Anda di halaman 1dari 18

ARTIKULASI KONSONAN

Asanizan Tasim
Artikulasi Konsonan
Bunyi-bunyi konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa selain
bunyi vokal, sama ada bersuara atau tidak bersuara,
yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru
menerima sekatan atau geseran, yang berlaku dalam
rongga mulut, rongga tekak atau rongga hidung.

1. bibir atas
2. bibir bawah
3. gigi atas
4. gigi bawah
5. gusi
6. lelangit keras
7. lelangit lembut
8. anak tekak
9. hujung lidah
10. hadapan lidah
11. tengah lidah
12. belakang lidah
13. akar lidah
14. epiglottis
15. pita suara
16. rongga tekak
17. rongga hidung
18. rongga mulut
19. rahang

Ciri-ciri Bunyi Konsonan
Bunyi-bunyi konsonan mempunyai ciri-ciri
berikut:-
i. Ada konsonan yang bersuara dan ada
konsonan yang tidak bersuara, bergantung
sama ada pita suara digetarkan atau tidak.
ii. Arus udara yang keluar dari paru-paru
menerima sekatan atau geseran.
iii. Ada konsonan sengau dan ada konsonan tidak
sengau, bergantung kepada keadaan lelangit
lembut semasa bunyi itu dihasilkan.


Penghasilan Bunyi Konsonan
i. Keadaan glotis
Jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar apabila arus udara
keluar dari paru-paru, menghasilkan bunyi suara.
Jika glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar,
menghasilkan bunyi tidak bersuara.

ii. Keadaan lelangit lembut
Jika lelangit lembut dinaikkan, bunyi-bunyi konsonan yang
dihasilkan bersifat bunyi-bunyi oral.
Jika lelangit lembut diturunkan, udara dari paru-paru dapat keluar
melaui rongga hidung, menghasilkan bunyi-bunyi sengau atau
bunyi nasal.







iii. Cara arus udara
Udara yang keluar dari paru-paru yang akan
menghasilkan pelbagai kategori bunyi konsonan iaitu
konsonan letupan, konsonan letusan, konsonan
geseran, konsonan sengau, konsonan sisian, konsonan
getaran dan separuh vokal.

iv. Sentuhan antara alat artikulasi
Sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi
yang akan menghasilkan pelbagai bunyi konsonan,
antaranya konsonan dua bibir, konsonan bibir gigi,
konsonan gigi, konsonan gelungan, konsonan gusi-
lelangit keras , konsonan lelangit lembut dan konsonan
anak tekak.






Cara Menghasilkan Bunyi
Konsonan
i. Bunyi-bunyi konsonan dalam bahasa Melayu
dihuraikan mengikut cara penghasilanya, iaitu
dari segi cara arus udara keluar dari paru-
paru.
ii. Terdapat tujuh jenis konsonan asli dalam
bahasa Melayu, iaitu letusan, letupan,
geseran, getaran, sisian, sengau dan
separuh vokal.




ARTIKULASI
DIFTONG
Ayu Nadia Binti Aidill

DIFTONG BAHASA MELAYU
Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu(2013)
Gabungan dua bunyi vokal yang disebut sebagai satu suku kata
akibat perubahan kedudukan lidah.
Indirawati Zahid (2006)
Bunyi diftong adalah bunyi geluncuran.
Perubahan kedudukan lidah berlaku pada bahagian awalnya dan
bahagian akhirnya tidak sama.
Ketidaksamaan itu menyangkut tinggi rendahnya lidah, bahagian
lidah yang bergerak, serta strukturnya.
Mempunyai puncak kelantangan.




DIFTONG BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu juga menunjukkan tiga bunyi diftong, iaitu ai,
au dan oi yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah
DIFTONG BAHASA MELAYU
BIASA
Gabungan dua bunyi
vokal yang disebut
dalam suku kata
akibat perubahan
lidah.
LEBAR
Melibatkan
perubahan yang
luas pada
kedudukan lidah.
[au] [pulau] pulau
[ai] [pantai]
Menurut Dr Faridah Nazir(16: 2013), diftong Bahasa Melayu terdiri :


DIFTONG BAHASA MELAYU
MENURUN
Puncak
kenyaringannya
jatuh pada vokal
pertama.
SEMPIT
Melibatkan
perubahan yang
sempit pada
kedudukan lidah.
[ai] [pandai] pandai
[oi] [sepoi] sepoi
KEDUDUKAN ALAT ARTIKULASI
a. [ai] = vokal depan rendah + vokal depan
tinggi

b. [au] = vokal depan rendah + vokal
belakang tinggi

c. [oi] = vokal belakang separuh tinggi +
vokal depan tinggi
DIFTONG [ai]
1. Keadaan bibir agak terhampar.
2. Hujung lidah terkena gigi
bawah.
3. Depan lidah pada kedudukan
seperti membunyikan vokal
depan rendah [a].
4. Lidah secara cepat
digeluncurkan ke arah cara
membunyikan vokal depan tinggi
[i].
5. Anak tekak dan lelangit lembut
dinaikkan.
6. Udara dari paru-paru keluar ke
rongga mulut.
7. Pita suara digetarkan.
DIFTONG [au]
1. Keadaan bibir daripada hampar
ke bundar.
2. Hujung lidah kena gigi bawah.
3. Depan lidah pada kedudukan
seperti membunyikan vokal depan
rendah [a].
4. Lidah digeluncurkan secara cepat
ke arah cara membunyikan vokal
belakang tinggi [ u ] dengan lidah
melengkung ke arah lelangit
keras.
5. Anak tekak dan lelangit lembut
dinaikkan.
6. Udara dari paru-paru keluar ke
rongga mulut.
7. Pita suara digetarkan.
DIFTONG [oi]
1. Keadaan bibir daripada bundar ke
hampar.
2. Depan lidah pada kedudukan
sebelum membunyikan vokal
separuh tinggi [o].
3. Lidah digeluncurkan secara cepat
ke arah cara menbunyikan vokal
depan tinggi [i] dengan lidah
dinaikkan ke arah lelangit keras,
rendah sedikit daripada cara
membunyikan vokal [i].
4. Anak tekak dan lelangit lembut
dinaikkan.
5. Udara dari paru-paru keluar ke
rongga mulut.
6. Pita suara digetarkan.
SEKIAN,
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai