Anda di halaman 1dari 7

Salam sejahtera dan salam perpaduan

Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran kerana kita semua dapat hadir bersama-sama
dalam Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK. Tenghilan pada hari ini.
Bagi pihak sekolah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa dan penjaga serta guru atas
kehadiran pada pagi ini. Kami Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) amat berbesar hati
melihat kehadiran kalian. Sayugia diingatkan bahawa kita semua adalah ahli PIBG dan bertanggungjawab
untuk hadir ke mesyuarat ini. Jika kita sendiri tidak mahu hadir atau tidak berminat untuk hadir ke
mesyuarat seperti ini, maka siapalah lagi yang kita harapkan untuk hadir.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada tetamu kehormat kita, Yang Berhormat Datuk
Seri Panglima Wilfred Madius Tangau yang telah sudi meluangkan masa hadir ke mesyuarat agung pada hari
ini dan seterusnya merasmikannya. Kedatangan Yang Berhormat ke sekolah kita ini amat dialu-alukan dan
sebagai satu tanda sokongan kepada sekolah kita selain dapat memberi suntikan untuk kejayaan anak-anak
atau para pelajar.

Kebanyakan kita terlibat dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Namun masih ramai antara kita
yang tidak memahami fungsi sebenar PIBG. Akibat tidak faham fungsi PIBG ini maka ada kalanya PIBG
dijadikan medan perdebatan dalam kalangan ibu bapa dan guru yang melibatkan pencapaian prestasi
akademik dan moral anak-anak jagaan kita. Justeru, semua ahli PIBG perlu memahami matlamat asal
penubuhan PIBG agar kita semua dapat bergerak di landasan yang betul dalam suasana yang harmoni.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah bertujuan
untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah. Permuafakatan seumpama ini
diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk
meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran para pelajar di sekolah, selain
mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat
(school home community partership).

Kementerian Pelajaran juga telah menggubal dasar, mengadakan program dan mengambil
pendekatan yang wajar bagi memastikan sistem pendidikan negara relevan dengan keadaan semasa.
Lantaran itu, PIBG juga mempunyai peranan ‘saling melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian Pelajaran
dalam menyediakan prasarana dan suasana sekolah yang kondusif kepada para pelajar dan guru di sekolah.

Usaha melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi ini hanya akan dapat direalisasikan jika semua
pihak memahami dan berperanan dalam melaksanakan tugas ini serta mampu melakukan pengorbanan
tenaga dan buah fikiran bagi mencapai matlamat melahirkan pewaris agama, bangsa dan negara yang
memiliki pakej daya intelek yang tinggi, berakhlak serta memiliki keutuhan moral yang tinggi.

Akhir kata, syabas diucapkan kepada semua pihak khususnya ibu bapa, pendidik dan pelajar yang
telah bekerja keras untuk memastikan kejayaan dan kecemerlangan SMK. Tenghilan. Kepada AJK PIBG yang
telah menyumbang dan memberikan sokongan sama ada secara langsung mahu pun secara tidak langsung
diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

EN. JUSTIN BIN RUMPOD


Pengetua Cemerlang DG54
SMK. Tenghilan, Tamparuli
Saya bersyukur kepada Tuhan kerana diberi peluang untuk menukilkan kata alu-aluan
sempena Mesyuarat Agung PIBG 2016.

Kecemerlangan dalam akademik merupakan landasan utama untuk mencapai kejayaan.


Negara menyandarkan harapan agar golongan intelek muda hari inilah yang bakal mewarnai masa
depan Negara dengan lebih cemerlang. Sehubungan dengan itu, kejayaan dalam pendidikan
merupakan platform untuk para pelajar terus mara mencipta kejayaan sebenar. Di samping
kecemerlangan akademik, pelajar juga perlu sedar akan aspek pendidikan yang lain seperti
sahsiah, ketrampilan diri, dan kemahiran yang disokong oleh penampilan yang karismatik dan
wibawa yang boleh membawa kepada kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi di
dunia terbuka kini.

