Anda di halaman 1dari 24

1

KEMAHIRAN BAHASA

Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar,kemahiran bertutur, kemahiran
membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan
bahasa baku.

KEMAHIRAN MENDENGAR

Kemahiran mendengar merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami
dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan,
serta dapat memberi respons.

Proses dan bentuk kemahiran mendengar:
Proses dan bentuk kemahiran mendengar meliputi dua cara iaitu:
i. Mendengar dan mengenal pasti pelbagai bunyi sesuatu bahasa dan
ii. Memahami maksud bunyi itu dan bertindak balas

Contoh Latihan Kemahiran Mendengar:
Guru menjalankan aktiviti seperti :
i. Mendengar dan menyebut perkataan.
contoh :
Ketika guru menjalankan aktiviti mendengar dan menyebut perkataan, murid-murid
mendengar dan menyebut perkataan secara berulang kali. Contohnya:
Ladang - Padang
Pantai - Pandai
Lali - Lori
Galah - Kalah

ii. Latih tubi pemintal lidah
Guru menyediakan ayat-ayat yang mengandungi bunyi yang hampir sama dan
menimbulkan masalah kepada murid. Murid perlu menyebut berulang kali sehingga benar-
benar menguasainya.Ayat yang dibentuk mestilah bermakna agar meninggalkan kesan
kepada murid.
2






Pandang depan padang
Midon tenung tukang tenun
Lusa beli rusa
Dayang suruh Pak Lang susun tulang bersilang-
silang atas dulang perang



KEMAHIRAN BERTUTUR

Kemahiran bertutur merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan
dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis
.Aktiviti pertuturan menggalakkan kanak-kanak menyebut perkataan dengan betul , tepat
menggunakan intonasi dan jeda yang tepat dan jelas di samping merangsang kebolehan
membentuk ayat yang lengkap.

Berikut adalah aktiviti-aktiviti pertuturan:
Memberi ucap selamat, terima kasih, bermaafan
Aktiviti perbualan awal dan bersoaljawab
Menyanyi lagu pendek dan lagu tradisional
Bercerita, menceritakan semula peristiwa ikut urutan
Melafazkan pantun dan puisi
Melakonkan watak dalam cerita Melakon watak penjual dan pembeli Melakon peranan
ibu, ayah, guru Meniru aksi dan watak haiwan seperti kucing dan ayam
Berjenaka
Bersajak




3



KEMAHIRAN MEMBACA

Kemahiran Membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan,
intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul.Penekanan perlu diberikan pada aspek
pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan
menggunakan pelbagai teknik bacaan.

Aktiviti kemahiran membaca
Membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
Membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan
lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan
bacaan untuk memberikan respon dengan betul.
Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai
bahan.
Membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk
memupuk minat membaca

Contoh kemahiran membaca :
Standard kandungan : Asas membaca dengan sebutan yang betul.
Aktiviti :
i. Membaca bentuk-bentuk abjad dan membunyikan huruf vokal dengan sebutan betul.
ii.mengeja dan membatang suku kata terbuka dengan sebutan yang betul.

KEMAHIRAN MENULIS

Kemahiran Menulis merujuk kepada keupayaan murid menghasilkan pelbagai jenis
penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi
dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan
yang jelas dan kemas.

4


Aktiviti Kemahiran Menulis:
Melakukan aktiviti pramenulis
Menulis secara mekanis dengan betul dan tulisan yang kemas
Membina dan menulis perkataan , frasa dan ayat dengan betul
Menulis imlak dengan tepat
Mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan
menggunakan bahasa yang santun
Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul
Mengedit dan memurnikan hasil penulisan
Menulis ulasan berdasarkan malumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber























5


KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN


Kaedah, pendekatan dan teknik merupakan antara faktor yang terpenting dalam ilmu pendidikan
khususnya bidang bahasa. Kaedah ditakrifkan sebagai satu rencana (prosedur) yang menyeluruh
bertujuan untuk mengajar sesuatu bahan bahasa secara menyeluruh dan didasarkan kepada
pendekatan yang dianuti. Sesuatu kaedah yang dipilih seharusnya tidak bercanggah dengan
pendekatan. Selain itu, kaedah juga merupakan prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah
dan peringkat-peringkat secara teratur dan harus diikuti untuk mencapai sesuatu tujuan
(Mangantar Simanjuntak, 1982:72)
Guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai
dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung
kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan
menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.
Menurut Currie (1973), menyatakan :

Usually, methods is classified by the way we try to achieve the aim; thus we hear of
expository methods, heuristic methods, activity methods and the like. Method is thus the
psilosophy of our teaching task in a given subject in that it oreintates us to the teaching. What we
have described as teaching techniques are ways in which, this philosophy is realised in actual
class lessons.


