Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN
Jika suatu masa dahulu pendidikan itu lebih bersifat formal, serius serta bertumpu
kapada penguasaan ilmu semata-mata, tetapi pada zaman yang serba moden ini,
perubahan yang ketara telah berlaku terhadap sistem pendidikan negara. Pendidikan
sekarang lebih mementingkan suasana pembelajaran yang bukan sahaja bermakna
malahan menyeronokkan. Proses pengajaran dan pembelajaran yang kondusif ini
menuntut guru untuk menjadi seorang individu yang kreatif dan inovatif. Oleh yang
sedemikian, aplikasi seni dalam pengajaran merupakan satu kaedah yang seharusnya
dikuasai oleh semua guru untuk memberikan pemahaman yang berkesan kepada murid-
muridnya

Sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara, Seni Dalam Pendidikan(SDP)
diwujudkan bagi membantu perkembangan yang menyeluruh dan seimbang kepada
individu khususnya dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Kadar
pembelajaran yang membawa kepada pembentukan insan secara holistik ini dapat
dicapai dengan penggabungan elemen Seni dalam Pendidikan iaitu seni muzik, seni
visual dan pergerakan yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seni
Dalam Pendidikan sebenarnya member peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka
alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam
setiap aktiviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung,
ia mengajar murid untuk menangani menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran,
serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif. Ini secara tidak langsung membantu
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan seterusnya mencapai
matlamat pnp tersebut.

Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan
melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti. Dan seni muzik pula lebih kepada
interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari.
Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art
Educationmenyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi
sebagai satucabang komunikasi. Kebolehan guru menyampaikan pengajaran dengan baik
danmenggunakan kaedah yang betul dan sesuai dapat memenuhi keperluan. Selain
itu,guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan
PelajaranPendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran
denganmenumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran
tertentdengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai.

Integrasi kecerdasan pelbagai melalui seni muzik, seni pergerakan dan seni visual
dalam subjek Kemahiran Hidup menjurus kepada pengetahuan yang berupaya
meningkatkan kebolehan dalam memahami gerak hati, membuat taakulan, berimaginasi
dan kepantasan dalam bentuk ekspresi dan komunikasi seorang murid.Integrasi seni ini
dapat membentu perkembangan menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani selari dengan Falsafagh Pendidikan Negara. Melalui aktiviti
integrasi seni ini, murid akan terdorong untuk menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri
dan kecerdasan pelbagai. Ia juga membantu dan memudahkan lagi guru dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Seni dalam pendidikan berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran
terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan
bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan
negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Bagi guru pula, bidang
seni dalam pendidikan akan memudahkan guru menyediakan pelbagai aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang menarik kepada murid. Guru juga lebih mudah untuk merancang,
mereka bentuk serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam mata
pelajaran yang lain.

Kesimpulannya, integrasi kecerdasan atau integrasi seni ini sangat berkaitan
dengan subjek Kemahiran Hidup.seni pergerakan penting semasa murid melakukan
kerja-kerja amali. Manakala seni visual pula dapat membantu murid mengenal pasti
komponen alatan melalui aktiviti melukis alatan. Akhir sekali ialah visual muzik. Seni ini
juga mempunyai peranan sendiri di mana seni ini dapat meningkatkan semangat
kefahaman murid mengenai isi pembelajaran melalui aktiviti melakonkan ciri-ciri
usahawan berjaya, langkah-langkah kerja dan sebagainya. oleh itu, dengan adanya tiga
integrasi seni ini maka proses pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Hidup
dapat dijalankan dengan lebih menarik dan mudah difahami.
meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila
wujudnyatindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka
dengar.Ruang juga merupakan elemen dalam matapelajaran Seni Dalam Pendidikan.
Ruangdapat didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek
ataudengan kata lain jarak antara dua objek. Dalam pergerakan kita seharian,
kitamemerlukan ruang untuk bergerak dengan baik dan sempurna. Penggunaan
ruangyang baik, bijak dan sempurna akan mewujudkan keselesaan dan menjadikan
ruangtersebut lebih selamat.Menurut Howard Gardner ( 1983 ), kecerdasan ruang
melibatkan kebolehan-kebolehanmelihat dunia visual spatial dengan lebih tepat. Bilik
darjah perlu disusun dengan baikbagi memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru
dan juga pelajar melakukanaktiviti dengan selamat, selesa dan berkesan.
Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif. Menurut
ahlipiskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh
sesuatuilmu pengetahuan melalui cara yang pasif. Mereka membina pengetahuan secara
aktif.

Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah
digalakkan.Melalui aktiviti yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen dan
mengolahbahan, murid akan memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman tersebut
akankekal kerana mereka meneroka sendiri dan menggunakan pencaindera mereka
untukmenilai apa yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti seni, kanak-kanak
bolehmeluahkan idea atau perasaan mereka yakni emosi secara bebas dan
kreatif.Pelaksaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah perlulah merentasi
semuamatapelajaran. Guru matapelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan
kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Perancangan aktiviti juga turut perlu diberi
tumpuan demimenjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan berkesan.
Guruhendaklah memainkan peranan dengan menggalakkan murid
menggunakansepenuhnya kelebihan diri mereka disamping guru menyediakan pelbagai
aktiviti yangmeransang minat kanak-kanak dan memenuhi keperluan murid-murid yang
mempunyaikepelbagaian gaya belajar.Tiga unsur dalam Seni Dalam Pendidikan iaitu seni
visual, muzik dan juga pergerakanperlulah digabungkan dengan semaksimum mungkin
bagi menjadikan prosespengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan dan
kreatif. Guru perlulahmempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakan
warna dengan baik,memasukkan elemen-elemen irama dan dalam masa yang sama
menggunakan ruangyang sesuai bagi meransang minda kanak-kanak sewaktu proses
pengajaran danpembelajaran. Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan elemen seni dalam
pendidikan,murid akan berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih
aktif.Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama dimana ianya
lebihberpusatkan kepada guru.Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah boleh
dilaksanakan denganmenggabungjalinkan mata pelajaran tertentu dengan unsur warna (
seni visual ), irama( seni muzik ), dan seni pergerakan.sebagai contoh, dalam pengajaran
matapelajaransains dimana guru akan mengajar tajuk haiwan iaitu haiwan liar dan haiwan
peliharaankepada kanak-kanak. Guru boleh membawa kanak-kanak ke taman sains
sekolahuntuk melihat haiwan peliharaan yang terdapat di situ. Seterusnya kanak-kanak
akanmembuat pemerhatian, membuat catatan tentang ciri-ciri binatang yang dilihat dari

Pelbagai manfaat dapat diperoleh Justeru itu, para guru sewajarnya menerapkan

Dalam bahagian pertama, konsep seni dalam pendidikan dihuraikan. Seterusnya,
konsep seni dalam pendidikan akan dihuraikan secara ringkas.

Kanak-kanak gemar bergerak bebas, mencipta hasil ciptan melalui kreativiti dan
mempunyai naluri terhadap rentak dan ritma. Mereka mempunyai beberapa ciri iaitu
mempunyai kecenderungan terhadap pergerakan yang luar biasa. Mengikut pendapat
Dauer dan Pangrazi (1983:11), kanak- kanak mempunyai keinginan untuk bergerak,
berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan. Mereka lari untuk mendapatkan
kepuasan berlari semata-mata. Aktiviti bagi mereka adalah intisari penghidupan.
Sekiranya kanak- kanak tidak diberi bimbingan, perhatian dan pengajaran yang sempurna
maka terbantutlah perkembangan fisiologi dan intelektual mereka.
Teori Howard Gardner menyatakan bahawa pendidikan sekolah memberi
penekanan kepada 2 kecerdasan iaitu ligustik dan logik matematik berbeza dengan
sentuhan muzik, gerakan kinestetik, emosi dan seni.

2.0 KONSEP SENI DALAM PENDIDIKAN
Seni dalam pendidikan merupakan gabungan tiga komponen utama iaitu seni,
muzik dan pergerakan. Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni
muzik dan seni pergerakan. Seni Dalam Pendidikan dapat menjana perkembangan
kanak-kanak melalui peningkatan persepsi, estetika dan kreativiti mereka yang
melibatkan ketiga-tiga jenis seni tersebut dan seterusnya dapat membantu membentuk
insan yang lebih bersifat holistik.

