Anda di halaman 1dari 4

15.

Antara unsur-unsur am ajaran sesat itu ialah:



-pengajaran adalah secara rahsia, tidak terbuka.

-pegangan tentang ketuhanan berlawanan dengan pegangan Ahli-Sunnah: contohnya diajarkan bahawa tujuan
manusia beribadat dan beramal adalah untuk menjadi tuhan semula, semua tuhan. Dia Tuhan, aku tuhan. Ini
berlawanan dengan ajaran sebenar, iaitu Allah SWT adalah tuhan yang menjadikan, dan manusia adalah makhluk
yang dijadikan.

-Kenyataan tentang hukum syarak berlawanan dengan al-Quran dan Hadis: misalnya sembahyang boleh
dilakukan dengan niat sahaja, haji ke Mekah tidak wajib, zakat adalah hukum rekaan pemerintah, bersekedudukan
dengan wanita ajnabi tidak haram jika diizinkan, semua ini berlawanan dengan nas-nas syara.

-Sikap dan tindakan-tindakan guru ilmu sesat ini menunjukkan penentangan terhadap ilmu-ilmu Islam yang diakui
dan ulama yang muktabar.

-Huraian-huraian dan tafsiran-tafsiran ayat-ayat al-Quran dan Hadis bukan berdasarkan kaedah-kaedah ilmu yang
diakui tetapi berdasarkan andaian atau agakan hawa nafsu si guru itu.

-Perkara-perkara yang diajar bercampur aduk dengan khurafat-khurafat dan ilmu kebatinan yang karut,yang
membawa kepada kesesatan dan kekufuran.

-Pengajaran yang diserapkan itu menimbulkan ketaksuban kepada guru dan kumpulan tertentu itu sehingga
mereka menganggap mereka sahaja yang benar di dalam dunia ini dan orang lain semuanya salah.

-Unsur-unsur di atas itu menunjukkan bahawa bila ianya ada pada mana-mana kumpulan, di bawah nama apa
sahaja, itu menunjukkan bahawa kumpulan yang berkenaan itu adalah kumpulan yang mengajar ilmu yang sesat
atau
ilmu salah yang mesti dijauhi.
BEBERAPA LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL

Setiap mukalaf dan ahli masyarakat Islam hendaklah mengambil langkah-langkah untuk menyelamatkan dirinya daripada
cengkaman atau pengaruh ilmu-ilmu sesat yang sedang merebak dalam masyarakat Islam kita sekarang ini, sebagaimana juga,
perlulah setiap orang untuk menyelamatkan dirinya dari terpengaruh dengan agama-agama yang selain daripada Islam, sebab
hanya agama Islam sahaja yang diterima oleh Allah SWT. Antara langkah-langkah itu ialah sebagaimana yang disebutkan di dalam
perenggan-perenggan yang berikutnya.

Pertamanya, hendaklah tiap-tiap mukalaf diberi pendidikan Islam yang memadai dalam bidang-bidang akidah, syariah, dan akhlak,
demi membentuk peribadi Islam yang baik, dan yang akan membolehkannya mengelakkan diri daripada aqidah dan amalan-amalan
yang sesat. Perlaksanaan pendidikan demikian ini, pada paras sekurang-kurangnya yang menjadi tanggungjawab semua pihak,
terutama keluarga, pusat-pusat pendidikan yang mengajarkan ilmu-ilmu yang bukan ilmu-ilmu syariah, dan seterusnya. Pelajaran
Islam itu boleh dijayakan juga di dalam masjid-masjid, madrasah-madrasah, musalla-musalla, demikianlah seterusnya, sehinggalah
pada tempat-tempat kerja, termasuk kilang-kilang dan bengkel-bengkel.

Kedua, sebagai penekanan yang khusus, hendaklah ibu-bapa mengambil berat tentang pendidikan agama yang sedemikian rupa
bagi anakanaknya, baik lelaki dan perempuan, dan juga hendaklah mereka mengambil berat tentang kawalan yang sewajarnya ke
atas gerak-geri mereka supaya mereka itu tidak menyeleweng dari segi aqidah dan amalannya.

Ketiga, hendaklah pihak-pihak yang berwajib mengambil langkah-langkah sepatutnya, baik yang terdiri daripada badan-badan
agama yang bukan rasmi, termasuk juga pihak berkuasa, supaya kesilapan-kesilapan dalam pegangan dan amalan itu disebarkan
supaya dimengerti oleh masyarakat Islam, dan langkah-langkah yang berkesan hendaklah diambil oleh semua pihak supaya ilmu-
ilmu sesat itu tidak berkembang dan dielakkan oleh ahli masyarakat.

Keempat, hendaklah pemuka-pemuka ilmu sesat itu dikenakan tindakan yang tegas ke atas mereka mengikut lunas-lunas syariat
Islam sebenarnya, termasuklah hukuman-hukuman yang menahan mereka sehingga mereka bertaubat, ataupun bila sabit
kesalahannya, maka dikenakan hukuman yang lebih berat lagi daripada itu. Ini boleh dilakukan, InsyaAllah, dengan adanya
kerjasama semua pihak. Perlulah diperhatikan bahawa penyebaran ilmu sesat ini adalah lebih berbahaya daripada dadah yang
ditakuti itu, sebab, jikalau dadah membinasakan jasad manusia, maka ajaran sesat membinasakan zat insaniah itu sendiri sehingga
ke alam yang kekal abadi.

Kelimanya, antara lainnya, hendaklah adab-adab berkenaan dengan perhubungan ahli-ahli zindik dan ahli-ahli bidaah sesat, seperti
kaum yang tidak mengambil berat tentang hukum syara ini, atau kaum yang mengajarkan ilmu bahawa kita ini adalah tuhan,
disebarkan supaya orang ramai mengerti adab-adab itu dan beramal dengannya.
Kumpulan Ajaran Sesat

- Nasrul Haq
- Al-Watan
- Al-Arqam
- Ajaran Syiah
- Ajaran Ayah Pin
Langkah Menangani
- Penguatkuasaan undang-undang daripada pihak
berkuasa.
- Menyebarkan ajaran islam sebenar kepada umat islam.
- Mengadakan program pemulihan akidah kepada
mereka yang menyempang daripada ajaran islam.
- menerapkan diri dengan kefahaman islam pada emua
peringkat umur.
- Menyebarkan ajaran islam. Ajaran islam hendaklah
sentiasa didedahkan kepada masyarakat menerusi
pelbagai kaedah seperti media cetak, elektronik,
ceramah, seminar dan forum.

Anda mungkin juga menyukai