Anda di halaman 1dari 1

Nilai

Pengenalan
Secara umunnya, terdapat 6 jenis nilai utama yang sering digunakan oleh individu dalam
pelbagai konteks, antaranya ialah nilai instrumental (juga dikenali sebagai nilai ekstrinsik), nilai
intrinsik, nilai subjektif, nilai objektif, nilai relatif dan nilai mutlak (absolute).

Sebenarnya, nilai mempunyai beberapa fungsinya. Yang berikut adalah antara fungsi-fungsi
terpenting bagi nilai. ( Eow B.H., 2001)

Nilai berperanan sebagai satu kriteria atau piawai (standard) yang konsisten agar individu atau
masyarakat bertindak dengan baik, betul dan boleh diterima. Fungsi ini membolehkan individu
dan masyarakat menjadi agen moral dan pengkritik moral, iaitu mengetahui apa yang boleh
dilakukan dan menilai kemoralan diri sendiri dan orang lain.

Selain itu, fungsi nilai juga sebagai satu tunjuk arah, rujukan dan panduan untuk menyelesaikan
konflik moral. Ini bermaksud, walaupun dalam keadaan beberapa nilai mungkin berkonflik,
keutamaan nilai seseorang itu akan membantunya menyelesaikan konflik yang dialami. Nilai
bukan hanya sebagai perangsang, malahan membataskan perlakuan seseorang. Ini bermakna
seseorang itu akan bertindak mengikut nilainya sendiri dan tidak akan melakukan sesuatu yang
dirasakan berlawanan dengan nilai yang dihayati.

Di samping itu, nilai juga berfungsi sebagai batasan (restriction) terhadap perbuatan dan
kelakuan individu atau masyarakat mengikut kehendak nilai yang dipengangi. Apabila kita dapat
memahami dan menghayati nilai, maka kita akan melakukan perbuatan mengikut kehendak dan
kepentingan nilai terhadap diri sendiri dan orang lain.

Anda mungkin juga menyukai