Anda di halaman 1dari 2

Nama Murid : Sia Ee Hang

Umur : 11
Tarikh : 3.4.2014
Masa : 10.30am
Nama Guru : Puan Har Siew Lee
Catatan Ulasan
Puan Har telah lambat masuk ke kelas pada hari ini
kerana berjumpa dengan Pengetua. Seperti biasa,
murid-murid diminta untuk menghantar kerja rumah
kelmarin sebelum kelas bermula. Semua murid sudah
hantar buku latihan mereka kecuali pelajar Sia. Mula-
mulanya dia asyik mencari begnya dengan cemas.
Setelah beberapa minit mencari, matanya mulai merah
dan rakan-rakan di sekeliling datang mengelilinginya.
Ada rakan datang memujuk manakala ada yang datang
mengejek. Pelajar Sia ternangis kuat setelah
mendengar ejekan rakan-rakan yang lain. Dia asyik
berbisik-bisik untuk tanya macam mana. Sapu
tangannya dikorek dari poket sambil mencari kertas
menyalin latihan yang diminta untuk hantar pada hari
ini. Puan Har telah masuk ke dalam kelas dan pelajar
Sia memberanikan diri tampil ke depan guru.








Pelajar Sia merupakan seorang
pengawas sekolah dan
mempunyai sifat tanggungjawab
yaang sangat tinggi. Dia pernah
menjadi seorang pelajar yang
malas dan tidak disukai oleh guru
sehingga dilantik menjadi
pengawas. Setelah diberi
tanggungjawab itu, dia mulai
berubah kerana tidak ingin
menghampakan guru. Jadi, dia
berasa amat cemas sekali apabila
kerja rumahnya tidak dapat
dihantar dan dengan cepatnya dia
mengemaskan emosi dan mula
membuatkan gurunya yang
baharu untuk diganti. Lebih-lebih
lagi sifat berani menanggung
kesalahan itu dapat dilihat dengan
jelas dalam dirinya.
Perkembangan sosio-emosi
pelajar Sia telah mencapai tahap
yang memuaskan kerana masih
tabah ketika menghadapi masalah
dan ejekan rakan yang lain.
Rekod Anekdot

Anda mungkin juga menyukai