Anda di halaman 1dari 5

Buat

diriku

dan

hawa-hawa

sekalian,

try

Motivatekan

diri

kita

dengan

mengatakan ini setiap hari Aku Muslimah High Class, Aku ingin cari redha Allah.
Aku ingin ke syurgaNya bersama orang yang aku sayang. Aku ingin berakhlak
seperti akhlak ahli syurga. Syurga itu Mahal, di huni oleh orang-orang Mahal
(High Class dalam beriman dan bertaqwa kepada Allah). Bukan yang sebaliknya.
Maka aku memulakan langkah hari ini. Moga hari ini lebih baik dari semalam.
Bismillah.
Muslimah High Class???? Menyebutnya sahaja seakan memberi debaran pada
diri. Rasa besar?. Rasa macam too extreme? Rare? Impossible?
ErrrrHigh Class? Boleh berikan makna dalam bahasa yang mudah difahami?
Begini, High Class dari pemahaman saya ialah suatu yang terbaik, berkualiti
tinggi, mempunyai nilai yang sangat bermakna dan ukuran yang tinggi.
Menyebut tentang High Class, saya jadi teringat pada pesan mama,
Jadi perempuan ni kena High Class sabarnya. Kena kuat hadapi apa jua yang
mendatang. Biasalah kita kaum hawa ni mesti harap yang indah-indah terjadi
dalam hidup kita. Paling tidak pun kita pernah berangan nak macam ni, nak
macam tu. Normal lah tu. Tambahan lagi, naluri seorang perempuan ni lembut
dan cepat tersentuh. Dia hanya ingin yang terbaik untuk orang yang dia sayang.
Kalau boleh semua yang dilakukannya adalah sehabis baik dan menyenangkan
hati orang sekeliling.

Kebahagiaannya adalah apabila dapat membuat orang

yang dia sayang gembira, tersenyum dan terus kuat dalam menghadapi hidup.
Kesedihan baginya pula adalah apabila melihat orang yang dia sayang
menangis, down, stress atau sakit.
Jika kita perhatikan sudah banyak orang pung pang pung pang mengenai aurat.
Sampaikan ada yang membuatnya dalam bentuk lagu, ada yang membuatnya
analogi, ada yang membuatnya dalam ayat berbentuk pujukan, ayat berbentuk
rayuan, ada yang buat pantun, ada yang buat video, dan seringkali juga
dibincangkan dalam ceramah.

Tidak kurang juga yang membuat soal selidik

dengan pelbagai soalan yang berkaitan tentang aurat. Di sini, bukan niat saya
untuk bahas lebih tentang itu. Saya juga sedang dalam usaha berubah ke arah
yang lebih baik, doakan saya. Saya amat yakin yang semua manusia mempunyai
fitrah untuk melakukan kebaikan dan sukakan kebaikan. Mentaati Allah adalah

kebaikan. Malah ia turut membahagiakan dan menenangkan hati. Saya yakin


potensi setiap manusia itu ialah dia ingin berubah dan mampu berubah.
Justeru itu, saya rasa terpanggil untuk berkongsi dalam sebuah artikel ini sebagai
peringatan buat diri saya terutamanya dan sahabat semua. Menjadi muslimah
High Class itu bagi saya apa?
1. Muslimah High Class itu adalah yang takut kepada Allah dan
RasulNya. Takut yang bagaimana? Takut dalam ertikata yang lebih tepat
Beriman dan Bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Sangat
ambil berat akan perintah Allah. Sangat takut akan marahnya Allah
kepada dirinya. Maka disebabkan itu, dia meletakkan Allah adalah
keutamaan yang utama dalam segala yang dia lakukan. Setiap perintah
Allah cuba dipatuhi. Solat 5 waktu, menutup aurat, berbakti kepada kedua
ibubapa, rajin membaca Al-Quran dan menuntut ilmu, taat kepada suami
(bagi yang sudah berkahwin), mendidik anak dengan baik dan lain-lain
lagi.
2. Muslimah yang High Class itu ialah yang setia. Setia dalam banyak
perkara. Terutama Sabar dan Solat . Ini ada disebutkan dalam Al-Quran
Surah Al-Baqarah: ayat 45-46. Selain itu, dia setia dalam berpesan-pesan
kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran.