KAEDAH ORAL - AURAL

Satu kaedah mendengar dan bertutur,
Kemahiran lisan asas untuk pembelajaran membaca dan menulis.
Menggunakan dialog untuk menghafaz
Latih tubi dialog dijalankan dengan cara memberikan perhatian kepada intonasi yang
betul
Perbendaharaan kata diberikan kepada murid secara beransur-ansur.
Setelah murid kuasai bacaan, latihan diteruskan kepada aktiviti menulis.


6

TUJUAN KAEDAH ORAL-AURAL
Murid memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa iaitu; mendengar, bertutur,
membaca dan menulis.
Mendengar dan bertutur diberi keutamaan. Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya
Dijadikan asas untuk pembelajaran bacaan dan tulisan.
Murid boleh memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.


PROSEDUR
Guru memperdengarkan sebutan penutur jati
Murid diminta menyebut perkataan atau rangkai kata yang didengar.
Aktiviti dijalankan mengikut kumpulan.
i. Pecahkan kepada kumpulan kecil
ii. Murid berlatih bersama-sama
Jika terdapat kesalahan-kesalahan yang dilakukan, murid akan diperbetulkan dan mereka
diminta mengulang-ulangkan sebutan yang betul itu.
Apabila murid sudah mahir sebutan, latih tubi pola-pola ayat berdasarkan struktur bahasa
diberi kepada murid.
Berikan teks untuk murid baca
Latihan menulis pada akhir pengajaran
Daripada sebutan-sebutan tadi akan dijadikan dialog.
Latih tubi pada pola-pola ayat menjadi aktiviti yang penting.
Apabila murid telah menguasai struktur-struktur asas baharulah mereka dibenarkan
membaca bahan-bahan bacaan
Latihan menulis dilakukan kemudian setelah murid-murid boleh membaca.

KELEMAHAN
Membebankan guru-banyak menjalankan latih tubi
Masa yang panjang-boleh membosankan murid
Murid hilang keyakinan diri
Tumpuan oral sahaja-sebutan.



7

KAEDAH LINGUISTIK

Kaedah ini pada dasarnya membandingkan dua bahasa iaitu di antara bahasa yang dipelajari
dengan bahasa lain.
Pengetahuan bahasa murid itu harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa.
Mementingkan pertuturan dan membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui murid-
murid.
Mendahulukan bentuk daripada makna.

TUJUAN

Murid boleh menggunakan bahasa yang diketahuinya.
Murid dapat menerangkan tentang nahu yang terdapat dalam tatabahasa.
Menghasilkan murid yang memahami serta bertutur dalam bahasa sasaran dengan sebutan
yang baik

CARA MENGAJAR
Memulakan pengajaran dengan mengajar sebutan bunyi perkataan.
Memulakan dengan peringkat mudah.
Pengajaran sruktur ayat dan unsur tatabahasa dilaksanakan secara induktif.
Aktiviti penulisan adalah berdasarkan bahan lisan dan bacaan

Apabila murid menyebut, tumpuan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa
iaitu;
Sebutan (accent)
-menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi
yang membawa makna dalam sesuatu situasi.
Tatabahasa (grammar)
-penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua
aspek
Perbendaharaan kata (vocabulary)
-meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya
dalam situasi tertentu.


8

Kefasihan (fluency)
- aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan baik,
lancar dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut
perkataan dalam ayat dengan jelas dan betul.
Kefahaman (comprehension)
- Latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.
- Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.
- Antara kelemahan teknik ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan
menumpukan daya kreativiti murid.
- Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan
pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

KELEBIHAN :
Penyediaan bahan tersusun dan teratur.
Murid dapat bertutur dalam bahasa ibunda mereka.

KELEMAHAN :
Perlukan guru terlatih
Memerlukan kos yang tinggi.
Murid boleh bertutur tetapi tidak boleh kembangkan bahasa dengan baik
Perlukan masa yang lama.

