Anda di halaman 1dari 1

ADAB DAN ETIKA SEORANG PELJAR DAN GURU

Adab merujuk kepada tatacara perilaku dan pengawalan sahsiah diri seseorang. Etika pula adalah suatu gagasan berperaturan
yang perlu dipatuhi untuk mencapai sesuatu nilai tertentu. Adab dan etika perlu bergabung dan saling lengkap melengkapi untuk
mencapai suatu kualiti yang cemerlang. Etika bertindak sebagai pelan tindakan yang membantu dalam membentuk kejayaan.

Dalam sebuah buku motivasi berjudul 'Formula Rabbani Pelajar Cemerlang', hasil tulisan Hj Abdullah Khairi Hj Haron dan Hj Ahmad
Fathur Rahman Hj Haron telah menyenaraikan beberapa adab dan etika yang perlu diikuti oleh seseorang pelajar dan guru bagi
melahirkan insan yang cemerlang. Buku kecil ini mengandungi 124 halaman, dan sangat sesuai untuk dibaca oleh pelajar-pelajar
peringkat menengah dan guru-guru khususnya yang baru memasuki alam keguruan. Buku tersebut mengandungi beberapa
panduan belajar bagi setiap pelajar supaya teratur dan berkesan. Tip-tip kecemerlangan disusun oleh kumpulan pakar dalam
bidang motivasi berkonsep Islamik.

Ibnu Duraid menulis ulang kitab Al-Jamharah sebanyak empat kali, dan Al-Bukhari pula menulis kitab Sahih Al-Bukhari selama 16
tahun, serta beliau mandi dan solat dua rakaat setiap kali menulis satu hadish di dalamnya.

Berikut adalah etika yang perlu ada bagi seseorang pelajar dalam usaha menggapai matlamat sebagai pelajar cemerlang:

ADAB SEORANG PELAJAR.

1. Bertakwa kepada Allah (swt)
2. Berdisiplin dan sentiasa memelihara adab diri.
3. Bijak menguruskan Masa
4. Menjaga kesihatan diri.
5. Berwawasan tinggi.
6. Konsisten atau istiqamah.
7. Mempunyai kesungguhan yang tinggi.
8. Daya berfikir yang tinggi.
9. Berserah kepada Allah ( Tawakkal dan Pasrah ).
ADAB PELAJAR TERHADAP GURU:
1. Sentiasa menunjukkan sikap hormat kepada guru.
2. Sentiasa memuliakan martabat dan kedudukan guru.
3. Hindari bicara kosong atau perbualan yang tidak berfaedah.
4. Berdiri sewaktu menghormati guru.
5. Berinteraksi mengikut kesesuaian masa dan tempat.
6. Tidak meninggikan suara kepada guru.
7. Memanggil guru dengan panggilan yang baik.
8. Tidak mendahului guru.
ADAB SEORANG GURU TERHADAP MURID:
1. Kepimpinan melalui teladan. Amalkan terlebih dahulu nilai-nilai yang hendak diajarkan kepada murid.
2. Sentiasa memelihara ketrampilan diri dan memastikan personaliti yang meyakinkan.
3. Sentiasa bersikap tenang dan berfikiran matang.
4. Elakkan cepat melenting dan memukul murid.
5. Bijaksana mengawal kelas atau keadaan.
6. Guru sebagai pemegang amanah keluarga, masyarakat dan agama.
7. Guru sebagai 'Murabbi' perlu sentiasa mengawasi kelakuan pelajar.
8. Guru perlu sampaikan isi pelajaran mengikut tahap dan kesesuaian penerimaan murid.
9. Guru perlu permudahkan teknik penyampaian, bahasa yang mudah dan jelas difahami.
"Sesungguhnya yang takutkan Allah (swt) itu daripada kalangan hamba-hambaNya adalah orang yang mempunyai ilmu." (Surah Al-
Fathir 35:28)

"Para ulamak adalah pewaris nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham (wang ringgit), tetapi mereka mewariskan ilmu.
Sesiapa yang mengambilnya, dia telah mendapat habuan yang menguntungkan" (Hadish Riwayat Al-Tirmizi)

"Seseorang yang bijak (cerdik) ialah orang yang dapat mengawal dirinya (supaya patuh dan taat) dan beramal untuk sesudah mati.
Orang yang lemah (bodoh) pula ialah seseorang yang mengikut hawa nafsunya sambil mengharapkan Allah mengampuninya."
(Hadish riwayat Sunan Al-Tirmizi).

Anda mungkin juga menyukai