Anda di halaman 1dari 89

BAHAGIAN

PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KAMPUS TUANKU BAINUN
14400,BUKIT MERTAJAM,PULAU PINANG.

BAHASA MELAYU 1 (AKADEMIK)


KURSUS PERGURUAN LEPASAN SIJIL PELAJARAN
MALAYSIA
(SEMESTER 1 / 2010)

NAMA
NOMBOR KAD

: MUHAMMAD NAZRIN BIN CHE YA


: 920908-08-6329

PENGENALAN
OPSYEN

: 1 KPLSPM MATEMATIK/PI/BM

PENSYARAH

: PUAN NORMA BINTI ABD MAJID

MATA PELAJARAN

: BAHASA MELAYU 1 (AKADEMIK)

KOD MATA PELAJARAN : PM 1311 P5


TARIKH SERAHAN

: 3 SEPTEMBER 2010

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah bahasa


Melayu,iaitu Puan Norma Bt Abd Majid yang memberi tunjuk ajar kepada saya
sepanjang saya menyiapkan kerja khusus ini.Dengan bantuan beliau saya ,berjaya
menyiapakan kerja khusus ini dengan jayanya.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang membantu saya dari segi
sumber maklumat dan sebagainya bagi saya menyiapakan kerja khusus ini.
Akhir sekali saya,ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa
saya yang memberikan bantuan kepada saya dari segi kewangan dan dorongan
untuk saya menyiapkan kerja khusus ini.
Kesimpulannya,saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua
pihak yang telah membantu saya untuk menyiapkan kerja khusus ini dan
menyerahkannya pada tempoh yang ditetapkan.

PENDAHULUAN

Pada 10/8/2010 pensyarah bahasa melayu kami iaitu Puan Norma Bt Abd Majid
telah memberikan tugasan kepada kami iaitu satu kerja khusus yang berkaitan
dengan sejarah bahasa Melayu dan pengantar fonetik dan fonologi.
Kerja khusus bahasa Melayu ini bermula pada 10 Ogos 2010 dan kami
diminta menyiapkannya sebelum 3 September 2010.Kerja khusus bahasa Melayu ini
memberi tumpuan terhadap huraian asal usul dan fungsi bahasa Melayu serta
bunyi-bunyi yang terdapat dalam bahasa Melayu,fungsi alat-alat artikulasi dan
kedudukan daerahnya.
Kami juga diminta oleh pensyarah bahasa Melayu untuk mencari sumber
rujukan dari 3 sumber yang berlainan.Kami juga boleh mencari maklumat melalui
internet dan sumber-sumber lain seperti daripada majalah-majalah dan surat khabar.
Akhir sekali,kami para pelajar yang mengambil mata pelajaran BM 1
(Akademik) semester 1 telah berjaya menyiapkan kerja khusus ini dengan jayanya
dengan mengambil kira setiap aspek-aspek yang diperlukan dalam menyiapkan
kerja khusus ini.

JADUAL
PELAKSANAAN

BIL

TARIKH

12/8/2010

14/8/2010

15/8/2010

21/8/2010

22/8/2010

27/8/2010

28/8/2010

BUTIRAN
Taklimat tentang kerja kursus Bahasa
Melayu daripada Puan Norma
Memulakan kerja khusus dengan
konsep bahasa Melayu dan ciri-ciri
bahasa Melayu
Meneruskan kerja khusus dengan tajuk
fungsi bahasa Melayu dan asal-usul
bahasa Melayu
Meneruskan kerja khusus tajuk takrif
fonetik dan fonologi,perbezaan antara
fonetik dan fonologi serta bidangbidang fonetik
Meneruskan kerja khusus dengan alatalat artikulasi dan bunyi-bunyi bahasa
Meneruskan kerja khusus dengan
prosodi dan suprasegmental
Menyiapkan
penghargaan,pendahuluan,refleksi,hasi
l pembelajaran,rujukan dan lampiran

CATATAN

TAKRIF FONETIK

Asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya


disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyibunyi ujaran manusia .Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyibunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi itu dihasilkan,didengar dan
diinterpretasikan . Kajian fonetik lebih tertumpu pada bunyi-bunyi bahasa itu sendiri
daripada melihat konteks bunyi-bunyi itu digunakan dalam sesuatu bahasa.

Fonetik menyelidik bagaimana bunyi-bunyi bahasa direalisasikan atau dilafazkan


dan turut melihat bagaimana organ-organ pertuturan manusia bekerja untuk
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa tersebut . Tegasnya,bidang fonetik melihat dari
segi fizikal sesuatu bunyi bahasa itu dihasilkan .Fonetik juga merupakan sebahagian
daripada ilmu linguistik yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambinglambang yang menunjukkan sebutannya.Rajah yang berikut memperlihatkan
kedudukan fonetik dalam hubungannya dengan bidang linguistik lain.

Pragmatik
Wacana
Sintaksis
Morfologi
Fonologi
Fonetik

TAKRIF FONOLOGI
Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa.Bahasa itu sendiri
merupakan satu bidang yang sangat luas dan mempunyai berbagai-bagai teori

bahasa.Bidang kajian fonologi juga termasuklah cara standard untuk merakamkan


suara dan kemudiannya menggambarkannya semula menggunakan simbol-simbol
khusus.
Beberapa pengertian fonologi adalah seperti yang berikut :
(a) Fonologi ialah kajian tentang sistem bahasa yang berkaitan senarai bunyi
bahasa dan ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskan
cara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain.
(b) Fonologi mengkaji bunyi bahasa pada aras yang lebih tinggi daripada
fonetik,iaitu struktur bunyi bahasa yang diujarkan . Fonologi mengkaji bentukbentuk bunyi yang terdapat dalam sesuatu bahasa.Fonologi turut melihat cara
bunyi-bunyi bahasa dihasilkan dan dideskripsikan serta mendapatkan satu
cara yang tepat untuk menyebut sesuatu bunyi bahasa.

BIDANG-BIDANG
FONETIK

(a) Fonetik artikulasi


Bidang ini mengkaji cara bunyi-bunyi dihasilkan oleh manusia(bunyi vokal dan
konsonan ) dengan menggunakan alat tutur
(b) Fonetik akustik
Bidang ini mengkaji gelombang bunyi dan cara gelombang tersebut mencapai
pendengaran manusia,misalnya bunyi yang kuat ,frekuensi dan jarak bunyi.
(c) Fonetik auditori
Bidang ini mengkaji cara otak memproses bunyi yang diterima melalui telinga
dan cara bunyi-bunyi tersebut diinterprestasikan .
Bagi memberikan gambaran yang lebih jelas tentang bidang fonetik ini ,berikut
diperlihatkan contoh analisis bagi huruf konsonan s dengan mengaplikasikan
ketiga-tiga analisis fonerik tersebut.

Fonetik artikulasi lambang fonetik bagi huruf tersebut ialah [s], iaitu

bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara.


Fonetik akustik frekuensi bagi bunyi tersebut sekitar 8000-11000 Hz
(diukur menggunakan alat khas) dan hamper menyamai bunyi desis
yang terdapat pada ular.

Fonetik auditori merupakan bunyi desis yang bising dan boleh


didengar dengan kuat oleh telinga.

PERBEZAAN FONETIK
DAN FONOLOGI

Sebenarnya ,antara fonetik dengan fonologi terdapat sedikit sebanyak


perbezaan .Fonetik mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia
seluruhnya ,manakala fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dalam
pertuturan bagi sesuatu bahasa . Bidang fonetik menjadi asas kepada kajian
fonologi ,manakala bidang fonologi menjadi input kepada kajian linguistik pada aras
yang lebih tinggi ,iaitu morfologi dan sintaksis.
Tugas bidang fonologi ialah merumuskan ,menghuraikan dan menjelaskan
segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci dengan tujuan
untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik .Menurut Henderson
(1971),bidang fonologi perlu diasingkan daripada bidang fonetik memandangkan
bidang fonetik tidak mungkin dapat merangkumi pemerian seluruh bunyi yang
dihasilkan oleh manusia,menghalusi segala variasi bunyi tersebut dan menghuraikan
sistem bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh manusia mdengan sempurna.
Kita sedia maklum imbuhan fon pada perkataan fonetik dan fonologi adalah
berkaitan bunyi seperti pada perkataan telefon ,mikrofon,gramofon dan
zilofon.Morfem ini berasal daripada bahasa Greek,phonema yang bermaksud
bunyi .Contohnya:
(a) Telefon bermaksud bunyi yang jauh .
(b) Mikrofon bermaksud bunyi yang kecil kerana dihantar sebagai input kepada
alat pembesar suara yang menukarkannya kepada bunyi yang lebih kuat
(bunyi yang sebenar lebih kecil berbanding dengan output bunyi yang
dihasilkan).
(c) Gramofon merujuk kepada alat pemain piring hitam .Bentuk asalnya ialah
fonograf yang bermaksud bunyi yang bertulis.Gramofon dinamakan

sedemikian kerana bunyinya terhasil disebabkan jarum yang mengesan jejak


garisan pada piring hitam dan proses ini boleh diundurkan ke belakang untuk
memainkan sesuatu lagu itu sekali lagi.
(d) Zilofon bermakna bunyi kayu yang merupakan instrument muzik yang
membolehkan nota muzik dihasilkan melalui gema pada kayu.

Untuk memberikan contoh yang benar tepat bagi bunyi-bunyi tersebut adalah
agak sukar kerana tiada dua orang penutur yang dapat menghasilkan bunyi yang
sama .Misalnya,bagi bunyi vokal dan konsonan,contoh bunyi tersebut tentunya
sukar untuk menyamai bunyi yang dihasilkan oleh semua penutur kerana penutur
yang berbeza akan memperlihatkan pelbagai tekanan yang dikenali sebagai
Received Pronunciation (RP). Perlu diingat bahawa RP tidaklah dikhususkan
kepada mana-mana kawasan,tetapi kebanyakan pengguna bagi bunyi-bunyi
tersebut ditemui di selatan dan daerah pertengahan berbanding dengan di
utara.Sebagai contoh ,bunyi [] bukanlah biasa kepada kepada semua penutur jati
di United Kingdom.Di kebanyakan bahagin di London dan tenggara England,bunyi
tersebut digambarkan oleh [f] dan silih berganti pengunaannya.Demikian juga seperti
yang kita ketahui bahawa bunyi [x] dalam bahasa inggeris menggambarkan dua
bunyi konsonan,iaitu sama ada [k,s] atau [k,z] dan dalam transkripsi fonetik,simbol
inilah yang digunakan.

Terdapat enam fonem vokal dalam bahasa Melayu standard iaitu /a/,/e/,/i/,/o/,/u/
dan // dan penyebarannya adalah seperti berikut.

Huruf

Fonem

Penggunaan Fonem Vokal


Awal
Tengah

Akhir

/a/

/e/

/i/

/o/

/u/

/ /

/awa/
/api/
/ena/
/ekor/
/ikat/
/iman/
/oleh/
/oran/
/ubat/
/ular/
/ ma/
/ mpat/

/kadar/
/gagah/
/leher/
/telen/
/pilh/
/gigih/
/bohon/
/tolon/
/bulat/
/pulut/
/pnat/
/tpat/

/mana/
/bola/
/tauge/
/ole-ole/
/tuli/
/tari/
/pidato/
/solo/
/sudu/
/palu/
/socialism/
/mekanism/

Penyebaran fonem vokal bahasa Melayu

Huruf e digunakan untuk melambangkan dua fonem,iaitu:


(a) fonem e pepet yang di tulis secara fonetik / /
(b) fonem e taling yang ditulis secara fonetik /e/

Penutur bahasa Melayu lazimnya berupaya untuk membezakan dua sebutan


tersebut dan dapat menggunakannya dengan betul.selain itu , / / juga sering
digunakan untuk mengantikan bunyi vokal bagi perkataan yang berakhir dengan
huruf /a/.

Dalam bahasa Melayu terdapat 18 fonem konsonan asli.Boleh dikatakan hampir


setiap huruf Rumi mewakili satu sebutan fonem dan ini menjadi salah satu faktor
bahasa Melayu itu mudah dipelajari,iaitu disebabkan sistem fonologinya yang juga
mudah.Jadual yang berikut memperlihatkan fonem konsonan asli Melayu dan contoh
penggunaannya dalam perkataan.

Huruf

Fonem

b
c
d
g
h
j
k
l
m
n
ng
ny
p
r
s
t
w
y

/b/
//
/d/
/g/
/h/
//
/k/
/l/
/m/
/n/
//
//
/p/
/r/
/s/
/t/
/w/
/j/

Penggunaan Fonem Konsonan


Awal
Tengah
Akhir
Batuk
Lambat
Kelab
Campak
Benci
Mac
Datang
Ladang
Abad
Gagal
Ligat
Monolog
hapus
Lahap
Sudah
Jalan
Sejat
Garaj
Kilat
Bangkit
Letak
Lawat
Selamat
Kawal
Masam
Zaman
Kelam
Nanti
Senak
Masin
Nganga
Lengkap
Halang
Nyanyi
Senyap
Pedas
Papan
Sedap
Runtuh
Deras
Dengkur
Sukat
Langsai
Lepas
Tanam
Latih
Pekat
Warna
Bawah
Takraw
Yuran
yayasan
-

Penyebaran fonem konsonan asli bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu,terdapat lapan konsonan pinjaman .Konsonan pinjaman


ini berasal daripada bahasa Arab ,bahasa Inggeris atau bahasa selain bahasa
Melayu.Walau bagaimanapun,penggunaan konsonan pinjaman ini telah sebati
dengan penutur bahasa Melayu sehingga konsonan ini tekah diiktiraf sebagai huruf
konsonan Melayu juga.Jadual yang berikut memperlihatkan konsonan pinjaman
dalam bahasa Melayu dan contoh penggunaannya dalam perkataan.

