Anda di halaman 1dari 1

1. Apabila dipanggil oleh suaminya ia tidak datang. Sabda Rasulullah s.a.w.

"Apabila suami memanggil isteri ke tempat tidur, ia tidak datang nescaya


malaikat melaknat isteri itu hingga ke Subuh."

2. Membantah suruhan atau perintah suami. Sabda Rasulullah s.a.w.
"Sesiapa sahaja yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat
laknat dari Allah swt dan malaikat serta semua manusia".


3. Bermasam muka terhadap suami. Sabda Rasullulah s.a.w. "Mana-mana
perempuan yang bermasam muka di hadapan suaminya bererti ia dalam
kemurkaan Allah swt hingga ia senyum kepada suaminya atau ia meminta
keredhaannya".

4. Jahat lidah/mulut pada suami. Sabda Rasulullah s.a.w. " Ada empat
golongan wanita yang akan dimasukkan ke dalam neraka, di antaranya ialah
wanita yang jahat atau kesat lidahnya terhadap suaminya".

5. Membebankan suami dengan permintaan yang di luar kemampuannya.

6. Keluar rumah tanpa izin suaminya. Sabda Rasulullah s.a.w. "Mana-mana
perempuan yang keluar rumahnya tanpa izin suaminya dia akan dilaknat
oleh Allah swt. hingga dia kembali kepada suaminya atau suaminya redha
terhadapnya."

7. Menghina pengorbanan suami. Maksud Hadith: Allah swt tidak akan akan
memandang (mempedulikan) pada isteri-isteri yang tidak berterima kasih
kepada pengorbanan suaminya sedangkan dia masih perlukan suaminya.

8. Menerima tetamu tanpa keizinan suaminya. Maksud Hadith: Jangan
benarkan masuk ke rumahnya melainkan dizinkan oleh suami.

9. Tidak mahu menerima tunjuk ajar suami. Maksud Hadith: Isteri yang
derhaka hukum perbuatannya berdosa dan boleh gugur nafkahnya ketika
itu. Jika ia tidak segera bertaubat dan meminta ampun dari suaminya,
nerakalah di akhirat kelak. Apa yang isteri lakukan terhadap suami adalah
semata-mata mendapat keredhaan Allah swt.

Anda mungkin juga menyukai