Tambahan

lagi, dia juga setia dalam membaca Al-Quran walaupun pada permulaan
dia letakkan target sehari sehelai. Lepas tu insyaaAllah ada penambahan
pula. Haa..begitulah..Bahkan, Muslimah High Class ini ialah dia yang setia
dalam mencurahkan kasih sayang yang High Class kepada ibubapanya,
kepada suaminya, kepada guru-gurunya, kepada sahabat-sahabatnya,
kepada anak-anaknya dan kepada seluruh manusia yang lain mengikut
syariat yang digariskan dalam islam dan mencontohi

sikap Nabi

Muhammad s.a.w. Bukan pula sebaliknya, iaitu mencurah kan kasih


sayang bagai mencurah air ke daun keladi. Macam tidak sudi. Seperti
melepaskan batuk ditangga. Hanya memberi sisa-sisa kasih sayang yang
didalamnya suda terisi dengan rasa penat, mengantuk, dan moody.. Bukan
juga yang khayal dengan dunia ciptaan sendiri. Sibuk dengan gadjet dan
laman sosial seperti Facebook, WhatsApp, WeChat, Instagram, dan lainlain lagi. Bukan tak boleh semua tu, cuma kita kena High Classlah dalam
menguruskan masa. Kan.

3. Muslimah High Class itu, adalah muslimah yang berani untuk


mengambil langkah untuk berubah. Dia berani untuk berubah
walaupun perlu menggunakan analogi anak kecil iaitu dari tidak pandai
berjalan sehingga menjadi pandai berjalan dan akhirnya pandai berlari.
Jika kita yang sedang membaca ini berniat untuk berubah atau sedang
belajar dalam melakukan perubahan. Teruskanlah. Tahniah saya ucapkan
buat kita. Were choosen. Jadilah yang terpilih dan memilih. Jangan jadi
yang terpilih tapi tidak memilih. Melangkah lah sahabatku. Perlahan-lahan.
Mungkin akan kedengaran
sekarang

muslimah

sejati

suara-suara merdu woi..lain sudah kau


tu

Ustazah

Khemah

bergerak

Cendawan dan seangkatan dengannya. Percayalah, ini normal. Berubah


ni luas. Jika sebelum ini tidak solat, sekarang ini sudah solat juga adalah
satu perubahan. Jika sebelum ni bercakap kasar, sekarang berusaha
sedikit demi sedikit untuk menjaga tutur kata juga ialah satu perubahan.
Saya pernah terbaca satu perenggan ayat ni:
Change is never easy. But, remember that Allah always with you. For me. For us.
He brings us this far, so He'll help us go through this. Believe that, Allah is never
blind to our tears, never deaf to our prayers, and never silent to our pain. He
sees, He hears, and He is never too far.
4. Muslimah High Class itu ialah seorang yang tabah hatinya dalam
ujian hidup. Percayalah, Allah menguji kita sesuai dengan kesanggupan
kita. Sewaktu berada di sekolah menengah hinggalah sekarang, Allah uji
kita dengan dugaan agar kita mengenali diri kita sendiri, banyak pilihan
yang harus kita buat, kerap juga bergelut dengan bisikan hati dan
perasaan. Keliru. Ada ketika, Allah uji kita dengan menghadirkan seorang
lelaki dalam hidup kita. Kadang-kala Allah uji kita dengan masalah
kewangan. Kadang-kala Allah uji kita dengan masalah keluarga. Kadangkala Allah uji kita dengan memberi penyakit kepada kita. Kadang-kala
Allah uji kita dengan masalah kawan-kawan. Kadang-kala Allah uji kita
dengan kehilangan benda atau orang yang kita sayang. Kadang-kala Allah
uji kita dengan kemewahan. Kadang-kala Allah uji kita dengan jawatan dan
ditempat kerja. Dan Kadang-kala Allah uji diri kita dengan perasaan yang
besilih ganti seperti sedih berpanjangan, riak, rasa diri cantik, rasa diri
kurang cantik, rasa bimbang, rasa kurang keyakinan, dan segala rasa-rasa
yang positif mahupun negatif. Beware!

