1. PENDAHULUAN
Perkhemahan adalah penting untuk murid-murid bagi memenuhi keperluan aktiviti kokurikulum
sekolah. Program seperti ini harus dijalankan dengan konsep yang lebih terbuka dan mencabar
kebolehan murid di samping dapat menambahkan pengetahuan murid dan mendedahkan mereka
kepada persekitaran baru yang belum pernah mereka kenali sebelum ini.
Aktiviti perkhemahan juga dapat menenangkan fikiran murid dan mengukuhkan
pengetahuan bagi memastikan kandungan kurikulum dikuasai secara tidak langsung dan tanpa
tekanan. Aspek ini perlu diberi perhatian memandangkan murid berkeperluan khas mempunyai
potensi diri yang perlu dikenalpasti agar mereka tidak merasa rendah diri tetapi mampu menjalani
kehidupan bersosial yang lebih baik. Maka program yang berbentuk “outdoor” ini seharusnya
menjadi asas dalam memastikan mereka dapat berdikari dalam menjalani kehidupan yang sebenar.
2. TUJUAN
Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk
melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk
memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, Negara
dan agama.
3. OBJEKTIF
3.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.
3.2 Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.
3.3 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan
berdisiplin berlandaskan agama.
3.4 Mendedahkan para peserta dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
3.5 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak dan mencabar.
3.6 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing.
4. STRATEGI PELAKSANAAN
4.1 Hari : Sabtu hingga Ahad
4.2 Tarikh : 28-29 Julai 2018
4.3 Tempat : SK Kelebang Besar, Melaka
4.4 Peserta : Ahli Unit Beruniform Sekolah
4.5 Pengelola : Unit Kokurikulum SK Kelebang Besar
4.6 Penginapan : SK Kelebang Besar, Melaka.
6. JADUAL PROGRAM
9. KESIMPULAN
Adalah diharapkan dengan perlaksanaan Perkhemahan Tahunan Badan Beruniform Sekolah ini, semua
murid dapat menimba pengalaman sebenar untuk berdikari tanpa perlu bantuan orang lain dan memberi
kesedaran tentang pentingnya hidup dalam satu masyarakat. Selain itu, dengan penglibatan murid-murid
pada setiap aktiviti yang dijalankan, diharapkan dapat memberi kesedaran kepada murid untuk memahami
kebolehan diri sendiri serta orang lain ke arah membentuk perkembangan positif serta berpotensi menjadi
individu yang cemerlang dan berdisiplin.
……………….. ………………
(YUSNITA BINTI TUKEMAN)
Setiausaha
Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform 2018
PENGAKAP
\
SENARAI NAMA MURID
PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM 2018
PUTERI ISLAM
1. Pakaian sekolah
2. Kasut sukan – 2 pasang
3. Selipar - sepasang
4. Ubatan peribadi
5. Baju T lengan panjang / pendek – 4 helai ( ikut keperluan)
6. Seluar sukan – 4 helai ( ikut keperluan)
7. Peralatan mandi ( tuala, sabun, shampoo )
8. Peralatan untuk makan ( sudu, garpu, cawan plastik, pinggan plastik )