalam bilik darjah. Oleh itu saya akan cuba berusaha untu merancangkan satu sessi pelajaran dengan baik dapat menentukan tujuan pelajaran dengan jelas dan sesuai dengan keadaan wujudulu serta tindakan yang dimaksudkan atau transactions dengan pelajar-pelajar sepanjang sessi praktikum ini berlangsung. Oleh itu saya amat berharap akan dapat menimba sebanyak mana pengetahuan dan pengalaman dari bukan sahaja barisan pensyarah dan guru pembimbing saya malah dari keseluruhan tenaga guru dan pentadbir sekolah di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II Kuala Kangsar nanti. Insyallah.
2

ialah bentuk-bentuk interaksi yang timbul

semasa perbincangan dalam kelas, soal jawab, penyelesaian masalah dan pengurusan

PERNYATAAN PROFESSIONAL:

2.0

Apa yang telah dilalui sepanjang praktikum CATATAN

MINGGU Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4 Minggu 5 Minggu 6 Minggu 7 Minggu 8 Minggu 9 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12

PERNYATAAN PROFESSIONAL:

3.0

Apa yang telah dicapai sepanjang praktikum

Anda mungkin juga menyukai