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) MENGIKUT BIDANG
PENGAJIAN DENGAN APLIKASI SENI MUZIK, SENI VISUAL DAN
PSIKOMOTOR
4.0 ULASAN AKTIVITI YANG DIKEMUKAKAN DALAM RPH
Edger Dale telah memperkenalkan kon Pengalaman Dale di mana pengalaman
konkrit dimulakan dengan penglibatan murid melibatkan diri mereka dalam sesuatu
pengalaman yang sebenar. Hal ini kerana menurut Dale , peranan murid semakin
berkurangan jika mereka hanya bertindak semakin berkurangan jika mereka hanya
bertindak sebagai pemerhati kepada peristiwa sebenar yang disalin dalam bentuk lain
seperti rakaman video.
Bruner(1966) dalam Norasiah Binti Abdullah(50:2010), berpendapat Kon
Pengalaman Dale kepada tiga peringkat iaitu pengalaman enaktif, pengalaman ikonik
dan pengalaman simbolik abstrak. Menurut beliau, penyampaian pelajaran bermula
daripada pengalaman enaktif, iaitu pengalaman secara langsung atau sebenar diikuti
pengalaman ikonik(visual) dan seterusnya kepada pengalaman sombolik atau abstrak.
Lebih-lebih lagi apabila seseorang guru ingin menyampaikan sesuatu topic pembelajaran
kepada murid yang tidak mempunyai pengalaman yang relevan sebagai asas rujukan.
Pike(1989) dalam Mel Siberman(3:2009) menegaskan bahawa dengan
menambah visual kepada pelajaran dapat menambahkan daya ingatan daripada
14 kepada 38 peratus. Masa bagi menerangkan sesuatu konsep juga dikurangkan
sehingga 40 peratus apabila alat bantu pandang digunakan untuk menambah
kesan kepada penyampaian lisan. Gambar tidak dapat menceritakan seribu
perkataan, tetapi ia tiga kali ganda lebih berkesan berbanding kata-kata. Apabila
pengajaran dilakukan dalam dimensi visual dan auditori, mesejnya diperkukuhkan
dengan dua system penyampaian. Selain itu, sesetengah murid lebih suka satu
cara penyampaian berbanding cara lain. Dengan menggunakan kedua-dua cara,
guru lebih mempunyai lebih peluang memenuhi keperluan beberapa jenis murid.
Akan tetapi, dengan hanya mendengar dan melihat sesuatu, masih tidak cukup
bagi mempelajarinya.
Seni merangkumi muzik, drama, tarian, rentak dan irama, seni visual dan
fotografi. Seni Dalam Pendidikan sangat penting kepada seorang pendidik kerana dalam
proses pengajaran dan pembelajaran ianya akan mengembangkan dan merangsangkan
daya fikir seseorang murid serta untuk pertumbuhan fizikal, mental dan sosial yang sihat.
Dengan memiliki bakat yang sedia ada, kanak- kanak mampu mengeluarkan daya
kreativiti semula jadi mereka dengan cara memerhatikan mereka bermain sama ada
bersendirian atau dalam kumpulan.

Pengenalan seni dalam pendidikan mendatangkan faedah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. iaitu dapat menangani desakan jiwa kanak- kanak dengan
melakukan pergerakan- pergerakan ala tarian dan latihan jasmani yang merupakan suatu
bentuk saluran yang dilakukan dengan penuh sedar.

Melalui pergerakan yang dihasilkan oleh kanak-kanak, secara tidak
langsung merangsang daya kreativti yang tersimpan di dalam jiwa mereka. Ini akan
memperkenalkan mereka kepada aliran pergerakan serta memantapkan fakulti daya
ekprisi spontan mereka. Fowler (1981) mendefinisikan pendidikan pergerakan sebagai
suatu pendekatan dalam keadah pengajaran, kemahiran- kemahiran bermotor termasuk
pergerakan kemahiran- kemahiran berasas, permaianan, tarian dan aktiviti-aktiviti lain
yang menggunakan proses penemuan dalam proses pembelajaran serta
menggabungkan kesemua faktor pergerakan yang disarankan oleh Rudolf Laban.
Analisis ini dapat mencernakan satu arah baru dalam pendidikan fizikal iaitu dalam
bidang pergerakan.

Kanak-kanak akan melakukan pergerakan sekiranya Kanak-kanak
mendengar ritma atau alunan muzik yang menarik perhatian mereka. Rasa sensasi yang
terbit daripada perubahan-perubahan dari segi intensiti, tekanan, kederasan dan
kebebasan bergerak dalam melakukan pergerakan dan tekanan- tekana fizikal akan
menimbulkan perasaan riang kepada deria kanak- kanak. Di samping itu, muzik tidak
jauh beza dengan nada dan irama di mana ketinggian dan kerendahan nada, intensiti
dan tempoh akan mengiringi pergerakan-pergerkan gerak tari, memantap serta
memperlihatkan ekpresi emosi.