TEKNIK SOAL JAWAB

Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan
Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya
mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan
isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai
apa yang diajar.



9

Tujuan utama teknik soal jawab ialah :
Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid.
Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.
Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di
samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan


TEKNIK SIMULASI
Mewujudkan suasana membaca berita secara langsung

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan
sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan
masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan
semula.
Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti
mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan
mencatat isi-isi penting.
Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang
dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan
masalah.
Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan
terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada
pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.








10

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5 Cerdas
Bilangan pelajar : 36 orang
Tarikh : 17 September 2013 (Selasa)
Masa : 10.20 11.20 pagi (60 minit)
Tajuk : Alam Sekitar

Fokus Utama :8.4 Aras 2(i) Membina beberapa ayat huraian berdasarkan isi utama.
Fokus Sampingan :6.2 Aras 2(i) Menyatakan perbezaan penggunaan laras bahasa yang
terdapat dalam pelbagai genre.

Hasil Pembelajaran :Pada akhir pelajaran murid dapat:
1.menulis karangan dengan menggunakan ayat topik dan ayat huraian
yang lengkap .
2.menyatakan perbezaan penggunaan laras bahasa antara berita dengan
cerpen.

Sistem Bahasa :Tatabahasa -Kata bilangan,penanda wacana

Pengisian Kurikulum :Ilmu Sains, Kajian Tempatan
Nilai Kebersihan fizikal dan mental,
Semangat bermasyarakat

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT):1.Kemahiran Berfikir-mencirikan,mengenal pasti idea utama
dan idea sokongan,mengkategori dan merumus .
2. Kemahiran Belajar Cara Belajar
3.Pembelajaran Kontekstual

ABM :Petikan pantun.buku teks


11


AKTIVITI RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)


Fasa

Isi kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Nota
Aktiviti Guru

Aktiviti Murid

Induksi Set

(5 minit)
Carta pantun

Sayangi Alam
1.Bersoal jawab
tentang pantun.
1.Murid melafazkan
pantun.
2.Murid memestakan
pantun tersebut.
3.Murid menjawab
soalan guru.

Teknik:
Penyoalan
seluruh kelas.
Langkah 1

(15 minit)
Teks cerita dan
berita (Buku teks
m/s 48 dan 49)

Tatabahasa:
Kata Bilangan
1.Guru meminta
murid mendengar
petikan cerita dan
petikan berita
yang dibacakan
oleh guru

2.Guru menerangkan
Perbezaan teks.

3.Guru meminta
murid mencari
dan menyenaraikan
kata bilangan yang
terdapat dalam
teks.

1.Murid mendengar
bacaan petikan cerita
dan berita yang dibaca
oleh guru.

2.Murid berbincang
dengan rakan untuk
mendapatkan kata
bilangan yang
terdapat dalam teks.









BCB:
Mendengar
dengan aktif
12

Langkah 2

(15 minit)
Kuiz
Pencemaran
Alam
1.Guru bersoal
jawab tentang
pencemaran alam.
- Bagaimana
pencemaran alam
berlaku?
- Bagaimana cara
mengatasi
berlakunya
pencemaran alam?

1.Murid menjawab
soalan kuiz secara
berkumpulan


Kecerdasan
pelbagai

Nilai murni:
-Penglibatan
aktif,
--bekerjasama

Ilmu: Sains
Langkah 3
( 20 minit )
Karangan

Kempen Alam
Sekitar
(Buku teks :
m/s 51)
1.Guru meminta
murid melihat
kerangka
karangan dalam
buku buku teks
dan berbincang
dalam kumpulan.

2.Guru meminta
murid membina
satu perenggan
yang lengkap
bagi setiap isi
untuk menghasil
karangan.

1.Murid melihat
kerangka karangan
dalam buku teks
dan berbincang.




2.Murid membina
perenggan yang
lengkap bagi setiap
isi untuk menghasilkan
karangan.
Nilai murni:
-Penglibatan
aktif,
-menghargai
masa,
-bekerjasama
Penutup

(5 minit)
Rumusan
pengajaran yang
telah diajar dan
penerapan nilai.
1.Guru membuat
Rumusan isi
pengajaran dan
pembelajaran
penerapan nilai.
1.Murid-murid juga
digalakkan untuk
menyatakan nilai
murni yang telah
dipelajari pada hari
tersebut.


