Anda di halaman 1dari 1

Sheikh Agha Samsuddin

Sheikh Agha Samsuddin adalah guru Sultan Muhammad II sejak daripada kecil dan beliau sering
memberi nasihat berkaitan agama mahupun politik kepada baginda. Sheikh Agha Samsuddin
diriwayatkan memiliki kekaramahan dan keberkatan doa. Ia sesuai dengan jalur keturunannya yang
sampai kepada Saidina Abu Bakar as-Siddiq.
Sheikh Agha Samsuddin telah berkata kepada Sultan Muhammad II selepas diminta untuk
mengenalpasti makam Abu Ayub al-Ansari,
Bahawasanya aku lihat pada suatu tempat akan nur, mudah-mudahan kuburnya itu di situlah
Sheikh Agha Samsuddin dan Sultan Muhammad II pergi ke tempat itu dan sejurus dia bertawajjuh
(memusatkan perhatian kepada Allah swt), lantas beliau berkata lagi,
Berhimpunlah dengna rohnya, maka bersyukur ia akan daku dengan pembukaan(pembukaan kota
Istanbul) ini.
Kemudian Sultan Muhammad II maju ke hadapan kepada tuan gurunya dan berkata,
Wahai tuan guru, saya mahu tuan guru tunjukkan kepada hamba satu alamat yang boleh saya boleh
lihat dengan mata dan hati saya.
Mendengar permintaan Sultan Muhammad II, Sheikh Agha Samsuddin kembali bertawajjuh. Setelah
beberapa ketika, ia bangun dan berkata,
Gali kamu semua pada tempat ini, iaitu pada bahagian kepala sedalam dua hasta. Nescaya, akan
timbullah batu nisan bertulisan dalam bahasa Ibrani.
Tentera Sultan Muhammad II terus bergegas menggali tempat yang ditunjuk oleh Sheikh Agha
Samsuddin. Beberapa minit kemudian, tampak dengan jelas sebatang batu nisan bertulisan Ibrani.
Beberapa tentera yang memahami bahasa Ibrani yakin bahawa ia adalah makam Abu Ayub al-Ansari.
Kemudian, datang Sultan Muhammad II ke tempat yang dikatakan kubur Abu Ayub al-Ansari.
Baginda hampir rebah kerana terlampau takjub tetapi mujurlah pegawai baginda sempat memegang
baginda. Sultan Muhammad II kemudian menitahkan supaya dibina masjid di sisi makam sahabat
Rasulullah SAW tersebut. Masjid tersebut kekal sehingga ke hari ini.
Kisah penemuan kubur Abu Ayub al-Ansari menunjukkan pertemuan rohaniah antara dua tokoh
yang berjuang semata-mata mahu mendapat keredhaan Allah swt. Kekaramahan sahabat Rasulullah
saw tersebut jelas berlaku daripada peristiwa yang hebat ini. Sepertimana wasiat terakhir Abu Ayub
al-Ansari yang menyatakan mahu mendengar derapan kuda raja yang Rasulullah saw nyatakan
sebagai sebaik-baik raja. Ia mungkin metafora kepada keterujaan Abu Ayub untuk menemui ajal di
jalan Allah.
Namu bergitu, kita perlu sedar bahawa orang yang syahid di medan perang sentiasa hidup seperti
firman Allah swt dalam surah Ali Imran ayat 169.

Anda mungkin juga menyukai