Anda di halaman 1dari 1

9 TIPS CEMERLANG BELAJAR SAMBIL BEKERJA

pada 2hb Mei 2011 pukul 9.46 ptg

Belajar sambil bekerja bukanlah semudah yang di sangka, selain perlu bijak membahagikan masa
antara komitmen kerja, keluarga dan pengajian. mereka yang belajar sambil bekerja ini juga perlu
kuat semangat dan tabah dalam menjalani kehidupan. Untuk seketika, mereka perlu mengenepikan
soal hiburan, lepak atau percutian bersama keluarga. DIsini ada penduan untuk di kongsi bersama:1. Rancang kerja anda sebaiknya (deadline) bagi tugasan pejabat serta pengajian lebih awal dan
letakkan di tempat yang mudah di lihat.
2. Gunakan masa dengan sebaiknya. Anda mungkin boleh membaca atau mendengar semula
rakaman kuliah ketika menaiki tren daripada hanya melihat gelagat penumpang lain ketika
menunggu untuk tiba ke destinasi.
3. bekerja sambil belajar sememangnya memenatkan. Makan dengan teratur, bersenam, dapatkan
rehat secukupnya dan jika berpeluang, teruskan aktiviti sosial anda.
4. Jika anda mempunyai masalah untuk menepati tarikh akhir atau tiba-tiba terjadi masalah keluarga
dan kerja. beritahu kepada pensyarah anda lebih awal. Mereka juga manusia dan tentu mereka
memahami beban anda untuk melakukan dua perkara ini serentak.
5. Sentiasa ingatkan diri anda matlamat sebanar anda, menyambung semula pengajian. jika anda
sambil lewa terhadap pengajian ia boleh menjejaskan masa depan anda selain merugikan masa,
wang dan tenaga.
6. Beritahu ketua atau majikan anda mengenai pengajian anda, menyambung pengajian
menunjukkan anda serius mengenai pembangunan diri sebagai seorang individu
7. Ada ramai penuntut dewasa yang mengikuti pengajian separuh masa. Anda seharusnya melihat
ini sebagai peluang untuk mengembangkan jaringan kenalan.
8. Wujuskan tempat bekerja yang selesa, Gunakan apa sahaja kaedah yang dapat membantu anda
untuk lebih fokus dan meningkatkan semangat terhadap pangajian dan pekerjaan. Kata-kata
semangat dan gambar orang tersayang pasti dapat membantu anda
9. Cari tempoh waktu terbaik untuk anda belajar atau mengulangkaji. Elakkan mengulangkaji di saat
akhir kerana ia akan menambahkan tekanan anda
Sumber : Blogger
-ALS

Anda mungkin juga menyukai