Amalkan lah erti hidup pada memberi. Tenang dan menenangkan. Bahagia dan
membahagiakan. Jika kita selami dan perhatikan,

perempuan itu amat dekat

jiwanya untuk memberi. Tetapi tidaklah pula saya mengatakan kaum lelaki tidak
suka memberi. Cuma di sini, saya fokuskan kita berfikir tentang kita yakni Kaum
Hawa. Honestly says that, perempuan kena bersedia untuk memberi bahagia,
memberi pengorbanan, memberi usaha yang all out dalam semua yang dia
lakukan (sebenarnya lelaki pun). Tidak kisahlah samaada dari segi masakannya,
dari segi mengemas rumah, cuci kain, menjaga ibubapa, melayan suami,
menjaga dan mendidik anak, buat assignments, bisnesnya, kerja dakwahnya,
dan lain-lain. Mencuba dan terus mencuba. Berusaha dan terus berusaha. Semua
hanya untuk mencari redha Allah. Ini sepatutnya yang disetkan dalam minda
seorang Muslimah High Class.
Krikkrik..krik..krik
Banyaknya macam susah je nak jadi Muslimah High Class ni?.
Dan yakinlah bahawa akhirnya, Muslimah High Class itu akan dapat apa yang dia
pernah beri. What you give, you get back. Itulah sifirnya. Contohnya, jika seorang
perempuan berbuat baik kepada ibubapanya, insyaaAllah, anaknya jua nanti
akan berbuat baik padanya. Jika dia rajin melemparkan senyuman, bantu orang
susah, akan dia dapati ramai manusia yang juga murah senyuman padanya dan
membantunya disaat dia memerlukan. Thats life. Allah maha adil.
KITAAllah menguji kita hari ini kerana Allah mempersiapkan kita untuk menjadi
tabah. Yakni tabah dengan ujian hidup yang akan datang. Allah menguji kita
kerana Allah mempersiapkan kita untuk menjadi perempuan yang berdikari.
Allah mempersiapkan kita untuk menjadi perempuan yang matang serta kental
jiwanya walau apa jua di hadapan. Allah mempersiapkan diri kita untuk amanahamanah yang lebih banyak di masa akan datang. Lantas, Allah mendidik kita.
Dengan lembut. Baiknya Allah, dia mendidik kita dengan cara yang sesuai
dengan diri kita, dengan mengambil kira segala sisi, yang termampu kita
menanggungnya.
5. All of All yang disebutkan diatas, yang saya rasa paling penting,
Muslimah High Class itu adalah yang sedar, tahu, dan mahu.
Bagaimana tu?...

Muslimah High Class ini, dia sedar yang akhirnya dia akan Mati. Kembali
kepada Allah. Dia sedar yang setiap apa yang dia lakukan didunia akan
dicatat samaada sebagai pahala dan dosa. Jika baik pahala, jika buruk dosa.
Dan ini akan membawa akibat yang besar buat akhiratnya. Dia sedar yang
dia perlu beriman dengan 6 rukun iman dan melaksanakan 5 rukun islam.
Kemudian atas kesedaran itulah, dia tahu dia perlu berusaha untuk mancari
redha Allah dalam setiap yang dia lakukan, dia perlu mencari ilmu,
menyampaikan ilmu, dan dia perlu memperbaiki diri hari demi hari. Ini semua
kerana matlamatnya ingin bertemu dengan Allah, Rasulullah, dan berbahagia
selama-lamanya di Syurga.
Jadi. Jom sama-sama pimpin tangan kita usaha jadi MUSLIMAH HIGH CLASS!! .
Ia bukan soal berapa kali kita jatuh, tetapi ia soal kita sedar, tahu dan mahu.
Doakan saya dan kita semua. Peace *senyum*

Anda mungkin juga menyukai