13


BAHAN BANTU MENGAJAR

PANTUN SAYANGI ALAM

Memancing ikan di Sungai Jugra,
Enak sekali dimasak gulai,
Manusia prihatin bumi terpelihara,
Persekitaran indah tidak ternilai.

Enak sekali dimasak gulai,
Sudah dimakan menjilat jari,
Persekitaran indah tidak ternilai,
Dunia ini milik sendiri.

Sudah makan menjilat jari,
Enaknya gulai masih terasa,
Dunia ini milik sendiri,
Perlu dipelihara sepanjang masa.

Enaknya gulai masih terasa,
Mendapat pujian rakan dan taulan,
Perlu dipelihara sepanjang masa,
Agar keindahan terus berkekalan.





14


TEKS A (CERITA)

Seperti biasa,cuti hujung minggu dimanfaatkan oleh Fahmi dan kawan-kawannya dengan aktiviti
memancing.Sungai di hujung kampung menjadi lokasi strategik mereka.Dengan berbekalkan
joran dan umpan,mereka menuju ke sungai.
Sesampai mereka di sana,rasa kehairanan timbul dihati masing-masing.Banyak ikan
terapung di permukaan sungai.Mereka berpandangan sesama sendiri.
Rasa ingin tahu timbul di hati.Mereka sependapat untuk menyiasat punca kejadian
tersebut.Fahmi dan kawan-kawannya berjalan menyusuri sungai.Tiba-tiba,mereka ternampak
beberapa orang lelaki dalam keadaan yang mencurigakan.
Setelah membuat intipan,mereka melihat lelaki-lelaki tersebut sedang membuang sisa
toksid ke dalam sungai.Rasa tanggungjawab timbul dihati mereka.Fahmi mencatat nombor
pendaftaran lori yang membawa sisa toksid itu.
Setibanya mereka di rumah,Fahmi dan kawan-kawannya menceritakan peristiwa tersebut
kepada ibu bapa Fahmi.Ibu dan bapa Fahmi berjanji untuk melaporkan hal itu kepada
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.
____________________________________________________________________________

TEKS B (BERITA)

CHERAS, 15 Mei Tiga lelaki ditahan kerana membuang sisa toksid di Sungai Seluang,
berhampiran dengan Desa Harmoni.Dipercayai mereka telah melakukan perbuatan itu berulang
kali.Akibat perbuatan tersebut,banyak hidupan akuatik mati.Selain itu,air yang kotor telah
memberikan kesan buruk kepada kesihatan penduduk di kawasan itu.
Penangkapan ini berjaya dilakukan berdasarkan laporan orang ramai.Rasa
tanggungjawab yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat ini dapat menyelesaikan masalah
pencemaran sungai yang telah dilaporkan baru-baru ini.
Pihak berkuasa memuji tindakan bijak yang dilakukan oleh penduduk kampung yang
prihatin terhadap masalah pencemaran.Sekiranya semua pihak mempunyai sikap sedemikian ,
pihak yang bertanggungjawab tidak akan berani melakukan kesalahan tersebut sewenang-
wenangnya.
Pihak berkuasa juga berharap agar masalah ini menjadi tanggungjawab bersama-sama.

