Anda di halaman 1dari 8

SAWAN(EPILEPSI)

TUJUAN:
1. Supaya pelajar dapat mengecam tanda-
tanda epilisi ringan dan epilepsi teruk.
2. Mengetahui bantuan perubatan sehingga
dia pulih dengan sempurna. Melindungi
mangsa daripada kecederaan lain ketika
diserang epilepsi.


SAWAN(EPILEPSI)
EPILEPSI RINGAN:
SEBAB-SEBAB:
1. Gangguan yang tiba-tiba atau mendadak pada
otak menyebabkan daya kesedaran menjadi kabur
seketika seolah-olah mangsa sedang bermimpi di
siang hari.


SAWAN(EPILEPSI)
TANDA-TANDA:
1. Perubahan-perubahan yang tiba-tiba. Mangsa
kecederaan akan merenung kosong ke atas.
2. Pergerakan yang tersentak pada bibir, kelopak
mata atau kepala.
3. Pergerakan automatik yang luar biasa; menjilat bibir,
menguyah, membuat bunyi yang ganjil atau membelek-belek
pakaian.

SAWAN(EPILEPSI)
RAWATAN;
1. Bantulah mangsa itu supaya dia dapat duduk di tempat yang sunyi dan
tenteram. Buang punca-punca yang membahayakan, contohnya minuman
panas.
2. Berbual-buallah dengan mangsa dan berilah keyakinan kepadanya.
Jangan ajukan sebarang pertanyaan kepada mangsa. Tunggulah mangsa
itu sehingga dia pulih dengan sepenuhnya.
3. Jika mangsa tidak mengenali dan tidak tahu apa yang berlaku kepada
dirinya, nasihatkan mangsa supaya berjumpa dengan doktor.


SAWAN(EPILEPSI)
EPILEPSI TERUK;
SEBAB-SEBAB
1. Lebih teruk dari swan ringan, dimana gangguan-gangguan teruk dan
berulang-ulang pada kegiatan otak yang mengakibatkan serangan ganas
dan kelemahan yang yang teruk kepada daya kesedaran.
2. Boleh terjadi dengan tiba-tiba dan mencemaskan.
3. Mangsa mungkin telah memperolehi tanda-tanda awal serangan seperti
perasaan yang ganjil atau bau dan rasa yang khusus dipanggil aura.

SAWAN(EPILEPSI)
TANDA-TANDA;
1. Mangsa tidak sedarkan diri dengan tiba-tiba. Sering mengeluarkan satu
tangisan.
2. Mangsa menggigil dan melengkungkan belakangnya.
3. Pernafasan mungkin hilang. Bibir menjadi lebam birat dan muka serta leher
menjadi sesak.
Peringkat kronik, pergerakan menjadi kejang. Rahang menjadi terkancing dan
pernafasan mungkin menjadi bising. Air liur akan meleleh keluar dari mulut. Jika
lidah dan bibir tergigit, kesan darah akan kelihatan. Kawalan pada pundi dan usus
akan hilang.


SAWAN(EPILEPSI)
TANDA-TANDA;
4. Biasanya selepas beberapa minit, mangsa pulih seperti sediakala.
Mangsa akan kelihatan binngung atau berklelakuan luar biasa dalam satu
keadaan yang dinamakan automism. Ia juga tidak sedar akan
tindakannya. Terkejang juga akan diikuti oleh tidur yang nyenyak.


SAWAN(EPILEPSI)
RAWATAN;
1. Jika anda melihat mangsa itu terjatuh, berilah bantuan dengan menopang
badannya. Mintalah orang ramai supaya berundur daripada mangsa itu supaya
mangsa berada di dalam suasana yang lapang.
2. Longgarkan pakaian mangsa terutamanya pada bahagian leher. Jika boleh
lindungi kepala mangsa tersebut.
3. Apabila konvulsi mula menurun, letakkan mangsa dalam kedudukan
pemulihan. Tunggulah mangsa itu sehingga dia pulih sepenuhnya.
4. Jika mangsa tidak sedarkan diri lebih dari 10 minit, hubungilah doktor.

JANGAN: gerakkan atau angkat mangsa kecuali jika dia berada dalam bahaya.
JANGAN: gunakan daya tekanan untuk menahan atau meletakkan sesuatu di dalam
mulutnya.

Anda mungkin juga menyukai