Anda di halaman 1dari 16

KAUNSELING

KELOMPOK
Kaunseling kelompok telah memperlihatkan potensi yang besar
dalam membantu individu dalam bilangan yang besar. Menjadi
lumrah manusia hidup dalam satu komuniti masyarakat. Perasaan
saling memerlukan antara satu sama lain wujud sejak dilahirkan lagi.
Ini kerana setiap manusia saling perlu-memerlukan antara satu sama
lain. Dalam institusi pendidikan keberkesanan intervensi kelompok
telah terbukti.

Menurut Corey (1995), kaunseling kelompok boleh membantu
bilangan pelajar yang lebih besar di institusi pendidikan.


Gibson dan Mitchell (1986), mentakrifkan kaunseling sebagai :

satu proses dalam membantu klien menyesuaikan diri dengan hal-
hal seharian mengenai perkembangan dan memperbaiki
perkembangan itu sama ada pembaikan terhadap tingkahlaku,
perhubungan peribadi, nilai-nilai dan pemilihan kerjayanya di
samping membina kemahiran-kemahiran dalam bidang berkaitan.

Pertama
(permulaan)
Kedua
(konflik dan
pertentangan)
Ketiga
(perkembangan
dan kesepaduan)
Keempat
(hasil)
Kelima
(penamatan)
Peringkat pertama

dimulakan dengan sesi berkenalan secara ringkas oleh ahli-ahli
kelompok.

Kepercayaan di antara ahli-ahli kelompok masih belum wujud dan
masih diragui.

ahli-ahli kelompok juga akan menerangkan tujuan mengikuti sesi itu
dan apa yang ingin mereka capai melalui kelompok itu.

(Zuraidah,1999).
tujuan utama fasa pengenalan ini adalah untuk mengekalkan
kelompok dan membina asas yang kukuh dalam sesuatu
kelompok yang dibentuk.

ahli-ahli kelompok dengan kaunselornya boleh membina
hubungan yang mesra, terbuka , bebas, ikhlas serta jujur di
mana hubungan ini boleh menambahkan kemesraan di antara
mereka dalam menghadapi dan mengambil tindakan bagi
menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi (Malek, 2007).
Peringkat kedua

Fasa konflik adalah peringkat kedua selepas peringkat pertama iaitu
selepas fasa pengenalan atau orientasi.

Menurut Zuraidah Abdul Rahman (2006), fasa konflik timbul apabila
sifat-sifat tidak puas hati terhadap ketua kumpulan (Kaunselor) dan
kegagalan kumpulan mengemukakan sesuatu pembaharuan dalam
kumpulan itu.

Pada fasa ini, ahli-ahli masih lagi bertopeng, berasa gemuruh,
ragu dan berasa tidak selamat.

Akibatnya, timbullah tingkah laku yang bertentangan seperti
menarik diri, berprasangka buruk, suka menyalahkan orang lain
dan rendah diri.

Pada peringkat ini juga timbulnya ahli yang bersifat monopoli dan
memusuhi kelompok dan ditunjukkan melalui tingkah laku
berjenaka dan sindiran secara sinis.
Terdapat tiga kategori konflik yang biasanya dialami dalam kelompok.

Konflik yang berpunca
daripada dalaman diri
ahli.
Konflik yang wujud
antara ahli kelompok.
Konflik yang berlaku
antara ahli dengan
pemimpin kelompok.
Peringkat ketiga

Hansen dalam Mohamed Fadzil dan Rasidah (2002), fasa
bersepadu yang merupakan peringkat di mana wujudnya suasana
kemesraan dan kepercayaan bersama.

Ini disebabkan ahli-ahli dalam kelompok mula berasa selesa dan
boleh berinteraksi dengan lebih terbuka sesama mereka.

Menurut Ida Hartina (2006), peringkat ini memperlihatkan
penyatuan di kalangan ahli di mana mereka menerima antara satu
sama lain dan bermulanya satu hubungan yang lebih produktif
dan seterusnya memudahkan kelompok digerakkan ke arah
mencapai matlamat yang ditetapkan.
Ahli-ahli kelompok dapat bekerjasama, saling percaya,
memahami dan menghormati antara satu sama lain.

Ahli-ahli mendapat manfaat kerana kesediaan berkongsi dan
berbincang akan menghasilkan banyak pendapat, idea dan
pengetahuan yang sekaligus dapat membantu ahli sendiri.
Peringkat keempat

peringkat yang penting dalam kaunseling kelompok ini ialah peringkat
keempat iaitu Fasa Kejayaan. Menurut Tang Chee Yee (1989), Fasa
kejayaan ini juga turut dikenali sebagai Fasa penyelesaian masalah.

Peringkat ini memecahkan masalah dan semua mesti terlibat dan sama-
sama merancang.

Ahli-ahli diberi peluang menyelidik masalahnya lebih dekat, berbincang
tentang pilihan resolusi dan mencuba tingkahlaku baharu.
Kaunselor dalam fasa ini haruslah pandai memainkan
peranannya terutama dalam memastikan kejayaan akan
dapat dilaksanakan dengan jayanya sekiranya kaunselor dapat
membantu klien meletakkan keutamaan ke atas masalah
yang telah dikenal pasti.


Peringkat kelima

Fasa Penamatan berlaku apabila keseluruhan sesi perjumpaan
kelompok telah mengisi keperluan kelompok atau ahli / mencapai
matlamat yang ditentukannya.

Penamatan ini memang disedari oleh ahli kerana mereka telah
diberitahu sejak awal lagi tentang bilangan sesi yang akan
dijalankan.

Seorang kaunselor harus belajar menamatkan sesi kaunseling
dengan berkesan. Kaunselor harus biasa dengan isu-isu dan
kemahiran yang terlibat secara langsung dalam proses penamatan
bagi menamatkan hubungan dalam kaunselingnya.

Anda mungkin juga menyukai