15

REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO

Saya telah menjalankan pengajaran makro saya dengan murid tahun 5 Cerdas pada 17
September 2013 yang lalu. Berikut merupakan refleksi pengajaran saya:
Akvitivi set induksi yang dirancang telah berjaya membimbing murid mengemukakan tajuk
pembelajaran hari ini. Saya menggunakan kaedah berpantun dan nyanyian pada permulaan
pengajaran untuk merangsang minat murid. Saya telah mengedarkan petikan pantun kepada
murid-murid . Saya dapati murid-murid memberi perhatian dan menyanyikan pantun bersama-
sama. Tetapi saya rasa set induksi akan lebih menarik jika saya menggunakan slaid power point
untuk pantun tersebut. Mungkin slaid power point tersebut akan meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran saya .
Seterusnya adalah aktivitvi kumpulan.Murid-murid telah melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti kumpulan. Setiap kumpulan diminta memilih 2 orang wakil untuk membaca petikan cerita
dan berita di hadapan kelas. Setiap kumpulan dapat melaksanakan seperti yang diarahkan.
Walaupun wakil daripada setiap kumpulan membaca dengan suara yang perlahan saya dapati
cara dan intonasai bacaan yang betul sedikit sebanyak dapat mereka kuasai. Dengan
penerangan yang saya buat murid dapat membezakan cara membaca cerita dan berita dengan
bacaan yang betul. Aktiviti ini akan menjadi lebih menarik jika saya mewujudkan suasana
membaca cerita dan berita yang sebenar seperti memakai baju blazer.
Kemahiran pengurusan masa dan pengurusan kelas saya masih perlu dipertingkatkan
lagi. Walaupun saya dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti yang
dirancang ,tetapi pada masa murid membaca petikan dan berita di hadapan kelas ,saya tergesa-
gesa untuk menghabiskan aktiviti ini kerana saya takut murid tidak dapat menyiapkan kerja
mereka pada aktiviti yang seterusnya. Berdasarkan rakaman dan rancangan pengajaran
harian(RPH) yang dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah
pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapat gangguan dan hal-hal lain yang
menyebabkan masa yang diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa
keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas dan dapat dijalankan dengan baik.
Pengurusan kelas semasa menjalankan aktiviti kumpulan juga perlu dipertingkatkan
kerana terdapat segelintir murid bermain di belakang semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Saya
perlu lebih prihatin terhadap murid yang bermain-main di belakang dengan menegur mereka
supaya memberi perhatian dalam aktiviti kumpulan ini. Saya membuat pemantauan semasa
aktiviti membuat latihan dan saya dapati cara saya ini membantu murid ketika mereka membuat
latihan di mana murid bertanya kepada saya bagaimana untuk membuat latihan tersebut.
16

Secara tidak langsung saya dapat memberi tunjuk ajar kepada murid yang lemah dan juga
murid boleh berinteraksi dengan guru dengan mudah. Kejelasan penyampaian memainkan
peranan yang penting dalam pengajaran saya. Arahan yang jelas dan ringkas memudahkan
murid faham kehendak saya dan bagaimana sesuatu aktiviti harus dijalankan.Pengajaran dapat
dijalankan dengan jelas barulah murid mendapat menjalankan pembelajaran dengan
lancar.Walaupun suara saya kurang jelas tetapi murid faham arahan yang saya berikan di mana
mereka dapat membuat aktiviti seperti yang diarahkan.Apabila saya menanyakan soalan ,murid
dapat mendengar serta menjawab dengan betul menunjukkan kefahaman mereka terhadap
penyampaian saya.
Secara keseluruhan ,objektif pembelajaran hari ini telah tercapai. Murid dapat membina
ayat dalam perenggan berdasarkan kerangka karangan yang diberi. Antara penambahbaikan
yang perlu saya ambil adalah mengenai kelantangan suara saya. Kelantangan suara
menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu.Kelantangan suara dapat menarik
tumpuan murid supaya fokus kepada isi pelajaran saya tanpa menghiraukan gangguan-gangguan
lain.Ini akan membuatkan murid-murid lebih hormat kepada guru. Selain itu ,saya harus
memikirkan aktiviti yang lebih menarik dan harus kreatif dalam merancang pengajaran. Hal ini
akan menimbulkan minat murid untuk mengetahui apa yang diajar oleh guru. Saya perlulah lebih
yakin apabila berada di hadapan kelas.












17


REFLEKSI MIKRO PENGAJARAN

Kemahiran Mikro pengajaran
Pengenalan
Pengajaran merupakan satu proses rumit yang memerlukan pelbagai kemahiran
mengajar.Kemahiran mengajar boleh didefinasikan sebagai set kemahiran dalam membantu
pencapaian hasil pembelajaran yang dihasratkan. Kemahiran mengajar merupakan kemahiran
yang membolehkan berlakunya perubahan yang dihasratkan dalam tingkah laku murid sesudah
berlakunya pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran mengajar boleh dibahagikan kepada
beberapa kemahiran asas yang berguna kepada setiap guru iaitu yang merentas bidang
pembelajaran. Antara kemahiran mikropengajaran ialah kemahiran memulakan pengajaran,
kemahiran menyoal, kemahiran menerang, kemahiran mencungkil idea, kemahiran
memperkukuh, kemahiran mengilustrasi dengan contoh, kemahiran demonstrasi, kemahiran
menutup pengajaran dan kemahiran membuat refleksi.