Oleh itu, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para penerima hadiah yang telah
menempa kejayaan. Di sebalik kejayaan tersebut, tersingkap jerih perih mereka yang tidak
mengenal jemu. Ucaplah “Terima Kasih, Cikgu”. Sesungguhnya kejayaan yang diraih juga
menjadi titik tolak dan penanda aras pada sesebuah sekolah. Saya yakin pencapaian sekolah ini
bukanlah sesuatu yang mudah tanpa kerjasama dan kerja sepasukan warga sekolah ini. Saya
berharap agar pencapaian ini akan terus berkekalan dan lebih cemerlang.

Akhir kata, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga SMKTE kerana
berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Cemerlang 2015.

Sekian, terima kasih.

(YB DATUK WILFRED MADIUS TANGAU)


JAWATANKUASA AJK

Penaung Pengetua

Penyelaras Penyelaras 1 : En. Awang Seman Ag. Tahir

Penyelaras 2: En. Disil Lima

Pendaftaran ibu bapa Pn. Justina Augustine (k)

Pn. Aidah Angah

Pn. Lilie Ading

Pn. Maria Sanggul @ Francisca

Setiausaha Pn. Alice Gustine @ Nur Hamizah Abdullah

Bendahari Pn. Chong Yen Yin@ Gloria

Pengerusi sementara ( Mesyuarat Agung En. Awang Seman Ag. Tahir


selepas pembubaran AJK PIBG)

Cenderahati perasmi & sijil penghargaan Pn. Mainih Alung (k)


AJK PIBG
Cik Rosita Jamaludin

Juruacara Cr. Stanley Tulis(k)

En. Faizal Norwen

Buku aturcara dan teks ucapan Pn. Ezanita Syawal (k)

Cik Diana Momporok

Pn. Junainah Jitor

Pn. Melania Jacob

Protokol dan sambutan 1. Pengetua

2. PK Pentadbiran

3. PK HEM

4. PK Kokum

5. PK Tingkatan 6

6. Ketua-ketua bidang

7. YDP PIBG

8. En. Henry Insing

9. En. Michael Gundul

10. En. Dupili Linggu

Pengurus Jemputan dan korsaj Pn. Florence Francis (k)


Pn. Rostina Gimpah

Keselamatan En. Mohd Razlan Masrat (k)

Pengawal keselamatan

Mengedar,mengutip dan membuat analisis Cik Rosita Abu Bakar (K)


soalselidik Sarana Ibu Bapa
Pn. Suhaidah Awang Ladin

Penyusunan kerusi & meja En. Jasnie Masilang (K)

En. Hamir Nuar

En. Awang Matjin bin Hassan @ Batzin

Pekerja pembersihan

Jurugambar dan dokumentasi En. Wilson Lukas(K)

En. Mohd Saad Mohd Shuib

Banner Pn. Julia Gabak

Pn. Irma Suriyanti Ismail

AJK Makanan Pn. Zaitun Hj Salim (K)

Ustazah Hartini Abdul Rassin

Pn. Janet Hugh

Pn. Noryati A. Karim

Pn. Nurul Huda Wahab

Pn. Carolina Yong

Hjh Amnah Suhaimi

Ustazah Salmiah

Pn. Dely Lomu

Skrin LCD Pn. Cornelia Audery Mudi (K)

En. Mohd Zulkhairi Syed Sultan

En. Asmat Daranading

Pengiraan dan pencatat undi En. Robert Dadu (K)

En. Willson Enggang

En. Hyacinth Chia

En. Mojikon Ropotoh

Pengumpulan isu Pn. Evelyn Juanis (K)


Pn. Mariany Anthony

Cik Joini Alung

Pn. Jane Thing

PA sistem En. Robert Labin (K)

En. Bobby Kandingu

En. Polodius Kaulod

En. Faizal Diasin

Bacaan Doa Ustaz Omar

Elektrik En. Lai Yang Ming

En. Annis Tambor


TARIKH / WAKTU AKTIVITI

7.00 – 8.00 pagi Persediaan Bahagian terlibat (pendaftaran)

kehadiran guru-guru dan ibu bapa

8.00 – 9.00 pagi Ceramah Pembelajaran Abad ke-21

9.00 – 9.10 pagi Menyanyikan lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku

Bacaan Doa

9.10 – 9.45 pagi - Ucapan Pengerusi PIBG

- Ucapan Pengetua

- Ucapan Perasmi

9.45 – 11.45 pagi Mesyuarat Agung berlangsung

11.45 pagi - Mesyuarat Agung dijangka selesai

-Jamuan

Anda mungkin juga menyukai