Anda di halaman 1dari 9

DAYA DAN

TEKANAN
3.6
PRINSIP
BERNOULLI
PRINSIP BERNOULLI
Prinsip Bernoulli menyatakan bahawa dalam
suatu sistem pengaliran bendalir yang mantap,
tekanan bendalir menjadi rendah apabila laju
pengaliran bendalir bertambah dan sebaliknya.
Udara adalah bendalir, seperti gas lain, udara
berkelakuan seperti air dan cecair yang lain,
serta mematuhi prinsip Bernoulli.
PRINSIP BERNOULLI
Pertambahan halaju ini disertai dengan
pengurangan tekanan.
Luas keratan
rentas paip
Sempit lebar
Halaju Laju Perlahan
Tekanan Rendah Tinggi
APLIKASI BERNOULLI
Udara ditiup dipermukaan atas kertas, aliran
udara yang laju menghasilkan satu kawasan
bertekanan rendah dibahagian atas kertas. Udara
udara di bawah permukaan kertas tidak bergerak
mempunyai tekanan yang lebih tinggi. Ini
menghasilkan satu daya angkat yang menolak
kertas ke atas.
AEROFOIL
Aerofoil atau Airfoil bermaksud satu permukaan yang
bergarisan arus (streamline) yang menyebabkan udara
mengalir disekitar permukaan nya menghasilkan perbezaan
tekanan dan tegasan ricih, lalu menghasilkan daya angkat dan
daya seretan.
Dalam erti kata lain, aerofoil bertujuan untuk menghasilkan
daya angkat yang banyak serta mengurangkan daya
geseran atau seretan.
APLIKASI PRINSIP BERNOULLI
PENUNU BUNSEN
Gas yang bergerak dengan laju dipancut keluar dekat liang
udara.
Satu kawasan tekanan rendah dihasilkan sekeliling liang
itu.
Disebabkan oleh perbezaan tekanan, udara dari luar
terdesak masuk ke dalam dan bercampur dengan gas.
Campuran gas dan udara itu terbakar dengan
menghasilkan satu nyalaan tidak berkilau yang lebih panas.
KARBURATOR
Karburator adalah satu bahagian enjin di mana udara
dicampur dengan petrol pada kadar yang betul supaya
pembakaran dalam enjin kereta boleh berlaku.
Udara yang mengalir melalui pengawal udara, iaitu pencekik,
dipaksa mengalir melalui satu bahagian yang sempit.
Menurut Prinsip Bernoulli, kelajuan udara yang lebih tinggi di
sini menghasilkan satu kawasan bertekanan rendah. Maka,
petrol yang berada pada tekanan atmosfera akan disembur
keluar melalui jet dan bercampur dengan udara.
Campuran udara ini akan disedut masuk ke dalam silinder
untuk pembakaran
PAM PENYEMBUR RACUN
SERANGGA
Apabila omboh ditolak, udara akan dipancut keluar dengan
kelajuan yang tinggi.
Mengikut Prinsip Bernoulli, kawasan bertekanan rendah
akan wujud di sekitar muncung.
Tekanan atmosfera di dalam bekas penyimpan cecair racun
serangga adalah lebih tinggi dan menekan racun serangga
naik ke atas melalui tiub sempit.
Semburan racun serangga akan terhasil.

Anda mungkin juga menyukai