Anda di halaman 1dari 2

1.

BERIKAN DEFINISI UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN


Ujian :
Merupakan suatu bentuk proses yang digunakan bagi mengukur darjah kemahiran
Matematik yang dicapai melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Pengukuran:
Suatu proses untuk mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan
instrument sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diiterpretasi.

Penilaian:
Merujuk kepada suatu proses sistematis bagi meninjau proses atau hasil sesuatu
rancangan pengajaran Matematik dengan memeriksa dan menilainya untuk melihat
sama ada objektif-objektif tertentu yang telah ditetapkan, tercapai atau tidak.

2. TAFSIRKAN KEPUTUSAN ANALISIS UNTUK ITEM 4
Indeks Kesukaran : 0.73
Indeks Diskriminasi : 0.35
Kebolehpercayaan : 0.70

Berdasarkan kepada tafsiran keputusan item 4, indeks kesukaran yang dinyatakan
adalah 0.73. Hal ini menunjukkan bahawa item 4 berada di dalam kelas yang mudah,
yang membolehkan ramai pelajar dapatmenjawab dengan betul. Jika kita menganggap
100 orang calon menjawab item 4, 73 daripada calon tersebut dapat menjawab dengan
betul.

Beradasarkan kepada tafsiran keputusan item 4, indeks diskriminasi yang dinyatakan
adalah 0.35. Hal ini menunjukkan bahawa item 4 berada di dalam kelas yang baik.
Dalam erti kata yang lain, item 4 berjaya dalam memberi suatu gambaran darjah
perbezaan tahap bagi pelajar-pelajar yang berprestasi tinggi dengan pelajar-pelajar
yang berprestasi rendah.

Beradasarkan kepada tafsiran keputusan item 4, kebolehpercayaan yang dinyatakan
adalah 0.70. Hal ini menunjukkan bahawa item 4 berada pada tahap yang terbaik.






3. HURAIKAN SEMUA TAHAP TAKSONOMI BLOOM
Terdapat 6 tahap dalam Taksonomi Bloom,yang terdiri daripada Pengetahuan,
Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sistesis dan Penilaian.

Tahap yang pertama adalah Pengetahuan. Pada tahap ini, objektif pembelajaran lebih
tertumpu kepada proses-proses seperti mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas,
definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa daripada pembelajaran yang lepas.

Tahap yang kedua adalah Kefahaman. Pada tahap ini, objektif pembelajaran lebih
tertumpu kepada proses-proses seperti Mengubah kefahaman daripada satu bentuk
kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri,
menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.

Tahap yang ketiga adalah Aplikasi. Pada tahap ini, objektif pembelajaran menumpukan
kepada kemahiran menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk
menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula.

Tahap yang keempat adalah Analisis. Pada tahap ini, objektif pembelajaran
menumpukan kepada kemahiran mengenalpasti sesuatu yang kompleks lalu
dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara
bahagian, kenali struktur organisasi.

Tahap yang kelima adalah Sintesis. Pada tahap ini, objektif pembelajaran menumpukan
kepada kebolehan dalam menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri,
menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.

Tahap yang terakhir pula adalah Penilaian. Pada tahap ini, objektif pembelajaran
menumpukan kepada kebolehan dalam membuat pertimbangan termasuk memberi
rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik.

Anda mungkin juga menyukai