Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Berlari melompat dan membaling adalah tiga kemahiran semula jadi manusia. Tidak kira
siapa, tua atau muda, lelaki atau perempuan yang pentingnya mereka mempunyai tubuh badan
yang sihat dan pernah melakukan ketiga-tiga aktiviti ini sama ada disedari atau tidak. Daripada
sinilah wujudnya sejenis sukan yang paling diminati masa kini iaitu olahraga yang setelah
diubahsuai dan diperbaharui. Olahraga merupakan penyumbang utama kearah tingkah laku
dan peribadi seseorang. Sifat-sifat seperti semangat tinggi, keazaman yang kuat, perasaan
untuk kejayaan, semangat berpasukan, disiplin, bertolak ansur, tolong-menolong dan
sebagainya dapat membantu di dalam perkembangan mental, fizikal serta peribadi seseorang.
Acara berpagar adalah acara balapan yang menarik dan diminati ramai. Acara ini juga
merupakan acara lari pecut tetapi menggunakan pagar sebagai halangan. Atlet seharusnya
memiliki kepantasan berlari disertai dengan kebolehan melepasi pagar-pagar dengan lancar
dan berkesan dalam masa yang paling minimum di udara. Kelancaran berlari semasa berada di
antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan
keperluan utama bagi peserta untuk berjaya dalam sesuatu perlumbaan. Kelancaran
pergerakan ini disebut ritma. Atlet perlu mempunyai fleksibiliti yang tinggi supaya dapat
mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kaki agar dapat menghasilkan larian yang lancar.
Dalam acara lari berpagar, seseorang itu dikehendaki berlari seberapa pantas yang
boleh di antara pagar dan melepasi halangan pagar itu. Masalah utama yang dihadapi oleh
atlet ialah cara melepasi pagar. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan pengetahuan
mengenai teknik lari berpagar,kekurangan kelembutan di sendi pinggul dan belakang dan rasa
takut pada halangan pagar. Untuk mencapai kejayaan dalam acara ini kelemahan-kelemahan
ini hendaklah diatasi terlebih dahulu. Kemungkinan besar perkara ini sukar dicapai di kalangan
pelajar sekolah. Namun begitu, acara lari berpagar boleh diperkenalkan untuk tujuan
keseronokan dan kecergasan fizikal. Atlet yang tinggi dengan mempunyai kaki yang panjang,
mempunyai kelembutan dan kepantasan biasanya berjaya dalam acara ini.

Anda mungkin juga menyukai