Anda di halaman 1dari 5

AMALI 1 : Ekosistem Tanah Biota Tanah Dan Jaringan Makanan

Tujuan :
Untuk mengenalpasti jenis-jenis dan bilangan makrofauna yang boleh ditemui di dalam jenis
tanah yang berbeza.
Pengenalan :
Ekosistem tanah terdiri daripada faktor abiotik dan faktor biotik. Faktor abiotik terdiri
daripada tanah, air, batu, cahaya dan sebagainya. Manakala faktor biotik terdiri daripada
pengeluar, pengguna dan tenaga daripada organisma lain serta pengurai. Kedua-dua faktor
ini saling mempengaruhi dan saling berinteraksi untuk menjana, menyimpan dan
memindahkan tenaga bagi membentuk satu ekosistem yang seimbang dan stabil.
Sesuatu ekosistem dibentuk dengan pengeluar iaitu tumbuh-tumbuhan yang
menjalankan fotosintesis. Tumbuh-tumbuhan ini akan menghasilkan nutrient dan
menyimpannya dalam bentuk karbohidrat. Haiwan herbivor yang berperanan pengguna
primer akan memperoleh tenaganya dengan memakan tumbuh-tumbuhan dan
menyimpannya dalam bentuk lemak. Haiwan karnivor pula berperanan sebagai pengguna
sekunder atau juga dikenali sebagai pemangsa, mendapat tenaga dengan memakan
pengguna primer. Paling akhir sekali ialah pengurai iaitu mikroorganisma yang menguraikan
bangkai haiwan atau tumbuhan mati kepada nutrien yang berguna kepada tumbuh-
tumbuhan. Keadaan ini menyebabkan aras pertukaran tenaga semakin berkurang apabila
menaiki tangga rantaian makanan.
Turutan ini menghasilkan rantaian makanan. Beberapa rantaian makanan akan
menghasilkan jaringan makanan. Contohnya,
Padi Belalang Burung pipit Ular Bakteria


Bahan dan radas :
Kaki retort, penapis corong, mentol, etanol dan bikar
Pembolehubah :
i. Pembolehubah Malar : Isipadu tanah yang diambil
ii. Pembolehubah Manipulasi : Jenis tanah dari lokasi yang berbeza
iii. Pembolehubah Tindak balas : Bilangan makrofauna dalam tanah
Prosedur :
1. Bahan dan radas telah disusun seperti gambar rajah di bawah.
2. Kumpulkan tanah sebanyak () cm
3
dari Lokasi 1 dan Lokasi 2.
3. Taburkan tanah ke dalam penapis corong.
4. Isikan 100 ml etanol ke dalam bikar.
5. Letakkan mentol di atas tanah.
6. Biarkan mentol lampu menyala untuk tiga hari.
7. Perhatikan jenis dan bilangan makrofauna yang keluar dari tanah dan jatuh ke dalam
bikar.
8. Hasil pemerhatian dicatatkan dalam jadual.
Keputusan :
i. Jenis lokasi
Ciri-ciri lokasi Lokasi 1 Lokasi 2
Jenis Tanaman Rumput Pokok rambutan
Warna Tanah Perang kekuningan Hitam
Kekeringan/Kelembapan
Tanah
Kering Lembab
Nilai pH Tanah
Kemampatan Tanah Padat Longgar
Tekstur Tanah Tidak mempunyai rongga
udara
Mempunyai rongga udara
Jadual 1
ii. Makrofauna besar yang ditemui di Lokasi 1 dan Lokasi 2
Makrofauna Besar Bilangan @ Lokasi 1
Isipadu tanah = 200cm
3

Bilangan @ Lokasi 2
Isipadu tanah = 200cm
3

Cacing 0 4

Jadual 2

i. Makrofauna kecil yang ditemui di Lokasi 1 dan Lokasi 2
Makrofauna Kecil Bilangan @ Lokasi 1
Isipadu tanah = 200cm
3
Bilangan @ Lokasi 2
Isipadu tanah = 200cm
3

Semut 3 6

Jadual 3
Makrofauna per liter tanah Lokasi 1 Lokasi 2
Cacing 0 20
Semut 15 30

Jadual 4
Pengiraan :
a. Semut Lokasi 1
1liter = 1000g
3
X 1000g = 15

200g

b. Semut Lokasi 2
1liter = 1000g
6
X 1000g = 30

200g

c. Cacing Lokasi 2
1liter = 1000g
4
X 1000g = 20

200g




Soalan perbincangan :
1. Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza?
Cadangkan kenapa terjadinya perbezaan antara mereka. Apakah parameter
yang anda ukur yang boleh membantu anda untuk menerangkan perbezaan-
perbezaan tersebut?
Daripada hasil keputusan yang diperolehi, kita mendapati sampel tanah dari Lokasi 2
mengandungi lebih makrofauna apabila dibandingkan dengan sampel tanah Lokasi 1.
Sampel tanah bagi Lokasi 2 adalah tanah yang diambil di kawasan bawah akar yang
lebih lembap dan bertanah gambut manakala sampel tanah bagi Lokasi 1 adalah
tanah yang diambil di kawasan yang lebih kering dan keras. Terdapat kepelbagaian
makrofauna antara bilangan makrofauna yang dijumpai adalah disebabkan jenis
tanah yang berbeza. Dalam ekosistem Lokasi 2, lantai tanahnya ditutupi dengan
daun-daun, ranting-ranting, pokok-pokok mati dan sebagainya yang membuatkan
permukaan tanah lembap, lembut dan lebih subur. Tumbuh-tumbuhan dan haiwan-
haiwan kecil mempunyai bekalan nutrien yang mencukupi. Keadaan yang sebalik
bagi ekosistem Lokasi 1, lantai tanahnya terdedah kepada cahaya matahari yang
terik. Pancaran cahaya matahari yang terik menyebabkan tanahnya lebih kering dan
panas. Keadaan ini kurang sesuai untuk tumbesaran tumbuh-tumbuhan dan dihuni
oleh haiwan-haiwan kecil. Parameter tanah yang digunakan untuk mengukur
perbezaan adalah populasi biodiversiti, bahan organik, suhu, dan kelembapan.



2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah tersebut.
Peranan utama makrofauna adalah untuk menguraikan tisu-tisu tumbuhan atau
bangkai haiwan yang mati bagi mempercepatkan proses penguraian bahan organik
kepada cebisan-cebisan kecil dan mengaulkan bahan organik dengan tanah supaya
tanah mempunyai bekalan nutrien kepada organisma-organisma yang lain. Selain itu,
makrofauna juga berperanan dalam meningkatkan struktur tanah. Akhir sekali,
makrofauna juga terlibat dalam kitaran nutrien.

3. Bina satu jaringan makanan bagi lokasi kajian anda dan huraikan bagaimana
arah aliran tenaga berlaku. Contohnya dimanakah pembentukan tenaga
bermula dan dimanakah ianya berakhir (puncak rantai makanan). Apakah akan
terjadi kepada tenaga dan nutrien apabila organisma pada puncak rantaian
makanan mati? Sertakan rajah dengan laporan anda.
Langkah-langkah keselamatan :
1) Berhati-hati ketika menggunakan cangkul untuk mendapatkan sampel tanah.
2) Jauhi daripada kawasan belukar.
Kesimpulan :

Anda mungkin juga menyukai