Pembelajaran tarian sangat penting kerana aspek ini dapat memberi kesan memori
yang panjang di mana mereka mudah mengingati apa yang dipelajarinya.
Sebagai contoh irama muzik yang selalu diiringi dengan melodi riang dan rancak
rentaknya seperti Lenggang- Lenggang Kangkung, Burung Kakak Tua, Air Pasang Pagi,
Ikan Kekek dan sebagainya akan menghasilkan satu tarian yang akan menghiburkan
perasaan mereka.
Elemen masa boleh digambarkan menerusi rentakan dan alunan tubuh badan,
seperti denyutan nadi, denyutam jantung dan pernafasan. Setiap kanak- kanak
memnpunyai naluri terhadap susunan dan integrasi ynag terbit daripada gerak denyutan
memberikan kepada mereka suatu perlindungan dan rangsangan. Selain penggunaan
alat muzik untuk mengiringi pergerakan sebagai sebahagian persekitaran untuk
pengajaran, mereka juga boleh mengeluarkan suara di samping menghasilkan bunyi-
bunyi dari hasil hentakan kaki dan tepukan tangan yang boleh menggembirakan hati
mereka.

Melalui pendidikan muzik dapat membantu mereka untuk merasai
pergerakan secara intim, memupuk naluri terhadap muzik dan meperkayakan
pegalamann pergerakan mereka. Untuk memperkayakan lagi pendidikan jasmani agar
pergerakan kanak- kanak dapat dipertingkatkan pendidik boleh menggunakan muzik
dalam bentuk ritma. Di sini mereka lebih berasa puas, riang dan seronok serta dapat
munyuburkan minat mereka dan menghargai keindahan seni. Daripada adunan ritma,
aktivitu seperti berjalan, melangkah, berlari dan melompat dapat dihasilkan.
Penggunaan muzik dalam proses pembelajaran sangat meluas kerana ia
meningkatkan kemahiran berfikir dan pemahaman kanak-kanak. Dengan mendengar
irama muzik mereka akan berasa terhibur dan gembira. Pengembangan emosi yang sihat
dapat dilihat apabila mereka menjiwai irama muzik tersebut. Melalui pembelajaran
muzik mereka dapat membuat keputusan dan andaian serta menginterpretasi maklumat
daripada pengalaman sedia ada. Ini dapat membantu pendidik meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran berfikir kanak-kanak dengan lebih berkesan lagi. Dengan
mempelajari muzik, akan mempertingkatkan daya saing antara satu sama lain. Dalam erti
kata lain, mereka mudah bergaul antara satu sama lain.

Teater dan drama juga perlu diberi penekanan kepada kanak- kanak kerana
proses pembelajaran untuk setiap mata pelajaran dapat dijalankan dengan lebih
berkesan. Ini bererti kanak- kanak dapat berfikir secara spontan, membuat penyelesain
masalah, memberi konsentrasi dan kemahiran menganalisa.. Malah melalui drama juga
ia dapat meningkatkan daya imaginasi kanak- kanak di mana mereka cuba mengaitkan
dengan keadaan hidup yang realiti. Ini dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran
berfikir dan perkembangan emosi yang sihat apabila bekejasama dan bergaul dengan
kanak-kanak yang lain.

Pembelajaran Pendidikan seni visual di sekolah termasuk melukis,
mengukir, mewarna, menghasilkan kraftangan dan sebagainya. Dalam pada itu, ia juga
membantu mengembangkan daya kreativiti dan mencungkil minat kanak-kanak terhadap
keunikan seni. Justeru itu, kanak- kanak berasa puas dan seronok kerana diberi peluang
untuk mencungkil bakat yang sedia ada pada diri mereka. Ini juga membuktikan bahawa
mereka mepunyai banyak kelebihan kemahiran yang tersendiri. Melalui seni visual
mereka akan memperlajari membuat pemerhatian terhadap skop yang lebih meluas,
mudah memahami dan mempraktikannya. Seni visual juga menyuntik semangat untuk
belajar kepada kanak- kanak untuk lebih megingati pelaran yang dipelajarinya. Setiap
mata pelajaran bertambah menarik sekiranya malumat yang diberikan memberi kesan
yang mendalam kapada kanak-kanak. Sebagai contoh warna yang berwarna-wani dan
reka bentuk yang unik digunakan untuk menarik perhatian mereka.
5.0 KESIMPULAN

Anda mungkin juga menyukai