Kemahiran Mikro pengajaran
Kemahiran mikro pengajaran yang saya pilih untuk dinilai ialah kemahiran mencungkil idea.
Kemahiran mencungkil idea merupakan sebahagian daripada kemahiran memulakan pengajaran.
Berdasarkan refleksi yang dibuat, saya telah menggunakan kemahiran ini pada awal pengajaran
dan pembelajaran .Sebagaimana yang diketahui kemahiran mencungkil idea merupakan langkah
pertama ke arah memurnikan dan menstruktur semula kemungkinan yang ada pada murid.
Melalui aktiviti mencungkil idea ini, murid akan lebih menyedari idea asal mereka dan guru akan
mengetahui status idea atau pengetahuan sedia ada murid dan guru dapat merancang tindakan
susulan yang sesuai.



18


Terdapat beberapa cara mencungkil idea murid antara lain seperti:
Soal jawab keseluruhan kelas
Perbincangan kumpulan
Demonstrasi guru
Kuiz pendek atau praujian
Ramal-Perhati-Terang(Predict-Observe-Explain,POE)
Peristiwa bercanggah(Discrepant event)
Peta konsep(Concept map)
Peti surat
Kartun konsep(Concept Cartoon)
Ujian diagnostic
Temu bual

Berdasarkan pengalaman dalam mikro pengajaran tersebut, soalan-soalan yang dikemukakan
untuk mencungkil idea murid menggunakan cara soal jawab keseluruhan kelas. Soalan-soalan
yang diajukan pula tidak mencabar dimana ianya tidak dapat mencungkil idea murid tentang
gambar yang ditunjukkan. Contoh soalan tentang gambar:
1.Ini air apa?
2.Biasa nampak air hujan?
Soalan-soalan yang dikemukakan hanya memerlukan murid menjawab dengan satu perkataan
sahaja dimana memberi gambaran saya menginginkan jawapan tepat sahaja. Walaupun saya
menggunakan kemahiran ini untuk soal jawab keseluruhan bilik darjah ianya kurang menarik
perhatian murid kerana cara saya mengajukan soalan dan memberi reaksi kepada jawapan
murid kurang sesuai. Soalan yang lebih menarik atau sesuai yang boleh diajukan seperti Apakah
yang kamu dapat lihat dalam gambar ini?. Daripada soalan ini mungkin murid akan memberi
jawapan yang berbeza-beza dan secara tidak langsung ianya dapat mencungkil idea murid
tentang gambar yang dilihat. Daripada jawapan yang diberi pula saya boleh memberi penerangan
dan seterusnya memberi jawapan yang sepatutnya.


19

GAMBAR SESI PENGAJARAN MAKRO


UCAPAN SALAM DI AWAL PENGAJARAN.


SET INDUKSI

20



MURID MEMBACAKAN PANTUN :SAYANGI ALAM (SET INDUKSI)



SESI SOAL JAWAB ( SET INDUKSI )


21




MURID MEMBACA TEKS BERITA . ( LANGKAH 1)



MURID MENDENGAR BACAAN TEKS BERITA DAN CUBA MEMAHAMI
ISI KANDUNAGN BERITA TERSEBUT . ( LANGKAH 1 )

22




GURU BERSOAL JAWAB TENTANG PENCEMARAN ALAM . ( LANGKAH 2 )




GURU MEMBIMBING MURID MEMBINA PERENGGAN YANG LENGKAP BAGI
SETIAP ISI UNTUK MENGHASILKAN KARANGAN. ( LANGKAH 2)

23




MURID MEMBUAT RUMUSAN DAN MENYATAKAN NILAI MURNI
YANG TELAH DIPELAJARI ( PENUTUP )


















24




RUJUKAN


http://sayasayangbm.blogspot.com/2011/05/kaedah-pengajaran-bahasa-melayu.html
http://www.scribd.com/doc/17294638/Pedagogi-Bahasa-Melayu-Pismp-Bm
http://pasirpekani.blogspot.com/2011/02/kaedah-pengajartan-bahasa-melayu.html
www.scribd.com/doc/.../5-Kaedah-Natural-Terus-Dan-a-Terjemahan
http://www.slideshare.net/fikratulhaq/modul-kaedah-dan-strategi-pengjaran-
presentation/download
http://www.scribd.com/doc/21963760/Nota-Kaedah-Dan-Teknik-Pengajaran-Bahasa
Juriah Long et al(1994). Perkaedahan Bahasa Melayu(Edisi Ke-4). Kuala Lumpur:Fajar
Bakti Sdn. Bhd

Anda mungkin juga menyukai