Huruf
F
V
Th
Dh
Z
Sy
Kh
Gh

Fonem
/f/
/v/
//
//
/z/
//
/x/
//

Contoh penggunaan

fakir
Variasi
Mithal(missal)
Dharab(darab)
Zaman
Masyarakat
Khas
Ghaib

Penyebaran konsonan pinjaman bahasa Melayu

Alat artikulasi merupakan organ yang berfungsi dan memainkan peranan


semasa mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.Senarai alat artikulasi manusia adalah
seperti yang berikut:
Hujung lidah

Rongga tekak

Rongga tekak

Rongga hidung

Tengah lidah

Rongga mulut

Belakang lidah

Tenggorok

Akar lidah

Epiglotis

Rahang

Pita suara

Anak tekak

Paru-paru

Rajah Kedudukan Alat Artikulasi


(sumber daripada buku:Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1)

ANAK TEKAK
Anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan
lelangit lembut.Anak tekak bersambung dengan lelangit lembut dan merupakan

daging yang tergantung dari lelangit lembut itu.Anak tekak berfungsi sebagai alat
pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut,khususnya dalam menentukan
sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau
tidak.Dengan demikian,anak tekak ini juga boleh digerakkan,sama ada dinaikkan
atau diturunkan.

LIDAH
Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran
bunyi-bunyi bahasa .Lidah terbahagi kepada lima bahagian,iaitu hujung lidah,tengah
lidah,hadapan lidah,belakang lidah,dan daun lidah.Bahagian-bahagian lidah ini boleh
digerak-gerakkan sama ada diangkat,dinaikkan atau diturunkan untuk membuat
penyekatan terhadap udara yang keluar melalui ronnga mulut.Bahagian hadapan
,tengah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal,iaitu vokal
hadapan ,vokal tengah dan vokal belakang.Hujung lidah pula merupakan bahagian
yang paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian di dalam mulut
untuk menyekat perjalanan udara.Oleh ssebab lidah ini sangat aktif dalam proses
pengeluaran bunyi-bunyi bahasa,maka lidah dinamakan artikulasi utama.
Bahagian dan kedudukan bahagian lidah tersebut adalah seperti berikut:
(a) belakang lidah bertentangan dengan lelangit lembut.
(b) tengah lidah bertentangan dengan pertemuan lelangit keras dengan lelangit
Lembut.
(c ) hadapan lidah bertentangan dengan lelangit keras
(d) daun lidah sepanjang garisan yang menghadapi gusi
(e) hujung lidah bahagian yang paling akhir

PITA SUARA
Pita suara terletak di dalam ruang tenggorok dan amat penting dalam menghasilkan
bunyi bahasa.Seseorang yang mengalami kerosakan pita suara akan mengalami
gangguan suara ,manakala orang yang tidak mempunyai pita suara akan menjadi
bisu.Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan
tertutup.Ruang antara kedua-dua selaput itu disebut glottis.Apabila kedua-dua

selaput itu dirapatkan,glottis akan menjadi sempit atau tertutup,sementara apabila


selaput itu direnggangkan,glotis menjadi luas.

Gambaran Pita Suara


RAHANG
Rahang tidak memainkan peranan yang terlalu penting semasa mengeluarkan
bunyi-bunyi bahasa.Walau bagaimanapun,kedudukannya adalah penting dalam
pembunyian vocal.Sebagai contoh,keadaan bukaan antara dua rahang antara atas
dengan bawah adalah sempit semasa membunyikan vokal [i] dan vokal
[u].Sebaliknya keadaan rahang akan terbuka luas semasa membunyikan vokal [a]
dan vokal [].

RONGGA
Rongga turut berperanan dalam menentukan penghasilan bunyi bunyi
bahasa.Rongga merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara
yang keluar dari paru-paru.Rongga terbahagi kepada tiga,iaitu rongga tekak,rongga
mulut,dan rongga hidung.Rongga tekak bermula daripada behagian atas selaput pita
suara hinggalah ke bahagian anak tekak.Rongga bermulut bermula dari ruang di

belakang lidah membawa ke bahagian bibir sebelah dalam,sementara rongga


hidung bermula dari bahagian belakang anak tekak menghala ke hidung.Rongga
tekak dan rongga hidung boleh dibuka dan ditutup bergantung pada keadaan,sama
ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau diturunkan.

Daerah artukulasi merupakan tempat atau kedudukan organ yang terlibat dalam
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.Daerah artikulasi yang berperanan dalam
menghasilkan bunyi bahasa ialah bibir,gusi,gigi dan lelangit.

Daerah Artikulasi
BIBIR
Bibir merupakan alat artikulasi yang terletak di bahagian luar rongga mulut yang
berfungsi untuk menyekat perjalanan udara.Bibir terdiri daripada otot kenyal yang
boleh dihamparkan dan dibundarkan.sebagai contoh,apabils menyebut bunyi
[i],keadaan bibir adalah hampar ,Sebaliknya apabila menyebut buniy [u],kedudukan
bibir menjadi bundar.Bibir juga berfungsi untuk membuat sekatan kepada udara
yang keluar melalui rongga mulut.sebagai contoh,apabila menyebut bunyi [m],aliran
udara akan disekat dibibir.

GIGI
Gigi juga memainkan peranan dalam penghasilan bunyi bunyi bahasa,tetapi
peranannya tidaklah aktif.Gigi terbahagi kepada dua,iaitu gigi atas dan gigi
bawah.Bahagian ini tidak boleh digerak-gerakkan dan fungsinya adalah untuk
menahan udara daripada terus keluar dengan bebas melalui rongga mulut.Dalam
penyebutan bunyi [] dan [ ]gigi turut berperanan sebagai daerah penyebutan.

GUSI
Gusi (alveolar) ialah alat pertuturan yang letaknya antara gigi dengan lelangit
keras.Keadaan cembung dan berfungsi sebagai daerah artikulasi,iaitu daerah
penyebutan dan tidak boleh digerak-gerakkan.gusi berperanan dalam pengeluaran
bunyi-bunyi bahasa dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi untuk membuat
penyekatan,misalnya ketika mengujarkan bunyi [t] dan [d].

LELANGIT
Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu lelangit keras
(palatal/palatum) dan lelangit lembut (velar/velum).Lelangit keras terletak di antara
gusi dengan lelangit lembut.Lelangit keras merupakan tulang berbentuk cembung
pada bahagian atas mulut.Lelangit keras berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam
mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.Lelangit lembut pula terletak ke dalam
sedikit,iaitu selepas lelangit keras dan anak tekak.Lelangit lembut merupakan tisu
lembut pada bahagian belakang lelangit keras.Lelangit lembut boleh dinaikkan dan
diturunkan.Alat ini amat penting dakam menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan
itu bunyi oral atau bunyi nasal.

.Dalam linguistik,prosodi menjelaskan segala perkara yang berkaitan bentuk


bunyi bahasa yang dapat didengar di telinga,iaitu yang tidak dapat dijelaskan hanya
dengan melihat simbol-simbol tulisan.Prosodi berfokus pada ujaran,iaitu yang ada

kaitannya dengan intonasi dan rima .Prosodi turut melihat perubahan pada
kepanjangan suku kata,kelantangan,nada dan beberapa perkara lain yang
berhubung dengan struktur bunyi ujaran yang dilafazkan.Dalam bahasa yang lain
pula ,ia melihat kepanjangan suku kata adalah sekurang-kurangnya sebahagian
daripada bentuk transkripsi.Secara umumnya,pembentukan struktur vokal mudah
dikenal pasti melalui fonologikal atau transkripsi otografik .Bunyi vokal, biasanya
lebih jelas ,lengkap dan dapat memberikan penekanan.
Dalam bahasa tulisan,kita menggunakan tanda baca seperti tanda koma,titik
bertindih,koma bertitik,tanda seru,tanda soal dan sebagainya untuk menandakan
sesuatu supaya pembaca peka terhadap perkara-perkara tertentu dalam teks yang
dibacanya.Sebaliknya,dalam bahasa lisan kita menggunakan bunyi-bunyi tertentu
pada kata ,frasa,klausa dan ayat untuk mendapatkan perhatian pendengar.Bunyibunyi sedemikian bukanlah menandakan ciri-ciri ujaran seseorang individu,tetapi
khusus digunakan dalam wacana lisan secara keseluruhannya.Ciri-ciri tersebut
dinamakan suprasegmental,Antara kesan bunyi tersebut ialah
tekanan,intonansi,tempo dan rima yang kesemuanya dikenali sebagai ciri-ciri
prosodi.Perkara yang juga berkaitannya dengannya ialah kualiti bunyi ujaran yang
dilafazkan seperti serak dan garau yang dikategorikan sebagai ciri-ciri
paralinguistik.Kedua-dua perkara ini ,iaitu prosodi dan ciri-ciri paralinguistik dapat
memberikan kesan kepada makna.Namun demikian,ciri-ciri tersebut tidaklah sama
antara satu bahasa dengan bahasa yang lain.

CIRI-CIRI PROSODI
(a) TEKANAN DAN KELANTANGAN
Meninggikan laras bunyi merupakan satu cara untuk memberikan penekanan
tetapi cara ini merupakan satu cara yang agak berkasar.Justeru,tekanan dalam
ujaran digabungkan dengan ciri yang lain seperti perubahan dalam ton suara dan
tempo.Tekanan merujuk kepada bunyi kata yang diucapkan lebih lantang daripda
yang lain atau pengucapan kata yang dikuatkan.Kita menguatkan tekanan suara

bagi memyampaikan maksud seperti rasa marah atau hairan dan dalam keadaan
tertentu sebagai satu desakan kepada pendengar.Tekanan merupakan satu cara
untuk menyebut perkataan,frasa atau ayat dengan memberikan tekanan kepada
tempat-tempat tertentu.Biasanya,tekanan dilakukan pada suku kata dan
bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu
.Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah ?.Dalam bahasa Melayu,tekanan
tidak membezakan makna.Tekanan bertujuan untuk menyedapkan percakapan
atau bacaan,misalnya bacaan sajak atau untuk menandakan tempat atau aspek
yang perlu diberikan perhatian.

(b) INTONASI
Kita tentu sudah biasa dengan kesan yang ditunjukkkan oleh ton atau intonasi
suara.Kita menggunakan pelbagai intonasi yang berbeza untuk menyatakan
maksud yang tertentu kepada pendengar.Kontur intonasi,sama ada
meninggikan atau menurunkan ton suara boleh memberikan perbezaan yang
menandakan ujaran tersebut berbentuk penyaaan atau penyoalan.Dalam
keadaan tertentu,ada penutur yang menggunakan intonasi yang berbentuk
penyataan dengan maksud sebenarnya adalah untuk membuat permintaan
dan ada juga yang menggunakan intonasi pertanyaan tanpa bermaksud untuk
bertanya.

(c) TEMPO
Kita bercakap lama atau sekejap,banyak atau kurang dengan kadar yang
cepat untuk tujuan dan sebab yang berbeza-beza.Hal ini mungkin berlaku
kerana kita berhadapan dengan situasi yang menghendaki kita melafazkan
ujaran sedemikian.Dalam keadaan tertentu,tempo memberikan kesan kepada
sesuatu makna,misalnya untuk memberikan rangsangan dan mendapatkan
perhatian.

(d) RIMA

Pola ,tekanan,tempo dan nada secara bersama akan menghasilkan


rima..Dalam puisi,rima merujuk kepada bunyi yang sama pada huruf akhir atau
kata akhir sesuatu rangkap seperti syair.Semua ujaran mempunyai rima.Walau
bgaimanapun,dalam bentuk ujaran yang lazimnya dilafazkan secara spontan
oleh penutur,kita kurang menyedari akan kehadiran rima.Kita hanya akan
menyedarinya hanya apabila ujaran tersebut diulang-ulang denhgan
menggunakan pola yang sama.

(e)MORA
Mora atau panjang pendek ialah kadar sesuatu bunyi itu diucapkan.Konsepnya
sama dengan konsep harakat dalam bahasa Arab.Lambang yang digunakan
untuk menandakan panjang pendek itu ialah [:] dan disebut mora.Lambang [::]
bermaksud dua mora manakala [.] bermaksud setengah mora.Mora tidak begitu
berperanan dalam bahasa Melayu dan kalau ada pun tidak membezakan
makna.Penggunaan unsur ini lebih ketara dalam bahasa Inggeris,misalnya:
Pendek

Panjang

[sit] sit (duduk)

[si:t] seat (tempat


duduk)

[full] full (penuh)

[fu:l] fool (bodoh)

(f) JEDA
Jeda juga disebut sebagai persendian.Unsur ini digunakan untuk memisahkan
elemen-elemen linguistik seperti perkataan,rangkai kata atau ayat.Dalam
ujaran,jeda digunakan sebagai hentian sebenar.Lambang jeda ialah [#] dan
apabila digunakan jeda boleh membawa makna yang berbeza.Sebagai
contoh,perhatikan ayat yang berikut:
(i)

[# saja minum susu lmbu #]

(Bermaksud orang yang bercakap itu memberitahu dia minum susu lembu)
Lambang jeda yang digunakan bagi menunjukkan pemisahan antara suku kata
atau perkataan ialah [+].Dalam bahasa Melayu,lambang ini juga berfungsi bagi
membezakan makna.Contohnya:
Berikan ber + ikan (bermaksud mempunyai ikan)
-

beri + kan (bermaksud menyerahkan)

INTONASI
Intonasi merupakan keadaan turun naik bunyi atau tinggi rendah suara semasa
bercakap kadangkala disebut nada suara.Justeru intonasi juga merujuk kepada
variasi nada apabila bertutur.Intonasi dan tekanan ialah dua elemen yang penting
dalam prosodi linguistik.Kebanyakan bahasa menggunakan nada
sintaktikal,misalnya untuk menyatakan rasa terperanjat dan ironi atau mengubah
perminyaan dalam bentuk penyataan.Bahasa Inggeris dan Perancis menyebut hak
ini sebagai intonasi bahasa.Ada bahasa yang menggunakan nada tinggi atau rendah
untuk membezakan perkataan-perkataan dan ini dikenali sebagai ton
bahasa.Bahasa Cina mempunyai ciri yang sedemikian.Sebagi contoh sebutan ma
dalam bahasa Cina boleh membawa maksud emak atau kuda atau jerami atau
marah bergantung pada nada perkataan itu dilafazkan .
Intonasi berperanan dalam menentukan jenis-jenis ayat dalam bahasa
Melayu.Berdasarkan jenis ayat yang diujarkan ,ayat-ayat tersebut boleh berbentuk
mendatar,menaik,menurun dan sebagainya.Sebagai contoh,ayat tanya lazimnya
mempunyai intonasi yang meninggi pada akhir ayat,manakala ayat penyata
mempunyai intonasi yang menurun.Antara intonasi yang digunakan dalam ujaran
ialah:
(a) Intonasi menaik bermakna nada suara dinaikkan mengikut masa
(b) Intonasi menurun bermakna nada suara diturunkan mengikut masa.

(c) Intonasi puncak bermakna nada suara daripada naik kepada turun.
(d) Intonasi dipping bermakna nada suara daripada turun kepada naik.

Tingkat nada dalam intonasi ditandai oleh angka 1,2,3 dan 4 yang membawa
maksud yang berikut:
Angka 1 menunjukkan nada yang paling rendah.
Angka 2 menunjukkan nada permulaan ujaran.
Angka 3 menunjukkan nada tekanan dalam ujaran .
Angka 4 menunjukkan nada yang paling tinggi.

BAHASA RASMI
Bahasa rasmi merupakan bahasa yang diberikan status sedemikian secara sah oleh
sebuah Negara,negeri atau wilayah.Bahasa rasmi merupakan bahasa yang
digunakan dalam situasi rasmi seperti dalam urusan pemerintahan dan
pentadbiran,sistem pendidikan,urusan perdagangan dan
perusahaan,kehakiman,upacara rasmi dan antarabangsa.
Bahasa rasmi merupakan bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan seharian
negara dan fungsinya pula dapat memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat
kenegaraan seperti:
(a) Bahasa lisan para pegawai kerajaaan sewaktu menjalankan tugas-tugas
rasmi negara.
(b) Media dalam segala urusan surat-menyurat di dalam dan antara jabatan.
(c) Penulisan dokumen dan rekod kerajaan.
(d) Media untuk menulis semula undang-undang dan peraturan negara.
(e) Penulisan semua jenis borang urusan rasmi kerajaan
Sebagai bahasa rasmi,bahasa Melayu ditetapkan menjadi wahana
komunikasi dalam bidang pentadbiran.Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan menyatakan bahawa bahasa rasmi digunakan untuk semua
urusan rasmi di peringkat kerajaan persekutuan ,kerajaan negeri dan badan
berkanun.Dengan menghayati dan menghaormati semangat perlembagaan
itu,setiap pelaksana dasar kerajaan wajib menggunakan bahasa Melayu
dalam semua urusan rasmi.

Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa rasmi dan bahasa


kebangsaan negara Malaysia melalui penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan
1963 yang mula berkuat kuasa pada April 1963.Akta ini mengandungi tiga
seksyen yang meliputi aspek-aspek tulisan,bentuk anngka dan bahsa yang
digunakan dalam borang rasmi kerajaan.Pada tahun 1967,iaitu selepas 10
tahun merdeka ,Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan dan mula berkuat kuasa

pada 1 Septembe 1967 di semenanjung Malaysia.Akta ini kemudian disemak


dan akhirnya disatukan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan dikenali
sebagai Akta Bahasa Kebangsaan 1967.
Persamaan yang jelas antara kedua-dua akta ini adalah tentang bahasa
Melayu yang dipilih sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan bagi
kegunaan masyarakat.Akta Bahasa Kebangsaan 1967 memperuntukan
bahawa selepas 1 September 1967,bahasa kebangsaan atau bahasa Melayu
hendaklah digunakan bagi maksyd-maksud rasmi,kecuali dalam beberapa
kes tertentu seperti undang-undang yang sedia ditulis dalam bahasa
Inggeris,perhubungan antarabangsa,hubunga diplomatik dan
sebagainya.Penekanan tentang penggunaan bahasa dalam semua urusan
rasmi ciri semakin mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi.
Hal ini bermakna,pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi jelas
termaktub dalam:
(i)

Perlembagaan Persekutuan,perkara 152 Fasal 1 (a) dan Fasal 3.

(ii)

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 Seksyen 2 dan Seksyen 6.

Terdapat juga keadaan bahasa minoriti turut diberikan pengiktirafan sama seperti
bahasa rasmi.Bahasa itu digunakan dalam sesebuah negara,diajarkan di sekolahsekolah dan digunakan dalam komunikasi rasmi,tetapi tidak semestinya sama status
seperti bahasa rasmi sebenar.Sebagai contoh,bahasa Tamil dan Mandarin diajar
secara rasmi di sekolah-sekolah jenis kebangsaan di Malaysia tetapi bahasa ini
bukanlah bahasa rasmi bagi negara Malaysia.

BAHASA KEBANGSAAN
Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang dapat memperlihatkan identiti nasional dan
lambang bagi sesuatu bangsa dan negara.Bahasa kebangsaan mempunyai kaitan
rapat dengan sejarah bangsa dan negara itu sendiri.Setiap negara yang merrdeka

perlu memiliki bahasa kebangsaan yang dapat melambangkan identiti bangsa dan
negara tersebut.Sesuatu bahasa itu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan melalui
penggubalan undang-undang.
Fungsi utama bahasa kebangsaan secara khusus adalah untuk menyerlahkan
lambing inspirasi dan semangat kebangsaan dan kemerdekaan.Tidak ketinggalan
juga pengisian bahasa kebangsaan juga dapat bertindak sebagai alat perhubungan
dan seterusnya akan menghasilkan satu kumpulan besar masyarakat yang
mempunyai pandangan hidup yang hampir sama.Usaha untuk mengharmonikan
rakyat Malaysai melalui penggunaan satu bahasa yang sama ini dicadangkan
berdasarkan sistem pendidikan kebangsaan yang terkandung dalam Laporan
Jawatankuasa Pelajaran 1955 yang kemudiannya dikenali dengan nama Penyata
Razak (1956).
Pada 31 Ogos 1957,Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai
kemerdekaan.Sebuah negara yang merdeka memerlukan satu bahasa kebangsaan
untuk menjadi dasar bagi satu identifikasi nasional.Jawatankuasa yang merangka
Perlembagaan Persekutuan yang diketuai Lord Reid sedar peri pentingnya bahasa
kebangsaan bagi negara Malaysia.

Justeru Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahasa


Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.Perenggan
tersebut berbunyi:
1 Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa
tulisan seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh parlimen.Terdapat
syarat-syarat tertentu,iaitu:

(a) Tiada sesiapa boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa
maksud lain daripada maksud rasmi),atau daripada mengajar atau belajar apa-apa
bahasa lain;
(b) Tiada apa-apa jua dalam fasal ini boleh menyentuhhak kerajaan persekutuan
atau hak mana-mana kerajaan negeri bagi memelihara dan meneruskan
penggunaan dan pengajian bahasa,mana-mana kaum lain dalam persekutuan.
2 Walau apapun peruntukan Fasal (1) selama tempoh sepuluh tahun,selepas hari
merdeka dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh
parlimen,bahasa Inggeris boleh dalam kedua-dua majlis parlimen,dalam Dewan
Negeri dan segala maksud rasmi yang lain.
3 Walau apapun peruntukan Fasal (1) selama tempoh sepuluh tahun selepas hari
merdeka dan selepas daripada itu sehingga lainnya diperuntukan oleh
parlimen,naskhah yang sahih;
(a) Bagi segala rang undang-undang yang hendak dikemukakan atau pindaanpindaan mengenainya yang hendak dicadangkan dalam mana-mana majlis
parlimen.
(b) Bagi segala akta parlimen dan segala perundangan kecil yang dikeluarkan oleh
kerajaan persekutuan hendaklah dalam bahasa Inggeris.

Akta Perlembagaan 1971 (pindaan) telah memperuntukkan bahawa status


bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh dipersoalkan.Sesiapa yang
mempersoalkan hal ini dituduh melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan
1984.Perkara 152 tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.Walau
bagaimanapun,bahasa Inggeris boleh digunakan bagi maksud rasmi seperti:
(a) Perutusan dengan negara-negara luar atau badan-badan antarabangsa.
(b) Latihan yang dijalankan oleh pakar-pakar luar Negara.

(c) Bagi Jabatan Hasil Dalam Negeri,kerja yang berkaitan dengan pentaksiran
,komputer,perakaunan,pungutan dan penyiasatan.
(d) Nasihat atau pendapat undang-undang yang berhubung dengan mana-mana
undang-undang yang naskhah sahihnya adalah dalam bahasa Inggeris.

Untuk memenuhi hasrat ini,pada peringkat awal bahasa kebangsaan telah


diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran disekolah-sekolah.Kemudian apabila
kedudukan bahasa Melayu sudah mantap dan menjadi keperluan untuk
memperkukuh perpaduan rakyat serta memupuk keperibadian masyarakat,istilah
Bahasa Malaysia pula digunakan.Hal ini bermakna,bahasa Malaysia merujuk
kepada bahasa Melayu.Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun
1957,bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaaan ,tetapi penggunaannya tidak
meluas,terutama dalam kalangan orang bukan Melayu.Oleh itu,selepas peristiwa 13
Mei,istilah bahasa Melayu ditukar kepada bahasa Malaysia yang membawa erti hak
atau kepunyaan rakyat Malaysia.Namun demikian istilah bahasa Melayu dan
tarafnya sebagai bahasa kebangsaan tetap tidak berubah dan terus kekal dalam
perlembagaan Negara.

BAHASA ILMU
Bahasa ilmu ialah bahasa yang mampu menjadi pengantara untuk menyampaikan
ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi.Peranan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu telah diperkenalkan seiring dengan penekanan terhadap budaya
ilmu.Bahasa Melayu telah direncanakan untuk menjadi bahasa yang ekspresif dalam
pelbagai bidang ilmu termasuk bidang sains dan teknologi.Bahasa Melayu juga
seharusnya boleh berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laraslaras bahasa yang luas untuk membincangkan ilmu baharu.Dengan

sedemikian,bahasa Melayu dapat mencapai taraf kecendekiawan dan bahasa


saintifik.Hal ini bermakna bahasa Melayu tidak lagi berada pada tahap yang
rendah ,sebaliknya dicerna sebagai bahasa elit dan bahasa cerdik pandai yang
bertanggungjawab untuk membentuk pemikiran masyarakat dan pembangunan
negara.
Sebagai bahasa ilmu,bahasa Melayu perlu mempunyai perbendaharaan
kata,istilah dan bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran
yang kompleks dan abstrak.Untuk mencapai taraf sebagai bahasa ilmu,bahasa
Melayu perlu mempunyai dua cirri,iaitu keintelektualan bahasa dan kesempurnaan
bahasa.Keintelektualan bahasa dicapai melalui perkembangan perbendaharaan kata
dan struktur tatabahasa.Kesempurnaan bahasa pula boleh dicapai melalui
Keintelektualan bahasa ini dapat dicapai,terutamanya melalui perbendaharaan
kata dan sistem tatabahasa.Bahasa Melayu pada hari ini dapat memperkatakan
bidang yang berbeza daripada apa yang mampu dilakukan oleh bahasa Melayu
pada suatu ketika dahulu.Oleh itu sifat perbendaharaan kata bahasa Melayu juga
turut mengalami perubahan.JIka dahulu perbendaharaan kata bahasa Melayu
banyak dipengaruhi oleh perkataan daripada bahasa Arab dan Sanskrit,kini
perkataan daripada bahsa Inggeris sering digunakan,terutamanya dalam bidang ilmu
pengetahuan moden.

BAHASA PENGANTAR
Semasa pemerintahan British,penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan
amat terhad.Bahasa Melayu hanya digunakan sebagai bahasa pengantar di
sekolah-sekolah Melayu hingga darjah 4,di Maktab Perguruan Sultan Idris dan di
Maktab Perguruan Perempuan Melaka.Kedudukan bahasa Melayu dalam system
pendidikan Negara mulai meningkat apabila Penyata Razak (1956)
dilaksanakan.Penyata Razak juga merupakan asas kepada pembentukan Dasar
Pelajaran Kebangsaan.

Penyata Razak kemudiannya disemak oleh sebuah jawatan kuasa yang dikuasai
oleh Abdul Rahman Talib yang menjadi Menteri Pelajaran pada ketika
itu.Jawatankuasa ini mengeluarkan Laporan Rahman Talib 1960.
Antara cadangan yang melibatkan kedudukan dan peranan bahasa Melayu ialah:
(a) Pelajaran rendah dalam bahasa kebangsaan dimajukan dengan mengadakan
pelajaran menerusi bahasa kebangsaan di sekolah yang dahulunya sekolah
rendah kerajaan dengan syarat ada guru yang sesuai,dan semua sekolah
rendah bantuan akan diubah menjadi sekolah kebangsaan atau sekolah jenis
kebangsaan dengan mengadakan guru yang mendaoat latihan yang sesuai.
(b) Bantuan separuh kepada sekolah Cina dimansuhkan mulai bulan Januari
1960.Walau bagaimanapun,sekolah ini boleh menerima bantuan penuh
sekiranya bahasa pengantar diubah kepada bahasa Melayu atau bahsa
Inggeris.
(c) Semua peperiksaan awam di sekolah menengah dijalankan dalam bahasa
rasmi negara sahaja.
Untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama
dalam sistem pendidikan negara ini,peralihan daripada bahasa pengantar
bahsa Inggeris kepada bahasa Melayu untuk berbagai-bagai mata pelajaran
dimulakan pada tahun 1968.Mata pelajaran yang mula-mula mengalami
pertukaran ialah mata pelajaran yang dianggap penting iaitu Matematik dan
Sains,kemudian diikuti oleh Sejarah dan Geografi.Secara
umumnya,pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar adalah
seperti yang berikut:
1958 bahasa Melayu mula digunakan sebagai bahasa pengantar
di sekolah menengah Melayu.
1970 bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar bagi semua mata
pelajaraan kecuali bahasa Inggeris dan bahasa Ibunda.
1973 semua mata pelajaran aliran sastera di sekolah menengah
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

1973 hampir semua kursus yang dikendalikan oleh maktab


perguruan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar.
1975 semua Sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sepenuhnya.
1980 semua sekolah rmenengah menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar sepenuhnya.
1984 penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di
universiti tempatan.
1970 Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan dengan
menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar yang tunggal.

PERINGKAT SEKOLAH RENDAH


Laporan Rahman Talib 1960 talah menyetujui beberapa syor dalam Penyata Razak
untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib di sekolah.
.Mengikut penyata Ini adalah wajar bahasa kebangsaan diajar di sekolah
Cina,Tamil dan Inggeris bermula dari darjah satu.Sebaliknya,bahasa Inggeris
hendaklah diajar daripada darjah satu bagi murid aliran Melayu dan daripada darjah
tiga bagi murid sekolah aliran Cina dan Tamil.
Sekolah yang dahulunya diberi nama sekolah umum hendaklah diberi nama
Sekolah Jenis Kebangsaan.Mengikut akta tersebut,Sekolah Rendah Kebangsaan
ialah sekolah yang mendapat bantuan penuh kerajaan.Di sekolah jenis ini,bahasa
pengantarnya ialah bahasa Melayu.Walau bagaimanapun bahasa Inggeris wajib
dipelajari.Penyata Rahman Talib juga mencadangkan supaya semua Sekolah Jenis
Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.Tujuan
utama cadangan ini adalah untuk meninggikan taraf bahasa Melayu,di samping
meneruskan usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama.
Mulai tahun 1957,dua jenis sukatan pelajaran telah digunakan iaitu Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu untuk sekolah kebangsaan,menengah kebangsaan dan
pelajar Melayu di sekolah menengah jenis kebangsaan.Keduanya,Sukatan Pelajaran

Bahasa Kebangsaan adalah untuk sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan yang
bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris,Cina dan Tamil serta sekolah menengah
yang bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris.Satu sukatan pelajaran yang
baharu untuk sekolah rendah telah digunakan untuk kedua-dua sekolah.
PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH
Mengikut Penyata Razak,pelajaran di peringkat menengah akan mengambil masa
lima atau enam tahun.Sistem sekolah menengah dapat dibahagikan kepada tiga
jurusan yang penting,iaitu pelajaran akademik,vokasional dan teknik.Penyata ini juga
mencadangkan supaya bentuk seko;lah menengah yang pelbagai aliran itu
diteruskan ,namaun dicadangkan supaya bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris
wajib dipelajari oleh semua murid.
Dalam usaha untuk menubuhkan sekolah aliran kebangsaan,satu langkah awal
telah dijalankan,iaitu penubuhan sekolah menengah yang bahasa pengantarnya
ialah bahasa Melayu dengan menggunakan kemudahan-kemudahan di sekolah
menengah aliran Inggeris yang sedia ada.Pada tahun-tahun berikutnya,beberapa
buah sekolah menengah aliran Melayu telah berjaya didirikan,misalnya :
(a) Sekolah Menengah Alam Shah telah ditubuhkan pada tahun 1959,yang
dikhususkan untuk murid lelaki sahaja.
(b) Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib ditubuhkan pada tahun 1964,bagi
murid-murid pantai timur semenanjung Malaysia.
(c) Sekolah Menengah Kolam Air pada tahun 1968,khas untuk murid-murid
perempuan.

Untuk menjayakan syor-syor yang terkandung dalam Penyata Razak 1956 dan
Penyata Rahman Talib 1960,Akta Pelajaran 1961 telah membahagikan sekolah
menengah kepada dua jenis,iaitu sekolah menengah kebangsaan dan sekolah
menengah jenis kebangsaan.Di sekolah menengah kebangsaan,bahasa
kebangsaan dijadikan bahasa pengantar .Bahasa Inggeris wajib dipelajari ,di
samping bahasa Ibunda yang di ajar atas permintaan ibu bapa.

PERINGKAT MAKTAB PERGURUAN


Penyata Razak merupakan usaha sulung untuk menyelaraskan kursus perguruan
yang pelbagai corak bagi pelbagai jenis sekolah.Cadangan dalam penyata ini
bertujuan untuk melahirkan guru yang berkelayakan melalui satu bentuk latihan guru
yang sama.Bagi guru yang akan mengajar bahasa dicadangkan ditubuhkan sebuah
maktab khas untuk melatih guru-guru bahasa.Penyataq Rahman Talib 1960 pula
menyatakan supaya latihan perguraun diperlengkapkan lagi.Penyata ini juga
mencadangkan agar mensyaratkan guru-guru pelatih mengambil bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua jika bahasa ini tidak diambil sebagai bahasa pertama,
Selaras dengan syor-syor yang terdapat dalam kedua-dua penyata ini,satu a
menyelidik sistem latihan perguruan bagi guru-guru yang menggunakn pelbagai
bahasa pengantar di pusat-pusat latihan telah diwujudkan.Pada tahun
1957,beberapa pusat latihan perguruan telah di bina dibina dibeberapa buah bandar
besar di semenanjung Malaysia,misalnya di Pulau Pinang,Taiping,Ipoh,Tanjung
Malim,Kota Bharu,Kuala Lumpur,Seremban,Johor Bahru dan Melaka.
Mengikut Penyata Razak ,matlamat penubuhan maktab ini adalah untuk:
(a) Melatih guru-guru yang akan mengajar bahasa kebangsaan.
(b) Menjalankan penyiasatan dan penyelidikan ke atas-atas bahasa-bahasa
yang digunakan di Semenjung Malaysia serta memyelidik cara
pengajarannya.

Maktab ini juga merupakan maktab yang merupakan yang pertama


dinegara ini yang melatih guru-guru di sekolah menengah dengan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.Untuk
melaksanakan perakuan dalam Penyata Rahman Talib,bahasa Melayu telah
diajarnsemau maktab perguruan dan pusat latihan harian.Di Maktab Kirkby
dan Brisford di England,bahasa Melayu telah dijadikan satu mata pelajaran.

Taraf mata pelajaran Bahasa Melayu lebih tinggi daripada Bahasa


Kebangsaan.Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ini,unsur-unsur
kebudayaan dan kesusasteraan Melayu diajarkan.Di Maktab Perguruan
Brinsford,guru-guru pelatih yang mmengambil mangambil mata pelajaran
Pengajian Melayu mempelajari aspek-aspek kebudayaan dan kesusasteraan
Melayu.
Dipusat-pusat perguruan harian,guru-guru pelatih yang mengikuti kursus
A,iaitu mengajar di sekolah rendah kebangsaan dimestikan mengambil mata
pelajaran bahasa Melayu yang mellputi aspek ringkasan ,tatabahasa dan
sebagainya.Bagi guru pelatih kursus B (kursus yang membolehkan mereka
mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris).kursus C (untuk mengajar di
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) dan kursus D (untuk mengajar di Seklah
Jenis Kebangsaan Tamil),mereka perlu mengambil Bahasa Kebangsaan
sebagai bahasa kedua.Dalam pelajaran ini guru pelatih diajar mengenai
aspek tatabahasa ,karangan,peribahasa,dan lakonan.
Pada tahun 1970,bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di
semua maktan dan pusat latihan perguruan di negara ini.Pada tahun
1971,guru sekolah menengah jenis kebangsaan dilatih menguasai bahasa di
beri latihan menguasai bahasa Melayu.Pada tahun 1974,rancangan untuk
melatih guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan untuk meyu menguasai
bahasa Melayu ditamatkan.Pada tahun 1977,rancangan melatih guru sekolah
menengah menguasai bahasa Melayu ditamatkan.

PERINGKAT PENGAJIAN TINGGI


Menurut Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Melayu,di universiti
tempatan ,bahasa Melayu dgunakan dalam aspek pengajaran dan ialah laporan
yang dikeluarkan oleh jawatankuasa tersebut:

Di Universiti Malaya ada tiga kategori pengajaran bahasa Melayu menurut fakulti
yang berlainan,iaitu:
(a) Fakulti Ekonomi,Undang-undang,Pergigian dan kejuruteraan,bahasa Melayu
telah dijadikan syarat wajib lulus untuk penganugerahan ijazah.
(b) Fakulti sains,sastera dan sains social,bahasa Melayu merupakan kursus
akademik yang diwajibkan untuk semua pelajar.
(c) Fakuti Perubatan dan Pendidikan,bahasa Melayu merupakan kursus
akademik yang wajib untuk semua pelajar.
Di Universiti Pertanian Malaysia,bahasa Melayu telah diajar sebagai satu
kursus wajib dan dijadikan syarat untuk penganugerahan ijazah dan
diploma.Di Universii Sains Malaysia pula bahasa Melayu yang diajar meliputi
aspek kefasihan dan peristilahan.Kursus yang ditawarkan adalah wajib untuk
semua pelajar dan kelulusan bagi setiap peringkat adalah wajib bagi
penganugerahan ijazah.Pada tahun 1983,semua kursus sains serta
pelaksanaan pengajaran dan peperiksaan menggunakan bahasa Melayu.
Di Universitii Teknologi Malaysia,bahasa Melayu dimasukkan dalam kursus
pendidikan umum yang diberi nama Kemampuan Bahasa.Pelajar diwajibkan
lulus kertas ini,di samping kursus iktisas masing-masing.
Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 18 Mei 1970
merupakan kemuncak perjuangan menjadikan sistem plajaran kebangsaan
menggunakan bahasa Melayu.Tujuan penubuhan university ini antara lain
adalah untuk meingkatkan status bahasa Melayu kepada status bahasa
pengantar di pusat-pusat pengajian tinggi di negara ini,terutama dalam bidang
sains dan perubatan.

BAHASA PERPADUAN
Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan tidak dapat dinafikan.Barathasa
Melayu mempunyai syarat-syarat memenuhi keperluan menjadi bahasa kebangsaan
serta melambangkan kesatuan dan perpaduan Negara,iaitu menjadi asas
kebudayaan kebangsaan dan menyatupadukan rakyat.Hal ini demikian kerana

Malaysia mempunyai pola kepelbagaian bahasa berdasarkan rakyatnya yang


berbilang kaum dan keturunan.
Selain fungsi khusus bahasa seperti yang disenaraikan diatas,iaitu fungsi
bahasa yang dilihat dari segi kepentingannya bagi sesebuah negara dan masyarakat
penuturnya,terdapat lagi satu sudut pandangan tentang fungsi.
Bahasa berfungsi untuk merangsang pendengaran,sama ada dari segi
fizikal,intelek atau emosi,lebih daripada sekadar fungsinya sebagi alat komunikasi
anatara seseorang dengan yang lain.Fungsi bahasa bagi kanak-kanak adalah untuk
keperluan personal dan sosial.Berikut merupakan tujuh fungsi bahasa:
(a) Fungsi instrumental untuk memenuhi beberapa keperluan material.
(b) Fungsi regulasi untuk mengendalikan dan mengarahkan orang lain.
(c) Fungsi interaksi untuk mengekalkan dan menghasilkan hunungan social.
(d) Fungsi personal untuk melahirkan identiti dan personaliti individu.
(e) Fungsi heuristik untuk menyiasat persekitaran pertuturan.
(f) Fungsi imaginatif - untuk permainan dan khayalan.
(g) Fungsi representasi untuk melahirkan penyataan,cadangan dan saranan.

Dalam hal ini orang dewasa mempunyai fungsi yang agak berbeza,iaitu:
(a) Ideasional mengungkapkan kandungan,iaitu pengalaman penutur
berdasarkan dunia sebenar.

(b) Interpersonal bertujuan untuk mengukuhkan dan mengekalkan hubungan


sosial dan peranan sosial.
(c) Tekstual bahasa memperlengkap hubungan antara diri dengan situasi
persekitaran bahasa itu digunakan,

Keraf ,melihat fungsi bahasa berdasarkan sejarah pertumbuhan bahasa itu


sendiri.Beliau berpendapat sejak dahulu sehingga sekarang fungsi bahasa
tetap sama.Beliau menghuraikan fungsi bahasa seperti yang berikut:
(a) Alat untuk menyatakan ekspresi diri
Fungsi ini bermaksud sesuatu bahasa itu menyatakan secara terbuka
segala sesuatu yang tersirat dalam diri manusia,sekurang-kurangnya
untuk menunjukkan kewujudan manusia itu sendiri.
(b) Alat untuk integrasi dan adaptasi sosial
Bahasa merupakan satu daripada unsur kebudayaan yang
membolehkan manusia berkenalan dan bergaul dengan manusia
lain,sama ada daripada budaya yang ataupun berbeza.
(c) Alat untuk mengadakan kawalan sosial
Bahasa dapat digunakan untuk mempengaruhi tingkah laku dan tindak
tanduk orang lain.Tingkah laku orang lain.Tingkah laku ini ada yang
bersifat terbuka,iaitu dapat diperhatikan atatupun bersifat tertutup,iaitu
tidak dapt diperhatikan.

Bahasa diertikan sebagai satu sistem bunyi yang terdiri daripada lambang-lambang
yang diujarkan oleh manusia dengan menggunakan alat-alat artikulasi yang ada
pada mereka.Lambang-lambang yang diujarkan itu mempunyai makna-makna
tertentu berdasarkan lingkungan masyarakat yamg menuturkannya.
Bloch dan Tiger (1942),mendefinisikan bahasa sebagai sistem lambanglambang vokal yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi.Proses
komunikasi bahasa berlaku apabila adanya penutur dan pendengar.Menurut
Chomsky (1957),setia penutur dan pendengar mempunyai dua perkara penting,iaitu
kecekapan bahasa dan pengucapan bahasa.
Terdapat konsep dan takrif bahasa yang dipetik daripada beberapa naskhah kamus
seperti yang berikut:
(a) The American Heritage Science Dictionary Bahasa ialah satu sistem objek
atau simbol seperti bunyi atau huruf yang berurutan yang boleh digabungkan
dengan berbagai-bagai cara dengan mematuhi peraturan
tertentu,terutamanya untuk melahirkan pemikiran ,perasaan dan memberikan
arahan.
(b) The American Heritage History Bahasa merupakan satu alat komunikasi
bagi menyampaikan pemikiran dan perasaan melalui sistem tanda yang
arbitrari seperti bunyi,gerak isyarat atau simbol-simbol tulisan.Bahasa
merupakan satu sistem yang yang mengandungi peraturan-peraturan tertentu
yang menggabungkan komponen seperti perkataan.Bahasa merupakan satu
sistem yang digunakan oleh masyarakat atau komuniti yang berbeza unntuk
berinteraksi.

(c) Oxford University Press (Language Software) Bahasa merupakan salah


satu cara terbaik untuk mengklasifikasikan manusia kepada suku dan etnik
tertentu.Cara ini juga pernah digunakan pada zaman dahulu untuk menetukan
asal usul manusia dan pengelompokan manusia kepada kaum-kaum
tertentu.Walaupun kaedah ini masih boleh digunakan,tetapi pada hari ini

terdapat cara baharu untuk mengetahui asal usul,keturunan dan genetic


manusia melalui sains dan teknologi yang lebih canggih.
(d) Etymology Dictionary Bahasa terdiri daripada makna sistematik yang
dikomunikasikan melalui pengggunaan bunyi-bunyi atau tanda-tanda
konvensional.Bahasa terdiri daripada ujaran perkataan daripada mulut atau
teks yang bertulis.Bahasa melibatkan proses kognitif dalam menghasilkan
dan memahami bunyi dan sistem tanda linguistik.
Seterusnya,konsep dan takrif bahasa yang diberikan oleh beberapa orang
ahli bahasa dan ahli llinguistik yang terkemuka adalah yang seperti berikut;
(a) Edward Sapir (1921) bahasa yang selalu digunsksn oleh manusia dan
merupakan kaedah yang digunakan untuk menyampaikan idea,perasaan
dan keinginan melalui bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan.
(b) G.Trager (1949) bahasa ialah satu sistem lambang vokal yang arbitrari
dan bermakna yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berhubung
segai satu cara mereka bersosialisasi.
(c) Noam Chomsky (1957) bahasa ialah set ayat,sama ada terbatas atau
tidak dan setiap ayat yang tebatas panjangnya dibina oleh satu set elemen
yang terbatas juga.
(d) R.A Hall (19640 bahasa merupakan institusi yang membolehkan
manusia berkomunikasi dan berhubung antara satu sama lain yang
mengandungi makna dan menggunakan lambang-lambang arbitrari lisan
pendengaran.
(e) Michael Halliday (1973) Bahsa ialah satu urutan kemungkinan dan
pilihan tingkah laku yang bersesuaian dengan individu sebagai manusia
yang bersosialisasi

BAHASA SEBAGAI SATU SISTEM


Bahasa sebagai satu sistem juga bermaksud bentuk perkataan dan kedudukan
perkataan dengan perkataan yang lain dalam ayat adalah secara teratur .bentuk dan
kedudukan dalam ayat dapat memberikan makna kepadan sesuatu bahasa.Semua
bahasa memounyai sistem,bunyi dan lambang.Namun demikian sistem setiap
bahasa mempunyai beberapa bentuk dan pola yang berbeza di antara satu bahasa
dengan bahasa yang lain.Sebagai contoh,.sekiranya kita di minta untuk
menerangkan struktur bahasa Melayu,kkita mungkin tidak dapat menjelaskan
dengan terperinci,tetapi secara tidak langsung kita tahu tentang struktur bahasa itu
dan dapat bertutur dengan mematuhi peraturan dan struktur bahasa itu secara
automatik.

BAHASA SEBAGAI SATU SIMBOL


Bahasa juga boleh dikatakan sebagi simbol isyarat bersuara yang dihantar oleh
penutur kepada pendengar dalam proses interaksi.Simbol digunakan untuk merujuk
kepada perkataan-perkataan atau ungkapan-ungkapan yang membentuk simbol
tersebut.Dalam proses komunikasi,tergambar hasrat penutur untuk menyatakan
sesuatu maklumat atau perkara kepada pendengar.Dalam hal ini semua isyarat
dihantar melalui saluran komunikasi yang tertentu.
Di Malaysia,Bahasa Melau dikatakan sebagi simbol perpaduan.Frasa ini
bermaksud bahawa bahasa Melayu dipilih mewakili semua kelompok penutur
bahasa yang terdapat di Negara ini.

BAHASA SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI

Keperluan bahasa sebagai alat komunikasi melebihi keperluannya sebagai ekspresi


diri.Melalui komunikasi manusia dapat menyampaikan semua yang dirasai,difikirkan
dan diketahui oleh mereka kepada orang lain.Melalui komunikasi juga manusia
mewarisi dan mempelajari semua yang pernah diperoleh oleh individu yang
terdahulu daripada mereka.
Bahasa sebagai sebagai alat komunikasi boleh berlaku dalm dua cara iaitu
secara lisan atau tulisan.Komunikasi lisan bermaksud penutur mengujarkan bunyibunyi bahasa untuk didengari dan difahamin oleh pendengar.Komunikasi tulisan pula
bermaksud penulis mencatat dan menggunakan tanda-tanda yang dapat dilihat atau
dibaca bagi menyampaikan idea atau perkara yang terkandung dalam fikiran mereka
kepada pembaca.
Penggunaan bahasa sebagai alat komunikasi perlu menitikberatkan ciri-ciri konteks
komunikasi yang terdiri daripada penutur,pendengar,topic pembicaraan,latar belakng
dan tujuan komunikasi.Perkara ini dapat dijelaskan seperti berikut;
(a) Penutur penutur perlu diketahui terlebih dahulu untuk membolehkan mesej
penutur dapat difahami dengan tepat oleh pendengar.
(b) Pendengar kepentingan mengenal pasti pendengar sama pentingnya
dengan mengenal pasti penutur.Pendengar yang berbeza seperti rakan
sebaya,suami isteri,orang tua serta yang berbeza status.
(c) Latar belakang komunikasi/perbualan latar belakang komunikasi
termasuklah masa,tempat,situasi dan hubungan antara penutur dengan
pendengar.
(d) Topik perbicaraan topik yang dibicarakan juga penting kerana dengan
mengetahui topik yang dibicarakan mudahlah kita memahami ujaran yang
dilafazkan dan mengetahui maksud penutur.
(e) Tujuan komunikasi tujuan komunikasi ada berbagi-bagai,bergantung pada
suasana formal atau tidak formal seperti mesyuarat,temu bual,ucapan atau
perbualan biasa.

BAHASA BERSIFAT ARBITRARI

Bahasa bersifat arbitrari bermaksud tidak semestinya terdapat hubungan antara


bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan dengan benda-benda yang dimaksudkan.Oleh
sebab sifat arbitari ini maka kita dapati bahasa-bahasa di dunia ini mempunyai
perkataan yang berlainan bagi merujuk benda yang sama.
Makna bahasa juga bersifat arbitrari.Sebagai contoh,apabila kita mendengar
bunyi ringringring,kita dengan sendirinya tahu bahawa bunyi itu ada kaitannya
dengan loceng,sama ada locengjam,loceng pintu atau penjual aiskrim.Kita juga tahu
bahawa seseorang telah membunyikan loceng itu dan loceng iut dibunyikan untuk
tujuan tertentu.

BAHASA BERSIFAT UNIK


Bahasa bersifat unik bermaksud tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk dan struktur
tertentu seperti binaan ayat,susunan huruf yang membentuk perkataan dan
golongan kata seperti kata nama dan kata kerja.
Bahasa bersifat unik juga boleh dikaitkan dengan cara kita memperoleh bahasa
itu sendiri,iaitu bahasa bukanlah sesuatu yang kita warisi sebagaimana kita mewarisi
ciri-ciri fizikal keluarga kita.
Bagi menjelaskan ciria bahasa yang unik ini,kita boleh membuat analogi
melalui perbandingan bahasa yang digunakan oleh manusia dengan bahasa yang
digunakan oleh haiwan seperti yang berikut:
(a) Lisan dengaran- bahasa manusia merupakan system untuk berhubung.Bunyi
bahasa dihasilkan antara mulut dengan telinga yang bertentangan dengan
penglihatan atau pancaindera yanglain.Sebaliknya,sistem komunikasi haiwan
hanya ada beberapa bunyi yang hamper seragam unutk menyampaikan
mesej yang terhad jumlahnya.
(b) Penyebaran dan saluran bentuk bunyi sebagai isyarat boleh didengar
melalui sistem pendengaran.Manusia menghasilkan bahasa melalui
pertuturan dan diterima oleh pendengar melalui alat pendengaran dan
seterusnya maklumat itu dapat disebarkan.
(c) Pendengaran yang berterusan manusia yang memiliki sistem pendengaran
yang aktif berupaya untuk mendengar apa-apa sahaja bunhyi secara

berterusan tanpa halangan.Sebaliknya,haiwan yang mengeluarkan bunyi


isyarat yang berterusan tidak semestinya haiwan lain memberikan respon
terhadapnya.
(d) Perana silih berganti semua manusia boleh menggunakan bahasa sebagai
penutur dan pendengar dalam satu masa.Pada masa yang sama dia
memahami apa yang dituturkan dan apa yang didengarinya.Walau
bagaimanapun,haiwan tidak mempunyai peranan dan bahasa yang
digunakan sama antara sepsis jantan dengan betina.
(e) Maklumat balik manusia boleh menganalisis semula apa yang didengar
dan dibaca,sama ada pada masa yang sama atau masa yang lain.Proses
maklumat balik ini tidak berlaku dalam sistem perhubungan haiwan.
(f) Penkhususan bunyi-bunyi ujaran manusia dituturkan khusus untuk sesuatu
tujuan.Misalnya jika mereka marah,mereka akan menggunakan nada dan
intoanasi yang menggambarkan kemarahan.Hal ini berbeza dengan bunyi
haiwan yang hanya mempunyai satu tujuan,iaitu unutk keperluan biologi
sahaja.
(g) Semantik makna yang terkandung dalam bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh
manusia mengikut konteks dan situasi sebenar,tidak seperti bunyi yang
dihasilkan oleh haiwan.Misalnya,anjng boleh menyalak pada bila-bila masa
tanpa ada kaitan antara bunyi tersebut dengan konteks bunyi itu dihasilkan.
(h) Arbitrari - Ujaran manusia yang merupakan hubungan antara tanda dengan
benda bersifat arbitrari.Bentuk perkataan boleh berubah bagi merujuk kepada
benda yang sama.Sebaliknya,bentuk bahasa haiwan tidak bersifat arbitrari.
(i) Kreatif Bahasa yang digunakan oleh manusia mempunyai keupayaan untuk
menyatakan pelabagai perkara,idea dan konsep yang abstrak;tdak seperti
haiwan yang system bunyinya terhad dan bentuknya pula tidak berubah.
(j) Penyampaian- Manusia boleh menggunakan bahasa sebagai satu sistem
perhubungan bagi menyampaikan maklumat dan perlakuan,tidak seperti
haiwan.

(k) Produktiviti bahasa manusia terdiri daripada bunyi-bunyi yang banyak dan
manusia boleh menghasilkan ujaran yang tidak terhad jumlahnya,berbeza
dengan sistem komunikasi haiwan.
(l) Pembelajaran bahasa manusia diturunkan daripada satu generasi kepada
generasi yang lain melaui pengajaran dan pembelajaran.

BAHASA BERSIFAT SEJAGAT


Sesuatu bahasa itu mempunyai sifat sejagat atau universal,iaitu setiap bahasa itu
boleh dituturkan dan dipelajari oleh sesiapa sahaja di dunia ini.Terdapat
keuniversalan sifat bahasa yang terdapat di dunai ini.Perkara ini dijelaskan seperti
berikut:
(a) Bunyi bahasa bunyi bahasa ialah sifat bahasa yang paling asas.Semua
bahasa di dunia terdiri daripada bunyi-bunyi bahasa.Bunyi bahasa ini
dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia .bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan
satu demi satu,itu melalui pergerakan alat-alat sebutan;satu mengikuti yang
lain.Pada mulanya manusia belajar untuk menggabungkan bunyi bahasa
menjadi perkataan untuk menghasikan sesuatu yang bermakna daripada
seseorang kepada seseorang yang lain.Manusia dapat menghasilkan
pelbagai bentuk bunyi bahasa yang tidak terhad banyaknya.Kita boleh
mendengar manusai menuturkan bunyi-bunyi bahasa di mana-mana sahaja
kita berada di dunia ini.Namun demikian,bunyi-bunyi bahasa ini berbeza
antara satu bahasa dengan bahasa yang lain.
(b) Makna setiap bahasa yang dituturkan di dunia ini mempunyai makna yang
dapat difahami oleh penutur dan pendengar.Hal ini kerana bahasa amat
berguna bagi manusia untuk menyampaikan dan menyatakan sesuatu
kepada orang lain.makna ini pula ada kaitan rapat dengan budaya
masyarakat penutur bahasa tersebut.

BAHASA BERSIFAT DINAMIS


Bahasa bersifat dinamis bermaksud sesuatu bahasa itu berpotensi untuk
berkembang,membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan

kemajuan.Sifat bahasa sedemikian akan terus berlaku selagi penuturnya bergaul


dan berinteraksi dengan manusia lain.Pertembungan kebudayaan dan manusia
dengan manusia yang lain menyebabkan pertambahan dan pengayaan
perbendaharaan sesuatu kata sesuatu bahasa itu.Namun demikian,struktur dan
tatabahasa sesuatu bahasa itu lazimnya tidak akan berubah.

BAHASA BERSIFAT VARIASI


Bahasa bersifat variasi bermaksud terdapat kepelbagaian bagi bagi satu-satu
bahasa itu.Kepelbagaian itu boleh melibatkan cara dan gaya
mengajarkannya,istilah-istilah khusus yang digunakan dan struktur sintaksis bagi
sesuatu variasi bahasa itu.Bervariasi ini juga bermaksud sesautu bahasa itu
mempunyai pelbagai dialek yang diujarkan oleh satu-satu kumpulan penutur dan
laras bahasa yang digunakan dalam satu-satu bidang ilmu.
Selain ciri-ciri bahasa yang disenaraikan diatas,terdapat beberapa pandangan
lain yang diketengahkan oleh ahli-ahli bahasa tentang ciri-ciri bahasa mengikut
pandangan masing-masing.Anderson (1972),misalnya menyenaraikan lapan ciri
yang berkaitan sifat bahasa yang dianggap universal bagi semua bahasa di dunia
ini,iaitu:
(a) Bahasa merupakan satu sistem.
(b) Bahasa terdiri daripada vokal dan bunyi-bunyi ujaran.
(c) Bahasa terdiri daripada lambang-lambang arbitrari.
(d) Bahasa terbina daripada kebiasaan.
(e) Bahasa merupakan alat perhubungan.
(f) Bahasa berhubung erat dengan budaya tempat bahasa itu dituturkan.
(g) Bahasa sentiasa berubah-ubah.
(h) Bahasa mempunyai sifat-sifat khas.
Seterusnya,Charles F.Hockett (l1960),menyenaraikan ciri bahasa secara lebih
terperinci seperti yang berikut:

(a)

Saluran lisan pendengaran bahasa manusia terhasil daripada bunyi-bunyi


bahasa secara berurutan dan berbeza dengan saluran komunikasi yang lain
seperti visual,sentuhan dan bau.

(b)

Sistem penghantaran isyarat boleh didengar oleh setiap orang melalui


telinga dan sumber datangnya bunyi isyarat itu boleh dikenal pasti melalui
keupayaan sistem pendengaran telinga manusia.

(c)

Cepat lenyap isyarat pendengaran adalah mudah lenyap,iaitu boleh lenyap


beberapa saat sebaik sahaja selepas didengar.Isyarat ini tidak menggangu
kesediaan dan keselesaan pendengar untuk mendengar bunyi-bunyi bahasa
itu.

(d)

Mudah ubah pendengar dalam masa yang sama juga menjadi penutur dan
sebaliknya.Penutur bahasa boleh menghasilkan sebarang mesej yang
difahami dan dikehendakinya kepada pendengar dan dalam masa yang
sama mendapat respons daripada pendengar.

(e)

Maklum balas total- penutur bahasa boleh mendengar bunyi bahasa yang
dihasilkannya sendiri.Dalam masa yang sama dia juga boleh bertindak
balas,mengubah suai dan memperbaik ujarannya itu.

(f)

Pengkhususan gelombang bunyi-bunyi ujaran tidak mempunyai tujuan


yang lain,melainkan untuk membawa isyarat makna..

(g)

Bermakna - elemen-elemen ujaran membawa makna berdasarkan


hubungan antara rujukan dengan situasi sosial,kebudayaan dan dunia fizikal
yang dikongsi bersama oleh anggota masyarakat.

(h)

Arbitrari tiada hubungan semula jadi atau tetap antara tanda benda yamg
dirujuk.Makna sebagai tanda linguistik merupakan perkara yang berkaitan
persetujuan sosial masyarakat pengguna sesuatu bahasa.

(i)

Terpisah-pisah semua ujaran boleh diasing-asingkan kepada elemenelemen ujaran yang lebih kecil dan terpisah-pisah antara satu sama
lain.Misalnya,perkataan boleh diasing-asingkan kepada fonem.

(j)

Pemindahan kita boleh bercakap tentang sesuatu benda atau perkara


dalam satu masa dan pada masa yang boleh dipindahkan kepada
pendengar walaupun terdapat kekangan jarak antara penutur dengan
pendengar.pembelajaran

(k)

Produktiviti bahasa tidak terhad untuk diujarkan dan difahami maknanya


menggunakan unsur-unsur ujaran yang sedia ada sahaja.Ujaran yang
baharu juga boleh diciptakan dan dilahirkan.

(l)

Pemerolehan bahasa tidak wujud secara semula jadi bersama-sama bayi


yang baru lahir.Bahasa diperoleh bukan melalui pewarisan,sebaliknya
melalui proses pembelajaran dan diajarkan.

(m)

Fakta dan imaginasi isyarat-isyarat bahasa boleh berubah menjadi tidak


benar dan tidak semestinya bersifat fakta.Justeru,in membolehkan kita
membuat

andaian.berimaginasi,berbohong,menyampaikan

cerita

dan

membina hipotesis.
(n)

Boleh dipelajari penutur sesuatu bahasa boleh mempelajari bahasa yang


lain tanpa halangan walaupun bahasa itu bukan bahasa ibundanya.

(o)

Reflektif bahasa bukan hanya digunakan bagi menyatakan sesuatu bagi


menyatakan sesuatu perkara,malahan bahasa sendiri untuk membuat
huraian bahasa dan menjelaskan cara manusia menggunakan bahasa.

Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal-usul
penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal-usul bangsa Melayu
sehingga kini masih kabur. Akan tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik
Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan
penyelidikan secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.
Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok
Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang
kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan
akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.

Golongan pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun
Sebelum Masehi
Kira-kira dalam tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua
yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur
di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini
menyebabkan orang- orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri,
Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke
kawasan pedalaman. Justeru itu, Melayu-Deutro ini merupakan masyarakat Melayu
yang ada pada masa kini.
Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasabahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada
rumpun bahasa Austronesia, rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa TibetCina.

PENGERTIAN MELAYU
Dalam buku yang bertajuk Susur Galur Bahasa Melayu,Asmah hj.Omar
(1985),menyatakan bahawa istilah Melayu digunakan dalam pengertian yang luas
dan sempit.Dalam pengertian yang luas,istilah ini merujuk kepada bangas
Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan yang secara
tradisional disebut gugusan pulau Melayu,termasuklah Indonesia yang ada sekarang
ini.
Dalam pengertian yang lebih luas,UNESCO pada tahun 1972 menggunakan
nama Melayu untuk merujuk suku bangsa di Semenanjung,termasuklah orang
Melayu di Thailand,Indonesia,Filipina dan Madagascar.Konsep Melayu yang
digunakan UNESCO ini sama dengan konsep Indonesia yang digunakan dalam
pengelompokan bahasa Austronesia.
Seterusnya beliau menyebut bahawa istilah Melayu yang lebih umum adalah
merujuk kepada suku bangsa yang menuturkan bangsa Melayu.Kelompok ini
mendiami Semenanjung Tanah Melayu,pantai timur Sumatera,Brunei dan beberapa
buah kawasan yang berhampiran.Bahasa suku bangsa ini ialah bahasa MElayu
yang diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan di negara Malaysia dan dikenali sebagai
bahasa Indonesia.
Di Malaysia,pengertian Melayu mempunyai implikasi keagamaan yang dikaitkan
dengan agama islam.Dalam Perlembagaan Malaysia tercatat bahawa Melayu
ditakrifkan sebagai orang bertutur dalam bahasa Melayu,menganut agama Islam
dan mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu.Hal ini bermakna bahawa sesiapa
sahaja yang mempunyai ciri-ciri tersebut boleh menjadi ahli kepada suku bangsa
Melayu.

BAHASA-BAHASA AUSTRONESIA
Bahasa Austronesia tergolong dalam keluarga bahasa Austris.Keluarga bahasa ini
sangat besar dan luas penyebarannya di dunia,iaitu dari Taiwan dan Hawaii di
hujung utara hingga ke New Zealand di hujung selatan dan dari Madagascar jauh di
barat hingga ke Pulau Easter di hujung timur.Hubungan kekeluargaan bahasa
bahasa ini ada yang dekat dan ada yang jauh.Pembahagian sesuatu bahasa kepada
keluarga bahasa tertentu adalah dengan melihat ciri-ciri persamaan dan perbezaan
yang terdapat pada bahasa tersebut.Sebagai contoh,bahasa Maanyam yang
merupakan bahasa suku kaum Dayak yang dituturkan di wilayah Borneo dikatakan
mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat dengan bahasa Malagasi yang
dituturkan di Madasgascar.Kedua-dua bahasa ini adalah sekeluarga,iaitu dalam
rumpun bahasa Austronesia.
Ada yang mengelompokan rumpun bahasa Austronesia kepada empat keluarga
asas seperti yang berikut:
(a) Bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu atau Nusantara
(b) Bahasa-bahasa Polinesia seperti bahasa Hawaii,Tonga dan Moari
(c) Bahasa-bahasa Melanesia seperti bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji,New
Caledonia dan Irian.
(d) Bahasa-bahasa Mikronesia seperti bahasa-bahasa di Kepulauan
Marianna,Marshall,Carolina dan Gilbert.

Rumpun Austronesia

Keluarga
Nusantara

Keluarga
Polinesia

Keluarga
Melanesia

Keluarga
Mikronesi
a

Rumpun bahasa Austronesia

Melihat pada pembahagian di atas,maka bahasa Melayu yang kita tuturkan pada
hari ini tergolong dalam cabang bahasa Nusantara.Cabang bahasa Nusantara
mempunyai paling banyak subkeluarga,iaitu antara 200 hingga 300
bahasa.Subkeluarga bahasa Nusantara dibahagikan kepada kumpulan seperti yang
berikut:
(a) Kumpulan Filipina,contohnya bahasa Tagalog,Lioko,Bikol dan Sulu
(b) Kumpulan bahasa Sumatera,contohnya bahasa
Acheh,Batak,Minangkabau,Melayu,Nias,Lampung dan Orang Laut
(c) Kumpulan bahasa Jawa,contohnya bahasa Sunda,Jawa dan Madura
(d) Kumpulan bahasa Kalimantan,contohnya bahasa Iban,Kenya Kayan dan
Melanau
(e) Kumpulan bahasa Bali-Sasak.contohnya bahasa Bali,Sasak dan Sumbawa
(f) Kumpulan bahasa Sulawesi Selatan,contohnya bahasa Makasar,bugis dan Seko
(g) Kumpulan bahasa Halmahera Selatan-Irian Jaya,contohnya bahasa Hilmahera
Selatan,Nufur dan Kowiai

Ada pula yang megelompokan rumpun bahasa Austronesia kepada dau keluarga
Taiwanik dan keluarga Melayu-Polinesia seperti uang ditunjukkan dalam
rajah.Keluarga bahasa Melayu-Polinesia dibahagikan kepada bahasa-bahasa
Melayu-Polinesia Barat,Melayu-Polinesia Tengah dan Melayu-Polinesia
Timur.Subkeluarga bagi kedua-dua cabang ini adalah seperti yang berikut:
(a) Taiwanik

Bahasa Atayalik

Bahasa Tsounik

Bahsa Taiwanik

Bahasa Taiwanik Barat

Bahasa Taiwanik pengaruh bahasa Cina

(b) Melayu-Polinesia
(i) Bahasa Melayu-Polinesia Barat

Bahasa Borneo

Bahasa Filipina Utara

Bahasa Filipina Tengah

Bahasa Filipina Selatan

Bahasa Mindanao Selatan

Bahasa Sama-Bajau

Bahasa Sulawesi

Bahasa Sundik

(ii) Bahasa Melayu-Polinesia Tengah

Bahasa Bima-Samba

Bahasa Maluku Tengah

Bahasa Maluku Tenggara

Bahasa Timor-Flores

(iii) Bahasa Melayu-Polinesia Timur

Bahasa Halmahera Selatan-Papua Barat Laut

Bahasa Oceania

Rumpun
Austronesia

Keluarga
Taiwanik

Keluarga MelayuPolinesia

Melayu-Polinesia
Barat

MelayuPolinesia
Tengah

MelayuPolinesia
Timur

Rumpun bahasa Austronesia


KELUARGA BAHASA AUSTRONESIA
Ada ahli bahasa yang menyatakan bahawa bahasa Austronesia berasal daripada
rumpun bahasa yang sama dengan Austroasia dan kedua-duanya menjadi keluarga
kepada rumpun bahasa yang lebih besar,iaitu rumpun Austris.Kumpulan ini
berpendapat bahawa semua bahasa yang terdapat di selatan China berkeluarga
dengan bahasa Austronesia,Austoasia,Hmong-mien dan Tai-Kadai.Keluarga bahasa
ini digambarkan dalam Rajah 1.3.

Rumpun Austris

Rumpun
Austronesia

Rumpun
Austroasia

Rumpun
Hmong-Mien

Rumpun TaiKadai

Rumpun Bahasa Austris

Para penutur keempat-empat bahasa ini dikatakan tersebar di wilayah yang


sekarang dinamakan Republik Rakyat China di bahagian selatan anatara tahun
2000-1000 tahun sebelum masihi.Pada masa itu,suku bangsa Han yang merupakan
penutur bahasa Sino-Tibet dikatakan menyerbu ke wilayah selatan.Hal ini membawa
implikasi penyebaran bahasa Austris ke kawasan-kawasan lain.Hal inilha yang
dijadikan alasan sebab penutur bahasa Austronesia terpaksa berhijrah ke
Taiwan,Kepulauan Asia Tenggara,Kepulauan Pasifikdan penempatan yang lain.

BAHASA MELAYU-POLINESIA
Taburan geografi bahasa Melayu-Polinesia adalah di Asia Tenggara dan
Pasifik.Bahasa ini ialah subkeluarga rumpun bahasa Austronesia yang dituturkan
oleh kira-kira 351 juta penutur.Penutur-penutur ini tersebar luas di negara-negara
kepulauan Asia Tenggara dan Lautan Pasifik.Bilangan penutur yang sedikit bagi
bahasa ini adalah di Benua Asia.Sebagai contoh,bahasa Malagasi yang merupakan
subkeluarga kepada bahasa ini dituturkan di wilayah kecil Madagascar di Lautan
Hindi yang terpencil dari segi geografi.
Antara ciri-ciri penting bahasa ialah perkataanperkataan yang terbina daripada
gabungan dan cantuman suku kata.Penutur-penutur bahasa ini lebih kerap
menggunakan suku kata terbuka berbanding dengan suku kata tertutup,dan mereka
mengurangkan penggunaan gugus-gugus konsonan.Walau bagaimanapun,terdapat
keluarga bahasa ini yang merupakan pengaruh daripada bahasa-bahasa yang lain
seperti bahasa Arab,Sanskrit dan Indo Eropah.
Ada juga beberapa bahasa dalam keluarga bahasa ini yang mempunyai fonemfonem yang sama seperti bahasa Sanskrit,misalnya bahasa Jawa dan
Madura.Walau bagaimanapun,terdapat ahli bahasa yang mengatakan fonem-fonem
tersebut bukan dipinjam daripada bahasa Sanskrit sebaliknya memang telah sedia
ada.
Sistem pengkategorian yang lebih tradisional hanya membahagikan bahasa
Melayu-Polinesia Barat dan Bahasa Melayu-Polinesia Tengah-Timur.Kategori ini
dibahagikan lagi kepada kumpulan-kumpulan dalam dan luar,iaitu hubungan
kekeluargaan bahasa yang rapat dan berdekatan serta hubungan yang jauh.

Ada ahli bahasa yang menggolongkan bahasa Melayu dalam subkeluarga


Sumatera bersama-sama dengan bahasa Aceh,Batak,Minangkabau,Lampung dan
Nias seperti yang dipaparkan dalam rajah.

Rumpun
Austronesia

Keluarga
Nusantara

Sumater
a

Acheh

Keluarga
Polinesia

Jawa

Batak

Keluarga Melanesia

Kaliman
tan

Minangkabau

Keluarga Melanesia

Filipina

BaliSasak

Lampung

Keluarga Bahasa Nusantara

Nias

Melayu

Bahasa Melayu ialah subkeluarga bahasa Melayu-Polinesia yangberada di bawah


rumpun yang lebih besar iaitu Austronesia.Bahasa Melayu telah digunakan di
Kepulauan Melayu sejak lebih 1000 tahun yang lalu.Rekod awal menunjukkan
kewujudan Bahasa Melayu kuno adalah pada batu bersurat bertarikh 683 Masihi
yang dijumpai di Sumatera Selatan.Atas alasan inilah,terdapat cendiakawan yang
menyatakan bahawa bahasa Melayu berasal daripada Sumatera Selaatan.Bahasa
Melayu merupakan bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia,Indonesia dan
Brunei.Bahasa ini menjadi salah satu bahasa rasmi di Singapura.Di negara
Indonesia,bahasa Melayu disebut sebagai ahasa Indonesia,manakala di Malaysia
dipanggil bahasa Malaysia.
Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia ini,penutur bahasa Melayu
keseluruhannya dianggarkan berjumlah lebih 300 juta orang yang menduduki tempat
keempat dari segi jumlah penutur teramai bagi bahasabahasa terpenting di dunia.
Bahasa Melayu Riau dianggap sebagai bahasa Melayu standard sepertimana
yang telah dipersetujui Malaysia,Indonesia dan Brunei.Bahasa Melayu Riau
dikatakan sebagai tempat kelahiran bahasa Melayu.Di Malaysia,bahasa Melayu
telah mengalami perubahan nama beberapa kali.Pada awal tahun 1970-an,istilah
bahasa Malaysia digunakan atas sebab-sebab politik.Tidak lama kemudian nama
bahasa Melayu digunakan semula.Namun demikian sejak akhir-akhir ini,iaitu
bermula pada tahun 2007,bahasa kebangsaan ini dinamakan kembali bahasa
Malaysia,sebagai simbol bahawa bahasa ini ialah bahasa untuk semua rakyat
Malaysai tanpa mengira kaum.

Bahasa Melayu dituturkan dalam beberapa dialek.Di Malaysia sahaja


terdapat berpuluh-puluh jenis dialek seperti dialek Negeri
Sembilan,Kelantan,Kedah,Johor dan Perak.Setiap dialek ini menampakkan
perbezaan yang ketara,terutama dari segi sebutan dan kosa kata.
Penggunaan bahasa Melayu antara sesebuah negara dengan negara yang lain
berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya negaara berkenaan.Pada
tahun1968,bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara Malaysia,tetapi bahasa
Inggeris masih digunakan dengan meluas,terutama dalam kalangan masyarakat
Cina dan India,sama seperti di negara Brunei.Keadaan ini berbeza dengan bahasa
Indonesia yang berjaya menjadi bahasa perantaraan tunggal dan utama dalam
kalangan rakyatnya yang berbilang bangsa kerana usaha gigih kerajaan Indonesia
yang menggalakkan penggunaan bahasa Indonesia.
Dari segi perkembangan bahasa Melayu sejak zaman awal pertemuannya
hungga kini ahli bahasa telah membahagikannya kepada tiga tahap,iaitu bahasa
Melayu Kuno,bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Moden.

BAHASA MELAYU KUNO


Penghijrahan manusia purba ke alam Melayu dikatakan terjadi antara
100 000-160 000 tahun yang lalu.Selanjutnya,kira-kira pada abad ke-20 sebelum
masihi atau 2000 tahun sebelum Masihi,gelombang pergerakan manusia secara
besar-besaran telah masuk ke Kepulauan Melayu yang dilakukan oleh suku bangsa
Austronesia dari Yunan.Mereka dating dalam dua gelombang,iaitu sekitar tahun
2500 Sebelum Masihi dan 1500 Sebelum Masihi.Bangsa nenek moyang ii telahp
baik.Mereka memiliki peradaban yang cukup baik.Mereka faham tentang cara
bertani yang lebih baik,ilmu pelayaran dan ilmu astronomi.Mereka juga sudah
memiliki sistem pemerintahan yang sederhana serta memiliki ketua pemimpin atau
raja.
Sebelum kedatangan pedagang India ke Tanah Melayu,bahasa yang digunakan
oleh masyarakat setempat dikenali sebagai bahasa Melayu purba.Bahasa ini
kemudiannya dinamakan bahasa Melayu kuno setelah mendapat pengaruh
India.Bahsa ini menjadi lingua franca,iatu bahasa yang digunakan sebagai
perantaraan atau bahasa perhubengan antara orang yang berlainan bahasa.Mereka
yang bertutur dalam bahasa Melayu kuno pada zaman itu merangkumi kawasan
Semenanjung Tanah Melayu,Kepulauan Riau dan Sumatera.Bahasa Melayu kuno
mudah diterima pada masa itu kerana:
(a) bersifat sederhana dan fleksibel
(b) bahasa ini tidak mementingkan perbezaan status dan taraf penggunannya
(c) sistem dan struktur bahasa ini ini lebih mudah berbanding bahasa yang
seumpamanya seperti bahasa Jawa.

Pada zaman ini,kawasan alam Melayu diperintah oleh beberapa buah kerajaan
Hindu dan Buddha.Pada abad ke-7 dan ke-13,terdapat dua buah kerajaan yang
besar,iaitu kerajaan Sriwijaya dan kerajaan Majapahit.

Antara kerajaan yang wujud pada zaman ini adalah seperti yang berikut:
(a) Sumatera

Kerajaan Sriwijaya

Kerajaan Keritang

Kerajaan Melayu Jambi/kerajaan Dharmasraya/kerajaan Lama-Jambi

Kerajaan Tulang Bawang

(b) Jawa

Kerajaan Salakanagara

Kerajaan Tarumanagara

Kerajaan Sunda Galuh

Kerajaan Ishana

Kerajaan Kalingga

Kerajaan Mataram Kuno

Kerajaan Medang

Kerajaan Kahuripan

Kerajaan Kediri

Kerajaan Kanjuruhan

Kerajaan Janggala

Kerajaan Jawa Dwipa

Kerajaan Singhasari

Kerajaan Majapahit

Kerajaan Pajajaran

Kerajaan Balmbangan

Kerajaan Sailendra

(c) Semenanjung Tanah Melayu

Kerajaan Gangga Negara

Kerajaan Langkasuka

Kerajaan Pan Pan

Kerajaan Kedah Tua

(d) Bornoe

Kerajaan Kutai

Kerajaan Pu Ni

Kerajaan Banjar

Kerajaan Nagara Daha

Kerajaan Nagara Dipa

Kerajaan Tanjung Puri

Kerajaan Sarunai

(e) Vietnam

Kerajaan Champa

PENGARUH BAHASA SANSKRIT


Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit.Hal ini
kerana kebanyakan masyarakat Melayu pada ketika itu beragama Hindu dan
bahassa Sanskrit menjadi bahasa golongan bangsawan serta mempunyai hierarki
yang tinggi.Selain itu,sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan
juga antara penyebab bahasa asing seperti Sanskrit diterima.Hal ini terbukti
daripada;
(a) pengaruh tulisan atau aksara Pallava dan Devanagari yang berasal dari India
(b) kata-kata dan rangkai kata pinjaman dari bahasa Sanskrit
(c) fonem-fonem Sanskrit yang terdapat dalam sistem bahasa Melayu kuno

TULISAN PALAVA
Tulisan Palava berasal daripada tulisan Hindu yang disebarkan apabila pengaruh
hindu bertapak di Alam Melayu.Tulisan Palava digunakan bagi menulis persuratan
bahasa Melayu pada zaman bahasa Melayu Kuno.Bukti penggunaan tulisa Palava
terdapat pada yupa (tiang batu persembahan) atau prasasti di daerah Muara
Kaman.Yupa tersebut menggunakan aksara palava dalam bahasa Sanskrit yang
dijumpai oleh pekerja topografi Belanda pada tahun1879.

TULISAN RENCONG
Tulisan rencong,iaitu huruf Melayu tua banyak digunakan di Sumatera Selatan
(Bangkahulu dan hulu Palembang) dan Minangkabau.Huruf ini kekal hingga abad ke
-18,iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia.Huruf yang digunakan oleh orang
Melayu pada zaman purba ialah huruf yang tertua,iaitu menyerupai bentuk huruf
Rencong atau Rencang,Kawi dan Lampung.Tulisan kuno ini telah dijumpai pada
tahun 1892 di sebatang tiang batu di Kota Kapur,iaitu di Bangka Barat.

TULISAN KAWI
Tulisan Kawi merupakan tulisan Jawa kuno yang wujud pada abad ke-8.Huruf-huruf
Kawi asalnya adalah daripada huruf Vangki(Wenggi),iaitu huruf yang dibawa oleh
orang-orang India dari Coromandel.Huruf ini lenyap pada tahun1400 Sebelum
Masihi.

BAHASA MELAYU KLASIK


Bahasa Melayu Kuno kemudiannya diambil alih oleh bahasa Melayu
Klasik,Peralihan ini dikaitkan dengan kedatangan dan pengaruh agama Islam yang
semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.Sejak itu bahasa Melayu
mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata,struktur ayat dan bentuk
tulisan.Bukti bahasa Melayu klasik boleh dilihat mnelalui peninggalan tiga batu
bersurat.
(a) Batu bersurat di Pagar Ruyung,Minangkabau bertarikh 1356 Masihi yang ditulis
dalam huruf India dan mengandungi prosa Melayu kuno serta beberapa baris sajak
Sanskrit
(b) batu bersurat di Minye Tujuh,Aceh bertarikh 1380 MAsihi yang masih
menggunakan abjad India dan buat kali pertama kalinya terdapat penggunaan katakata Ara seperti kalimat nabi,Allah dan rahmat.
(c) Batu bersurat di Kuala Berang,Terengganu bertarikh 1303-1387 Masihi yang
ditulis dalam tulisa Jawi.Hal ini membuktikan tulisan Arab telah mula digunakan
dalam bahasa Melayu pada zaman itu.

Bahasa Melayu Klasik mempunyai ciri yang khusus dan tersendiri.Hal ini kerana
pengaruh islam menjadi semakin kuat sehingga bahasa Melayu mengalami banyak
perubahan.Antara ciri bahasa Melayu klasik ialah:
(a) Ayatnya panjang dan berulang-ulang
(b) Bentuk ayat pasif dan sonsang lazim digunakan.
(c) Menggunakan gaya bahasa istana
(d) Menggunakan kosa kata klasik
(e) Banyak menggunakan partikel pun dan lah.
(f) Mengggunakan aksara jawi,iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa arab
yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.
(g) Menerima pelbagai kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa.
(h) Frasa dan pengaruh Arab,terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu.
(i) Unsur-Unsur falsafah islam wujud dalam banyak tulisan Melayu.

PENGARUH BAHASA JAWA


Bahasa Melayu dan Bahasa Jawa merupakan bahasa serumpun.Terdapat dua faktor
utama penyebaran pengaruh bahasa Jawa ke dalam bahasa Melayu,iaitu
tersebarnya cerita-cerita panji di alam Melayu dan keinginan masyarakat untuk
bersosialisasi dengan dunia luar.

HURUF PEGON
Huruf pegon ialah huruf Arab yang telah dimodifikasi untuk menulis bahasa
Jawa,pego yang beerti menyimpang,iaitu bahasa Jawa yang ditulis dalam huruf Arab
dianggap sesuatu yang tidak lazim.Huruf pegon di Jawa biasanya digunakan dalam
kalangan orang Jawa muslim yang taat,terutamanya di pusat pengajian agama.

PENGARUH ISLAM
Islam mula bertapak di kepulauan Melayu sekitar abad ke -11 menerusi
Sumatera,iaitu apabila pemerintah kerajaan Pasai memeluk agama
Islam.Penyebaran awal Islam di Kepulauan Melayu dilakukan oleh pedagangpedagang Arab,Cina,India dan Parsi.Selepas itu proses penyebaran Islam dilakukan
oleh kerajaan Islam di Kepulauan Melayu sendiri melalui perkahwinan,perdagangan
tempatan dan penaklukan.

BAHASA MELAYU MODEN


Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19.Menurut ahli bahasa
dan sejarah,bahasa Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik.Hasil
karangan Abdullah Munsyi dianggap sebagai permulaan bahasa Melayu
Moden.Abdullah Munsyi dalam hikayatnya,Iaitu Hikayat Abdullah yang dihasilkan
pada tahun 1849,menyatakan kekesalan terhadap sikap orang Melayu yang tidak
mahu mempelajari bahasa sendiri.
Perkara penting pada pandangan Abdullah Munsyi ialah orang Melayu harus
mempelajari bahasanya sendiri untuk memperoleh kepandaian agar setaraf dengan
bahasa lain yang mempelajari bahasa masing-masing.
Sejarah perkembanagan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat di
Semenanjung Tanah Melayu secara kronologi dijelaskan seperti berikut:
(a) Lahirnya Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa
Matlamat pakatan ini ialah untuk:

Memelihara,melengkapkan dan memodenkan bahasa Melayu dan


memelihara tulisan Jawi.

Menstandardkan ejaan dan perkataan.

Mencipta perkataan baharu.

Mengembangkan pengetahuan melalui ceramah-ceramah dan


penyelidikan.

Mengeluarkan Peredar atau jurnal enam bulan sekali.

Membina perpustakaan.

(b) Persaudaraan Sahabat Pena Malaya


Antara tujuan utama penubuhan PASPAM adalah untuk:

Mendirikan suatu roh perhubungan berkenalan dan pergaulan dan


mempererat perikatan sesama ahli.

Hendak memperluas ahlinya daripada mengarang kepda bacamembaca dan mengalakkan karang-mengarang dalam bahasa dan
buku-buku Melayu.

Mendirikan sebuah kutubkhanah.

(c) Pejabat Karang-Mengarang


Tujuan utama penubuhannya adalah untuk:

Mengeluarkan buku-buku sekolah Melayu melalui Malay School Series


sebanyak mungkin.

Mengeluarkan bahanbahan bacaan untuk masyarakat Melayu amnya


melalui Malay Home Library Series,Untuk rancangan jangka
panjang.Pejabat ini merancang pengeluaran beberapa jurnal
bergambar dan mengadakan kutubkhanah yang dibawa ke kampungkampung untuk dijual.

(d) ASAS 50 dan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu


Matlamat utama penubuhan ASAS 50 adalah untuk:

Memperluas dan meningkatkan kesusasteraan dan kebudayaan


Melayu.

Melindungi hak-hak ahli dan juga para pengarang.

Mengadakan pembaharuan dalam sastera dengan tidak membunuh


yang lama.

(e) Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka


Pada tahun 1956,Ordinan DBP diluluskan oleh parlimen dan peranan DBP
sebagaimana yang termaktub dalam Ordinan DBP 1959 (dengan pindaan
pada tahun 1972) adalah seperti yang berikut:

Memajukan dan memperkaya bahasa kebangsaan.

Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan.

Mencetak dan menerbitkan atau membantu usaha pencetakan dan


penerbitan buku-buku,risalah-risalah dan bentuk-bentuk peersuratan
lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain.

Menyamakan ejaan da bunyi sebutan dan menggubal istilah-istilah


yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.

PENGARUH BAHASA ARAB


Beberapa contoh perkataan Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu adalah
seperti berikut:
Bahasa Arab

Bahasa Melayu

Abun

abah

Kursiyyun

Kerusi

Shukran

Syukur

Jadwal

Jadual

shakhsiyyah

sahsiah

PENGARUH BAHASA CINA


Kata-kata itu dikatakan berasal daripada bahasa cina kerana sistem fonologi kata
asli bahasa Melayu tidak bertepatan dengan sistem fonologi kata bahasa
Cina.Antara kata tersebut adalah seperti yang berikut;
Beca

Kongsi

Camca

Taikong

Kekwa

Mahjong

Nyonya

Taikong

Popia

Samsu

Sampoa

Angpau

Anglo

Samseng

Apek

Taikun

Kaleng

Singkong

PENGARUH BAHASA INGGERIS


Pengaruh bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu adalah yang paling ketara dan
paling meluas pada masa ini.Beberapa perkataan daripada pengaruh bahasa
Inggeris yang telah diterima dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Game

Gem

Family

Family

Theme

Tema

Tank

Teng

Torchlight

Torclait

Book

Buku

Lamp

Lampu

Ball

Bola

Mind

Minda

tank

Tangki

DEKAD LIMA DAN ENAM PULUHAN


Zaman ini merupakan tahap permulaan dalam pemupukan bahasa Melayu.Pada
peringkat ini,masalah utama yang dihadapi adalah unutk menyakinkan rakyat
terhadap keupayaan bahasa Melayu bagi mengambil alih peranan bahasa
Inggeris,serta untuk menjalankan fungsi-fungsinya dengan cekap dan berkesan.

DEKAD TUJUH PULUHAN

Pada peringkat ini,bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar utama di


sekolah-sekolah,sebagai bahasa pentadbiran kerajaan dan sebagai bahasa
perhubungan awam.Terdapat dua implikasi hasil daripada kepesatan penggunaaan
bahasa Melayu pada ketika ini,iaitu:
(a) Dalam masa yang singkat dan melalui usaha gigih semua pihak,bahasa yang
dahulunya disifatkan sebagai bahasa yang tidak berupaya untuk
mengungkapkan identiti negara telah mula mendapat tempat yang
sewajarnya.
(b) Perkembangan yang terlalu pesat itu membawa kesan negatif,iaitu
pencemaran bahasa mula berlaku.

DEKAD LAPAN PULUHAN


Dalam perancangan bahasa kebangsaan pada tahun 1983,terdapat kesan penting
kerana pada tarikh ini,kanak-kanak yang bermula bersekolah dalam darjah satu
akan meneruskan persekolahan hingga ke peringkat university dengan
menggunakan bahasa Melayu.Dalam bidang-bidang lain,pelaksanaan penggunaan
bahasa kebangsaan juga telah menampakkan hasil yang memuaskan.Dapatlah
dikatakan bahawa tahun 1980-an merupakan tahun kematangan bagi bahasa
Melayu.

MENJELANG ABAD KE-21


Menjelang abad ke-21 bahasa Melayu hampir menyamai taraf bahasa-bahasa lain
yang terdapat di dunia seperti bahasa Inggeris,Perancis,Jepun,Jerman,Rusia dan
Cina.Apabila bahasa Melayu sudah lama digunakan sebagai bahasa ilmiah,muncul
pula cirri yang membolehkan bahasa Melayu memperkatakan hal-hal yang lebih
abstrak,tepat dan tegas.Taraf keintelektualan bahasa Melayu ini berlaku pada semua
peringkat,iaitu perbendaharaan kata,tatabahasa dan juga gaya.Penekanan juga
diberi kepada aspek estetik yang berhubung dengan keindahan bahasa.

Bunyi Vokal
Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami
sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan
rongga mulut dan bentuk bibir.
Terdapat 6 jenis vokal dalam Bahasa Melayu Baku
(a, e, , i, o, u)
Selain itu, terdapat juga 2 vokal pinjaman iaitu ( dan )
Ciri-ciri penting vokal:

Tidak ada gangguan pada arus udara semasa bunyi vokal dihasilkan.

Lelangit lembut dinaikkan semasa menghasilkan bunyi vokal.

Pita suara bergetar semasa bunyi vokal dihasilkan.

Terdapat 3 vokal depan, 1 vokal tengah dan 2 vokal belakang.

Glotis dirapatkan semasa menghasilkan bunyi vokal.

Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

KEADAAN BIBIR SEMASA MEMBUNYIKAN VOKAL

PENGHASILAN BUNYI VOKAL


Vokal Depan Sempit (i)
Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir
menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi.
Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru
melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau
himpitan

yang

menyebabkan
kedengaran.

boleh
geseran

Bibir

berada

dalam keadaan terhampat.


Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari

Vokal Depan Separuh Sempit (e)


Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi
membunyikan vokal (i).
Contoh: kole, tauge, bendi, elok

Vokal Depan Separuh Luas


Untuk mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan
untuk mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti
semasa mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e). Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek

Vokal Depan Luas ( a)


Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendah-rendahnya.
Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga
hidung. Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i),
dan (e).
Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat

Vokal Belakang Sempit (u)

Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi


tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan.
Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang

Vokal Separuh Sempit ( o )


Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling
tinggi dan tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan.
Contoh: obor, solo, polo, toko, orang

Vokal Belakang Separuh Luas


Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh
sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa
Melayu.

Vokal Tengah
Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian
tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana
luasnya.

Contoh: enam, empat, kenduri, gerai

BUNYI KONSONAN
Jenis-jenis:

Terdapat 26 konsonan iaitu:

(b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, r, s, t, v, w, y, z, ng, ny, sy, kh, gh, dz, th)

Terdapat 18 konsonan asli dan 8 konsonan pinjaman.

8 konsonan pinjaman ialah


(f, v, z, sy, kh, gh, dz, th)
Konsonan-konsonan ini merupakan pinjaman dari bahasa Arab dan bahasa
Inggeris.

CARA PENYUARAAN KONSONAN

Letupan
o Udara yang keluar dari paru-paru disekat dalam rongga mulut dan
dilepaskan dengan serta merta.

Letusan
o Udara yang keluar dari paru-paru disekat dalam rongga mulut dan
dilepaskan secara perlahan-lahan.

Geseran
o Udara yang keluar dari paru-paru mengalir keluar melalui sempitan
bibir, gigi dan sebagainya.

Sengauan
o Udara yang keluar dari paru-paru disekat dalam rongga mulut. Udara
yang tersekat ini mengalir keluar melalui rongga hidung.

Sisian
o Udara yang keluar dari paru-paru disekat oleh lidah. Udara yang
tersekat ini mengalir keluar melalui sisi lidah.

Getaran
o Hujung lidah menampar-nampar gusi.

Vokal

Cara penyuaraannya hampir sama dengan cara penghasilan


bunyi vokal.

BUNYI DIFTONG

Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila berlaku


pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada
vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong.
a. (ai):

sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai

b. (au):

lampau, silau, garau, surau, pukau

c. (oi):

amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot.

Ciri-ciri Diftong

Bunyi geluncuran

Mempunyai satu puncak kelantangan

Diftong hanya hadir dalam perkataan yang mempunyai dua suku kata atau
lebih

Vokal berangkap:

bau, kau
ais, air

Kerja khusus ini telah memberikan lebih pemahaman kepada pelajar-pelajar


yang mengambil Bahasa Melayu sebagai salah satu mata pelajaran.
Setelah menyiapkan kerja khusus ini pelajar-pelajar akan dapat memahami
konsep dan ciri-ciri bahasa Melayu dengan lebih mendalam dan terperinci.Hal ini
membantu pelajar untuk memahami bahasa Melayu dengan cara yang lain seperti
mencari sumber maklumat dari internet selain membaca maklumat itu sendiri melalui
pelbagai buku ilmiah.
Selain daripada itu,para pelajar akan mengetahui dan memahami pengertian
,ciri-ciri dan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan mengapa
bahasa Melayu turut dipanggil sebagai bahasa Malaysia.
Para pelajar juga akan menyelusuri dan memahami sejarah perkembangan
bahasa Melayu yang dikatakan berasal daripada rumpun bahasa Austronesia.
Akhir sekali,setiap pelajar akan dapat mengenal pasti fonem-fonem dan alatalat artikulasi yang berkaitan dengan penghasilan bunyi-bunyi bahasa.

BUKU

Siti Hajar Abdul Aziz,2008.Bahasa Melayu 1 (Siri Pendidikan Guru),


Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.bhd.

Ferdinand de Saussure (Penterjemah : Ajid Che Kob),1993,Pengantar


Linguistik Umum,Malaysia:Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia.

Abdullah Hassan,1980,Linguistik Am Untuk Bahasa Malaysia,Petaling


Jaya:Fajar Bakti

INTERNET

WWW.Scribd.com/FONOLOGI BAHASA MELAYU

WWW.Utusan Malaysia.com

NO

TAJUK

PENGHARGAAN

PENDAHULUAN

JADUAL PELAKSANAAN

HASIL PEMBELAJARAN

SEJARAH BAHASA MELAYU:

KONSEP BAHASA MELAYU

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU

FUNGSI BAHASA MELAYU

ASAL USUL BAHASA MELAYU

PENGANTAR FONETIK DAN FONOLOGI:

TAKRIF FONETIK DAN FONOLOGI

PERBEZAAN ANTARA FONETIK DAN FONOLOGI

BIDANG-BIDANG FONETIK

ALAT-ALAT ARTIKULASI

BUNYI-BUNYI BAHASA

PROSODI DAN SUPRASEGMENTAL

FONEM VOKAL DAN KONSONAN

REFLEKSI

BORANG KOLABORASI

RUJUKAN

10

LAMPIRAN

Melalui kerja khusus ini para pelajar akan dapat:

(a) Memahami konsep dan ciri-ciri bahasa Melayu.


(b) Mengetahui dan memahami pengertian,ciri-ciri dan fungsi bahasa Melayu.
(c) Mengetahui dan memahami sejarah perkembangan bahasa Melayu.
(d) Mengenal pasti fonem-fonem dan alat-alat artikulasi yang berkaitan dengan
penghasilan bunyi-bunyi bahasa.

Anda mungkin juga menyukai