berhampiran sempadan Rusia, selepas Presiden Ukraine, Petro Poroshenko memberi jaminan
membalas dendam ke atas serangan roket terhadap tentera Ukraine kelmarin.
Jet tentera udara menyasarkan posisi anggota pemisah yang menggunakan peluru berpandu
berteknologi tinggi yang meletupkan briged tentera kelmarin dan menyebabkan 23 orang tentera
Ukraine terkorban.
Tentera udara juga menyasarkan bandar berhampiran Donetsk yang menjadi kubu kumpulan
pemisah dan mereka turut memusnahkan pangkalan pemisah berhampiran Dzerzhinsk, menurut
jurucakap operasi antipengganas, Andriy Lysenko.
Menurut laporan awal, serangan tentera Ukraine mengakibatkan kira-kira 500 anggota pemisah
maut dan memusnahkan dua kenderaan bersenjata," katanya.
Tambah Lysenko, serangan udara ke atas pangkalan berhampiran Perevalsk turut memusnahkan
dua buah kereta kebal, 10 kenderaan bersenjata dan mengorbankan kira-kira 500 pejuang pemisah.
- REUTERS